Assalamualaikum.
Jumaat lepas putera kayangan cikgu terbang ke kota bharu.
Kejap jer, ari senin pagi2 buta sebelum ayam sempat celik mata, asben cikgu dah kena balik semula ke k.l sbb ada meeting. Petangnya pulak balik brunei.
Waktu asben cikgu sampai kota bharu, jam dah 12 tgh mlm. Firas memang dah lena la. Sampai rumah baru dia celik mata. Tu pun mamai2 . Sempat gak la dia senyum sumbing bila nampak muka hensem ayah duk usap2 rambut firas yg sejemput tu.
Esoknya ayah firas bawak mama n firas pi shopping ngeeeeeee.....firas pun kemain happy pd hal tgh tak sihat. Siap main guling2 atas lantai kbmall lagi...aduiiiii....langsung xnak berenggang dgn ayah dia. Rindu betul kat ayah dia rupanya.
Senin pagi, cikgu n firas pi hantar en asben ke airport. Tok ayah firas la yg drive ke sana. Firas langsung tak menyedarkan diri. Time ayah dia dah kena tinggal kat airport baru dia celik mata. Apa lagi meraung ler kejap....nak ikut...nak ikut.....huhu mama sebak kak kak jemah oiii. Mujur ler lepas tu dia tido balik. Tengaharinya firas duk ajak cikgu naik tingkat atas. Cikgu tau dah mesti dia nak ajak pi tengok ayah kat dlm bilik. Cikgu buat dunno jer. Rupa2nya diam2 dia ajak sepupu dia panjat tangga naik tingkat atas. Cikgu nak pi solat ternampak budak kecik dua org tu tgh turun tangga.......mulut dah ready nak pot pet pot pet ni. Tapi tak sempat nak bebel firas cakap, "adok!" (Takde) siap dgn gaya sekali. Cikgu tanya siapa yg tak de? Firas cakap ayah adok!.......huhuhu sebak ganda dua kak jemahhhh oiii. Firas usaha panjat tangga sebab nak cari ayah dia rupanya.
Pastu cikgu cakapla, kan pagi tadi ayah naik 'abigem' (firas panggil aeroplane tu abigem). Firas dah lupa ke? Terus dia sengih2. Hurmmm entah apa la perasaan dia yg sbenarnyakan. Sekarang kalau nanges mesti duk panggil2 ayah dia......ayah.! Ayah!.....mama! Ayah! Mama!ayah!......sebak ganda 3 tau huhu
Wednesday, April 3, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
sian firas yer... !
Betul tu, mak mak yang sedih yer kan bile tgk ank cmtu. Tercaricari...hehe
semangat betul firas nak jumpa abah....
Siannya ngan Firas,rindu tu ngan ayahnya.
alahaiiii sy yg baca ni sampai terbayang2 firas... siannya
Bila ceqgu nak balik bruneinya....ke terus je lapor diri?
Haii...kalau boleh mamanya pun gitu gak sebenarnya cuma malu ngan tok ayah dan mak tuk hehehe
Kesiankan tgk anak rindu kat ayah mereka. Sama je gayanya ;)
alahai sedihnya..
psstt: meh le akak belanja pizza, ohya.. x lama lg cikgu anispn leh kuarkan nuff gak sbb td akak terserempak ngan DIGI kt atas sana, kemain lg ia menari2 hepi
huhu i pun tumpang sebak .bila plak anis balik Brunei?
kdg2 kelaku anak yg buat ibu asik teringat pd ayah. tapi tak pe.... firas baby yg kuat smgt.
cikgu anees dh sihat ke?
huhu..sian firas..rindukan ayah dia ..
Ala, sian kat mama... Tapi Firas macam cool jer, hihihi... Bila lagi boleh jumpa dgn putera kayangan tu?
alahai, budak firas ni comel dan bijaknya dia...
nanti ayah balik lagi ye firas... mmg tersentuh bila tgk anak macam ni kan? macam masa ya berpantangkan nazif dulu, naim yang rindu papany beratus kali tanya papa mana....ai tak larat nak explain dah...
sedihnya... bijak firas ni. cari ayah sampai ke atas, pastu dah x de report ke umi plak. uwaa tumpang sedih
Post a Comment