Assalamualaikum.
Malam nanti cikgu tak masak. Ada tukang masak khas yang akan masakkan untuk cikgu hehehe.
Maka sebab itu lunch hari ni cikgu just masak makaroni sup hayam yg simple. Tapi kan subhanallahhhhhh sedapnya sup hayam cikgu tu (kah kah kah, masuk bakul angkat sendiri). Cikgu pun terkejut bila rasa sup hayam tu sedap bangat. Sebelum ni tak pernah sesedap ni. Sampai firas yg cerewet makan tu pun makan tak berenti. Memula kemain jual mahal, dah rasa sesuap, aiiiii nganga mulut lagi dan lagiii. Sedap ler tuuuu kikiki.
Sebenarnya resepi sup hayam tu biasa2 jer. Sempoi bebenor. Tapi mungkin kerana kali ni cikgu blend sebijik bawang holland (yg kecik agak2 sesuai utk 2 orang makan) dengan bawang putih dan halia. Maka rasanya sedikit terangkat dari biasa hohoho. Atau mungkin jugak kerana cikgu guna bunjut sup tulang mak siti yg tertulis 'segar dari ladang' makanya sup hayam cikgu tu tetiba rasa sangat sedap........(err ker lidah cikgu yg trouble)
Apa pun, izinkan cikgu nak jamu mata korang semua dengan gambar makaroni sup ayam segar dari ladang ni keh keh keh....
Makaroni Sup Ayam (2 orang makan)
Bahan-bahan:
makaroni yg telah direbus
ayam potong kecik2 secukupnya
sebiji bawang besar holland (hak kulit kaler oren tu)-separuh blend,separuh potong dadu
5-6 hiris halia
3 ulas bawang putih
serbuk lada hitam
1 kiub ayam knorr
sup bunjut - cikgu guna bunjut sup tulang Mak Siti
sup bunjut - cikgu guna bunjut sup tulang Mak Siti
air
secukupnya
secukupnya
lobak merah/kubis (kalau nak buh sayur la)
Cara-cara:
-blend separuh bawang besar, bawang putih dan halia sampai lumat. cikgu blend kering
-tumis bahan blend bersama bawang yg dipotong dadu sampai agak nak perang. tapi jangan perang sangat.
-masukkan ayam, kacau sekejap then masukkan air, bunjut dan kiub ayam dan lobak merah
-masukkan serbuk lada hitam. Jangan buh banyak kalau tak nak pedas. Ala2 nak amik rasa lada hitam tu ja.
-buh garam secukup rasa.
- siap!!
Nanti buh ler makaroni dalam mangkuk n tuang kuah sup tu. Jangan pi letak makaroni dalam periuk sup plak. Karang kembang setaman makaroni tu hehehe.
3 comments:
eh, nanti nk try la kak... kt umah adalg baki makaroni tp dh xtau nk msk cr pe lg.... nanti free2 nak try... nanti sy inform ek.... hihii
ok....semoga menjadi la makaroni sup hayam mu dik ina. lebihkan bawang holland tu lagi sedap.
tak pernah masak menggunakan makaroni.. boleh try ni ;D
Post a Comment