Followers

Wednesday, May 29, 2013

Terperangkap Dalam Lif

Assalamualaikum.

Semalam kawan cikgu datang ziarah dengan hero2 keciknya yg hencem dan putih melepak. Gumbira suka suka hatilah firas sebab ada kawan. Kemain lagi dak kecik ni berlari ke hulu ke hilir. Yang dua hero lagi tu pun ikut sama ler main lari lari hehehe. Comelllll sangat tengok budak2 kecik ni berlari tau. Ada macam2 gaya. Maklum ler kaki belum cukup panjang hihihi

Waktu kawan2 firas nak balik, Firas pun laju jer amik kasut dia n keluar dari bilik. Hamboihhh tak dan dan nak keluar. Cikgu pun ajak en suami pi hantar tetamu kitaorang tu sampai ke main entrance hotel. Seronok pulak tengok budak2 kecik tu nak berlumba lari hehehe.

Masing2 lari laju woooo. Yang paling kecik sekali pun kemain terkedek2 berlari hahaha. Rugi betul tak snap gambar time tu. Firas paling laju sebab dah terbiasa berlari2 kat area tu. Tempat sendiri ler katakannnn. Tu belum Abang Adam tunjuk skill lari betul2, mahu tercungap2 Firas nak kejar.

Dalam kaum ibu dan ayah duk gelak2 tengok keletah depa2 ni, tup2 Firas dan Adam dah hampir hilang dari pandangan. Baru ler kami teringat kat depan tu ada lif dan budak2 ni memang dah pandai tekan button kat lif tu. Terus la kitaorang mengejar budak2 tu. Elok sampai dekat lif, jeng jeng jeng............sorang dari tiga budak kicik sudah yillekkk........ ammaaaaaa apppaaaaaaaaa, Firas sudah hilang! Sah sah Firas dah masuk dalam lif ni. Mujur ler ayah Adam sempat nampak kelibat Firas masuk dalam lif yg tengah. Ada 6 lif semuanya, fenin gak kalau tak nampak firas masuk lif mana. Agak terkelu plus terkedu gak la dibuatnya. Cikgu masuk dalam lif yg sebelah, bila nak tekan button tiba2 jadi blur tak tau nak tekan level berapa. Last2 tekan level last sekali. Hati dup dap dup dap dah ni. Bukak jer pintu lif, tengok kiri tengok kanan tak jugak nampak firas. Blurrr! Cikgu decide turun semula ke level rumah cikgu. 

Susah hati dah ni, risau kot2nya pintu lif terbuka firas keluar dan jalan ntah ke mana2. Elok terbuka jer pintu lif, nampak en asben tengah pegang firas dengan muka yg sama blur dengan mama dia hohoho. Alhamdulillah! Mujur ler lif tu singgah semula kat level tu. Kata en suami, bila terbuka jer pintu lif nampak firas diam seribu bahasa kat dalam tu. Nanges  tak, ketawa pun tak. Agaknya Firas tak sangka pintu lif tu akan tertutup dan dia tak tahu apa nak buat kat dalam tu sorang2 huhuhu.
Haduihhhh bikin gempak la ini budak kicik!

17 comments:

Sweetamieda. Blo said...

Wah firas...nasib baik jumpa n xde apa2..alhamdulillah..mesti jantung mama n papa firas bdegup kencang

Umialya said...

Jantung akakpn seakan berhenti berdenyut, takut sangat2, maklumlah kecik lagi, manalah dia tau..

Kakzakie Purvit said...

Astaghfirullahal'aziimm... boleh pulak tu dia tak melalak. Mestilah mak-ayah panik. Kalau tak panik dah boleh terus tuju kaunter tengok cctv boleh trace..

Nasib baik tak apa-apa.

Mia Kassim said...

Nasib baik tak ada apa2...nasib firas duduk diam jak dlm tu...klu dia keluar lagi tu yg payah nak cari.....

Unknown said...

uis...bahaya beb..mau hilang nyawa kalau saya dok tempat anis....ish lepas nie kena lebih waspada...

OKje said...

Jangan dibiarkan Firas tu, Ceqgu... walau pun dah biasa duk hotel....hehe Tapi mmg bahaya!!!
Nak buat camnekan...dh terjadi1

Ruse Sulaiman said...

Kalau saya mesti risau juga. Alhamdulillah cepat jumpa balik. Lepas ni seriklah tu firas. Mesti berderau darah dia dgn ibubapa dia sekali.

LiYa HaNiF :: said...

ya allah... nasib baik le firas tk apa2 yer... buatnya terkepit jari ke apa kt pintu lif masa nk tutup tu naye jer...

nurbijen said...

Firas, firas.... bikin mama dan papa cemas jer....

CeqGu said...

Huhuhu mmg mama n ayah dia gundah gulana la.muka mcm traffic light dah rasanya. Selalu mmg kami kontrol firas ni bila nk ke lif. Tp semlm seronok tgk dia happy berkawan, terus lupa lif tu huhu. Hari ni firas mcm nk cerita balik kat mama dia ni apa yg berlaku tiap kali nak masuk lif

Oyis said...

kalo nangis lg sennag kot nak trace dia kat level mana. tp duk diam, payah gak tu. mujur x apa2

Aisy Nasiha said...

alahai, terkejutnya... Alhamdulillah firas tak apa2... budak2 ni, tak terjangka kan..cepat je kalau dia buat apa2..

masa naim suka lari2 masa kami keluar dulu, pernah saya kena marah dengan seorang cina lelaki tua... dia kata tak jaga ank betul2.. bengang juga masa dengar tapi bila fikir, betul juga ...budak lasak normal, maknay yang kena lebih alert..jadi pengajaran smapai sekarang

CeqGu said...

Aisy:chinese mmg prihatin bab2 budak kecik ni. Firas pernah terbaring kat lantai airport sbb merajuk.angkat jer, dia baring semula,last2 kitaorg bia je,dtg sorang nyonya ni tegur kami suruh angkat hihi

Oyis:yg plg risau if dia keluar dr lif,uiii kecut perut

Anonymous said...

seb baik xde apa2 yg serius terjadi yer ceqgu

Fiza Rahman said...

Mesti firas pon terkejut kan sbb dia sorang2 dalam lif. Kalau jadi kat saya pon boleh kecut perut juga nih.

Ibu Lala said...

ish bahayanya. seram pulak bc nih. len kali hati2. jgn jadik lg mcm ni.

intanfirdaus247 said...

uish naseb ayah firas dapat tangkap firas dalam lift u..ehehe…memang berdegup la jantung anak tetiba hilang seketika…fuh naseb baik kan anis..phewwww

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...