Assalamualaikum...
Cikgu sebenarnya dah lama plan nak cerai susu dengan firas. Tapi asyik tak menjadi jek.
Firas sekarang pun dah dua tahun lebih. Bukannya tak suka firas menyusu badan, kalau boleh nak bagi jer selagi dia nak. Tapi tak lama lagi cikgu dah nak start ngajar balik.
Dah try macam2 susu fm tapi firas reject. Last sekali try susu sustagen coklat. Dia nak la jugak minum. Tu pun bermotivasi sebab tengok cousin dia minum susu.
Bila balik brunei, dia tak nak la pulak.
So tadi cikgu try la letak asam jawa. Before ni pernah try. Memang dia cam serik la sebab firas tak suka benda masam. Setengah hari gak la dia tak nak menyusu. So tadi try letak lagi asam jawa. Muka kerut seribu. Nampaknya boleh diteruskan dengan asam jawa ni. Bila cikgu tanya kenapa kerut2 muka? Ingatkan firas akan jawab masam la kan. Selalunya itu la yg dia jawab. Sekali dia kata SEDAP la pulak hohoho. Terus tak mo berenti huhuhu.
Pastu cikgu try letak air nescafe pahit. Muka dia kerut kerut jugak. Tapi lepas tu dia ok jer. Mungkin rasa pahit tu dah hilang kot. Cer suggest kat cikgu cam no lagi nak buat?
Pastu satu lagi nak tanya, kalau anak dah tak nak menyusu,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Xd pengalaman..blh jgk nak tahu kaedah2 atau tips..sbb nti kang aish xmo cerai susu bila dh 2 tahun..huhu
Dulu OKje ngan anak2 ni cakap je... takut2 kan dia...agaknya sebab mereka dah besar2 hehe dah 4 tahun
Yg sulung je 2 tahun OKje bagi lipstik je....terus tak mo! hehe
Heee kira baru nak buat entry pasal cerai susu gak..masih tgh bina ayat hahahaha...
Baru sebulan berjaya cerai susu ngan ashraf..tapi dia stilll mntak lagi... Cuma cekallkan gak hati ni...sedehh memang sedeh tapi sbb diri dh berbadan dua terpaksa gak..lagipun bulan dpan ashraf dah masuk 3 tahun :)
saya dulu,..memula letak serbuk kopi,...mia lap... ehe..last saya letak jadam... tapi xleh letak banyak,..sikit jer,..sebab risau anak tertelan jadam tuu panass... jadam tu ada bau sikit,..warna pun hitam... mia kata kotor,..mengamuk suruh basuh...kikikii...tapi pujuk laa pelan2...at last berenti juga masa umur 2 tahun lebih....tapi hati kita cekal sebab anak asyik menangis,,terutama masa nak tidur...
saya pernah buat entry cara danish wean off hari tu...
http://ceritadanishdanumi.blogspot.com/2012/04/2-tahun-2-bulan-wean-off.html
Alhamdulillah, anak2 saya semua mudah dengar kata... bila cakap mereka dah besar, mmg meraka faham :)
Saya awal lagi anak dah bercerai susu...dorang sendiri yang tak nak...nak buat camna kan...huhu
letak yg kaler2 la kak anis. kalo muhaimin abru ni sufiah letak sumbo (pewarna). letak skali je, dia mmg gerun ingat sampai skang ni x minta susu dah. ni adik dia dah keluar (dah bersalin), mak dia bg isap kat adik pon dia dah x de nafsu tgk kopek.
kalo yih dulu calit lipstick (moden gitu - sbb nya gi konferens seminggu, turun2 flight tu terus calit dgn lispstick sbb tu je ada. sampai rumah, aisyah selak tgk merah, terus trauma x minta sampai sudah). mungkin rasa2 x jd, try kaler2 yg garang plak!
oyis: alohh terang lagi bersuluhnyo ayat sepupu aku ni hehehe. Hurm nak kena gi beli lipstik meroh menyalo la kalu gini. kak anis ado so jer lipstik. tu pun kaler coklat
Saya pun xda pglaman pasal ni sebab naim dulu dia sdiri yg xnak...tk pyh buat apa2... Rasanya kalau anak dh pandai mcm firas, cikgu boleh cuba terangkan kat dia yg xboleh minum susu badan lg...
mak sy dulu letak penyeluk merah.adik sy minum juga.
last2 mak letak akaq seruntun yg pahit tu.teruih dia tak minum
akakpun GAGAL dlm misi ni, gara2 tak sampai hati..
Post a Comment