Followers

Showing posts with label Stroller. Show all posts
Showing posts with label Stroller. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Kelemahan dan Kekurangan Stroller Ringan Graco Citilite-R

assalamualaikum...

selamat pagi semua......
semalam cikgu dah share ttg kelebihan graco citilite-r. Sape teringin nak tahu klik SINI. so pagi ni nak share ttg kekurangannya plak. harap2 dapatla membantu sape2 yg tengah fenin nak beli stroller^_^



KELEMAHAN:

- bila ubah handle yg membolehkan baby mengadap kita, agak kurang best nak tolak terutamanya time nak corner2 sebabnya kalau korang perasan, roda depan jer yg boleh pusing2. Roda hak belakang tu satu arah jer sama ada ke depan atau ke belakang. So bila tukar kedudukan, roda yg belakang tu akan jadi yg depan. Sebab tu susah nak corner2. Errr paham ke tak ni. Harap2 bleh bayang la yer.

-saiznya agak kecik. bila firas baring untuk tido, kakinya tak boleh diluruskan mcm tido atas katil tu. Tergantung2 la kat bawah if tak guna penutup kaki pada stroller tu. Tapi better dari McLaren Volo rasanya, sebab yg tu tak ada penutup kaki. (errr yer ker. tak pernah guna pun Mc Laren Volo.rasanya kebanyakkan stroller ringan memang kaki anak akan tergantung2 kot). Cumanya bila firas makin panjang, penutup kaki tu tak leh nak guna pun. Kalau Mc Laren Techno tu memang selesa la anak tido sebab kaki anak yg umur setahun lebih takkan tergantung2. Tapi stroller tu agak berat, 7kg kalau tak silap.

-Memandangkan handle stroller ni jenis satu pemegang (sila rujuk gambar), so susah skit la nak gantung barang. Kena beli penyangkut barang la if nak sangkut apa2. Tapikan handle yg mcm Graco ni rasanya lebih rilex dari yg dua pemegang tu. Ni pendapat cikgula.
satu handle dan dua handle

- bar boleh dibuka tapi tak leh tanggal terus. kiranya tergantung2 kat tepi stroller. Mungkin nak elak dari hilang kot. Nampak kurang kemas skit la tapi tak mengganggu pun.

- pd bar stroller lama ada penyedal celah kangkang which is sangat berguna untuk halang anak dari gelongsor keluar dari stroller. Nak nak time anak mengamuk, sangat la berguna benda tu hohoho. Graco punya ada jugak, tapi dipasang asing. Kena ikat dulu kat pinggang anak, agak leceh skit la. Cikgu rasa benda tu lagi selamat kalau dipasang terus kat bar. Hari tu, firas mengamuk dan akhirnya menggelongsor kot celah bar tu sebab kami tak ikat dia. Nasib baik la bukan atas escalator huhu. Dah la si kecik tu tak suka kena ikat. Sbb tu la kami pulun cari yg ada bar.

-stroller ni bukan jenis lipat payung mcm McLaren, so agak memakan space bonet kete!Tp kata en asben masih bisa di atur dong. Pokoknya harus ditebang..........oppsssss!!!.Hari tu kami balik mesia dengan satu beg beroda saiz sederhana dan satu beg kecik + stroller cap ayam, masih lagi muat nak buh Graco ni. Yg penting kena pandai susun.

-Last sekali, manual dia dalam bahasa korea daaaaa (er yer ker korea,memandai jer cikgu ni). Langung tak der dalam bahasa inggeris. Bhs Melayu jauh sekali la. So terpaksa la buat2 paham bahasa korea....huhu .Tak pun suruh jer wife eli iskandar translatekan. Dia  kan duk belajar kat Korea hehehe

ok tu jer kekurangan yg ditemui setakat ini. bye

Wednesday, December 26, 2012

Kelebihan dan Kebaikan Stroller Ringan Graco

Assalamualaikum.

 Graco Citilite-R Pink kaler                     Graco Citilite-R Biru Kaler

Hari ni cikgu nak komen tentang stroller Graco model Citilite-R yang kami beli kat Malaysia hari tu. Kenapa beli kat Malaysia dan bukan kat Brunei? Sebabnya lebih murah dan banyak pilihan. Kat sini tak sure plak ada ke tak brand Graco. Graco ni rasanya mai dari Korea sbb tgk tulisan mcm tulisan cina tapi ada bulat-bulat. Yer la kot Korea mari kan. Err ke Jepun? Stroller ni ada tiga kaler, hijau, pink dan biru muda.

Memandangkan baru jer pakai Graco ni, nak komen tang ketahanan tu susah skit la. Tapi setakat ni cikgu sangat berpuas hati la. Jauh beza sekali dengan kualiti stroller cap ayam sebelum ni. Opss stroller cap ayam tu memang cikgu tak tahu brand apa. Rasanya Taiwan mari, memang ringan dan tersangat murah, RM99 jer!! Beli time offer. Harga asal RM100++ jugak. Tapi tu lah, ketahanan hanya 4 bulan utk kami yg kerap travel ni. Boleh dikatakan hampir setiap bulan keluar masuk ke Malaysia atau negara lain. Jadinya kalau nak beli yg kualitinya ala2 mcm yg lama tu, mungkin setiap 4 bulan sekali, terpaksa beli baru. Tekan-tekan kalkulator, silap ari bulan belanja beli stroller murah tu melebihi harga stroller yg agak mahal. Sebab tu ler kami pejam mata beli Graco ni.

Eh, eh terpanjang pulak intronye hehehe....................ok komen cikgu tentang Graco ni

- memang super duper ringan walau dah letak firas dalam tu. (4.5kg-berat stroller)

-walau pun tayar kecik, tak tebal mcm McLaren, tp tersangat ler smooth bila tolak stroller ni. Memang senang nak kontrol even sebelah tangan. Nak corner pun senang. Berebut nak tolak tau hahaha. Mcm budak2. Rasa rilex gitu bila tolak stroller ni. Kekadang firas tak nak duduk or tido pun cikgu sibuk suh bawak keluar jugak stroller tu. Macam best plak tolak stroller ni hehe

-handle boleh ubah dua posisi. Boleh tolak secara baby mengadap kita, atau baby membelakangkan kita. (ala macam yg biasa2 tu ler)

-sangat senang untuk dilipat. Just tekan button , berdezuppp stroller akan dilipat. Kalau yg bentuk payung tu, korang kena tunduk skit untuk lipatkan. Hak ni tak payah nak tunduk2 atau tonggeng2 dan lagi cepat nak lipat. Just dgn , sekali tekan, dah siap. Pastu boleh stand plak tu. Memang senang, terutamanya time sesak2 nak lipat stroller kat pintu kapal terbang. Tak perlu lagi nak baring2kan stroller tu sebab dia pandai berdiri sendiri hehehe

-Boleh recline, anak lagi selesa la nak tido. Kalau yg cap ayam hari tu langsung tak leh recline. Kesian sangat tengok firas terlentok2 kat dlm stroller. Mesti sakit leher. Sekarang bukan main lena dia tido hehehe

- ada tali untuk pikul dibahu. Cikgu ni sebenarnya takut nak tolak stroller naik dan turun escalator. (coppp mmg bahaya bawa stroller naik escalator, tapi tu lah sesetengah tempat tak der lif. Jadi terpaksa la hangkut jugak) Sebab tu ler nak jugak cari stroller ringan yg boleh pikul ni. Ambo ni dah la kecik, kuruih pulak. Sat gi ada jugak yg tergolek2 dengan stroller kalau beli hak berat hehehe.
 Haaa macam ni ler rupanya bila dikendong. 
Walau pun nampak agak besar, tapi ringan sgt2. 
Mmg senang nak pikul

-kualiti kain stroller ni pun jauh ler tahan lasak berbanding cap ayam tu. 4 bulan guna, dah koyak sana sini. Memang tunggu masa nak roboh jer. Sebelum firas tergolek macam nangka busuk, elok ler kami ganti cepat2 hehehe

-ada penutup kaki. Bleh pakai bila rasa perlu. If tak nak pakai, simpan jer kat bawah tempat duduk.

-alas stroller bleh tanggal dan dicuci.

-penutup/peneduh stroller pun bleh tanggal kalau rasa tak nak guna. Kat penutup tu ada jaring skit. so bleh nampak la anak korang tengah bermimpi ke mengigau ker hohoho
 
pelindung berjaring dan penutup kaki

- lebih stable berbanding stroller lama tu. Yang lama tu kalau sangkut benda berat cikit, mesti tumbang.Malu wooo. Pandai plak tu, time depan orang ramai2 la dia nak tumbang. time tak der orang, elok jer huhuhu

-bar (benda yg mcam penyendal kat depan stroller tu) pada bahagian hadapan stroller boleh dibuka. Ni untuk budak yang dah besar skit dan tak suka guna bar.


Gambo kurang jelas la plok......err gambar yg last tu, Graco citilite-r tak leh dibengkokkan

Ok itu jer kebaikan yang cikgu nampak dan rasa setakat ni. Harap2 membantu la sape2 yg tengah nak cari dan beli stroller. Jangan plak ingat cikgu nak menunjuk2 yer. Tujuannya sekadar nak share. Yerla nak beli benda yg agak mahal ni biar la berbaloi kan. Sesapa nak tau kelemahan stroller ni tunggu next entry yer. Nak pi masak roti jap. Arini terasa nak makan roti buatan sendiri ler pulak . ok byeeeeeeeeeee

P/S: sila klik SINI jika nak tahu KEKURANGAN dan KELEMAHAN stroller Graco Citilite-R ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...