Memula ingat nak citer tentang daki gunung. Tapi gambar tak sempat nak kumpul lagi. Tak syiok la pulak cerita tanpa gambar kan. Nanti2 la yer. Arini nak citer rumah baru cikgu. Sejak duk Brunei ni cikgu dah pindah 3 kali.
Memula kami sewa banglo setingkat yg ada 5 bilik, dua dapur dan pakej sekali dengan tukang kebun dan tukang kemas. Memang besar dan serba serbi lengkap, peti pun saiz besar. Tapi takut la pulak bila duduk berdua jer dengan Firas. Pastu pindah ke rumah kecik sikit, masih lagi setingkat, 3 bilik, peti dua pintu tapi saiz kecik. Cikgu lebih suka rumah yang ni walau pun serba serbi kena urus sendiri. Memandangkan cikgu dan Firas dah nak balik Malaysia, asben cikgu nak cari rumah yg lagi kecik. Sunyi katanya duk sorang2.
Last2 asben decide nak stay kat hotel jer. Itu pun lepas pung pang pung pang dapatkan sewa istimewa. Kali ni rumah kami kat tingkat 5. Kami amik yg ada ruang tamu,dapur dan ada connecting room. Mana la tahukan kot2 time cuti sekolah nanti mak ayah cikgu nak mai brunei. Bleh la book bilik tu. Peti sejuk pulak makin kecik, ada satu pintu jer. Ni gambar2 rumah baru cikgu. Saja nak buat kenang-kenangan. Pasni nak 'kelik' malaysia dohh....
Dapur kat bahagian depan sekali. Bukak pintu nampak dapur, nampak dapur, bukak pintu kikiki
Ni pulak ruang tamu. Angry Bird pun ada tauu. Firas panggil Abigek.
Ni keseluruhan gambar ruang tamu. Pakai ipod jer, gambar mmg tak cun. Gambar bilik tidur terciciooor la pulak.
Kelebihan duk hotel ni, tetiap hari ada orang kemas bilik. Cadar dan tuala hari2 tukar baru best best hihi. Toilet dan dapur pun hari2 orang tlg sentalkan hihi. Hotel ni pulak duk kat tengah bandar, kiri kanan penuh dengan kedai makan ......ehemm ehemm. Yang paling best ada dua tempat shopping.......jadinya tetiap hari keje cikgu n firas ukur setiap sudut tempat tu dan kekadang ziarah ala2 Y.B melawat kawasan gitu hehehe....
Keburukan pulak, sudah tentulah lemak tepu tumbuh dengan jayanya khennnn. Dollar brunei cikgu pun cepat susut sebab asyik jelajah kedai hehehe...... baru terima $100......... dah tinggal $10.......camno tu???? ni Firas punya pasal la, semua benda dia nak beli. Mama tengokkkkk jer, berkenan pun tak beli tauuu (ayat cover line hohoho), dari segi masak memasak pulak, tak leh nak beriya2 sangat, karang satu hotel ni terhidu bau dan dengar ketang ketung bunyi lesung batu, parahhh parahhh. Meja makan pun tak der huhuhuhu. Barang basah pun tak leh beli banyak sebab peti kecik ajo. Setakat ni cikgu baru beli ayam. Tu pun beli bahagian dada jer yg dah siap siang bersih2. Bukan apa, takut bau pulak satu bilik ni. Pepaham ler bilik ekon, bertutup pulak tu. Fengsan nanti lakiku balik rumah berbau hayammm. Aihhh nampak gayanya perenggan keburukan lagi pjg dari perenggan kelebihan ni hehehehe. Apa pun cikgu sukeeeee jerrrr hihihi
14 comments:
Best jgk ek umh baru ni..ekon semua ada..byk syiok..
salam anis…intan minta maaf baru mai singgah nanti intan komen entry2 anis..x leh nak komen sebab sambil kerja nak kusenteret nak baca x leh..mcm x syok lak nanti komen x kena entry..hehe
bestnya dok umah baru
kak long abes cuti dah ker? pasni kelik ngajar pulok ah yer
Besar juga ruang hotel tu.. Mmg ada pro and cons bila duduk hotel... Tapi jadi la sebab duduk pun tak lama :)
kain baju mcm mana... hantar dobi ke?
wah rumah baru dia.... ada ekon..wah dekat ngan shoping mall/...ehe
Besarnya rmh yg mula2 tu. Kalau saya pun takut. Yg last ni oklah. Yg penting ada dapur ;)
chekgu,izan: rumah kat sini mmg semuanya pasang ekon. kalau tak der tu mcm pelik pulak hihi. tapi kalau tak der kipas siling tu benda biasa hehehe....terbalik dengan malaysia kan
nur: haaa yg basuh baju tu lupa nak masukkan. sebenarnya ada mesin basuh, tp rosak pulak. so sekarang ni hantar dobi jer ler...huhu
ui:tu la,tapi leceh la nak guna dapur letrik...lambat bebenor nak panas
suya: haah dah nak habis cuti. pah ni sambung ngaja di shah alam. tapi ayah firas still kat bruneii....PJJ la jawabnyo huhuhu
intan:wsalam...tak pa aih intan. anis tak kisah pun.anis pun kalau tak sempat memang tak dan nak tinggal komen....
ehhh kalu gitu gayanya ceqgu OKje pun tumpang sukeee...hehe...lagilah suke tak yah nak masak...haha..ekon pulak tu...emmm titon aje le gayanya kita...heheh
sehari berapa dollar ni anis? mahai dak n?
wah seronoklah cam ni ceqgu
ok lar tu pindah2 rumah, macam2 jenis rumah cikgu dah rasa..ambo ni duduk jah rumah sama..koho sari sero koho sempit..haha
intan:kami ni long stay, jadinya bayar bulan2 macam sewa rumah...
zaila: tu maknanya kena kelik kelate wak banglo sebutir hehe
Post a Comment