Tuesday, April 30, 2013
Nak Tanya Pendapat Boleh Tak???
Monday, April 29, 2013
Berita Hangat : Cikgu Bertemu Dato' Fadzilah Kamsah
Sunday, April 28, 2013
Biar Bonar !!!
tetiba jer cikgu macam tak leh nak kelip kelipkan mata.
mulut pulak tetiba terlopong bagai gua niah. mujur kat hotel ni tak dak lalat. kalau tak naya cikgu.
Tenyeh2 mata....aikkkk ada jugak kat situ.
cubit2 pipi...........aduhhh sakit!
Alhamdulillahhhhhh rupanya cikgu pun dapat habuan dari Mr.Nuffnang.....hoyeayyyy!!!
Baru jer duk usya2 cpuv Hainom Okje...... sekali cikgu dapat jugak, macam nak sama jer dengan okje punya......
1.women march 2013
2.march 2013.
cikgu pun terus la pi cari iklan tu kat blog cikgu. tengok atas, tengok kanan, tengok bawah.....aikkkkk tak dok pungggg............... yg ada iklan astro on-the-go dengan iklan hishop........hurmmmm.....bleh caya ke ni.... tak pe lah kita wait n see aje lah....hehehe
pastukan baru perasan start date utk dua iklan tu ialah 21 dan 22 march 2013, CTR dan CTR Bonus memang zero% lah, total amount dapat la 11 sen hihihi. maknanya dah lama la kot iklan tu singgah blog cikgu ? ke macam mana???.....aihhhh tak reti lah cikgu.... ada sape2 bleh explain skit tak?
Kisah Gelang Emas Berubah Kejadian
Resign kah????
aduhhhh terharunya la dengan feedback kawan2 tentang resign keja. Jawapan adik kakok semuanya menenangkan jiwa raga cikgu hehehe. Terima kasih ye kawan2.
Buat masa ni cikgu tak berniat utk resign. Lepas2 ni tak tahu lah kan kot kot mengikut jejak langkah Puan Zaila kita tu hehehe. Macam jiran kesayangan cikgu cakap la memang sayang nak berenti bila jadi cikgu nak nak keja kerajaan pulak. Bukan senang tau cikgu nak mohon jawatan perguruan ni. 'Tanam anggur' lama gak la baru dapat keja tetap ni. Mengenangkan susahnya nak dapat keja ni lah yg buat cikgu pk berulang kali.
Nak kata suami mampu sangat sangat sangat tu tak juga. Cukuplah setakat menanggung keluarga kecik dan cute kami ni. Banyak juga tanggungjawab lain yg suami kena pikul. Best memang best jadi surirumah. Jawatan kaum hawa antara paling tinggi darjatnya di sisi agama. memang bertuah sape dapat jawatan ni. Tapikan cikgu rindu la nak belai dan manja2 dengan anak2 istimewa cikgu tu. Cikgu rasa bahagia dan bertuah sangat dapat didik ahli2 syurga ni (insyaAllah). Harap firas pun sayang kat abang2 dan kakak2 istimewa dia tu.
Sekarang ni cikgu pasrah sajalah, kalau ditakdirkan cikgu ditukarkan sekolah, cikgu redha. harapnya dapat tempat terbaik utk cikgu sekeluarga. Pas pas (opssss bukan parti politik hehehe) ni kalau timbul masalah atau mungkin asben lama kat tempat orang, baru cikgu nak pk balik offer resign keja tu. Eh eh resign keja pun ada offer ker? hik hik hik. Kecualilah suami keluarkan arahan kuasa veto. Tak yah pk panjang2, maka dengan itu saya yang menurut perintah sebagai isteri solehah (solehah kerrrr????) akan bersedia meletak jawatan saya sebagai guru dan berkhidmat untuk suami yang soleh dan anak2 tercinta...... hehehe boleh gitu?
Friday, April 26, 2013
Tak Dapat Nak Tido...
Malam ni susah pulak nak lelapkan mata ni. Dah merah menyala mata ni tapi tangan rasa nak menaip pulak dah. Tadi kawan cikgu kat malaysia bagitau suh cikgu cepat2 lapor diri. Kalau lambat risau ditukarkan ke sekolah lain. Alahaiiii sedih bercampur susah hati dibuatnya. Bila plan dah dibuat tapi nak kena ubah disaat akhir ni, terasa sangatlah sukar sekali.
Sejak cikgu mula sakit2 hari tu, cikgu dah tanam azam tak mo pk pk lagi dah hal ni. Makanya cikgu lalui hari2 yg bersisa di bumi Brunei ni dengan aman sekali. perkhabaran dari teman tadi betul2 buat cikgu jadi sayu. Kalau benarlah cikgu akan dipanggil berkhidmat lebih awal dari sepatutnya, maka tak byk masa lagi cikgu dan firas bersama putera kayangan di sini huk huk huk..... nangesss!
cikgu tak leh nak bayang la hidup jarak jauh ni. Dah la cikgu ni spesis manja + lembik. Terpk macam2 bila suami tiada di sisi huk huk huk. Mak ayah pun jauh nak datang if ada apa2 hal yang berlaku. Pasrah! Innallaha maa'na kan kan kan........ kepadaMu aku berserah. Kalau ditakdirkan ke sekolah lain, biarlah ditempat yg menggembirakan hati cikgu dalam segala hal. Moga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.
Dan saat ini tetiba hati rasa macam nak setuju jer dengan cadangan en suami utk tamatkan saja berkhidmat dengan kerajaan. Jawatan surirumah sepenuh masa masih terbuka kata en suami. Hurmmmmm...... menarik memang menarik, tapi harus di fikir masak2 sebelum keputusan diambil yer dak?
Ada sapa2 nak share pengalaman berenti keja dan jadi surirumah tak? Menyesal tak lepas berenti keja ??hihihi
Firas dan Seluar
Thursday, April 25, 2013
Saya Nak Jadi Pemadam!
Wednesday, April 24, 2013
Firas Jadi Model
Firas Hafal Surah Al Fatihah dan Doa Makan
Hari ni cikgu nak citer tentang perkembangan anak soleh cikgu yg sorang tu. Dialah madu, dialah gula hehehe. Sejak umur dua tahun ni, mulut dia makin tak reti duk diam. Tapi kalau dengan orang yg jarang2 dia jumpa, amik masa sikit la nak pot pet pot pet. Ala pot pet pot pet pun guna ayat dia la. Kadang paham kadang tak paham apo ko bondo yg dia cakap. Cumanya sekarang ni dah pandai la buat ayat pendek, selalunya dua perkataan la....
Sebelum ni cikgu selalu duk baca al fatihah kuat2 kat firas. Nak tidorkan pun baca, sambil susukan pun kekadang baca. So hari tu cikgu saja la baca dan mintak firas sambung hujung bacaan ayat. Sekali dia boleh sambung. Contohnya "Alhamdulillahi rabbil......." Firas akan sambung "a'laminnn..." Mama dia happy tahap nak terloncat2 gitu hehehe. Padahal anak orang lain ada yg boleh hafal pun keseluruhan surah al fatihah. Firas baru bleh sambung sikit2 pun cikgu dah terkinje kinje kannn.....overrrr gitu kikiki
Bila dah tahu dia rupanya mendengar dan cuba ingat apa yg mama dia bacakan. Cikgu cuba pulak ajarkan doa makan. Sebelum makan dan isap susu, cikgu mesti mintak firas ikut cikgu baca doa tu sepatah2. Comelllll la sangat dengar dia sebut. Ada yg betul, ada yg tergeliat lidah dia nak sebut hehe. sekarang ni dia dah ingat sikit2 doa tu terutamanya tang "fima rozaqtana"......sukeeeeeeeee tau. Harap cepat la firas ingat surah al fatihah. Mesti cutekan dengar suara budak2 kecik baca hehehe.
Sultan Kelantan Yang Ambo Kasih
Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:
Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.
Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.
Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.
Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.
Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.
Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.
Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.
Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.
Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.
Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.
Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia.
Cikgu Pindah Rumah Baru Lagi....
Memula ingat nak citer tentang daki gunung. Tapi gambar tak sempat nak kumpul lagi. Tak syiok la pulak cerita tanpa gambar kan. Nanti2 la yer. Arini nak citer rumah baru cikgu. Sejak duk Brunei ni cikgu dah pindah 3 kali.
Memula kami sewa banglo setingkat yg ada 5 bilik, dua dapur dan pakej sekali dengan tukang kebun dan tukang kemas. Memang besar dan serba serbi lengkap, peti pun saiz besar. Tapi takut la pulak bila duduk berdua jer dengan Firas. Pastu pindah ke rumah kecik sikit, masih lagi setingkat, 3 bilik, peti dua pintu tapi saiz kecik. Cikgu lebih suka rumah yang ni walau pun serba serbi kena urus sendiri. Memandangkan cikgu dan Firas dah nak balik Malaysia, asben cikgu nak cari rumah yg lagi kecik. Sunyi katanya duk sorang2.
Last2 asben decide nak stay kat hotel jer. Itu pun lepas pung pang pung pang dapatkan sewa istimewa. Kali ni rumah kami kat tingkat 5. Kami amik yg ada ruang tamu,dapur dan ada connecting room. Mana la tahukan kot2 time cuti sekolah nanti mak ayah cikgu nak mai brunei. Bleh la book bilik tu. Peti sejuk pulak makin kecik, ada satu pintu jer. Ni gambar2 rumah baru cikgu. Saja nak buat kenang-kenangan. Pasni nak 'kelik' malaysia dohh....
Kelebihan duk hotel ni, tetiap hari ada orang kemas bilik. Cadar dan tuala hari2 tukar baru best best hihi. Toilet dan dapur pun hari2 orang tlg sentalkan hihi. Hotel ni pulak duk kat tengah bandar, kiri kanan penuh dengan kedai makan ......ehemm ehemm. Yang paling best ada dua tempat shopping.......jadinya tetiap hari keje cikgu n firas ukur setiap sudut tempat tu dan kekadang ziarah ala2 Y.B melawat kawasan gitu hehehe....
Keburukan pulak, sudah tentulah lemak tepu tumbuh dengan jayanya khennnn. Dollar brunei cikgu pun cepat susut sebab asyik jelajah kedai hehehe...... baru terima $100......... dah tinggal $10.......camno tu???? ni Firas punya pasal la, semua benda dia nak beli. Mama tengokkkkk jer, berkenan pun tak beli tauuu (ayat cover line hohoho), dari segi masak memasak pulak, tak leh nak beriya2 sangat, karang satu hotel ni terhidu bau dan dengar ketang ketung bunyi lesung batu, parahhh parahhh. Meja makan pun tak der huhuhuhu. Barang basah pun tak leh beli banyak sebab peti kecik ajo. Setakat ni cikgu baru beli ayam. Tu pun beli bahagian dada jer yg dah siap siang bersih2. Bukan apa, takut bau pulak satu bilik ni. Pepaham ler bilik ekon, bertutup pulak tu. Fengsan nanti lakiku balik rumah berbau hayammm. Aihhh nampak gayanya perenggan keburukan lagi pjg dari perenggan kelebihan ni hehehehe. Apa pun cikgu sukeeeee jerrrr hihihi
Tuesday, April 23, 2013
Akhirnya...!
Yuhuuuuuuuuuuuuu kak kak Jemah sekaliann...
Alahaiii berabuk betul tengok blog ni.......... kesian sungguh!
Tuan blog bz skit...... lepas balik brunei, ke sabah pulak hampir seminggu.
Lepas tu pindah rumah duk kat hotel.
Internet pulak problem.
Hari ni ler baru dapat online.....yaaaa bedalll buduuuuu
cikgu sebenarnya tak sabar nak citer tentang pendakian Gunung Kinabalu tempoh hari.
Tapi pagi ni tak sempat lagi nak story mori.
Anak bujang dah kelaparan ajak pi makan.
Maklum ler rumah baru ni keliling penuh dengan tempat makan, shopping dan tempat main si kecik.
So hari2 la keluar. Duit pun mengalir ler macam air sungai huhuhu
kemphisssss beg mama tau firas huk huk huk....
Oklah, nak pi mandikan si kecik sebelum tukang kemas bilik datang.
Segan lorrrr kalau time depa datang tu bilik duk bersepah lagi.
byeeeeeeeeeee
Wednesday, April 17, 2013
Cikgu dan Firas Sekapal Dengan Artis
Thursday, April 11, 2013
Cara Cikgu Handle Anak Terkena Sawan dan Demam Panas
Huhuhu esok dah nak babai bumi kota bharu dah. Tak sempat la ambo nak mengundi tahun ni. Sedeyyyyynya huk huk.
Sori la cikgu sehari dua ni xsempat nak jenguk2 blog kawan2. Alkisahnya anak kembar cikgu a.k.a sepupu firas masuk ward. Dah dua hari sebenarnya. Mulanya wafa demam. lepas makan ubat, panas badannya ok semula. Siap berjimba2 dgn firas. Belah petangnya wafa demam balik.
Cikgu suruh adik cikgu bg makan ubat. Muntah la pulokkkk. Lepas tu adik cikgu baringkan wafa. Tetiba wafa bangun dan duduk dlm keadaan mata hitam dah ke atas. Muka merah padam. Adik cikgu terkejut n terus pangku wafa yg dah mula nak kejang. Tangan dia dua2 kepal mcm penumbuk tu. Pastu mula la badan wafa tersentak2. Kaki menunjal2.Panik oiiii pd hal dah selalu handle budak mcm ni.
Bila dah cool skit. Cikgu cepat2 suruh adik baringkan wafa kat atas lantai. Letak dia dlm keadaan mengiring sambil longgarkan baju dan seluar. Letak mengiring tu penting supaya air liur boleh keluar. So tak derla air liur tu berkumpul dlm mulut dan sekat saluran pernafasan pulak.
Cikgu tanggalkan stokin dan seluar wafa, pampers pun cikgu longgarkan skit. Nak tanggal terus takut dia terkencing . Time kena sawan ni, jgn sekali2 pegang badan pesakit termasuk kaki dan tangan. Biarkan jer dia dlm keadaan mengiring sampai la sawan tu dah hilang. Segala benda/barang yg ada berdekatan pesakit tolong letak jauh2. Takut nanti waktu badan pesakit duk tersentak2 tu terkena lak brg,boleh cedera tau. Dan satu lg yg plg penting, JANGAN! JANGAN!, JANGAN! masukkan apa2 dlm mulut pesakit mcm sudu, jari dan lain2. Bahaya wooooo, pesakit boleh cedera.
Bila badan wafa dah berenti tersentak2, cikgu tau sawan tu dah habis. Wafa mengerang sikit. Selalunya lepas kena sawan, pesakit akan jadi letih sgt2 dan tertido. waktu ni baru cikgu letakkan bantal kat kepala dia. Nak letak atas katil pun bolehh.cikgu tgk mata wafa pejam. Risau jugak kalau2 dia pengsan. Cikgu panggil2 nama wafa dua tiga kali. No respon! Ahhh sudahhh! Cikgu try goncang2 skit badannya, baru dia celik skit pastu sambung tido. Legaaaa. Kalau xsedar, mmg kena cepat2 bawak pi hospital tau.
Ni 1st time wafa kena sawan. Kami bawak jugak ke hospital, wafa kena admit, ingatkan sehari jer, sekali demam dia xkebah2. Semalam terpaksa la wafa tido kat hospital lagi. Kesian dia.
Sape2 yg 1st time berdepan dgn masalah sawan ni, cikgu nak share skit....
1. Jangan panik,
2. Ikut steps yg cikgu tulis kat atas tu
3. Waktu kena sawan, cuba panggil nama pesakit sebab nak tau dia sedar atau tak waktu kena sawan. Cuba perhatikan ada apa2 respon tak waktu panggil2 nama pesakit tu. Bila bawak jumpa doktor, selalunya doktor akan tanya pesakit sedarke tak waktu kena sawan.
4. Sila tengok jam berapa saat atau minit pesakit dalam keaaan sawan. Yang ni pun doktor akan tanya.
5. Anak yg pernah kena sawan, ada kemungkinan terkena lagi bila dia demam panas. So penjaga kena alert bila ada tanda2 anak nak demam. Make sure jgn sampai suhu badannya tinggi. Pakaikan anak dgn baju nipis. bukak kipas/aircond. Kalau anak ketar sbb sejuk, selimutkan tp jgn tutup kipas .tuam dgn air sejuk, kalau boleh biar yg ada ais.. nak mandikan anak pun jgn mandi dgn air panas. Nanti lg tinggi suhu badan anak.anak yg demam panas sebaik2 dimandikan utk turunkan suhu badannya.
Psssttt apa yg cikgu tulis kat atas tu bukan cikgu memandai2 tau, ni hasil bacaan dan tunjuk ajar doktor. Maklum ler cikgukan cikgu pendidikan khas, mmg kena selalu bersedia dgn hal2 mcm ni.... kalau ada ilmu baru cara nak handle anak terkena sawan/demam, sgt dialu2kan share dgn cikgu ^_^
Wednesday, April 10, 2013
Ada Apa Di Miri?
Mama Zie ada tanya cikgu tentang miri. So cikgu nak share la kat sini. Manala tau kot2 ada
kawan2 yang lain teringin nak ke miri jugak. Bleh ler refer entry cikgu ni....
1. Tempat Menarik di Miri...?
JUjurnya cikgu nak habaq, cikgu tak sure tentang ni. Sebabnya cikgu pi miri selalunya ikut asben meeting, xpun pi shopping barang2 dapur. Perghhhh jauh gila shopping barang dapur. Siap sanggup seberang ke tanah air kekekeke. Murah beb.....! Orang brunei pun ramai turun ke miri time hujung minggu.
Cikgu suggest, mama zie ke Seria, Brunei. Alang2 dah pi miri, apa kata terus jer ke overseas hik hik hik. Tak jauh pun miri dgn brunei. Kalau miri ke Seria tu adala dlm 45 minit kot. Bergantung pd jem ke tak kat border miri-brunei. Weekend belah ptg selalunya memang nak menagis la tunggu nak lepas. Kete panjang mcm kete api kekdahnya. Seria tu tempat proses minyak shell brunei. Kat situ ada gak tempat ala2 petrosains mini.
Salah satu daya tarikan kat miri ni ialah kek lapis.....bleh ler try beli....
Update:
salam ceqgu Anis.... klau p miri jgn lupa Taman Awam & jambatan gantung, juga fair old lady. btw kami tiap2 bln terlepas ke miri (melepas rindu dendam kat kawan rimau).hehe on
Thanks to blogger rostina76 share dgn cikgu beberapa tempat menarik kat miri. Nanti cikgu pun nak pi ler hihi.
2. Tempat Makan Halal ?
Kat miri ada jer restoran halal. Yang paling femes Restoran Lalapan. Memang sentiasa ramai org nak2 belah mlm. So sila datang awal. Kat situ org suka order nasi lalapan. Nasi ni mcm nasi ayam penyet la. Sambal dia tu perghhh sodap. Dah basuh tgn pun still harum dgn bau belacan kikiki. Nak tido dah tak payah pakai perfume. Letak jer tgn tu kat idung suami, gerenti dia halau suh tido kat lantai kekekekeke...opssss terlebih sudahhh...kedai ni letaknya kat tgh bandar tepimlaut. Google ler kalau naktau lokasinya.fast food mcm kfc, mcd pizza hut pun ada. Secret recipe pun ada.
3. Jauh bandar miri ke airport?
Errrr nak kata dekat sgt tak, nak kata jauh sgt pun tak.....kiranya xder la sejauh Klia.
Nota tambahan.
-Hotel
If nak try hotel plg baru dan moden, cikgu suggest stay kat hotel meritz. Bestnya hotel ni bersambung dengan shopping mall paling besar di miri. Tp tak der pantai la. Cikgu prnah stay kat Grand Palace, tp rasanya hotel tu tak segah namanya huhu.Kalau nak tepi pantai, hotelnya jauh cikit jer dari pusat bandar. Cikgu suggest marriot, the only 5 star hotel in miri if xsilap. Tp reganya ehem ehem skit la. Jgn risau ada satu lagi hotel tepi pantai namanya everly park city yg lebih murah. Tp Hotel ni lama skit dari marriot. Bg cikgu breakfast n kolam mandinya tidak menghampakan.
Harap jawapan cikgu ni dpt membanru mama zie....
Monday, April 8, 2013
Nak Luah Perasaan....
Tetiba mlm ni nak tulis tentang perasaan.maklum ler 12hb ni cikgu dah nk nak tinggalkan bumi kelate. Maknanya pasni cikgu n firas akan kembali ke pangkuan putera kayangan. Keluarga kecik kami akan bersatu kembali cewahhh....horrayyy ! horrrayyyy!
Tapiiiii......
Tapi jauh di dlm hati sanubari terselit satu rasa sedih yg susah utk diluahkan. biasalah siapa yg xsedih bila kena berjauhan semula dgn mak ayah yg melahirkan dan membesarkan kita kan kan kan. Nak nak pulak firas pun manja dgn tok mi n tok ayah dia..... tentu firas sunyi semula sebab xder tok ayah yg rajin nak layan firas tengok cicak huhuhu. Mama yg sebak lebih nak oiii...... mungkin jgk perasaan sedih ni hadir sebab kesihatan cikgu masih belum pulih. Agak terkilan tak sempat bertemu dgn doktor pakar neuro. Kat kota bharu ni rupanya xder pakar neuro. So sebulan sekali doktor neuro dari terengganu akan turun ke kota bharu. mungkin ada hikmahnya kan. Yang penting, kembali ke sisi putra kayangan yg dah lama sabar dan bertolak ansur dgn mslah kesihatan cikgu ni.
Bertuah benar cikgu punya suami sporting dan baik hati mcm putra kayangan. hanya Allah saja yg dpt membalas kebaikanmu wahai suamiku. Terima kasih kerana merelakan perpisahan ini biarpun dlm keterpaksaan. Isterimu ini amat terhutang budi dgn kebaikanmu. Doakan cikgu jadi isteri solehah dan ibu mithali yer.....sebakk la pulokk...jom tidooo zzzzzzzz
Sunday, April 7, 2013
TOlong ! Tolong!! Tolonggggggg!!!
Assalamualaikum...
Cikgu risau betul la tgk perangai imam muda cikgu sekarang ni. Dah pandai gaduh dengan cousin dia. Kalau gaduh biasa2 tu takper la jugak. Ini siap gigit2 lagi. Asalnya firas ni memang selalu kena buli. Selalunya dia tak melawan. Kalau sakit ke, xpuas hati ke, geram ke, dia akan nanges jer. Dah la jenis pasrah tak bertempat. Nampak orang nak buli dia pun, dia tak lari selamatkan diri. Jenuh suruh elak pun dia buat dekkkkk jer, tau2 nangess.....
Walau pun cousin firas ni gegurl, tp boleh tahan lasaknya. Hari2 ler imam muda tu mengalir air mata. Sampai rasa nak tersumbat telinga ni dengar dia nangis. Tapi sejak dua menjak ni, perangai dia dah lain. Kalau cousin dia usik sikit jer, dia terus gigit. Kali ni turn wafa pulak la menangis. Kesian pulak tengok tgn wafa ada bekas gigi firas. Yg wafa ni pulak memang suka mencabar jiwa raga anak bujang cikgu. Jadinya setiap masa la kena perati dak berdua ni. Penat weh. 10 minit sekali gaduh. Last2 cikgu dpt 1 idea. Bila diaorg start nak bercakar, cikgu cepat2 ajak dak berdua ni nyanyi lagu ola oli, kuberi nama cikebom cikebom. Menjadiiiii rupanya. Terus stop gaduh. Dua2 terus senyum n joget2. Tapikan yg tak tahannya lepas habis nyanyi, dideranya cikgu ulang nyanyi dua tiga kali.......letihhhhh la wehhh. Merdu gamaknya suara cikgu anis ni hahaha....sempat lg tu masuk bakul, junjung sendiri kikiki.
Tak leh jadi ni, ada tips x camno nak betulkan sikap firas yg suka gigit2 tu. Risau nanti kat nursery dia buat mcm tu kat anak org. Silap ari bulan bleh jadi kes perang mak bapak ni....huhuhu nauzubillah...
Saturday, April 6, 2013
Firas Terlebih Prihatin!
Hari ni ada kisah kelakar tentang firas. pagi ni pak sedara bongsu firas balik ke kota bharu. Seronok ler firas n sepupu kembar dia, wafa . Ada org nak melayan la katakannnn. Dua2 berebut nak duduk atas riba pak sedara bongsu kesayangan.
Tiba2 adik cikgu terhidu bau masam. Masam macam ada yg qadha hajat besar hihi. Hidu punya hidu, bau tu mcm dari pampers wafa. Terus la adik cikgu kata busuknya, kakak wafa berak ker ni. Firas pun cepat2 pi tarik belakang pampers wafa. Konon2 nak check la ada tuttt ke tak hihihi. Pastu dia cepat2 tutup hidung dia sambil tunjuk reaksi busuk. Gelak jer kitaorg tengok firas sungguh2 picit hidung dia.
Cikgu pun pi la amik wafa nak cuci 'eyak'. Bukak bukak pampers, aikkkkkkkk nan ado tuttt nye. Nak kata terjatuh kat mana2, pampers nya putih bersih. Aikkkk! Hidung cikgu pulak mmg tgh tersumbat. Tak leh jadi ni. Cikgu pun pi check pampers firas.............. tetttttttttttt rupa2nya firas yg berak! Hahaha. Kemain lagi imam muda tu pi check pampers orang. Siap tutup hidung kemas2 lg. Sekali dia yg berak rupanya hahaha.......
Friday, April 5, 2013
Kek Coklat Kukus Mengalahkan Make-Up Artis Untuk Besday Firas
Selamat Hari Ulang Tahun Yang ke-2 buat anak mama n ayah, sayang dia ketat2!! Moga jadi anak soleh yang pintar dan jadi hamba Allah yang bertaqwa yer.
Psssttt psssttt ada ker yg duk tunggu cikgu tempek gambar kek besday firas ? Tak kisah ler ada ke tak ke, cikgu totap nak tempek hehehe. Bagi cikgu, cikgu suka la dengan kek coklat ni. Kalau ada yang berminat boleh refer resepinya kat SINI. Tapi nak habaq awai2, resepi tu memang utk saiz kek yg kecik, kalau nak saiz biasa, kena doublekan sukatan kek tu. Gula plak cikgu buh 3/4 cawan jer dari resepi asal. Cikgu hentam guna gula kasar jer hahaha. Apa pun tetap menjadi dengan sangat jelita rupanya. Tak caya cer tengok gambar kek yang masih seksi tanpa make up ni.....
pewwittt pewitttt seksinyeeeee hahaha...... tak banyak kedut2 dan parut jerawatkan, silalah amalkan pemakain aluminium foil waktu kukus hehehe..
Memang tersangat la moist. Besday boy ni dari semalam duk merengek nak makan, akhirnya terpaksa la potong jugak. Pastu semalam lepas dia dah tido, cikgu pun bersilat la mendeco kek sejemput tu dengan ganache yg tak berapa nak 'ganas' huhuhu.... jom jom tengok kek besday sejemput tu....
Tadaaaa dah pakai make up, eye shadow, lipstik, blusher semua ada hehe........ di apit oleh geng2 kuih sarapan pagi. Besday Firas ni cikgu buat belah pagi selepas ayam itik keluar jalan2 hihihi. Meh kita tengok texture kek ni......
Amacam?? Menggoda tak?? Nak tau apa komen besday boy ? Jom jom kita tengok gambar ni....
Mmmmmmmmmm sedappppp sampai tertutup bijik mata hehehe.......
Ni lerr part yg paling budak berdua ni suka....kutip coklat warna warni kat atas kek tu huhuhu
Last2 sampai licin coklat2 tu dibaham dak berdua ni......... kebetulan pulak makcik cikgu sampai nak ziarah anak sedara baru cikgu. Terpaksa la hidang kek coklat yang dah bogel huhuhu....
HUrm cikgu heran kenapa ganache cikgu kali ni tak basah. selalu lepas keluarkan dari peti sejuk, ganache tu akan cair balik. ini macam tak pulak..... ada sesapa nak share ganache yang ganas tak dengan cikgu?
Thursday, April 4, 2013
Kek Coklat Kukus Tu Memang Sedap!
Fuhhhh berfeluh-feluh cikgu mengukus kek besday firas. Jeling2 jam atas almari, rupa2nya dah 12 tgh mlm. Ada setengah jam lg nak tunggu kek masak. Sebenarnya ni kali kedua pd hari yg sama masak kek coklat guna resepi yg cikgu share kat entri lepas.
Memang xrugi dan xmenyesal buat kek ni. Dah la mudah, sedap pulak tu. Texture kek ni memang moist . Ayah cikgu pun kata sedap. Sebenarnya nak hidang utk besday firas esok pg. Tapi si kecik tu nampak je kek yg baru siap kukus terus nak mama suap. Menangis2 nak makan kek tu. Dah la saiz keknya comel jer. Tu pasal la sampai 2 kali masak hohoho. Makanya kek besday tu dah dirasmi oleh besday boy dan sepupunya kakak wafa hihi.
Pastu bg ayah cikgu test rasa kot2nya manis sgt, ketua juri kata dah ok, rasa pun mabeles. Tu pun sbb cikgu guna 3/4 cawan gula. Resepi asal guna 1 cawan.Siap suh potong lebih skit utk dia makan sambil layan cerita politik di internet keh keh keh....pueh hati tukang kukus kek. Tu yg semangat nak mengukus di tgh malam buta hihi. Eh okla, nak pi tutup api. Dah sejuk kek ni nanti, cikgu nak tuang choc ganache dan tabur hirisan coklat bar kat atas kek. Pastu nak tabur dengan coklat bulat2 warna warni. Hurmmm ni plan dlm kepala jer. Menjadi ke tak, kita tengok la gambar kek besday firas ni esok yer muahahaha.
Wednesday, April 3, 2013
kek coklat kukus yg moist dan sangat sedap
Adik cikgu yg tgh berpantang ni tetiba request nak makan kek coklat. Errr tak tau lerr org tua2 bg makan ke tak. Umi cikgu ni jenis yg xpantang sgt. Maklum ler nurse. Umi cikgu kata kalau makan sikit pastu rasa xsedap badan ker baru ler kena elak makan benda tu.
Jadi cikgu pun google la. Intai2 resepi kek coklat kukus yang paling ramai orang komen sedap. Jeng jeng jengggg jumpa la resepi ni kat myresepi . Katanya resepi asal bakar, tp dia try pulak kukus sbb oven dah rosak. Rupa2nya resepi ni lg sedap bila dikukus. Eeeee tak sabo nak try ni. nak2 esok besday anak bujang cikgu.
Check bahan2, aiseyyyy butter yillek, susu coklat pun yillekk......huhuhu. nak mintak ayah pi beli, ayah tgh sakit gout pulak. Jalan pun terhinjut2. Kesian sungguh. Errr ada ke sesapa yg sakit gout? Nak buat mcmana ek utk redakan sakit gout tu?
Walaupun xdan lagi nak buat, cikgu nak tempek jugak resepi ni kat sini. Biar ler tajuknya mcm tak leh blah hihihi. Kiranya cikgu buh tajuk berdasarkan komen org yg dah pernah buat kek ni kiki, boleh la yer.Bila dah menjadi kek, cikgu akan update ...
update !!
Tadaaa inilah hasil kek coklat kukus yg sangat moist gedevas gedevus tu.... comel tak ai deco kek ni? Itu jer bahan yg ada....nasib lerrrr hoho..... texture kek memang padat tak macam kek yg biasa cikgu buat.
Kat bawah ni rupa kek yg baru siap kukus...
Kek kukus memang tak kembang macam kek yg dibakar tau. So kalau guna sukatan kat bawah ni, jgn gatai pi guna loyang besarpulak, karang nipis jer kek tu. Nak tau masak ke tak, cam biasa ler, kasi cucuk dengan lidi or pisau
Bahan-bahan ( size loyang 18cm ) :
- saiz kek utk sukatan ni memang kecik tau, kalau nak besar sikit, sila doublekan sukatan kat bawah ni
1 cawan tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko van houten - cikgu letak hampir separuh cawan
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cawan gula halus - cikgu buh 3/4 cawan jer
1/2 cawan butter - cikgu guna lebih kurang separuh buttercup
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak
esen vanila
TOPPING
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar
Cara-cara:
-Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanil n pukul lg.
-Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan. (memula cikgu ikut kaedah ni, pastu cam tak sebati jer, nak cepat cikgu hentam dgn mixer kekeke)
-Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
-Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....
Sebak Berganda-ganda!
Jumaat lepas putera kayangan cikgu terbang ke kota bharu.
Kejap jer, ari senin pagi2 buta sebelum ayam sempat celik mata, asben cikgu dah kena balik semula ke k.l sbb ada meeting. Petangnya pulak balik brunei.
Waktu asben cikgu sampai kota bharu, jam dah 12 tgh mlm. Firas memang dah lena la. Sampai rumah baru dia celik mata. Tu pun mamai2 . Sempat gak la dia senyum sumbing bila nampak muka hensem ayah duk usap2 rambut firas yg sejemput tu.
Esoknya ayah firas bawak mama n firas pi shopping ngeeeeeee.....firas pun kemain happy pd hal tgh tak sihat. Siap main guling2 atas lantai kbmall lagi...aduiiiii....langsung xnak berenggang dgn ayah dia. Rindu betul kat ayah dia rupanya.
Senin pagi, cikgu n firas pi hantar en asben ke airport. Tok ayah firas la yg drive ke sana. Firas langsung tak menyedarkan diri. Time ayah dia dah kena tinggal kat airport baru dia celik mata. Apa lagi meraung ler kejap....nak ikut...nak ikut.....huhu mama sebak kak kak jemah oiii. Mujur ler lepas tu dia tido balik. Tengaharinya firas duk ajak cikgu naik tingkat atas. Cikgu tau dah mesti dia nak ajak pi tengok ayah kat dlm bilik. Cikgu buat dunno jer. Rupa2nya diam2 dia ajak sepupu dia panjat tangga naik tingkat atas. Cikgu nak pi solat ternampak budak kecik dua org tu tgh turun tangga.......mulut dah ready nak pot pet pot pet ni. Tapi tak sempat nak bebel firas cakap, "adok!" (Takde) siap dgn gaya sekali. Cikgu tanya siapa yg tak de? Firas cakap ayah adok!.......huhuhu sebak ganda dua kak jemahhhh oiii. Firas usaha panjat tangga sebab nak cari ayah dia rupanya.
Pastu cikgu cakapla, kan pagi tadi ayah naik 'abigem' (firas panggil aeroplane tu abigem). Firas dah lupa ke? Terus dia sengih2. Hurmmm entah apa la perasaan dia yg sbenarnyakan. Sekarang kalau nanges mesti duk panggil2 ayah dia......ayah.! Ayah!.....mama! Ayah! Mama!ayah!......sebak ganda 3 tau huhu
Tuesday, April 2, 2013
Tips Mendidik Anak Lelaki
PERANAN BAPA:
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun
2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bondingdengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak.cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.
PERANAN IBU :
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil
Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk ibu bapa di luar sana.~Tanyalah Ustazah. Panel Ustazah Harlina Siraj.
Monday, April 1, 2013
Kesian Firas
Dah dekat seminggu firas batuk2. Kuat pulak tu. Kesian sgt . Mcm nak terkeluar anak tekak. Sampaikan terganggu tido hero kecik ni. Nak buang kahak tak ler pulak pandai. Jenuh duk ajar, puiiii ajer yg keluar hihi.
Kembar firas pun batuk jugak, firas kongsi ubat batuk dgn sepupu dia ni. Dah jenuh cikgu bg firas mkn ubat batuk tu, tp tak kurang2 jugak batuknya.elok ayah firas sampai ke kota bharu, kami bawak firas pi klinik. Mati kutu gak nak cari klinik pakar kanak2 kat kota bharu. Lepas tanya pakcik google jumpa la dua tempat. Satu kat an nisaa' dan satu lagi klinik TMC tak jauh dari pasaraya billion. Cikgu decide nak ke klinik TMC sbb ramai yg komen bagus.
Kebetulan hari tu sabtu, ramai la pulak pesakitnya. Dah la x buat appointment, so terpaksa la dtg esoknya. Kali ni siap2 buat appointment. sekali firas pulak xnak balik. Dia nak main2 kat klinik tu. Berkenan sungguh dia kat bangku IKEA hak kecik2 . Rajin dia duk susun2 kerusi tu. Happy giler dpt main.
So esoknya kami pi lg ke klinik tu. Mujur ler tak seramai hari sebelumnya. Kat sini doktor yg panggil nama pesakit hihi. Lepas cerita sok sek sok sek kkeadaan firas kat doktor, doktor pun selak baju firas. Hurmmmmm doktor kata firas dah kena asthma huwaaaaa......cikgu n asben mcm terkedu seminit. Mcm xpercaya pun ada.xnampak pulak firas mcm org kena asthma. Kata doktor, kalau kanak2 bwh umur setahun, keadaan mcm ni adalah disebabkan virus. Tp utk kanak2 umur lebih setahun, keadaan mcm firas ni dah dikategorikan sbgai athma....huhu...sedeyyy.....tahun ni mmg family cikgu diuji dengan segala macam sakit....alhamdulillah,allah sayangkan kami. Moga kesihatan suami cikgu dipelihara hendaknya.
Padanla batuk firas x ok2 walau dah mkn ubat batuk. Doktor bg dua pilihan sama ada nak guna ubat jenis sirap atau gas. Kalau yg gas lebih bagus tp kena spend duit lebih sikit utk beli alat penyedut . Kami pilih ubat gas. So total semua termasuk ubat batuk mama firas ialah rm140. makanya bertambah lagilah aksesori firas utk dibawa ke hulu ke hilir. hurm ingat dapat ler guna kad ING, tp kat klinik ni tak terima la pulak.....jadinya bayar ler sendiri2....
Sekarang ni firas masih lagi batuk2. 4 jam sekali nak kena bagi dia sedut gas tu. Tuhan saja la tahu payahnya nak bagi dia sedut gas tu. Kawan2 doakan firas segera sembuh ye....huhu mama sedih ni...