Followers

Wednesday, May 1, 2013

Tomfok... Tomfok Tahi Unta daaa.....

Assalamualaikum

Ni nak warning awal2. sape tengah makan ke minum ker sila jangan baca entry ni dulu. Takut karang ada yg terbantut pulak hihihi.

Pagi tadi cam biasa la pagi2 lagi firas dah mandi. Tapi pg ni dia sengaja main2kan mama dia tau. Jenuh mengejar imam muda ni keliling katil nak pakaikan pampers. sudahnya mama firas merajuk dan biarkan aje imam muda tu tersengih2 atas katil. Cikgu kutip kain baju nak pi try guna mesin basuh yg pihak hotel baru bg. Kecik jer mesinnya. Cikgu paham x paham masa technician tu xplain. Tengah duk syiok syiok tekan butang itu butang ini, dengar firas duk panggil2 cikgu.
"Ma, encinnn!"

Alahaiiii tu ler tak nak pakai pampers, kan dah terkencing. cikgu tak marah pun sebab at least firas berusaha bagitahu mama dia kan. Lepas basuh, cikgu nak buh la pampers. Dia meronta pulak dah, siap bangun n lari semunyi sambil gelak2. Eeeee menguji kesabaran betul la ini budak kicik. cikgu merajuk sekali lagi. Pi sambung tengok mesin yg tak hidup2 ni. Ish mesin ni pun satu hal!

Tengah duk godek2 mesin tu, firas datang dekat cikgu. cikgu buat derkkk jer kat dia. Maklum ler tengah merajuk katakan muahahaha. Elok mesin dah ok, cikgu pun keluar la dari bilik laundry. Pastukan terperasan ada sesuatu atas lantai dapur. Pi dekat , tengok tengok ada seketul tuttttttttttttttttt....... OH NOOOO !!!!.....



aiiiii ini hari imam muda ni memang menguji kesabaran mama dia la. Sabo cikgu anis, saboooooo. cikgu suruh firas diam diam kat dalam bilik laundry tu. Nak letak dalam bilik air, ayah firas tengah mandi la pulak. cikgu pun cepat2 la pi cari paper lama nak cuci tuttt kat lantai tu. Elok nak pi ke ruang tamu, alahaiiiiiii ada seketul lagiiiii. Atas carpet pulak tu. Betul2 depan pintu bilik. Kalau tak cepat cuci, karang maunya ayah firas terpijak huhuhu.


Berdezuppp cikgu cuci. Pastu cikgu pi amik firas kat bilik laundry, huwaaaaaaaaaaaaaa ada seketul lagi kat dalam tu. 

Ni ler bilik laundry, sempit jer. Muat ler mesin basuh yg tak comel tu dengan sinki. Sinki lagi besar dari mesin basuh tau.

Kesian imam muda mama, tak puas melabor gamaknya. Tengok ayah firas dah siap mandi, cikgu pass firas kat ayah dia. cikgu nak pi sabun tempat tutttttttttssss tadi. Terdetik nak tengok belakang pintu...........haaaaa tu diaaaa ada seketul lagi muahahahaha....... tempat baekkk punya hehehe....

sib baik la tutttt ni jenis yg tak der kaki cam tuan dia, kalau tak jenuh cikgu nak kejar kah kah kahhhhh.

Selesai cuci, sental, lap, barulah hati ni rasa lega. Risau jugak cikgu kot kot time tengah tuttt tu duk tergolek atas carpet, tukang cuci bilik sampai pulak. Maluuuuuuuuuuu oiii. Mujur ler sempat cuci. Lepas ayah firas pi keja, cikgu pun masuk bilik nak kemas cadar segala. Tetiba hidung ni rasa cam bau tuttttt lagi. Ehhh kuat jugak penangan tuttt dak kecik ni yer. Dah sental dengan sabun wangi pun still duk bau jugak. tak leh jadi ni, Cikgu pun ambik la perfume ayah firas........ spray kat semua tempat yg ada tuttt tadi. Huhhh wangi sampai pedih hidung cikgu. Lega sangat2.

Sambil duk tunggu tukang kemas bilik sampai, cikgu masuk bilik sekali lagi. Aikkkk awat la duk ada lagi bauuu tutttt ni. Ish tak leh jadi ni, tentu ada tersesat kat mana2 lagi ni. Cikgu cari semua sudut, bawah selimut, bawah meja, belakang kerusi tapi tetap tak jumpa. Try pi hidu kat tempat yg cikgu dah cuci tu, ehhhh wangi dah hihihi. Pastu Allah datangkan ilham suh pi check kat tepi langsir yg ada sofa, side table dan lampu yg ada tiang. TU DIAAAAAAAAAAA haaaa memang ada lagi seketul kat situ, bersimpuh elok jer kat situ, caitttt!. 

Ni ler tempat persembunyian yg terakhir hehehe

Aduhaiii imam muda ku...... kat situ pun boleh pi melabor ker...huhu. Lepas cuci yg tu, baru lah aman hidung cikgu. Tukang cuci pun datang lepas tu. Sib baik la depa tak dak komplen apa2. Maklum la dah wangi katakannnnnnn kikikiki....

syyyyyyy diam diam aaaaa, jgn bgtau kat depa naaaa hihihi

10 comments:

me suya said...

hahaha sangat comel aktiviti firaS Yg satu neh. menguji kesabaran bonda tersayang gitu :) Hide and seek versi firas :)

Mia Kassim said...

Firas nak ajak mak dia main cari benda tersembunyi...kah kah kah

Anonymous said...

hahaha firas2

kurus said...

ekekke macam2 firas nie kan ..
memang kena banyak sabar kita ibu ni dik ;)

Aisy Nasiha said...

Haha... Kelakar tul firas hari ni...

Bagi ibu tak senang duduk lak..

Ruse Sulaiman said...

Kelakar pula baca. Belum lg ada experience mcm ni :) nasib baik mama sabar ;)

Tentang pertanyaan kalsium tu. Saya beli brand abbott. Best sebab dalam bentuk coklat. Beli d klinik.

Oyis said...

x nmpk pon tuutttt nya dlm gmbr?

bole plak firas ni berak brake2 eh. sana sket, sini sket. lucu..

ni hotel gapo and bilik brapo ni kak anis? klo gi brunei, x sir book bilik ni hehe (mcm mampu pon, ntah bila nk sampai pon x tahu)

CeqGu said...

suya, mia; tu ler pasal huhu

k.ieda, aisy,KA,ui: dialah madu dialah gula, penghibur hati mama n ayah hehe

oyis: hahaha ada jugak orang nak tengok tutttt....dalam gambar tu mmg la tak der sebab dah cuci. ni hotel biasa2 jer. nama hotel ni centrepoint. bilik ado satu jer la, cuma ada connecting room. rugi besar kalu noris tok book bilik ni hahaha

OKje said...

Bila lagi nak buli mama...hehe........

QasehnyaRania said...

bayk nya cik manis..
sabaq je la imam muda ni..hihibetoi2 menguji kesabaran ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...