Assalamualaikum
Dah lama cikgu teringin nak beli topi kat firas. Kekadang cikgu malas nak bawak stroller, kesian Firas berpanas. Dah la rambut tak berapa nak lebat. Hari tu kemain cikgu duk berkenan dengan topi strawberi ni ha.....
Tapi terasa segan pulak nak bagi Firas pakai. Nanti mesti orang pandang2 tengok kecomelan topi tu hehehe. Pastu firas nampak cap angry bird. Riuh mulut dia tu duk sebut 'abigek...! abigek!' sambil tangan nak capai cap tu. Mujur ler besar dengan kepala firas. Terus Firas tak nak........nasib baik ler. Mama tak berkenan ler firas dengan cap tu. Pastu cikgu ternampak topi ni.........
Topi Hang Kebun.......
Bila buh kat kepala firas cikgu tengok eh ehh....... cute jugak firas pakai. Ada kaler merah dengan kaler cream. Ikutkan firas dia nak hak kaler merah menyala . cikgu pulak berkenan kaler krim ni. Ntah macam mana bila dia perasan ada gambar spiderman kat topi merah tu, terus dia kata takut. Maka tak jadi la amik kaler merah..........yahuuuuuuuuu......
Akhirnya topi BEN 10 jadi pilihan hati. Alaaaa bukan yang ori pun hohohoho............ kalau mamanya yg beli, jgn harap ler nak dapat yg mahal hohoho. Mujur la imam mama ni suka dengan topi ni. Amacam cute tak ? cute tak? hehehe
Sibuk jer imam kecik ni nak buat peace. Tiru kakak wafa la tu. Peace 5 jari yer....... lain kali buat gaya takbir tau, baru sesuai dengan title imam hehehe
Nak jugak bergambar dengan menan spongebob dia. Sayang betul kat spongebob tu. Sebelum tido siap kiss kiss spongebob tu. Amboiiiiiii mama yg tido sebelah ni tak mo pulak dia kiss. Jeles mama dengan spongebob tu. Lani pi mana2 pun dia usung spongebob tu.
Ni saja nak tayang aktiviti imam muda cikgu...........
Masak nasi ker tu......
Dah boring panjat2 atas bar, dia panjat pulak atas cabinet tv ni huhuhu.....
"Haihhhh apa lagi aku nak buat ni................arghhhhh!!! mama cepat cepat la kasi firas adik, bosan la main sorang2"........urghhh!!! glurpppp!!! mama telan air liur huhuhu
10 comments:
Tengah ligat ni cikgu. Jgn cuai. Sikit kita lalai mesti ada yg dibuatnya..
comel je topi hang kebun
Ha... Ni baru boleh baca entry ni.. Semalam saya klik banyak kali sebab berminat dengan topi firas ni. Tak boleh lak, sian sy...
Haha..comel tul firas pakai topi hang kebun ni..
aisy: la yer ker...sori sangat2...ntah cam mana cikgu bleh ter draft semula entry ni....rasa2 dah publish..
kak zakie: tu ler memang tgh ligat
mimie: topi murah2 jer hehe
kena jer topi hang kebun tu dgn Firas :)
habis ruang hotel Firas ukur yer...
Bila niat dah ada tu, kejap lagi ada baby la firas :)
Gulp! Adik? Hihihi... cepat la mama =)
Elehhhh...cakap ajelah nak membuncit hehe.....gunakan Firaslah pulak huhu
Entahlah ceqgu sebab dah lama tak de anak kecik, tak tau pattern terkini....sekarang ni pattern topi apa yek?
a`aa..cik manis, firas tak da kawan tu..
mau pulak dier bertopi2 ni yer
heheh nak adikk
Post a Comment