Followers

Friday, April 26, 2013

Tak Dapat Nak Tido...

Assalamualaikum....

Malam ni susah pulak nak lelapkan mata ni. Dah merah menyala mata ni tapi tangan rasa nak menaip pulak dah. Tadi kawan cikgu kat malaysia bagitau suh cikgu cepat2 lapor diri. Kalau lambat risau ditukarkan ke sekolah lain. Alahaiiii sedih bercampur susah hati dibuatnya. Bila plan dah dibuat tapi nak kena ubah disaat akhir ni, terasa sangatlah sukar sekali.

Sejak cikgu mula sakit2 hari tu, cikgu dah tanam azam tak mo pk pk lagi dah hal ni. Makanya cikgu lalui hari2 yg bersisa di bumi Brunei ni dengan aman sekali. perkhabaran dari teman tadi betul2 buat cikgu jadi sayu. Kalau benarlah cikgu akan dipanggil berkhidmat lebih awal dari sepatutnya, maka tak byk masa lagi cikgu dan firas bersama putera kayangan di sini huk huk huk..... nangesss!

cikgu tak leh nak bayang la hidup jarak jauh ni. Dah la cikgu ni spesis manja + lembik. Terpk macam2 bila suami tiada di sisi huk huk huk. Mak ayah pun jauh nak datang if ada apa2 hal yang berlaku. Pasrah! Innallaha maa'na kan kan kan........ kepadaMu aku berserah. Kalau ditakdirkan ke sekolah lain, biarlah ditempat yg menggembirakan hati cikgu dalam segala hal. Moga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.

Dan saat ini tetiba hati rasa macam nak setuju jer dengan cadangan en suami utk tamatkan saja berkhidmat dengan kerajaan. Jawatan surirumah sepenuh masa masih terbuka kata en suami. Hurmmmmm...... menarik memang menarik, tapi harus di fikir masak2 sebelum keputusan diambil yer dak?

Ada sapa2 nak share pengalaman berenti keja dan jadi surirumah tak? Menyesal tak lepas berenti keja ??hihihi

17 comments:

OneSimpleMother said...

solat istikharah lah anis. insya Allah akan nampak jalannya nanti. sayang juga sebab anis cikgu kan. kalau akak cikgu pun mungkin lain keputusannya masa nak resign dulu. hehehe.. tapi kalau anis join the club jadi SAHM pun sangatlah di alu-alukan. best tau jadi fulltime housewife ni. kerjaya yang terrrrrpaling mulia.. :)

miss yatie said...

kena fikir masak2 tu, KY pun tak dapat nak beri pandangan, terserah pada cekgu..

Unknown said...

Assalam anis, xtahu nak cakap..pengalaman knah, anak sulong knah keluar U n baru kerja pun xlama pastu kawin, lepas kawin suami suruh berhenti sebab xnak duduk jauh2. dua2 xboleh tukar..sorang kerajaan negeri sorang swasta..mulanya knah macam xsuka..yalah anak kita sekolah tinggi2 akhirnya duk rumah saja..sampailah sorang kawan ni cakap..kalau suami lebih dari mampu, tidak salah berhenti kerja...anak2 gembira, suami suka..keluarga bahagia..hanya dia saja yg cakap macamtu..kawan lain semua kata xpayah benti..sayang..gaji banyak..n bla..bla..sekarang dah 2 tahun die duk rumah jd suri sepenuh masa..suami out station kemana saja..dia ngan anak ikut duk hotel..sebenarnya kalau nak benti keja ni hati kena kuat..jangan dengar yang negatif saja..cari positifnya juga..

Zaila Mohamad said...

of courselah aku nak komen..haha

bagi aku yang dah berhenti kerja ni, sikit pon dah tak terdetik nak bekerja balik, bukan sebab aku ada business online bukan sebab aku reti berniaga, semua tu hangat2 tahi ayam je bg aku:P Haha sebab tak kaya2 pon jasa aku meniaga tu cuma bolehlah sekadar mengisi masa lapang:P

tapi bila jadi surirumah ni macam kita ada kontrak dengan Allah & juga suami kita, dialah majikan kita di mana sepenuhnya memang kita berharap padaNYA..Aku kalau en suami outstation tinggalkan aku & anak2 (mak ayah pon jauh jg kalu jd apa2) hanya pada Allah sahaja aku bergantung sepenuhnya..kalau cerita bab penat toksah citerlah dengan perangai anak yang macam2 tu tp Alhamdulillah segala kepenatan tu berbaloi bila kita dapat melihat mereka membesar depan mata kita:)

Pasal rezeki jangan risau kalau kita ikhlas jaga zuriat suami kita, Insya Allah rezeki suami pon akan melimpah juga, percayalah..cuma sebagai isteri kita hanya boleh mendoakan semoga suami kita panjang umur, sentiasa diberikan rezeki olehNYA..

cikgu dah bercuti setahun dahpon, dah tahu macamana hidup jaga anak, dah tahu macamana kehidupan seorang surirumah so rasanya kalau berhenti pon takde beza dgn sekarang..

Apa2 pon Zaila doakan yang terbaik buat cikgu. bagi Zaila tempat seorang isteri adalah di sisi suami, kalau gaji suami kita dah mencukupi untuk sara kita & anak2 why not kita korbankan sedikit untuk jaga anak sementara mereka masih kecil ni..

Umialya said...

akak tak berani nak komen sbb salah satu alasan akak teruskan dengan kerjaya ini adalah ntuk membantu keluarga tapi dalam kes cikgu anis, semua cukup jadi rasanya tak rugi kot, opssssss terkomen jugak..

Unknown said...

dalam dilema CeqGu..sy tal pernah ada pengalaman behenti kerja sbb dari dulu memag suami minta sy duduk rumah..jadi surirumah sepenuhmasa..

Anonymous said...

kalau kerja surirumah pun bagus ..sbb byk gak benda nk urus cuma income tu cam takde la utk kita shopping mcm2..hihi..cuma hrp income encek suami..kalau ada sendiri lg baik kot..
hanya pandangan js je ni...hihi

Lisa Sheila said...

owhhh ceqgu dapat tukar ke mana tu? hehe... apapun saja keputusan sebelumnya solat istikharah dulu yang lebih baik...semoga segala urusan ceqgu di permudahkan... :)

pssttt...lisa surirumah je..hehe... cuma suami cikgu ... :)

♥Cik Puan♥ said...

akak..kita baru jer resign...mula2 kita rasa nyesal gak..tapi demi anak2 kita telan jer la...skrg kita suri rumah sepenuh masa..keje & jadi suri rumah penatnyer agak sama..cuma klu suri rumah klu letih bleh rehat jap sambil baring2 klu kat opis kena bersengkang mata...tapi akak kerajaan better jangan berenti..sayangkan..klu swasta xpe la..ni just pendapat saya jer.

nurbijen said...

Jangan difikirkan sangat... nanti sakit pulak...
Kalau Anis rasa boleh duduk rumah jaga anak, rasanya tak salah nak jadi surirumah dan suami pun mampu :)
Hati pun senang :)

Aisy Nasiha said...

irasanya saya faham perasaan dan kerisauan cikgu ni.. saya pun dah terlalu banyaknkali berfikir untuknberhenti kerja.. mungkin alasan kita tak sama...

tapi, eloknya cikgu buat dulu istiqarah minta Allah berikan keputusan yang terbaik untuk cikgu... mungkin suami cikgu bagi cadangan ni sebab dia memang mampu tanggung keluarga dan dia fikirkan yang terbaik untuk keluarga dan Firas terutamanya....

apa pun, smoga dapat buat pilihan yang terbaik ye... u happy.

CeqGu said...

terima kasih kawan2 tlg bg pandangan yang baik2...terharuuuu huhu..... sayang korang semua....muahhhh

ain zulkarnaind said...

oh.. kiranya cikgu mmg dok malaysia la ya? suami dok brunei?

OKje said...

hehe...olehkerana okje ni bukan keje kerajaan....kejam mata aje le berhenti, lagi2 dah pening mikio pasal keje ...dan rasa dah tak tertahan....haha Tak kira suami cukup ke idak dah....sanggup tak cukup makan lagi...hehe
Tapi kalau hubby dah offer gitu best jugak ek!




Sweetamieda. Blo said...

Lama lg ke putera kayangan akan berada di brunei?mmg x best dok jejauhkan.apa2pun pikir masak2 ye

CeqGu said...

tj; tak tahu lagi lama mana. selagi tak der kekosongan kat kl, makanya setialah putera kayangan di brunei...huhu

intanfirdaus247 said...

apapun buat istikharah dulu ya anis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...