Followers

Thursday, May 30, 2013

Pampers Mama Hohoho

Assalamualaikum


cikgu tengah ralit duk chatting dengan jiran kat malaysia. Tiba-tiba firas datang tunjuk benda ni sambil jerit...
"Ma! Ma! Pampers mama! Pampers mama!"

"Apa dia?????" sambil mata bulat memandang firas yg tengah tersengih2.

"Niii, pampers mama!Nak akaiii" (nak pakai)

"Haihhhhh pi simpan cepatttttttt!!!"

Tak sempat nak rampas, sambil gelak2 dia bawak lari satu pack panty liner tu . Adoyaiiiiiiii ini imam muda memang suka ngusik mama lorrrrr!!! Nak marah pun xjadi tgk dia terkedek2 lari hihi



Wednesday, May 29, 2013

Terperangkap Dalam Lif

Assalamualaikum.

Semalam kawan cikgu datang ziarah dengan hero2 keciknya yg hencem dan putih melepak. Gumbira suka suka hatilah firas sebab ada kawan. Kemain lagi dak kecik ni berlari ke hulu ke hilir. Yang dua hero lagi tu pun ikut sama ler main lari lari hehehe. Comelllll sangat tengok budak2 kecik ni berlari tau. Ada macam2 gaya. Maklum ler kaki belum cukup panjang hihihi

Waktu kawan2 firas nak balik, Firas pun laju jer amik kasut dia n keluar dari bilik. Hamboihhh tak dan dan nak keluar. Cikgu pun ajak en suami pi hantar tetamu kitaorang tu sampai ke main entrance hotel. Seronok pulak tengok budak2 kecik tu nak berlumba lari hehehe.

Masing2 lari laju woooo. Yang paling kecik sekali pun kemain terkedek2 berlari hahaha. Rugi betul tak snap gambar time tu. Firas paling laju sebab dah terbiasa berlari2 kat area tu. Tempat sendiri ler katakannnn. Tu belum Abang Adam tunjuk skill lari betul2, mahu tercungap2 Firas nak kejar.

Dalam kaum ibu dan ayah duk gelak2 tengok keletah depa2 ni, tup2 Firas dan Adam dah hampir hilang dari pandangan. Baru ler kami teringat kat depan tu ada lif dan budak2 ni memang dah pandai tekan button kat lif tu. Terus la kitaorang mengejar budak2 tu. Elok sampai dekat lif, jeng jeng jeng............sorang dari tiga budak kicik sudah yillekkk........ ammaaaaaa apppaaaaaaaaa, Firas sudah hilang! Sah sah Firas dah masuk dalam lif ni. Mujur ler ayah Adam sempat nampak kelibat Firas masuk dalam lif yg tengah. Ada 6 lif semuanya, fenin gak kalau tak nampak firas masuk lif mana. Agak terkelu plus terkedu gak la dibuatnya. Cikgu masuk dalam lif yg sebelah, bila nak tekan button tiba2 jadi blur tak tau nak tekan level berapa. Last2 tekan level last sekali. Hati dup dap dup dap dah ni. Bukak jer pintu lif, tengok kiri tengok kanan tak jugak nampak firas. Blurrr! Cikgu decide turun semula ke level rumah cikgu. 

Susah hati dah ni, risau kot2nya pintu lif terbuka firas keluar dan jalan ntah ke mana2. Elok terbuka jer pintu lif, nampak en asben tengah pegang firas dengan muka yg sama blur dengan mama dia hohoho. Alhamdulillah! Mujur ler lif tu singgah semula kat level tu. Kata en suami, bila terbuka jer pintu lif nampak firas diam seribu bahasa kat dalam tu. Nanges  tak, ketawa pun tak. Agaknya Firas tak sangka pintu lif tu akan tertutup dan dia tak tahu apa nak buat kat dalam tu sorang2 huhuhu.
Haduihhhh bikin gempak la ini budak kicik!

Firas Shopping Beg Lacoste

Assalamualaikum'

Tengok la ini budak kicik. Pantang nampak beg, semua dia nak rembat.  Masa pi One Borneo, Sabah aritu saja la en suami singgah kedai Lacoste ni kot kot ada sale. Tengah en suami duk skodeng baju. Si imam muda ni kalut duk main semunyi2 celah baju tergantung. Haduiii bikin mama panassssss ler ini budak. Orang kedai tu senyum jer tengok keletah Firas. Hurmmm ntah2 dalam hati pun duk tengah mendidih macam mama firas jugak hohoho.

So nak alihkan perhatian firas, cikgu pun tunjuk ler beg2 Lacoste yang ada kat rak. Sekali dia mengamuk nak beg tu pulak, adehhhh. Bila dah dapat tu apa lagi, bergaya sakan lerrrrrrrrrrrr..............


 Kaler merah lagi youuuu!!!



"Maaaa, jom pi pasar!"

Hamboiii nak pi pasar bawak beg Lacoste yer nak. Tengok beg ni cam sempoi je, so berkira kira paling mahal pun RM100++ je la kot. Check check rega.....mak datukkkk, RM300++ hohoho memang ler cikgu ni tak reti menilai hehehe. Lepas tengok harga, terus ambik beg tu dari Firas. Karang tak pasal2 ada yang kena halau keluar kedai hohohoho.

Tuesday, May 28, 2013

Kuzi Ayam Berjala dan Sosej Bersos Tiram

Assalamualaikum

Hari ni saja nak tayang roti jala dan kuah kuzi ayam kat kak kak jemah.
Pernah makan kuzi ayam tak? Haaa ni masakan kelate mari. Opsss jangan tanya resepi sebab seumur hidup cikgu anis, cikgu tak pernah masak kuzi ni. Yang kat dalam gambar ni kawan cikgu yang bagi. Murah rezki kami anak beranak semalam keh keh keh. Tenkiu yer Kak Ni. Sedap 'sengoti' kuah kuzi Kak Ni ni.



Plan asalnya nak menjala roti pagi ni. Tapi semalam dah terima kuzi ayam yg marbeles tu, cikgu terus tukar plan menjala di malam hari. Nasib ler si bujang kecik tu lena diulit mimpi. Kalau tak, mau koyak rabak jala cikgu huhuhu. Tak sangka la menjadi jugak menjala di hotel kikiki.

Kuzi ayam ni selalunya jadi hidangan utama di pagi raya. Dibuat makan bersama roti kosong atau pun roti jala. Nak buat kuzi ayam ni memang renyah kak kak jemah oiii. Errr itu pada orang yg agak malas dan kurang pandai masak macam cikgu ni la. Orang yg pandai masak tu tentu ler kata elehhhh petik jari tingggg terus jadi kuzi ayam kan kan kan. 



Haaa yang ni pulak menu breakfast di kala malas. Ni bukan kuzi sosej yer kak kak jemah. Yang ni soses bersos tiram nama diberi hehehehe. Sonang jo nak buatnya. Tapi rasanya sedapppp! Ni cilok idea adik cikgu punya hehehe. 
Caranya senang jer, sosej tu dikelar2. Pastu goreng ler dengan sedikit mentega/minyak masak. Dekat2 nak masak, buh la sos tiram kat sosej tu. Kacau2 sekejap, taruk ler bawang besar. Dah agak2 bawang tu layu, bleh ler angkat dan ngapppppppp.....Burrpppp!! Kenyang perut hehehehe

Ok tu jer nak citer....

Monday, May 27, 2013

Cara Cikgu Pujuk Firas Gosok Gigi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya imam muda cikgu dah rajin gosok gigi. Hoyeayyyyy!!! Sebelum ni terpaksa bersilat kalau nak berus gigi yg dah kuning tu. Tetiap pagi time nak mandi kalau nampak mama dia pegang berus gigi jer, adegan jerit2, nanges2 mesti ada! Pastu mulut tu langsung dia tak nak bukak.

Sampai satu ketika tu cikgu pun fed up nak berus gigi anak teruna tu. Tapi bila tengok gigi dia makin kuning. Aishhh risau pulak karang diserang ulat terus rongak. Camno nak amik gambar tersengih jang oii kalau dah gigi depan yillekkkk!

Setelah beberapa lama tak gosok gigi, cikgu pun dapat satu idea. Tiap kali nak mandi, dah buka seluar dan baju, cikgu ajak firas duk depan cermin besar. Pastu cikgu amik tuala n terus balut badan termasuk tangan firas sekali. Kunun2 nak ajak main2 la tu. Cikgu balut macam orang pakai ihram gitu. Sebabnya ini budak kicik kalau tau nak berus gigi mesti kaki tangan dia meronta ronta.

Ni nak pergi haji ke nak gi gosok gigi hohoho


 ecehhh sempat lagi nak bergaya depan camera


opssss gaya muka pesen apakah itu???


Lepas tu, cikgu suruh firas pandang cermin dan ikut memek muka cikgu. Cikgu senyum, lepas tu cikgu buat gaya nganga, pastu buat gaya tunjuk gigi. Buat sambil main2 gitu. Pastu pelan2 cikgu tunjuk contoh gosok gigi kat firas. Haaa pastu cikgu pun gosok ler gigi dia hehehe. Bila nak suruh dia nganga, cikgu pun nganga sekali. Semua ni cikgu buat depan cermin tau. Supaya dia boleh nampak macam mana cikgu berus gigi dia. Sungguh la tak sangka dia langsung tak meronta dan mudah jer ikut arahan.

So sekarang ni cikgu dah tak der masalah nak gosok gigi firas. Yang pentingnya kena buat depan cermin sampai la dia dah tahu macam mana nak nganga, macam mana nak kacip gigi. Cikgu rasa sebelum ni firas tak boleh nak tiru macam memek muka cikgu sebab dia tak nampak macam mana rupa dia time tu. Bila buat depan cermin barulah dia tahu oooo macam ni rupa dia nganga...ooo macam ni rupanya bila dia kena kacip gigi. Sekarang ni cikgu dah tak balut badan dia dengan tuala. Kadang2 tak buat depan cermin dah kecuali atas permintaan Firas. Budak2 memang suka cermin youuu! Nak perasan hensem jugak ler tuuuu..

Satu lagi, lepas berus, terus cikgu lap lidah firas dengan tuala sebabnya takut dia telan. Pastu sambung berus kat gigi lain pulak n lap lagi.  Firas tak pandai meludah lagi. Kalau meludah pun tak keluar apa apa, angin jer kot yg keluar kikiki. Kata doktor gigi, lepas berus gigi tak perlu suruh anak cuci dengan air. Sebabnya nak kekalkan flourida tu pada gigi. Bagi yang dah guna ubat gigi tu, hati2 jgn sampai anak tertelan ubat gigi tu pulak. Bahaya tau. Sebab tu ler cikgu selalu lap lepas berus gigi firas. Itu pun tak tau la banyak mana dah tertelan huhuhu.

Apa Menarik di Sabah? Manukan Island :)

Assalamualaikum....

Selama duk pi Sabah ni, kali ni ler kami ada chance cuci mata kat pulau2. Tu pun tak plan sebenarnya. Main hentam sajalah labu dan akhirnya agak kerugian skit lah. Mungkin nasib tak berapa nak baik, time kami nak pusing pulau tu angin kuat sampai bot dilambung ombak. ohhhhhh sangatlah meremang bulu roma! Sepatutnya cikgu keliling 3 pulau. Tapi kerana laut bergelora teruk, akhirnya kami singgah satu pulau jer..... huhuhu. Ikut plan kami akan pergi pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan, malangnya kami just singgah ke Pulau Manukan saja huwaaaaaaaaaa. 

Itu ler jeti Pulau Manukan. Sekali pandang macam sunyi sepi jer jeti tu kan. Pada hal penuh sesak orang duk tunggu bot masing2. Kat sini ada resort. Reganya memang mahal ler. Ramai yg ke sini utk berkelah dan mandi manda. Dah puas mandi terus balik ke tanah besar. Nampak macam ok jer laut tu kan. Hakikatnya bot yg cikgu naik tu sikit jer lagi nak terbalik tau. Bukan saja2 cakap ni. Tekong bot pun  terjerit sebab tetiba ada alun besar langgar bot kami. Terumbang ambing weh. Mujur masa tu dah dekat dengan jeti pulau ni. Cikgu sampai tak berani nak duduk kat kerusi bot. Terus duduk mencangkung kat tengah2 bot tu huhuhu. Dah la payah nak dapat parking kat jeti tu. So agak lama gak la kami tergolek2 dalam bot kecik tu.

Ketaq lutuit jugak la masa nak keluar dari perut bot tu ke jeti. Bayangkan lah bot tu langsung tak duk diam sebab laut bergelora memanjang. Dah selamat keluar dari bot, hati legaaaaaaaaa sangat2.



Sepatutnya sebelum singgah Pulau Manukan ni, kami singgah kat Pulau Mamutik. Kat situ ramai orang pi snorkeling sebab batu karangnya cantik. Dek kerana keadaan yang tak best tu, kami cancel. Tengok dari jauh je la. Lain ler kalau cikgu memang nak pi berenang2 itik kat situ kan. Bikini pun tak bawak apa kes nak berenang kat situ hak hak hak. Bikini la sangat!

Ni ler resort kat Pulau Manukan tu. Masa ni kami tengah mencari2 tempat utk duduk berehat setelah penat dilambung ombak. serius cakap, sakit habis badan ni kena lambung ombak.


Dak kecik yg request nak naik bot tu pun diam sepanjang pelayaran (ewahhh). Dia pun seramm gamaknya dengar suara mama n dua penumpang Cina duk terjerit2.


Bot yg kami naik tu basah lencun sebab air masuk dalam bot. Baju cikgu n suami pun basah. Waktu cikgu sampai kat Manukan tu, orang memang dah ramai. Semua tempat duduk penuh. Akhirnya terpaksala duduk beralaskan kasut. Tu ler akibatnya plan last minute huhuhu. 

Kawan2 tanya best ke pulau ni. Hurmmm tak reti plak nak komen. Mungkin keadaan laut yg bergelora teruk tu telah mengganggu mood kami, so rasanya tak ada la best sangat pon.






Pantai pun nampak cam kotor sikit. Mungkin sebab ramai orang kot. Errr itu ker rumpai laut yg jadi pujaan ramai tu. Mai mai amik, freeeee ja ni hehehe




Apa pun kami tetap maintain sengih tahap nampak gigi bila bergambar hehehe. Tapi sengih macam mana pun, muka tetap nampak cam penatkan huhuhu. Kami singgah 30 minit jer. Plan asal 1 jam. Fikir2 takut karang hujan ke apa ke pulak, lagi la takut nak naik bot. Satu lagi kesian kat tekong bot tu, dia langsung tak dapat nak parking bot dia kat jeti. So terpaksala dia tergolek2 dalam bot yg tak berapa besar tu sorang2. Bila kami call bgtau nak balik, dia lega sangat. Penat agaknya duk lawan gelora laut tu. Bot tu bertambah lencun masa kami nak naik utk balik. Tengok keadaan laut yg masih lagi bergelora tu, kami cancel ke pulau sapi. Kat situ ada perkampungan air. Hurmmmm terbanglah duit kami lebih kurang RM115. Agak kuciwa la jugak. Serik pun ada jugak hahahaha.

Masa pi Pulau Perhentian dulu, tak der la seteruk ni. Lupa nak bgtau, bot ni kami amik pakej jalanan jer hehehe.  Sebabnya orang yg offer tu duk tepi2 jalan, so cikgu panggil la pakej jalanan hehehe. Hurm next time cikgu nak try pakej yang SeaQuest la pulak. Tapi rasa2nya lagi mahal kot. Tapi at least bot dia lagi besar dan elok. Baju keselamatan pun baru. yg cikgu naik ni, baju keselamtan pun macam tak selamat! Koyak sana sini, tanggal itu ini. Haishhhh. Cikgu siap cakap kat tekong tu, kami ni tak pandai berenang tau hohoho. Memang betul ponnnn. Tu pasal kecut perut jerk kikiki. Rela rugi duit dari mengharung gelora yg macam tu. Eeeeee seram!

Jom balikkkkkkkkk!!

Sunday, May 26, 2013

Apa Menarik di Sabah? - Gelang Kristal ^ __ ^

Assalamualaikum

Ada sape2 bercuti ke Sabah ke?

Cikgu kalau ke Sabah, rajin bebenor intai gelang kristal. Tak der la minat memakai sangat pun. Tapi suka betul tengok kelip kelap gelang2 tu hehe. Selalunya beli kat orang sebagai buah tangan. Dah kerap sangat duk beli sampai siap angkat sumpah dengan en suami pasni tak mo dah beli gelang tu hahahaha.

Tapi biasa lerrrr pompuan. Jangan ler percaya walau dah angkat sumpah sekali pun. Akhirnya pergi jugak kuang kuang kuang. Kalau ada la yg teringin nak beli gelang2 kristal ni. Cikgu nak rekemen kat korang pergilah kedai Jamilah Jewellery. Kedai ni memang jual kristal yg kualiti bagus punya. Tak silap cikgu kristal diaorang ni dari Austria. Harga dia opkos la lagi mahal dari yg kat pasar philipines tu. Tapi berbaloi.

Harga kat gelang tu memang la bleh sentap mata memandang. Tapi biasanya diaorang akan bagi diskaun gempak punya. Macam time cikgu pergi tu diskaun 50% tau. Nak lagi murah silalah daftar keahlian. Nak daftar keahlian wajib memperabihkan duit sebanyak RM1000 kat kedai tu. Kalau tak, memang tak dapat ler. Kelebihan jadi ahli, diskaunnya dapat lebih dari 50% . Haaa kauuu, mmg boleh buat meniaga!

pinjam gambo eyriqaz punya. Tak sempat nak snap gambar sebab sibuk mengejar si kecik tu.

ehsan google. Nak beli yang siap boleh, nak tempah yang baru pun bolehh!

Kedai ni kat belakang hotel Le Meridien jer atau dikenali sbg Kompleks Sinsuran. Kat pasar philipines tu pun ada, tapi tak banyak pilihan. Sebelum2 ni cikgu biasa pi Jamilah Jewellery kat One Borneo. Tempat ni jauh skit dari bandar K.K. Kalau naik teksi dari Hotel Le Meridien ke One Borneo tu, kena bayar RM30 gitu. Bleh tahan la mahal huhuhu. Tapi kat situ stafnya lebih mahir buat gelang kristal. Yang cikgu bleh tahu tu sebabnya cikgu ngengada nak tempah gelang bentuk bunga...hihi.  Tapi kedai yg belakang Meridien tu tak tahu nak buat. Katanya staf yg buat tu ada kat One B. Satu lagi, kalau tempah kat One B, gelang lebih cepat siap sebab kat situ tak ramai customer.

Kalau sesapa nak ke Jamilah Jewellery kat One Borneo tu, dari pintu utama, jalan terussssssssss jer sampai dekat2 nak hujung mall sebelah kiri. Dekat dengan kedai tu ada kedai buku Harris kalau tak silap cikgu. Walau dah banyak kali pergi, cikgu tetap lupa kat mana letaknya kedai tu hahahha. so kiranya ni catatan la, next time bleh refer kat sini. Kedai ni lebih kecik dari yg kat bandar KK tu.



So petang semalam pi ler jugak ke One B. Berjaya la tempah gelang yg berbunga sekuntum tu hehehe. Tapi tak sempat siap sebabnya batu kristal yang cikgu nak tu kehabisan stok la pulak. so cikgu suruh dia pos je bila dah siap. Haaa itu lagi satu kelebihan Jamilah Jewellery. Dah hantar kat kita nanti baru staf dia contact utk bagitahu bayaran. Memang percaya habis la kat customer, deposit pun depa tak mintak tau.....suka! suka! sukaaaaaaaa!.

lebih kurang macam ni lah bunganya, cikgu punya kaler oren dan putih. comeyyy sangat....

Hehehe dah macam iklan berbayar pulak kekdahnya. Errr Jamilah Jewellery tak sudi ker amik cikgu jadi duta gelang kristal? Erkkk tangan tak cukup lawa yer??? Huhhh tak per lah !!

p/s : waktu operasi 9pg - 6.30ptg, dibuka setiap hari kecuali hari raya aidilfitri dan aidiladha jer tutup.

Projek Firas

Assalamualaikum...

Baru jer sampai Brunei terus bukak blog hehe. 
Memandangkan flight dari KK ke Brunei 8.30 mlm, so pagi tadi cikgu pun membuat 'penyiasatan' kat pasar philipines depan hotel Le Meridien tu. Siasat punya siasat, terbeli la jugak akhirnya. Beli t-shirt jer pun. 

Pastu Firas merengek ajak keluar dari pasar tu. Panas gamaknya. Kepala yg rambut tak berapa nak lebat tu pun basah dengan peluh. So cikgu pun ajak Firas pi teropong gelang2 kristal kat kedai Jamilah Jewellery. 
Perghhhh masuk masuk jer terusssssssss rasa dingin, sejukkkkkkkkkk.

Syiok habis la firas. Berlari ke sana ke sini. Jenuh ayah dia nak kejar kikiki. Mama dia bz duk intai gelang. Maka ayahnya la yg jadi mangsa muahahaha.

Tengah ralit ralit duk intai gelang, tiba2 ayah firas panggil cikgu suh cari di mana firas. Cari punya cari......aihhhh tak jumpa2! Last2 ayah firas suruh cikgu tengok kat tempat gantung kain tudung ni......


Kak kak jemah nampak tak firas kat mana?
Serius cakap, cikgu memula tu tak nampak langsung firas semunyi kat tempat tudung. Lepas ayah firas suruh bongkok sikit, baru ler nampak ada dua kaki kecik di sebalik tudung tudung tu hahahahaha.
Duk buat apa la gamaknya tu........ jom kita tengok gambar ni pulak.....





CAAAKKKKKKKKK!!!
muka tak puas hati sebab ada orang kacau dia tengah buat projek jongkong emas hehehe.

 Puas cikgu tarik suruh keluar, dia buat derkkk jer. Habis2 bye! bye! katanya. Korang agak firas buat apa tu? hehehe

Apa lagi kalau dah semunyi2 pastu bye bye pulak tu, duk buat proses pelaburan besar la tu hik hik hik. Habis la berbau tudung2 tu kikiki. Cikgu malas la nak kacau dia, karang terbantut pulak hajat di hati imam kecik. Cikgu sambung balik mengintai gelang2 yg merlap merlip tu hahaha. Bagus punya mak.

Tak lama lepas tu  datang sorang staf kunun2nya nak kemas tudung kat situ lah. Tup tup dia terjerit sebab terkejut tengok ada budak kat celah2 tudung tu hahahaha. Cikgu diam diam jer, malas la nak cakap kenapa firas duk semunyi kat situ kan kikiki. Karang ada jugak yg kena halau keluar kedai.

Lepas dah rembat seketul gelang, cepat2 cikgu tarik firas ajak balik hotel.
Fuhhhh nasib baik tak der sape terhidu wangian firas di sebalik tudung2 tu....legaaa. 
Kak kak jemah sila simpan rahsia ni ketat2 tau hik hik hik




Friday, May 24, 2013

Apa Cikgu Nak Buat Kalau Dah Tak Keja?

Assalamualaikum

Cikgu tiba2 terfikir, apa cikgu nak buat kalau cikgu dah xjadi cikgu hihi.
Errrr ada angan2 nak berenti keja kerrrr?
Idok ler, tapi terberangan pulak lepas tgk satu program ilmu kat tv3 pg ni hihi

Tadi cikgu dengar tentang kelebihan menghafaz quran.
Ustaz tu cakap, nak hafaz quran tak kira usia berapa tahun. Ust tu sendiri diusia 30 thn baru start hafaz quran.
Haaa dengan izin allah jika hati kita ikhlas, semua benda jadi xmustahil kan.
Setiap ayat quran tu ada kelebihan yg tersendiri.
Kata ustaz tu lg, tips nak hafaz quran:

1. Niat ikhlas nak hafaz 30 juzuk. Mampu ke xmampu tu xpayah pk
2. Hafaz ayat sikit2 setiap masa.

Tiba2 cikgu terasa macam errrrr kalau esok2 dah xkeja, cikgu nak pi belajar tentang al quran la.
Tak kisah la diploma ker, degree ker. Yang penting ilmu nya tu kan kan kan.
Pastu teringin pulak nak jadi sukarelawan bantu program2 untuk anak2 istimewa dan juga sukarelawan membantu rumah anak2 yatim.
Eeeeee bestnya la kalau angan2 cikgu ni jadi kenyataan hihi
Korang doa2la biar angan2 cikgu jd kenyataan yer :)

Nafsu Ayam Penyet

Assalamualaikum

Tadi cikgu lunch mee sup kat belakang hotel le meridien ni.
Boleh tahan la jugak rasa dia.
Tengah duk makan tu ternampak pulak nasi ayam penyet.
Ai kan peminat no 1 ayam penyet ...
Sambil suap mee ke mulut, mata duk jeling kat ayam penyet.
Aihhhh ayam penyet tu bagai duk lambai2 sambil kenyit mata kat cikgu.
Mee sup tu cikgu share dgn firas. Banyak gak la dak kecik tu makan
Mungkin sbb lewat sgt lunch, So perut si omak dgn anaknya kelaparan tahap gaban la.

Sambil kunyah mee, kepala duk berkira2, nak beli ke tak, nak beli ke tak.....eeeeeeeee!
Jangan ikut nafsu cikgu anis. Berhenti mkn sebelum kenyang ye!
Oklah...oklah , i surrender, bye bye ayam penyet.
Esok ajerlah ai beli u, jgn sedih yer.

cikgu pun panggil adik penjual suh kira.
Tak leh lama2 kat situ nanti takleh tahan tgk ayam penyet tu kenyit2 mata.
Adik tu pun datanglah kat meja cikgu.
"Kira ye dik" Tengah duk kira2, "Eeeeèeeeeeeerrrrrrrrrrrrr tapau nasi ayam penyet satu yer."
Hahahaha, beli jugakkkkk!

Laju cikgu jalan sbb xsabo nak mkn nasi ayam penyet tu.
Sekali erkkkkk xleh lawan kesedapan ayam penyet kat brunei daaaa.... hurmmmmm
Mujur ler ayamnya habis, nasi mampu mkn separuh jer sbb frust sambal dia xbest huhuhu.peran
Padahal perut dah kenyang hihi.
Tu lerrrr ikut lagi kata nafsu. Korang sila jgk ikut nafsu cikgu ni yer huhuhu

Thursday, May 23, 2013

Boleh ker?

Assalamualaikum

Alahai cikgu dapat bilik betul2 depan kolam renang la pulak.
Firas pulak kejap2 panjat kerusi duk intai kolam.
Pastu duk bagi laporan ma! Ma! Kolam!
Ma! Ma! Ada ball..
Pastu tak berkelip2 mata duk tgk budak2 mandi kolam.
Tak berganjak2 dr tingkap tu.
Ish kesian la pulak. Bukan xmau bagi masuk kolam.
Tapi cikgu lupa pulak nak bawak baju mandi firas. Haishhh.
Bikini mama dia pun xder ni hik hik hik.
Errrr kalau pakai pampers jek aci dakkk ??? Hihi
Eh eh bukan mama firas la yg pakai pampers, , si firas ni ha boleh ker hihi.
Kalau mama dia yg pakai pampers jugak, habislah mat saleh lari lintang pukang. Kuang kuang kuang

Nak Naik 'Abigem'

Assalamualaikum.

Jam dah pukul 11 malam. Esok pagi pagi buta sebelum ayam celik mata cikgu dah kena bangun. Bersiap2 nak ke airport. Kami nak ke Sabah lagi. Cikgu n Firas macam biasala peneman setia en suami ke mana saja hik hik hik.

Baju dah kemas, bilik hotel pun dah kemas. Tunggu nak pejam mata je lagi. Firas dah lama lolap. Pagi esok mesti meragam tu sebab tgh syiok2 tido, mama kejut suh mandi hehehe. Sian anak mama. tapi tak per, lepas tu mama yakin firas mesti happy tahap gaban sebab nak naik abigem (aeroplane). Hari hari duk sebut nak naik abigem. Pagi esok kul 7.30pg kita terbang ye Firas.

Err ada sapa2 nak ikot??? mai mai mai.......cikgu ajak dengan hati terbuka. Tapi tiket sila bayar sendiri sendiri yer hehehehe..... daaaaaaaaaa nak tido dahhh.

Bila Firas Berkata-kata.

Assalamualaikum.


Kejap tadi melayan si kecik ni tengok view kat luar hotel. Banyak pulak celoteh dia petang ni. Sekarang firas dah boleh buat ayat guna 3 perkataan. Tapi ada pelat skit skit la.

Firas : ma! ma! tu asjid (masjid)

Mama : mana?

Firas : Tuuuuu (tunjuk sambil mulut pun muncung sedepa hehe)

Mama : Masjid tu apa?

Firas : Asjid nak mayang Awooh Kebak (masjid nak semayang Allahuakbar, dia nak cakap tempat sembahyang la tu hehe)



 Cantikkan masjid ni...


Lepas tu, cikgu ajak main gomol2 atas katil. Bila cikgu buat2 takut, bleh plak dia kata " auuuu akuuuttt !" (tahu takut!) Hihihi pandai copy paste ayat mama sekarang ni yer. Haippp!!

Firas suka sangat tengok citer Misiku Kuza kat Astro Ria. Bukan nak tengok cerita sangat pun sebenarnya, dia suka dengar lagu tu. Kalau tengah menyusu pun dia bleh berenti. Habis lagu sambung menyusu balik ish ish ish. Ada sekali tu, tengah dia duk ralit tengok cerita Misiku Kuza tu tetiba firas menyampuk " Apa?!!" Dia pun sibuk nak berlakon jugak hehe.

Kalau time cikgu duk kalut kat dapur tiba2 ada benda jatuh ke lantai. Dia pun kalut la mai tengok dengan muka kerut2 dia kata "ishhhh owoohh abis la". Haii macam macam la ini budak kicik hehehe.


Yang paling syiok kalau dia berlakon telefon kat jiran dia kat malaysia nun.
"Ello, mannn......jom main nak? Main oss (horse) kat situ" Asal pegang telefon jer, ayat tu la yg dia duk ulang. Sampai mama pun dah boleh hafal hehehehe

Wednesday, May 22, 2013

Gagal Lagi !!!

Assalamualaikum.


Sekarang ni cikgu tengah gigih nak cerai susu dengan firas.
Sebelum ni cikgu ada mention firas tak suka masamkan. So dah try sapu asam jawa dan nampaknya tak berhasil sebab tiba2 jer dia kata SEDAP! huhuhu

Cikgu try plak sapu nescafe. Masa dia nak hisap susu tu tiba2 jadi terbantut. Hidung dia kembang kempis kembang kempis duk hidu bau nescafe tu. Ingatkan dia tak nak hisap la kan. Sekali dia ignore jer bau tu. Pastu muka kerut2 mungkin sebab pahit agaknya. Tapi dia tetap teruskan jugak menyusu. GAGAL jugak!

Hari ni try plak sapu pewarna merah. Siap pi beli kat hypermart bawah hotel ni. Bila firas tengok warna merah tu, dia terus tak nak hisap. Eh eh macam tak sia sia jer pi beli pewarna ni. Star brand lagi tau hehehe. Tiap kali dia mintak n tengok merah menyala. Dia mesti lari lintang pukang sambil jerit " eeee akuttt!" hehehe. Geli hati tengok. Siap semunyi2 lagi. Mama dia apa lagi gelak muahahaha la. Kesian jugak kat firas, lebih 10 kali duk merengek nak tido! nak tido! tapi last2 tak tido jugak sebab tak dapat menyusu badan.

Tiap kali dia mintak, cikgu bagi jer. Tapi kerana warna merah tu dia rasa cam jijik gamaknya. So dia tak jadi hisap. Dia pandang, dia perati pastu dia gelak2 hehe... nakal tau itu imam muda. Makanya berjayalah percubaan kali ni. Petang tadi dia tido tanpa menyusu. Tapi cikgu gigih ler menahan berat badan si kecik tu dodoi sampai lelap. Lepas setengah jam, Firas merengek nak susu. Cikgu bagi jer sbb tau dah bila dia tengok merah mesti tak mau punyalah. Sekali dia hisap jugak. Dah tak peduli merah ke apa ke. Yang penting nak susu huhuhu. Huhuhu GAGAL lagiiiiiiiiiiii! 

Agak2 kalau tak cerai susu, akan timbul masalah tak bila cikgu dah start keja?. Harap2nya bila mama dia tak der depan mata, tak der la dia duk mintak dengan pengasuh nak susu mama huhuhu.

Tuesday, May 21, 2013

Nostalgia Misi Mencari Spec

Assalamualaikum.

Pagi ni tiba2 teringat waktu duk ipt dolu2. Time tu musim exam kalau tak silap. So cikgu ni kalau time exam mula la tak berapa nak lekat kat bilik. Errr bukan ke library ponnn, menyinggah kat bilik kengkawan ada la hik hik hik. Bukan ler pi pot pet pot pet. Bertandang tu selalunya sebab tak paham atau tak reti nak jawab soalan. Rajin khennnnn ai ni hehehe. Time exam baru kalut nak study.....kalau tak stado (tido) jer lah jawabnya.

Nak dijadikan cerita. Satu hari tu lepas cikgu balik ke bilik nak sambung study la kunun2nya. Tetiba baru teringat spec tak der kat mata. Dalam kekaburan tu duk cari la spec mata yg ntah letak kat mana. Sangatlah geram tau bg orang yg rabun mcm cikgu bila terlupa letak spec mata. Mata dah tak nampak, cam no nak cari. Sakit ati tau. Jenuh la pi ketuk bilik kawan2 yg cikgu pi singgah sebelum tu. Depa pun pakat kalut la tarik selimut, intai bawah katil, selongkar segala mak nenek semata2 nak cari spec si rabun ni. Malangnya tak jumpa jugak!

Pastu teman sebilik pun balik dari kuliah. Tengok cikgu tungging2 duk mencari spec, dia pun tolong la cari sekali. Tak jumpa jugak. Pelik bin ajaib betul. Sampai ke tong sampah cikgu cari tau. Last sekali kawan cikgu suh pi tengok kat toilet. Manalah tau kot2 spec tu berjalan sampai ke toilet ahakksssss. Hurmm cari punya cari tak der jugak.

Akhirnya tergaru2 kepala yg tak gatal la si rabun yg comey ni. Pastukan tetiba terasa macam ada sesuatu kat atas kepala disebalik rambut yg dah kusut masai. Ya rabbiiiiiiiiii, rupanya spec tu ada jer kat atas kepala ni. Elok jer dia bersimpuh kat situ. Adehhh cam no la bleh lupa cikgu letak kat situ .ala2 mcm pakai cekak rambut tu haaa. Haduiiii cikgu dengan kawan2 pakat duk gelak. Diaorang pun tak perasan. Tak pasal2 riuh satu aras dek kerana cikgu hilang spec hahaha.
Saper pernah jadi macam cikgu ni sila angkat tangan! Errrr tak nak ngaku pulak kak kak jemah ni hohoho

Tak Jadi Kembang!

Assalamualaikum

Aduhaiii semalam memang la menyebabkan diriku ini hilang mood.
Semalam tengok suami member dok puji masakan isteri dia kat fb, cikgu pun jadi semangat nak masak sedap2 utk en asben. Sekali sekala nak rasa gak lobang hidung ni kembang kikiki.

Memandangkan Firas buat perangai skit. 
Jadinya cikgu plan nak buat nasi goreng yg paling sedap di atas muka bumi ini muahahaha.
Nasi goreng pun nasi goreng lah yer. Yang penting sodappp! Plannya nak makan dengan ayam bakar. Makanya cikgu perapkan dulu ayam bakar tu. 

So dalam pukul 3ptg, cikgu tanak nasi. Nak masaknya malam. Sengaja la tanak nasi awal cikit. Lepas tanak nasi tu, cikgu ajak firas pi beli barang skit kat bawah. Sejam lebih jugak la 'menyoping'. Balik2 tengok lampu periuk nasi dah kat warm. OK nasi dah masak jap lagi lah tutup suisnya. Nak kemas barang2 yg dibeli dulu.

Malam pun menjelma. Jeng jeng jengggggggggg..... Firas pun dah tido.
Cikgu pun bersilat nasi goreng la kat dapur. Siap tumis segala mak nenek, sampai la turn nak buh nasi. Bukak2 tudung, huk alohhhhhhhhhhhhhh nasi mantahhhhh la pulok! Apa sudah jadi ni ???. Renung dan tenung dengan muka comey skit dari ikan kering, rasa2nya cikgu lupa tekan button cook la kat rice cooker tu. Warm memanjang la jadinya tadi. Sebab tu la nasi tu mantah jer. Bila dah masak, adusssssssss lembekkk la pulak. Nak masak nasi lain rasa sayang, so guna la jugak nasi lembek tu. Hati masa tu memang dah ke laut hitam dah la. Dah la en asben anti dengan nasi lembek. Sabo jer lah. Sib baik ada ayam bakar. Harap2 dapat membuka selera en abangku.

Bila time hidang, en abangku dah tunjuk reaksi tak best huhuhu. Dah agak dah sebab nasi tu. Mujur ler ayam bakar menjadi. tapi bila cikgu ngap, ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnn! hehe. MASIN! Sudahnya lobang hidung cikgu tetap kekal kempis. 

Sapo la nak puji kan kalau dah masak cenggitu. If masuk masterchef pun gerenti terus terkeluar......huhuhuhu. Mesti chef jo komen cenggini "ni ler nasi goreng paling tak sedap dan ayam bakar paling masin yg pernah saya makan. Maka pada malam ini, saya terpaksa menyingkirkan cikgu anis dari program ini. Apa pun saya harap cikgu anis takkan putus asa untuk terus belajar buat nasi goreng " Huwaaaaaaaaaa!

Monday, May 20, 2013

Ikan Lutsinar?

Assalamualaikum



Asyik2 tempek kisah lucu jer, pagi ni nak ajak tengok kebesaran Allah pulak. Cikgu amik gambar ni kat pesbuk. Rasa takjub tengok ciptaan Maha Bijaksana ni. Ikan lutsinar yg tak pernah cikgu tengok. korang pernah jumpa tak?
Subhanallah memang tak terjangkau dek akal manusia adanya ciptaan tuhan yg sebegini. Dalam badan yang jernih tu ada tulang2 halus menyokong badan ikan ni. Ada ke manusia yang mampu cipta ikan seperti ni?
Sesungguhnya aku beriman kepadaMu Ya Allah.....DariMu aku datang, dan kepadaMu aku kembali....

P/S : AMIEY LEE, kenapa cikgu tak dapat nak terjah blog awak yer?huhu

Macam Mana Nak Bercerai Susu Yer?

Assalamualaikum...

Cikgu sebenarnya dah lama plan nak cerai susu dengan firas. Tapi asyik tak menjadi jek.
Firas sekarang pun dah dua tahun lebih. Bukannya tak suka firas menyusu badan, kalau boleh nak bagi jer selagi dia nak. Tapi tak lama lagi cikgu dah nak start ngajar balik.
Dah try macam2 susu fm tapi firas reject. Last sekali try susu sustagen coklat. Dia nak la jugak minum. Tu pun bermotivasi sebab tengok cousin dia minum susu.
Bila balik brunei, dia tak nak la pulak.

So tadi cikgu try la letak asam jawa. Before ni pernah try. Memang dia cam serik la sebab firas tak suka benda masam. Setengah hari gak la dia tak nak menyusu. So tadi try letak lagi asam jawa. Muka kerut seribu. Nampaknya boleh diteruskan dengan asam jawa ni. Bila cikgu tanya kenapa kerut2 muka? Ingatkan firas akan jawab masam la kan. Selalunya itu la yg dia jawab. Sekali dia kata SEDAP la pulak hohoho. Terus tak mo berenti huhuhu.

Pastu cikgu try letak air nescafe pahit. Muka dia kerut kerut jugak. Tapi lepas tu dia ok jer. Mungkin rasa pahit tu dah hilang kot. Cer suggest kat cikgu cam no lagi nak buat?
Pastu satu lagi nak tanya, kalau anak dah tak nak menyusu,

Sunday, May 19, 2013

Oh My English!

Assalamualaikum

Pagi ni lepas solat subuh dan iron baju putera kayangan, cikgu bukak pesbuk.
Cikgu memang jenis yg dah tak tido dah, so ngadap la dulu laptop buruk ni sebelum si kecik bangun.
Pagi2 baca kat wall kawan cikgu ni buat cikgu tergelak sorang2.

Alkisahnya masa matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris, cikgu cikgi dihantar berkursus. Adala sorang cikgu maths ni nak kena present kat depan cara nak ajar murid selesaikan masalah matematik ni.

Contoh soalan macam ni lah lebih kurang : (4x + 3y) - (x - y) = p

Nak tau Cikgu tu baca macam mana ? 


"OPEN BRACKET 4X ADD 3Y CLOSE BRACKET ..THEN DROP .. THEN OPEN BRACKET..X DROP Y..CLOSE BRACKET.. SAME P.." 


Maka tergelak sakan lah satu kelas masa tuh..hahahha.. kata kawan cikgu lagi cikgu tu siap membebel sambil buat lawak " ni hok aku malas kecek oram putis nih!! " (ni yg aku malas nak speaking nih) kikikiki.....

amboiii cikgu anis gelak sakan nooo......lupa la tu diri sndiri pun bahasa inggeris tunggang terbalik kah kah kah. Oh My English!

Teringat masa belajar kat ipt dulu. Time presentation, lecturer dan kawan2 mesti tertunggu2 budak2 laki kelate present. Sebabnya kelas gerenti gamat la dengan lidah diaorang yg terkontrol2 nak semunyi loghat kelate. Dan selalunya mampu bertahan tak sampai 5 minit, lepas tu bahasa standardnya hilang dikuasai loghat kelate hihihi..Hadoiii bikin pecah perut sampai keluar ayaq mata la jawabnya hehehe.

Saturday, May 18, 2013

Firas Berfashion di Kolam Renang

Assalamualaikum

Auntie auntie yang dihormati sekalian. Hari ini Firas nak pergi mandi kolam.
Auntie auntie nak ikut tak????
Sebelum tu sila pastikan ada baju renang dan pelampung yer.
Memandangkan hari sentiasa hotttttttttt...... pastikan juga auntie auntie pakai topi dan juga 'cepek' hitam.
Biar murah, asal bergaya kih kih kih.
Jangan lupa makan sekeping biskut Jacob yer supaya bertenaga di kolam renang.


Ok, sebelum kita basah kuyup dan berenang renang itik dalam kolam separas leher firas.
Kita bergambo dulu yer dengan jurulatih renang hohoho.
Lebih daripada paras tu, dinasihatkan amik jurulatih lain yooo.
Sebabnya jurulatih ni tak sempat nak amik lesen berenang kat kolam laut dalam hehehe.



Amacam auntie auntie sekali, comel tak firas? hehehe
Ini ler fashion renang di musim panas namanya.
Harus pakai topi dan sunglasses waktu berendam dlm kolam yooo hihihi

Dialog Mama dan Firas Belajar Mengaji Hehehe

Assalamualaikum.


Pada suatu pagi yang cerah. Seorang imam muda cilik minta nak baca quran. (sebenarnya iqra' hehehe). Mama Firas yang comel (ahaksss!) pun terus ambilkan buku Al-Furqan yang telah pun hampir lusuh dikerjakan imam muda cilik itu. Maka bermulalah sesi belajar mengaji antara imam muda dan mamanya :

mama : Ini bunyinya apa? (mim berbaris di atas- ada gambar seorang ibu)

firas : ma ! mama! (sambil tunjuk tangan kat mama dia hihi)

mama : yang ini pula? (ba berbaris di atas - ada gambar seorang bapa)

firas : ba! ayah! ayah!

mama : ok ...ok...pandai firas. Yang ni pulak bunyinya apa ? (dal berbaris di atas- ada gambar dada budak lelaki tak pakai baju)

firas : da! t * t * k !

mama : opssssssssss hahahaha


Sampai Kelate Mesti Kawin ?


Assalamualaikum..

ehsan FB

Sape pernah naik bas ni sila angkat kening.... hehehe
Yang asal kelate atau pernah tinggal kat kelate mesti cam sangat2 dengan bas ni.
Dulu2 kalau orang tahu jer cikgu orang kelate, mesti depa pakat duk sebut nama bas ni S.K.M.K,
Sampai Kelate Mesti Kawin hahahaha.

Dulu waktu zaman sekolah menengah cikgu sempat la merasa naik bas ni.
Kalau cepat, dapat la tempat duduk, kalau lambat sila lah berdiri yer. Paling tak syiok kalau bas dah penuh macam sardin. Uiiiii panasssss. Maklum la tak der ekon.
Yang ada ekon tu untuk ke tempat yg jauh2 je.

Sekarang bas ni dah tinggal kenangan.
Tak silap cikgu semua bas awam kat kelate sekarang ni dah pakai ekon.
Apa pun, cikgu lebih suka bas yang tak der ekon.
Sebabnya cikgu suka kena angin yg masuk kot tingkap tu.
Syiokkk jer hehehe

Friday, May 17, 2013

Mengamuk Nak Naik Bot

Assalamualaikum.

Cikgu tengah bersiap nak keluar makan ni. Tapi dan lagi tu nak conteng2 kat sini.
Nak tergelak tengok firas mengamuk sebenarnya.
Masa cikgu tengah duk bersiap tadi, firas tengah tengok tv tentang sejarah Kg. Ayer Brunei.
Hebat imam muda mama ni, kecik2 dah layan rancangan sejarah hehehe.
Sebenarnya firas ralit tengok tu sebab ada gambar bot.
FIras ni obses skit dengan bot dan abigem (aeroplane).
Masa duk tengok tu tiba2 jer dia cakap kat cikgu dia nak naik bot tu.
Duk ulang dua tiga kali 'nak naik bot, nak naik bot'
Cikgu cakap la, mana ada bot. Dalam tv adalah.
Terus dia nanges n terbaring kat lantai.
Hentak kaki hentak tangan sambil duk jerit "nak naik! nak naik!"
Yang mama dia bukan nak pujuk, duk gelak adalah hohoho.
Sebab tak sangka yang dia nak merajuk sampai macam tu sekali.
Selalu dia berlakon jer buat buat nanges.
Sampai meleleh leleh air mata yg tak tahannya hehehe.
Kesian anak mama, next time la kita naik yer.

p/s: sebenarnya berdiri bulu roma cikgu nak naik bot kat kg ayer tu, laju wooooo. dah la tak der life jacket. Tapi bila dah naik n tengok view sekeliling yg cantik. Terus lupa segala....... hehehe

Cutenya...

Assalamualaikum

Tahun lepas cikgu teman en asben pi Bangkok.
Cikgu macam biasala lepak jer kat dalam bilik. Petang2 baru keluar cuci mata tengok bandaraya Bangkok.
Dalam banyak2 benda yang cikgu berkenan, ni haaa bekas garam dan lada sulah.
Tapi cikgu tak beli pun. Nyesal pulak tak beli hehehe

 Haiii!!!



Peluk! ...peluk!

cute kan kan kannn

Mere Betha Demam Hey

assalamualaikum...

mere betha demam la pulak.
semalam terkinja2 atas katil dengan hati yg gumbira.
tup tup detik jam 12 malam badan firas start panas.
Kesian mere betha, tido tak lena. Merengek jer. Mungkin tak sedap badan kot.
Cikgu tuam dengan air n tukar baju lengan panjang ke baju lengan pendek.
Terus suruh ayah firas on kan aircond yg paling slow.
Ni cara nak kurangkan suhu badan, bukan nak dera anak tau ^_^.
Firas tak menggigil pun, mama dia plak yg terketar2 dalam selimut tebal.
Pastu bagi firas makan ubat. Mujur ler kali ni dia tak melawan.
Ala2 kena paksa jugak la, tapi bila ubat dah start masuk dalam mulut, air muka firas macam "eh ehhh sedap pulak ubat ni" hehehe.
Tu pasal la agaknya pagi tadi n ptg ni cikgu bagi ubat pun dia nak.
Siap kata ubat tu sedap lagi hehehe.
padahal sebelum ni mkn ubat yg sama tp kena pegang kaki tgn baru bleh bg ubat.
pagi tadi badan firas dah suam2, terus dia ajak pi 'main'.
Tau dah kalau dia sebut pi main tu maknanya nak pi main kat McD la tu.
Layan jer lah budak demam ni. Manalah tahu lepas main terus sihat kan.
Hurm lepas balik jer badan dia panas balik. Jenuh cari termometer.
Ada dua, tapi dua dua tak dapat dijejaki.........ggrrrrrr geram!
Walau pun Firas demam, hari ni mere betha berjaya habiskan sebekas bubur McD saiz kecik.
Syabassss betha..... Time sihat tak habis pulak.
Harap2 selera makan firas maintain la. Cikgu perasan sejak cikgu bagi firas makan vitamin champ, selera makan dia dah bertambah baik....alhamdulillah.
Acik2 yang dikasihi, tolong doakan imam muda cikgu cepat sembuh yer....



Thursday, May 16, 2013

Firas Hilang!!!!!!

Assalamualaikum..

Tadi cikgu ralit benar menyalin resepi roti saj. Nampak macam sonang ajo. Teruih la salin resepi tu. Waktu start nak salin tu, bilik cikgu riuh rendah dengan suara Firas duk main bantal atas katil. Cikgu pun buat derkk jer la tengok hero tu happy jer main sorang2. 

Dah habis salin resepi baru cikgu perasan hero cikgu tu dah tak der atas katil. Sunyi sepi jek bilik. Cikgu panggil2 nama Firas kot kot dia duk kat ruang tamu. Jenuh panggil tapi Firas tak menyahut pun. Cikgu mula rasa tak sedap hati. Maklum la firas ni dah pandai bukak pintu. Kunci pun dia pandai bukak dah. Perasan tak kat pintu bilik hotel selalunya ada satu selak. Mujur ler ada selak tu. Walau dah pandai bukak kunci yg pulas2 tu, pintu tetap tak leh buka sepenuhnya sebab ada selak tu.

Bila Firas tak menyahut, cikgu terus terfikir kot kot nya hero cikgu tu dah terlepas keluar. Cikgu tak ingat sama ada cikgu selak ke tak pintu tu lepas housekeeping pagi tadi. Cepat2 la cikgu pi check pintu, mujur ler cikgu selak. Maknanya Firas ada je la kat dalam ni. Cikgu cari kat ruang tamu kot2 dia main semunyi2 dengan cikgu. Ehh ehhhh tak ada jugak. Kat dapur n laundry pun tak der. Hanya satu bilik jer yg belum dicheck, toilet!





Laju jer cikgu pi toilet............. haaaaaaaaaaa tu diaaaaaaaaaaa!!!
Ada pun kat dalam toilet tu. Bila cikgu panggil nama Firas, boleh dia senyum jer pastu bye! bye!  kat cikgu.
Cikgu ajak Firas main kat luar, dia bye! bye! jugak . Langsung tak nak berganjak
Hurmmm kalau ikut pengalaman la, bila dia dah start bye! bye! macam tu, tandanya dia dalam proses qadha hajat hehehe..... lepas dia bye bye kali terakhir, cikgu pun blah la. Bukan pi mana pun, cikgu semunyi balik dinding nak tengok betul ke dia dalam proses tutttt. Dah nampak memek muka tu sah lah tujuan dia tengah tuttt kih kih kih. Pandai pulak dia pilih port kali ni . Sambil duk qadha hajat tu sempat lagi duk main flush dua tiga kali hehehe.

Dah selesai, terkedek2 dia keluar macam tak der apa2. Pada hal bau masyemmm dah menusuk2 lobang hidung mama dia. Cikgu tanya firas berak ke? Dia ngaku, eyak katanya. Siap tambah 'usyuk' lagi dengan tangan picit hidung kikiki. Cikgu tanya lagi, dah habis berak ke? Dah jawabnya. Dah basuh ke belum ? Dah katanya. Kalau dah kenapa busuk lagi, dan dan tu jugak dia tukar jawapan. Belum katanya hehehe. Dalam hati cikgu eh ehhh dah pandai berkomunikasi anak aku sekarang ni hihi.

Sebenarnya firas ni baru pandai guna perkataan 'dah' n 'belum'.....
ok tu jer nak citer....byeeeeee......opsssssss itu bukan tanda mama firas nak tutttt yerrr hihihihi


Wednesday, May 15, 2013

Kabinet Dapur Punya Angkara!

assalamualaikum....


Memang la sindrom renovate rumah ni payah nak hilang selagi rumah tak siap. 
Semalam cikgu ralit duk belek majalah Dapur. En asben pulak duk belek2 fb.
Tetiba En asben bersuara " hurmmmm sekarang ni dah ada kabinet baru la. Gabungan orang muda dan orang lama yang berpengalaman".
Cikgu pun jadi teruja la kan. Tentu cantik kabinet idea baru tu. Ye la idea gabungan orang muda dan orang berpengalaman la katakan. Dalam kepala cikgu cuba duk bayang2 la kabinet dapur tu. Mungkin gaya moden yg disuntik dengan gaya dolu2. Ishhh tak terbayang akhirnya hehehe.......
Cikgu pun cepat2 la suruh asben tunjukkan gambar kabinet dapur tu. Mana la tau kot kot bleh buat kabinet macam tu kat rumah baru cikgu tu....... Ewahhh rumah baru la konon kikiki.....


sheryna, tumpang tempek kat sini yer :)

Bila asben cikgu dengar jer terus dia pandang muka cikgu dengan kerut kerut tang dahi.
Cikgu pun tanya la kenapa dia pandang cikgu semacam jek.
Pastu dia senyum2........ cikgu pulak yg berkerut2. Oh mengapakah?????

Kalau cikgu la, cikgu akan tukar kedudukan island dengan peti sejuk tu...eh ehh memandai2 plak cikgu ni kan hehe.

Bila en asben hulur henpon dia baru la cikgu tahu ...
cikgu dah tersasar jauh dari landasan lorrrr huwa huwa huwaaaa
Rupa2nya en asben maksudkan Kabinet Malaysia a.k.a Jemaah Menteri 2013 daaaaaa.....
Yang cikgu pulak mati mati ingatkan en asben bagitahu tentang kabinet dapur........... adoyaiiiii.....
Tersilap paham ler pulokkkk hik hik hik

Ubat Nyamuk Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum...

Hari Guru sudah tiba jeng jeng jenggg....... ada sapa2 nak bagi hadiah kat cikgu tak??? hehehe
Dah dua kali cikgu terlepas sambut hari guru dengan kawan2 dan murid istimewa cikgu.
Saper suh amik unpaid leave kannnnnnn. 
Cikgu sambut dari jauh ler dengan anak dan suami.

Rasanya ramai yg tahu bila tiba Hari Guru, berduyun2 la anak murid datang bagi hadiah kat cikgu kesayangan. Cikgu cikgi tak mintak pun, tapi acara bagi hadiah ni dah jadi macam satu tradisi. Kekadang kesian jugak bila teringat ada anak murid yg kurang berkemampuan. Tengok kawan2 lain bagi hadiah, dah tentula dia pun teringin nak bagi kan. Sebab tu kami cikgu cikgu siap pesan tak perlu nak bagi hadiah, yang penting hargai ilmu yg kami sampaikan. Tapi alhamdulillah, cikgu tengok murid2 tetap nak bagi. Kami terimalah dengan tangan terbuka hahahaha.

Kalau cikgu tu cikgu fofuler (popular) memang berkampit kampit beras la hadiah yg dibawak balik. Terliur cikgu dengan kawan2 tengok hihihi. Biasanya kami cikgu2 pendidikan khas ni yang paling sikit dapat hadiah. Memang balik lenggang kangkung lah, tak macam cikgu lain terpaksa minak tolong murid lain angkut hadiah ke kereta. Dah macam rupa pakcik santa pun yer hehehe....

Teringat waktu cikgu sekolah dulu2. Hadiah sempena hari guru biasanya murid akan bagi pen/ pensel/ pemadam. Sekarang zaman dah berubah, hadiah pun makin mahal2 dan menarik. Huihhh mau cikgu tak terliur kan hehehe. Walau pun kami cikgu2 pen khas ni selalu balik tangan kosong, biasanya parents anak2 istimewa ni suka buat suprise tau. Tiba2 je pi sekolah ada jamuan ringkas n acara serah hadiah kat cikgu. Terharu tauuu..... kembang kempis hati ni hohoho.

Tadi terbaca kat fb kawan cikgu. Setiap kali hari guru dia terkenang kat sorang murid dia kat terengganu. Masa tu dia mengajar di sekolah kampung. Sempena hari guru dia terima satu hadiah yg buat dia tersenyum dan takkan lupa sampai bila2. Murid dia bagi sekotak ubat nyamuk sbg hadiah. Memang dia senyum sampai ke telinga tengok hadiah tu. Dia saja la tanya murid tu dalam byk2 benda kenapa bagi ubat nyamuk. Kata murid tu "saya tak nak cikgu kena ketik (gigit) dengan nyamuk". Dengar jer jawapan tu dengan air muka yg memang ikhlas tu dia tak jadi senyum. Hati dia jadi sangat tersentuh sbb sampai macam tu sekali diri dia dihargai. Ohhh nak menitik pulak air mataku....syuhhh syuhhhh...

Bila murid tahu menghargai gurunya, percayalah kami lebih2 lagi menghargai anak murid kami. Buat anak2 istimewa cikgu, kalian mungkin nampak pelik di mata orang lain, mungkin tidak cantik di mata orang lain, juga mungkin tidak bijak pada mata kebanyakan orang. Tapi bagi cikgu, kalian kejadian yg sangat indah dan dan sangat istimewa. Penghibur dan penyejuk hati cikgu sampai bila2.  Terima kasih Allah kerana memilih diri yg serba kurang ini untuk mendidik ahli2 syurgaMu.

Selamat Hari Guru buat semua guru2 pendidikan khas dan guru2 lain di Malaysia. Semoga Allah sentiasa menyematkan keikhlasan dalam hati kita dalam mendidik anak bangsa.....aminnn

Raja Yang Tak Boleh Naik Kapal Terbang

Assalamualaikum....



Pernah tak dengar ada Raja yang tak bleh naik kapal terbang.
Erkk....Raja Kapoor? Nehi ! Nehi! Bukan Raja Kapoor, raja bedak pun bukan.
Raja ni memang malang skitlah walau pun dia glamer abisss....hehehe
Habis sepupu sepapat dan segala suku sakat yg berkait dengan raja ni memang akan dihalang naik kapal terbang.
Agak kesian jugak la kan, namanya aje raja tapi tak leh naik kapal terbang huhuhu.....

Semalam masa nak check in kat KLIA, cikgu terdengar la sok sek sok sek antara pegawai airport dengan penumpang ke Brunei. Diaorang ada masalah skit nak check in barang2. Pegawai yang bertugas tu suspect dalam beg yang diaorang bawak  ada durian sebab ada bau. So pegawai tu tanya la untuk komfemkan betul ke ada durian dalam beg tu. Beg tu pulak dah di wrap dengan plastik yg berbayar tu. Nak bukak beg, kena la koyak plastik tu. Diaorang cakap memang tak der buah durian. Lama gak la adegan tu berlangsung secara aman. Ye la kan, dah bayar mahal2 tetiba nak kena koyak, tentula berat hati. Nak salahkan pegawai tu pun tak boleh jugak sebab dia menjalankan tugas.

Pegawai tu siap kata, kalau nak bawak masuk dalam flight pun memang tak lepas sebab masa x-tray beg tu akan boleh kesan kehadiran raja buah tu. Haaa jangan main2, bukan senang nak seludup raja buah yg satu ni hehehe. Last2 diaorang bagitahu, buah durian memang tak der dalam beg tu tapi kalau biskut inti durian memang ada. Legaaaa, hamekk cikgu pulak yg tolong rasa lega kikiki. Cikgu ingatkan boleh lepas la kan sebab biskut jer pun. Kat kaunter selalu tunjuk buah durian jer yg tak leh naik kapal terbang. Rupa2nya biskut ke apa ker yg ada kaitan dengan raja buah ni tetap tak leh naik kapal terbang hohohoho.
sampai macam tu sekali.....!

Baru ler cikgu tahu rupa2nya durian serta konco2 yg seisi dengannya memang dilarang keras kerasan. Kesian ko durian, nama jer raja buah tapi tak leh merasa naik kapal terbang hohohoho. Rasanya next time kena tambah details skit kat papan tanda larangan bawak buah durian tu. Ini tunjuk gambar buah jer, cikgu pun mati2 ingatkan buah jer yg tak leh.......nasibbbb, nasibbbb.......



Tuesday, May 14, 2013

Sindrom Renovate Rumah

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah selamat jejak kaki ke brunei.
Penat betul balik ke shah alam kali ni . Hari hari keja cikgu cuci baju dan cadar yang basah + kotor . Rumah cikgukan baru dilanda anak garuda. Almari baju yg hampir nak roboh tu siap tumbuh cendawan. Kata asben cikgu, boleh kutip buat sup cendawan dah tu hehehe. Berbau hapak satu macam dah rumah cikgu.

Hampir separuh gak la baju yg rosak. Cadar pulak masih ada lagi kat dalam almari tu. Takut pulak cikgu nak keluarkan dari almari tu. Risau kot2 ada binatang jahat buat sarang. Rasa2nya semua cadar tu dah rosak huhuhu ......  Mujur ler ada jiran yg baik hati tumpangkan kami kat rumah cantik menawan. Baru siap reno pulak tu. Segan aii tauu.....  Terima kasih banyak2 yer cik mas. Ni yang buat cikgu anis sayang ketat2 kat u ni hehehe....... sebab cikgu ada jiran yang baik cenggi ni la hati jadi berat nak pindah ke tempat lain.

Cikgu n suami memula ingat nak reno tingkat atas jer dulu. Sebab kami punya plan nak reno rumah lagi dua tahun. Tapi bila dah garuda langgar tangki sampai rumah rosak, terpaksa la kami reno segera. Kami cadang nak reno tingkat atas jer dulu. Nak tukar parkir dengan vinyl atau tiles. Pastu terpk alang2 nak tukar lantai, baik besarkan bilik terus. Tanah belakang rumah cikgu ada lagi 4 kaki, cadangnya nak tarik habis.

Bila sembang2 dengan kontraktor, dia cakap kalau dah tarik bahagian atas, otomatik bahagian bawah pun kena tarik jugak. Last2 kami buat keputusan utk reno keseluruhan rumah...... Sejak tu lah sindrom reno rumah melanda diri cikgu hehehe. Tak dapat nak tido lena weh. Tetiap malam tido kul 1,2 pagi. Mata pejam tapi dalam kepala duk cari idea utk reno rumah hehe...

Akhirnya cikgu dapat idea dan buat lakaran. Sib baik Menteri Kewangan Keluarga meluluskan plan cikgu tu.  Pagi esoknya tunjuk kat kontraktor. Kontraktor cikgu tu orang Melayu, abang ipar yg rekemenkan. Harap2 elok ler hasil kerjanya. Orangnya jenis yg mudah dibawa berbincang. Lepas amik ukuran dan bincang itu ini, barulah hati ni rasa legaaaa sangat2. So dah bleh tido dengan aman.

Tapi semalam tetiba sindrom tu menyerang lagi....kul 3 pagi pun tak dapat nak tido lagi sebab dalam kepala duk pk pasal dapur.... ntah berapa banyak lakaran cikgu buat......plan asal cikgu nak buat dapur dengan keluasan 14' x 12'.... pastu semalam duk pk pk macam nak jadikan dapur tu 18' x 14' la pulak sebab cikgu nak letak langkawi island hehehe. Dah lama duk mengigau nak letak island kat dapur tau....

Ni bukan dapur rumah cikgu yer, ni dapur rumah contoh jer hehehhe

Ni dapur rumah sewa cikgu yg pertama kat brunei. Ni baru dapur basah, dapur kering lagi besar. Cikgu tak pernah sentuh dan belai pun dapur kering tu. Takut tengok oven kemain besor hehe...


Dapur kering a.k.a dry kitchen......

Haihhh tak sabar rasanya nak tengok rumah siap....opssssssss nak tengok rumah siap aponyeee, kontraktor baru nak bagi quotation daaaaaaaa hehehe.... kalau jadi, insyaAllah bulan depan baru la ketung ketang rumahku syurgaku itu......... sekarang ni duk termenung pandang siling dengan suami, mana la nak cekau duhittt ni........ hurmmm mujur ler cikgu dah start keja bukak sekolah ni. Bleh ler tampung hak mana tak cukup kan kan kannn......

 Sila abaikan pemandangan dinding yang tak cun tu. Ni taman rumah cikgu suatu ketika dulu. Sekarang dah innalillah dah pokok2 tu. Water feature tu pun dah berlumut2....... tak pa, lepas ni kita make up cantik2 naaaa....

Thursday, May 9, 2013

Firas Pun Ada Beg Tarik La !

Assalamualaikum...


Baru jer lepas balik mengundi minggu lepas, hari ni nak balik lagi ke malaysia ...
Haiii kopak duit lakiku. Duit bini dia dah lama terkopak2 huhuhu
Dah macam ulang alik Sepang - Shah Alam kekdahnya. Karang tak pasal2 driver taxi ingat kami ni orang kaya raya.... padahal kayu rayu jek kuang kuang kuang...
Balik sokmo! Nasib ler bukan duk London ke Paris ke....hohoho
Nak buat macam mana rumah dilanda garuda tu perlu jugak dibaiki sebelum keadaannya lagi parah.
Itu pun nak pakai duit jugak tu .....  mana la nak cekau ni....huhuhu.

Dalam kami duk bersedih ni, ada sorang insan tu yg happy giler sebab arini nak naik 'abigem' lagi hohoho.
'Abigem' tu maknanya aeroplane ya kak kak jemah. Jenuh ajar bagi betul, tapi akhirnya mama n ayah dia pun sekarang ni kalau nampak kapal terbang mesti sebut abigem jugak. camno tu??? rosak! rosakkk!!

Dari duk bersedih gulana, apa kata kita hiburkan hati dengan gelagat firas kat airport. Sejak cikgu beli beg yg bleh tarik ke hulu ke hilir tu, Firas kemain lagi duk heret beg tu kat airport....... semua orang tengok mesti senyum2 hehehe.......


kalut Dr. Firas ni tarik beg kosong dia tu. Nak kejar ayah la tuh. Yang ayahnya pulak lupa anak bujang dia tu kaki tak cukup inci lagi, laju memanjang. Errkkk......sebenarnya nak cepat takut queue kat kaunter check in panjang ekekeke. Jgn mare yer putera kayangan hamba....peaceeeeeeee no war hehehe. Tauuu takuttt....kikiki

Ish lajunye ayah ni!



 Sebab ayah dia laju sangat. Firas berkira2 nak kejar ayah dia. Tapi yg sweetnya dia sempat lagi simpan handle beg tu. Cikgu ingat dia nak tinggal je beg tu kat situ.





Dapat jugak kejar ayah ye Firas. Nasib tak ramai orang.



 ok dah sampai turn utk check in. Firas pun kalut sama tau hehehe


Ish sibuk la beg hitam ni. Firas nak letak beg firas plak ni. Cepat la gerak beg oiiii. Meh sini Firas angkat.....amboiiiii larat ker nak oiiii????



Last2 dia decide nak letak jer beg dia atas beg hitam tu kekekeke. Tak putus semangat. Risau benar beg kosong dia tu kena tinggal kat airport. Baru beli la katakannnn....


 OK beg, duk diam diam tauuu. Nanti kena tinggal baru tau!


 Laaa rupanya mama suh Firas pikul jer beg ni. Ingatkan nak simpan kat tempat bagasi kikikiki


 Haihhhh sempat lagi melencong masuk kedai perfume yer Firas. Coppp mama dia tak suruh pun yer. 
Dia sendiri yang pandai2 masuk kedai tu  sebab nampak dua aweksss cun..ahakss



Sebelum kita masuk dalam 'abigem' moh ler kita bergambar dulu kat tepi kolam ikan hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...