Followers

Friday, November 25, 2011

Harus Tengok ke Tak Twilight Saga-Breaking Dawn Part 1 ??



Assalamualaikum

pssstttt...psssttttt....psssstttt...
semalam kan cikgu n en asben join geng2 ofis pi tengok citer kat atas tu....
nak tau komen cikgu??
sesapa yg nak tengok tu tok sah la bg  budak2 kecik tengok...
orang dewasa pun tak berapa elok nak layan citer tu....
inikan budak2 termasuk remaja
kenapeeee ekkkk?

citer Twilight kali ni terlalu byk unsur2 dalam kain selimut...
opppsssssss....
byk adegan berahisssssss you....!!!!!
dah separuh jln baru part2 mcm tu tak der...
kalau citer melayu kompem la dah kena hentam giler2...
kalau setakat pengarah nak orang paham tentang hubungan antara 2 makhluk ni...
tak perlu la sampai tunjuk adegan yg tak molek tu beberapa kali...
setakat bantal pecah, katil nak roboh pun dah cukup buat penonton paham...
hurmmm dah namanya cite omputih kannnn....
tak sah kalau tak de aadegan macam tu......
Twilight yang sebelum2 ni ok je...cuma yg kali ni agak keterlaluan

tu komen cikgu utk tayangan kat Brunei...macam kurang tapisan gitu...
harapnya kat Malaysia tok sah la duk tayang adegan berahisssss tu...
part yg paling ngeri...bila Bella nak bersalin...
dah la nampak sakit gila2...pastu siap perut Bella dibelah hidup2...
uiiiii meraunggggggg...rasa ngilu jek kat perut sendiri...

oklah ..anak raja dah meragam plak...bye


Tuesday, November 22, 2011

Info Senggugut

hari ni cikgu nak share tentang kesihatan plak....kepada sesapa yang mengalami senggugut, info kat bawah ni sangat berguna...cikgu amik dari blog Dr. Ummi....

Apa Itu Senggugut ?
Senggugut ialah rasa sakit yang dialami ketika datang haid. Kebiasaannya diterjemahkan oleh pesakit seperti rasa kejang atau ’cramp’ di bahagian bawah perut, sekitar ari-ari, pinggang dan juga di bahagian tulang pinggul. Dalam bahasa perubatannya, ia dipanggil ’dysmenorrhoea’.

Apakah Penyebabnya?

• Memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
• Saluran pangkal rahim yang sempit.
• Penyakit-penyakit perkakas peranakan.

Gejala-Gejala Biasa

• Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit pinggang serta belakang
• Kelesuan
• Loya dan muntah, kadangkala cirit-birit
• Sakit kepala
• Keletihan dan pening
• Kerap membuang air kencing
• Dalam beberapa kes, kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam hingga kedua-dua kaki terasa lenguh.

Jenis-Jenis Senggugut

Primer:

• Sering berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid dan anak gadis di sekitar lingkungan umur 16 hingga 25 tahun, terutamanya yang belum berkahwin.
• Senggugut jenis ini tidak berpunca dari sesuatu jenis penyakit.
• Rasa sakit yang berlaku adalah disebabkan oleh:
(a) kuncupan rahim yang begitu kuat sekali (hasil tindakan hormon yang digelar prostaglandin) untuk mengeluarkan ketulan darah haid.
(b) pengeluaran darah haid yang perlu melalui saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.
• Kesakitan ini biasanya akan berkurang atau hilang selepas berkahwin atau selepas melahirkan tetapi jika kesakitan masih ditahap yang teruk, kemungkinan senggugut tersebut dari jenis sekunder. Ada juga sesetengah wanita, senggugutnya hanya hilang apabila menopaus (memanglah hilang sebab dah tak ada haid!)
• Senggugut jenis primer ini biasanya tidak menyebabkan kemandulan.
• Tahap kesakitan dan jangka waktu sakit adalah berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Kebanyakannya mengalami senggugut pada hari pertama haid dan hanya untuk satu ataupun dua hari sahaja.

Sekunder:

• Biasanya dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak.
• Lazimnya senggugut ini lebih teruk dan lebih panjang waktunya.
• Antara punca penyebabnya adalah:
(a) Jangkitan kuman pada perkakas peranakan
(b) Ketumbuhan dalam rahim seperti endometriosis, adenomyosis dan fibroid
(c) Rahim yang terbalik (retroverted uterus)
• Senggugut jenis ini jika dibiarkan boleh membawa kesan yang buruk dalam jangkamasa panjang seperti masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.

Penjagaan Sendiri

• Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
• Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
• Mandi dengan air suam.
• Urut di bahagian yang sakit.
• Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
(a) Teknik-teknik relaksasi
(b) Banyakkan berehat
(c) Atasi stress anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
- Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
- Pengawalan pemakanan
(d) Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
(e) Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda.

Rawatan Perubatan

Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:

• Ubat penahan sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex, Ibuprofen dan lain lain yang boleh diambil sebelum atau semasa haid. Walaubagaimanapun, anda perlulah juga mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
• Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan senggugut primer.

Senggugut sekunder memerlukan nasihat doktor secara spesifik untuk rawatan yang berkesan.

Petua Tradisional

Ummi perturunkan juga di sini beberapa petua tradisional untuk mengatasi senggugut yang ummi petik daripada website. Tiada bukti kajian saintifik disertakan kerana kebanyakan amalan yang diperturunkan di sini adalah berdasarkan testimoni. Keberkesanannya, Allahua’lam tapi tak salah untuk kita mencuba, kan? Nasihat ummi, apapun kaedah rawatan yang kita ikhtiarkan, yakinlah bahawa sesungguhnya yang berkuasa menyembuhkan adalah Allah SWT jua.

• Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap, barulah diminum, dimulai dengan selawat.
• Teh pahit tanpa gula juga dikatakan dapat meringankan senggugut. Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.
• Buah petola yang biasa ditanam di kampung-kampung juga dipercayai dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.
• Ada juga yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.

Begitulah serba-sedikit sedikit yang dapat ummi kongsikan bersama pengunjung-pengunjung blog. Mudah-mudahan memberi manfaat buat semua.

Siiru ’ala baarokatillah.

Tips Memilih Keserasian Warna Dinding Dapur Dengan Kitchen Cabinet

Assalamualaikum...
Nampaknya angin mengumpul tips2 deko ni masih lagi duk bertiup...sesapa yg teringin nak tahu...jemput ler baca...kalau tak teringin nak amik tahu ...layan jer la gambo yg ditempek...kalau tak nak tengok gambo...haa pi ler men jauh jauh ekekeke....

tips ni pun tak kurang pentingnya kalau nak dapur kita tu cun macam tuan empunya dapur...
tersalah pilih warna...silap aribulan kitchen cabinet yg ditempah beribu2 hengget tu nampak tak lawa..
nanges meleleh la kak bedah oii...opss macam chef wan la pulokk..

sekali lagi cikgu mintak izin dgn cik Erny Looi dari Unity Design utk copy paste kat blog cikgu ni ye...
dan sebelum cikgu lupa...hasil dari pemerhatian cikgu (hamboiii ayat aku)....customer Unity Design setakat ni sangat berpuas hati dengan hasil keja cik Erny ni....harga pun berpatutan...so apa lagi...acu cuba try test buat kitchen cabinet kat sini...nak buat almari custome-made pun boleh..huiiihhhh baik punya kempen ni....hihihi

jom baca tips kat bawah ni .....

Apabila kita fikir tentang kabinet dapur, kita selalu mengabaikan warna dinding dalam dapur. Sebenarnya warna untuk dinding dalam dapur juga memainkan peranan yang sangat penting. Ia boleh membantu supaya kabinet anda nampak lagi cantik dan menarik.

1. Rona Putih ~
Rona yang paling disukai oleh pengguna ramai adalah rona putih.
Soalan pertama yang merunsingkan pengguna adalah cara jaga kabinet dan dinding yang berwarna putih. Sebenarnya bahan kabinet terkini telah pun menyelesaikan masalah ini. Contohnya Mieco Melamine board yang tebalnya 16mm adalah fungsi Moisture Resistance, Scratch resistance.. Jadi jika anda inginkan kabinet anda lasak dan tahan, pastikan material yang anda pilih adalah fungsi seperti disebut tadi.
Rona putih selalunya serasi dengan rekaan kabinet dapur yang ringkas dan kontemporari, jadi warna dinding pun sesuai dengan warna yang cerah dan lembut supaya menimbulkan suasana yang selesa dalam dapur. Jika anda risau kabinet dan dinding putih akan menyebabkan dapur anda nampak pucat, anda boleh pilih warna meja yang gelap atau warna kayu.


Hasil rekacipta Unity Design



Hasil Rekacipta Unity Design
2.  rona terang~
Rona terang selalu menyediakan suasana yang ceria dalam sebuah dapur. Biasanya pengguna yang ceria, berani akan minat tentang rona terang. Apabila sebut tentang rona terang, bukan semestinya perlu pilih warna hijau, merah atau kuning untuk kabinet anda, saya pun faham bukan semua pengguna suka dapur kabinet yang berwarna-warni. Jadi cara lain adalah pilih warna yang sesuai untuk dinding anda, anda boleh pilih beberapa warna yang ceria tetapi pastikan ia sedondon dengan keseluruhan dapur anda. Cara kedua ialah pilih aksesori yang unik rekaan dan warna yang berani. Walaubagaimanapun, pastikan kabinet anda menggunakan rona cerah supaya warna pada dinding dan aksesori yang memainkan peranannya. Bahan yang kilat untuk pintu kabinet seperti 3G putih, Acrylic putih atau glossy laminate membrane press juga merupakan pilihan yang agak sesuai.

3. Rona lembut~
merupakan salah satu pilihan yang paling selamat untuk ruang dapur.
Banyak pengguna suka rona putih tetapi untuk dapur yang besar, ia akan menimbulkan kelihatan dapur anda nampak pudar dan bosan. Maka, anda boleh pilih warna yang serasi dengan kabinet anda seperti putih susu, biru muda, merah jambu.. Rona lembut juga sesuai dengan jubin yang bercorak bunga. Tetapi anda perlu pilihkan satu warna asas bagi dapur anda supaya dapat menimbulkan suasana yang harmoni dalam dapur anda.

Hasil Rekacipta Unity Design



 3. Rona kontra~
semakin popular pada masa kini. Sebenarnya rona kontra sangat sesuai digunakan dalam dapur yang kecil, ia menyebabkan dapur anda kelihatan lebih luas dan bersih dengan adanya paduan warna yang serasi. Bagi pengguna yang berjiwa muda, rona kontra memang pilihan sesuai, selain daripada segi komtemporari, bergaya, ia juga menyebabkan pengguna lagi bersemangat apabila berada di dalam dapur tersebut.
Rona kontra seperti hitam putih, merah putih, hijau hitam memang diminati oleh banyak pengguna muda~ Apabila kita pilih warna kontra untuk kabinet, adalah dinasihat supaya warna dinding lebih sesuai dengan warna muda atau putih supaya ketumpuan perhatian akan berada pada kabinet anda.
Hasil Rekacipta Unity Design

Macam mana...dah dapat idea utk pilih warna dinding dapur atau warna kitchen cabinet yang berkenan di hati...??? Kalau fenin2 gak...elok ler contact cik Erny Looi ni....no contact office nya cikgu dah tempek kat entry yg lepas...klik kat sini.....apalagi jom ler kita pakat2 berangan warna dapur umah kita hehehehe..
.

Tips Merekabentuk Kitchen Cabinet

Assalamualaikum...

cuti sekolah dah start kan...??? selamat bercuti kepada cikgu cikgi serta anak murid sekalian...
arini cikgu tetiba ditiup angin nak cari idea utk kitchen cabinet...dah 3 thn lebih duk di Denai Alam...tapi kitchen cabinetnya belum ada....asyik duk tropong kitchen cabinet jiran...konon nak cari idea la kan...tapi sampai ke sudah tak jadi jadi nak buat kitchen cabinet...dalam duk mencari idea tu...terjumpa plak satu laman forum yang ada tips utk design kitchen cabinet...

yang bagi tips ni namanya Erny Looi dari Unity Design, Kajang..cik Erny, i mintak izin copy kat sini ye...nanti i tempek sekali alamat kedai u...mana tau ada yg berminat....hehehe...tolong promote tuuuu....kalau i pi tempah dengan u, u kena la bagi diskaun special punya kat i ye cik Erny... kikiki...jom kita tengok tips kat bawah ni...harap dapat membantu sesapa yg tgh cari idea....


Kedudukan sinki (sink), dapur (stove), peti ais (fridge) dan ketuhar (oven) memainkan peranan yang penting dalam sebuah dapur.
Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum kerja renovation adalah menetapkan kedudukan barang-barang tersebut.

1. Sinki adalah paling sesuai berhadapan dengan tingkap dalam dapur. Ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada pengguana namun ia juga mengelakkan kelembapan dalam dapur terutamanya sinki yang sering dalam keadaan basah.
Cahaya matahari dan angin dari tingkap dapat mengeringkan sinki yang basah dengan lebih berkesan. Ini juga salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat kabinet dapur anda. 
  



2. Dapur Masak : Bagi dapur pula, ia adalah lebih sesuai letak berhampiran dengan sinki. Ini bukan sahaja dapat memudahkan pengguna namun penyedut asap (hood) dapat mengeluarkan asap dari dapur dengan lebih berkesan. (Semakin pendek paip penyedut asap, maka ia dapat memaksimumkan fungsinya untuk mengeluarkan asap dari dapur anda) Lokasi yang agak sesuai bagi dapur adalah 1.5 kaki ke 3 kaki jarak dari sinki, jadi ruang antara sinki dan dapur adalah cukup untuk dua orang pengguna untuk melakukan kerjanya di depan sinki dan dapur masing-masing.



3. Ketuhar adalah sejenis barang elektrik voltan tinggi dan ia adalah tidak sesuai kalau letak berhampiran dengan dapur. Maka menyediakan jarak sekurang-kurang 3 kaki di antara dapur dengan ketuhar adalah lebih selamat bagi pengguna.
Ketuhar biasa memerlukan ruang 600m x 600mm, jadi ia boleh diletakkan di kabinet bawah atau di dalam kabinet tinggi.
Demi meningkatkan kegunaan kabinet supaya pengguna boleh simpan lebih banyak barang, kabinet tinggi merupakan salah satu pilihan yang baik. Di samping itu, jika pengguna letak ketuhar dalam kabinet tinggi, maka pengguna boleh menentukan ketuharnya pada ketinggian yang sesuai dan menyenangkan pengguna semasa menggunakan ketuharnya.

 


4. Peti ais merupakan salah satu barang yang agak besar dalam dapur, kedudukan yang paling sesuai untuk peti ais adalah di hujung dapur supaya menjadikan visual ruang dapur lebih luas. Kebanyakan pereka kabinet dapur suka letak kabinet tinggi di tepi peti ais supaya ia tutup tepi peti ais supaya hanya nampak pintu peti ais. Ini merupakan cara yang baik untuk menyembunyikan peti ais yang besar ini di dalam kabinet demi menjelmakan dapur yang lebih kemas dan teratur. Walaubagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya menjarakkan sekurang-kurang 4 inci di antara peti ais dengan kabinet tujuannya untuk membekalkan sistem pengudaraan yang lebih sempurna.




Pernah dengar segitiga dalam dapur? cer tengok gambar kat bawah ni....


Segitiga ni dimaksudkan dengan kedudukan sinki, dapur dan juga peti ais. Kalau kita susun ketiga-tiga barang ini di tiga bucu masing-masing, kita akan nampak satu segitiga dalam dapur . Dengan adanya segitiga ini, barulah kita dapat optimumkan pergerakkan kita dalam dapur.
Tetapi, dalam gambar ni, kita boleh nampak peti ais tu terletak di hujung dapur, ini adalah supaya peti ais yang besar ni tidak blok vision kita dalam dapur.



Walaubagaimanapun, di Malaysia kebanyakan dapur kabinet adalah disusun secara L-shape. Jadi terpaksalah kita susun dapur sama baris dengan peti ais.
Gambar berikut menunjukkan beberapa cara biasa kedudukan dapur, sinki dan juga peti ais.








kepada sesapa yg rasa nak pi kedai cik Erny ni....ni dia alamatnya :

Unity Design, 39-A, Jln prima Saujana 1/1A, Tmn Prima Saujana, Kajang
No.tel: 03-8737 3708

Sunday, November 20, 2011

Hadiah Sekor Kerbau Putih Di Hari Lahirmu...

Assalamualaikum...

penyakit malas berblog kembali menjangkiti tuan punya blog ni huhuhu...
memandangkan hari ni tarikh cantik (20112011)...dan bermakna sangat2...
maka harus lah cikgu merajin kan jari jemari yang tak berapa nak runcing ni
menconteng2 kat blog ni...


Epi Bufday En. Asbenku ...bufday utk yang ke berapa tahun yerrrr???
upssss...rahsiaa ekekeke....

ingat lagi tak aritu cikgu ada tanya pendapat nak bagi hadiah apauntuk en asben...??
hurmm sampai ke ari ni pun tak tau nak bagi apa...huhuhu
bila cikgu tanya...en. asben kata tak payah la bg apa2...
hohhh!!??!! betul ker bang???
tetiba jer en.asben kata...errr tapi kalau ada hadiah lagi besttt...kikiki

malam tadi macam dah amik keputusan nak bagi sekor KERBAU putih...
korang pernah tengok ke kerbau putih ni?hihihi....cer tengok kat bawah ni...
*

*
*

*

*


Tadaaaaaaa....kerbau putih utk en asben ku

ini ler external HD brand kerbau (buffalo)...tapi reganya tak de la semahal ipad...berganda2 lebih murah

sebenarnya cikgu beli hard disk ni utk simpan gambar2...
kebetulan plak external hard disk asben hilang..
pk,pk...rasanya en aasben lebih memerlukan hard disk ni..
so molek juga la hadiahkan hard disk ni kat dia..
harap2 dia suka la ...

sebenarnya hampir hampir gak terbeli ipad...
tapi disebabkan cikgu dah terbeli spec baru.... dah terover budget la plak
jadinya...hadiah ipad akan ditangguhkan buat tahun ini ekekeke...

kita tunggu ipad 3 la plak ye...mesti lagi canggih
pastu harga pun sure cengkihhhhh punya...
kalau duit laling u ni tak cukup...kita tunda lagi sekali hadiah tu sampai rega dia murah sket ye bang..
bleh gitu??? hik hik hik....

Wednesday, November 16, 2011

Kecut Perut....Ketar Kaki

Assalamualaikum..

puas hati dapat balik kampung seminggu...
makanya seminggu gak la cikgu bercuti jenguk2 blog ni...
hehe...
mesti ada yg cakap..."aderr aku kesahhh???"
huhuhu....ada ke yg cakap macam tu...
sampai ati korang ekk.

arini cikgu rasa tak berapa nak sedap badan...sakit tekak ler pulok..
mood nak ke dapur pun tak berapa nak ada ni..
bukak peti...telur ayam jek ada..
pagi tadi dah belasah sebijik...takkan tengahari pun nak belasah telur lagi...
silap ari bulan...ada plak cikgu yang bertelur huk huk huk...

dalam duk melayan sengal2 badan ni...teringat plak kisah nak balik kampung raya aritu...
seronok tok sah cakap ler...tapi bleh tahan gak penat..
pada hal bukan lama mana pun naik kapal terbang dari Brunei ke Malaysia..
2 jam je pun....apakah itu tanda2 sindrom TUA sudah datang..???
ohhh tidakkkkk....rasa macam MUDA lagi ahakkksss...
ada yang nak termuntah ke? sila tadah dengan baldi ye..

macam biasa la..sampai je kat airport...kami amik cab..
malas nak nyusahkan sedara mara sebab jauh shah alam ke KLIA tu..
kali ni amik LIMO...beratur panjang mak enon oiii..maklum ler pakat nak balik raya...
tapi rezeki cikgu sekeluarga murah cikit aritu...
kerana bawak baby...kami didahulukan ...so tak yah Q lama2...terus potong line...
alhamdulillah....seronok jugak ye travel dengan budak kecik ni hehe

tapi seronok tu kejap je...
memandangkan penat ni makin menjadi2...so plannye nak lolapkan mata la dalam cab tu...
huhhhhhhhh....tak mampu nak tidur walau seminit...
driver cab ni bawak cam orang nak race kete....
dah la laju...terhuyung hayang jek bawak kete..kejap ke kiri...kejap ke kanan...
apo bondo yang nak dikejar pun tak tahu...terus hilang rasa mengantuk...
en asben pun sama....dia geram2 nak sound...tapi cikgu tak bagi...
risau plak karang driver ni naik hangin...karang tak pasal2 lagi dia tekan minyak...
bawak macam orang gila...huhuhuhu

ada sekali tu hampir2 dah nak langgar montot lori...
huishhh kusssss semangat.....ketar seluruh badan cikgu..
tak pernah la rasa kecut perut sampai macam ni....
mulut ni duk baca macam2...mengucap tok sah cakap la berapa puluh kali...
sampaikan terlintas di fikiran ni....sempat ke aku nak beraya tahun ni....
mintak jauh le dari benda2 tak elok...
mujur ler dah masuk tol Bukit Jelutong dia dah tak drive gila2...
tapi still laju....
bila dah sampai depan rumah...cikgu rasa lega sangat....
ibarat rasa lega terlepas dari hukuman gantung gitu.....
tapi badan masih terasa ketar2....

masa cikgu nak kuar dari cab tu....tetiba driver tu mintak cikgu tunggu dalam kete
sehingga selesai urusan angkut mengangkut beg...
kononnya tak nak cikgu penat berdiri dokong Firas....dia tak tahu yg cikgu ni dah lama penat sampai ke tulang itam
sebab gerun cara dia drive gila2 tu...sesuka ati je bila nak memotong...
pastu tetiba datang hasutan su uzzon (bersangka buruk) kat driver tu...
ker dia saja suh cikgu tunggu dalam kete...ntah2 dia nak larikan cikgu dengan firas...
hahahahha..bleh tak pikir cenggitu.....????
teruk betul cikgu ni kan.....hihihi....
dan kerana itu cikgu cepat2 kuar dari kete kui kui kui....

masa nak balik ke brunei pun hampir2 nak accident...
ni plak kes driver mengantuk....sib baik cepat elak..kalau tak ...tentu LIMO tu dah cium montot lori kecik..
haduihhh kecut perut....sib baik dia mengaku dia rasa mengantuk..
alhamdulillah sampai gak ke KLIA dgn slamat..


apapun...sangatlah berharap agar driver2 teksi kat malaysia ni berhati2 la waktu memandu....jgn la bawak macam ribut....kalau ngantuk...ajak ler penumpang tu borak2...kalau en driver tak sayangkan nyawa sendiri, terpulanglah....kami penumpang masih sayangnya nyawa kami....huhuhu

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Assalamualaikum..

Cantik tarikh hari ni...11.11.11...
tentu tarikh ni jadi harapan ibu2 yang mengandung, bersalin...
tentu tarikh ni jadi impian untuk pasangan yang berkasih, mendirikan masjid..
dan bermacam2 lagi peristiwa yang terabadi kerana tarikh yang cantik ni...


tapi cikgu....
pada tarikh ini telah menerima satu berita...
perginya seorang sahabat lama...
yang sempat dikenali hanya utk beberapa detik waktu sahaja...
tapi cukup meninggalkan kesan di hati...
kerana allahyarham seorang kenalan yang elok peribadinya..
yang tulus dalam butir bicaranya...
yang bijak dalam pimpinannya...
semoga rohnya tenang dan damai di sana...
bertemankan insan2 soleh...

buat isterinya, sahabatku Farawaheeda Matwi...
semoga tabah menghadapi ujian Allah ini...


Al-Fatihah buat Allahyarham Kamaruzzaman Abdullah, ex Maahad Muhammadi Lilbanin '97

Wednesday, November 2, 2011

firas belajar iqra'

Assalamualaikum..

jeng..jeng..jengggggggg..
dah sebulan firas mula belajar iqra'..
cikgu ajar guna set Furqan yang macam kat bawah ni...



sebenarnya sejak firas belum lahir lagi cikgu dah pasang niat nak anak pandai baca quran dulu then baru ajar baca,tulis...
cikgu beli set Furqan ni pun sebelum wujudnya firas kat dalam peyut..:)
cikgu memang suka beli mainan, buku kanak-kanak, bahan bantu mengajar dan CD...
mesti korang kata..dah namanya cikgu mesti la suka beli benda2 cenggitu kan kan kan....
tapi tiap kali cikgu beli tu...mesti kat hati tertanam niat beli untuk anak sendiri..
biar pun waktu tu cikgu tak tahu bila Allah nak bagi rezeki anak kat cikgu..
tapi cikgu yakin suatu hari nanti Allah akan kurniakan cahaya mata utk cikgu en.asben..
mungkin gak la bila berpikiran positif macam tu...hajat termakbul..
kepada kengkawan yg bertanya tentang tips dan rawatan yg cikgu buat utk dapat anak..
bleh ler try cara cikgu ni...yg penting,kena sentiasa berdoa...

walau pun cikgu beli atas niat nak ajar anak sendiri...
tapi cikgu guna gak benda2 tu untuk ajar anak-anak istimewa cikgu di sekolah..
memang depa suka sangat la kalau cikgu bawak menan baru..
cikgu siap pesan...nak main bolehhh...
tapi kena main elok-elok sebab menan tu anak cikgu yang punya...
uishhh kemain depa jaga menan tu...
memang mendengar arahan ler kekdahnya...bagus bagus..

opssss tersasar yang teramat jauh dari topik asal la plak kekekeke...
siap bagi tips bagai utk dapat anak...keh keh keh..
ok kita kembali ke alam nyata ye...

kenapa gamaknya cikgu guna set Furqan...???
cikgu memang suka pi pameran buku...time tu la nak borong buku murah-murah kan..
duk jenjalan toleh kanan toleh kiri..tetiba nampak set Furqan ni...
belek2..aihh macam tersuka la plak..
set ni ada buku ala2 iqra' tapi lebih ringkas dan tulisannya lebih besar...
hurm sangat sesuai utk anak muridku juga...
pastu ada cd nyanyian serta flash card..
rega promosi lupa la plak...tapi biasa lerr...harga dah promosi pun cikgu totap tawar harga lagi..kikikiki..
siap kelip2 mata macam kucing nak manja2 gitu...
last2 ahkak yang jual tu tersentuh gak la hati..dapat la murah cikit...hehe



baru bangun tido terus kena paksa belajar iqra'...dah la pakai pampers je...kui kui kui...kejam betul mama mu...

tu dia hero yang kejap rajin kejap kurang rajin belajar...
belajar tak kira waktu..yang penting belajar kejap jer...diulang KEJAPPPP jer hehehe...kekadang tak sampai 10 minit pun waktu belajarnya...
namanya budak kecik kan...mana bleh ajar lama2..
depa cepat boring...nak ajar pun sambil main2..
bila dah besar cikit baru kita belajar lebih formal ye firas...siappp la diaaa...!!!!


ce tengok flashcard ni...dah lunyaiiii sebab firas terlalu rajin menelaah hahaha...
tapi mama tak marah pun kan kan kan firas...
cikgu ajar pakai flashcard je sebab tulisannya besar dan lebih tebal dari buku..
so susah la nak koyak..
tau tak kenapa tulisan tu depa guna kaler merah..
bukan sesaja tau....
tak silap cikgu mungkin sebab mata baby akan nampak warna merah dahulu...pastu baru ler mata baby lebih berkembang dah nampak warna2 yg lain..
cikgu pernah terbaca benda ni kat klinik ...

sekarang ni cikgu tengah latih firas mengecam bunyi ma,ba,da,na,a..
tipa kali ajar kena nyanyi nooooo..
suka hati ler nak nyanyi lagu apa...copppppppp..
bukan nyanyi twinkle,twinkle...tapi bunyikan huruf berbaris yang ada pada flashcard tu secara berlagu..
pastu memek muka kita tu kasi menarik dan lucu gitu...
baru ler anak kita pun semangat nak belajar...terkekeh kekeh gelaknya..
pastu cikgu test firas...
cikgu tunjuk 2 kad dan bunyikan...nanti mintak  firas tunjukkan kad yang betul..
bila dah kerap kali firas tunjuk kad yang betul..
baru ler cikgu ajar bunyi yang baru plak..
tapi kena sentiasa ulang bunyi yang lama supaya dia tak lupa...

kekadang terdetik gak kat hati ni...
betul ke firas ni memang cam bunyi huruf yang cikgu ajar..
ke secara kebetulan jek firas tunjuk kad yang betul....
cikgu ignore jee..
bior le kebetulan ke hape ke, cikgu akan anggap memang firas dah kenal bunyi tu..
kalau tak buat macam tu, nanti mamanya yg frust pastu mula la nak give up!..
ohhhhh tidakkkkkkkkkk....jgn la cepat putus asa ye...

apa cikgu buat bila firas asyik salah tunjuk?
anggap jer anak kita tu bukan tak tahu..tapi sebenarnya dia malas atau mungkin tak de mood nak belajar waktu tu...
so mama mama...jangan ler paksa kalau anak tu buat peel macam tu...bagi ler dia rehat...ajak main2 dulu...pastu slow2 tackle balik anak kita utk belajar...
cewahhh...dah gaya macam pakar motibasi la plak cikgu nehhh kuang kuang kuang...

ok...tu je nak cite...terima kasih kerana membaca sampai habis..ngeeeeeeeee








Tuesday, November 1, 2011

Hadiah Apa??

Assalamualaikum...


 
wah wah wahhh cantiknye tarikh hari ni...01.11.11....sape yang lahir 11.11.11 lagi cun tarikhnya kan...
eh ehhhh...baru teringat...tak lama lagi ayah Firas nak sambut besday..
aihhh nak beli hadiah ape ye...ce bagi idea..
kusut dah kefala ai duk pk hadiah apa nak bagi ni..
pernah gak tanya en asben..hadiah apa yg dia teringin..
sekali en. asben kata dia teringin nak dapat hadiah Ipad la pulak...
waduh waduh waduhhh mana nak kucekau duit ribu riban beli benda tu...
ai tak keja la laling...sob..sob...sobbb...
nanti la ai gunting gambo Ipad pastu tempek kat kotak kosong...bleh gitu???
huhuhu kejamnye isterimu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...