Followers

Monday, October 17, 2011

Makan Angin di Singapore

Lepas raya aritu en asben kena attend course kat singapore...makanya firas n mamanya ikut sekali ler...5 hari kami stay kat Raffles Hotel...rega bilik plak $400++...mahal kan...tak pe...company bayar hik hik hik...seperti biasa...utk tidak merugikan kos bayaran tu...makanya firas n mamanya lah beriang ria kat dalam bilik dari pagi sampai la ke malam...dari malam sampai le ke pagi...hehe tak kuar bilik langsung youuuuuu....hotel ni  kalau tengok dari luar cam kecik je..tapi sebenarnya besar la jugak..siap ada arked lagi...layanan staf hotel ni plak superb betul...ramah n dedikasi...rasannya ni le hotel yg punya staf paling prihatin cikgu pernah jumpa...

Raffles Hotel belas ehsan en google..



Raffles Hotel di waktu malam..ehsan henpon noRkiaH..





lobby









tempat lepak

Suite yang jadi tempat cikgu n firas melepak...ehsan en google...


ada sape2 nak tiru tandas hotel ni?..



bahagian belakang hotel



Kedai LV pun ada ye...tak masuk pun sebab tak mampu nak beli huwaaa

kat hotel ni memang ada arked yang jual macam2 barang...tapi semenya yg branded....so cuci mata je la jawabnya..itu pun tengok dari luar kedai je...tak sanggup dan tak hingin nak masuk walau pun memang diberi voucher..

cafe...tak jejak kaki pun kat sini sebab tau dah mahal huhu


penyambut tetamu yg sangat baik hati...suka tengok uniform dia..


Hotel Raffles ni letaknya kat area bandar...dekat dengan shopping mall, merlion park (kepala singa), arab street n macam macam lagi lah...kepada korang yg terlebih duit tu bleh la nak merasa duk kat hotel ni...kalau macam cikgu yg kureng duit ni..terpaksa la tunggu peluang keemasan yang cenggini baru bleh merasa...hik hik hik




Arab Street..
Arab Street tu adalah tempat orang jual kain baju, kapet, cenderahati dan juga kedai2 makan halal...susah gak la nak cari kedai halal kat singapore ni ...nak selamat tengok le kat luar kedai tu ada label halal ke tak......nak ke Arab Street ni kami pakai kaki jek..adala dalam 20 minit gitu daripada Raffles Hotel...macam2 kedai makan ada..turkish ada, lubnan ada, western ada, melayu style pun ada...



Kampong Glam Cafe

ni antara kedai makan halal yang menyediakan masakan orang Melayu...sentiasa penuh dengan orang...kat sini cikgu suka makan Mee Goreng Ayam..sedapp!




Derwish..kedai makan Turki

Al kisahnya kami tersilap kedai...dah terduduk dan teroder makanan baru perasan salah kedai ..rupa2nya kedai yg kami aim tu kat sebelah kedai ni...apa nak buat..takkan nak cancel plakkan...makan aje ler S.bila tengok menu tu..aishh tak reti plak nak order apa....maklum ler pestaim makan makanan Turki...lagi pun kat Arab Street ni memang banyak restoran timur tengah pun..
sesuai ler dengan nama Arab Street.
ni ler makanan yang kami order :

Mixed Kebab....ada kebab n nasi

kelako betul makan mixed kebab ni...makanan ni datangnya dalam satu dulang berkaki yg ada api kat bawahnya (korang paham ke tak ni? macam dulang orang buat hantaran tu bentuknya)...camno la nak makan kalau dah dulang ni tinggi sangat...last2 cikgu amik jek dulang tu letak kat meja..pastu pulun makan...nak makan punya la susah sebab bawah dulang tu tak rata...ala-ala bontot kuali gitu...duk tengah makan baru perasan rupanya kena sendukkan nasi dan kebab tu kat dalam pinggan lain...huk aloh...malu weh...macam orang gua plak jadinya...mana la cikgu tau kena makan dalam pinggan...sebabnya pinggan yg sedia ada kat atas meja tu kecik ajo...macam piring pun ado.....huhuhu


Sup Tomato dengan Roti Nan

ni plak pilihan en suami...perasan tak anak bujang cikgu tu ...kemain lagi terliur sampai terjelir2...hehehe...sibuk nak makan wal hal gigi belum ada...sabo ye nak..
kat bawah ni menu kedua pilihan en. asben..

Salad tomato....masammmm


kat Arab Street ni pun ada jual barang2 kraftangan...


Jom kita layan pemandangan kat Singapore plak....cikgu suka sangat tengok bangunan kat sini...pelik2 dan cantik...tak padan dengan negara kecik tapi sangat membangun...padat tapi bersih...pokok2 hijau pun banyak....pengangkutan awam pun tip top...tak de bersesak sesak macam kat KL...sangat efisien...

 bangunan tinggi melangit...padat betul tapi dirancang dengan baik






mall


tak tau bangunan apa..tapi sekali tengok macam sekeping kertaskan...ni pandangan dari hadapan bangunan..kalau tengok dari sisi bentuk bangunan ni adalah segi tiga macam kat bawah ni..
 *
*
*



litar F1....hari biasa, litar ni berfungsi sebagai jalanraya...bila ada F1...jalan ni akan ditutup...bijak kan...tak padan negara kecik...kalau buat kat KL macam ni...tak tau la berapa puluh jam lalulintas jem


view dari bilik hotel Swissotel
Swissotel...hotel baru yg best...sebelah jer dengan Raffles Hotel...harga jauh lebih murah...kalau sesapa yang nak stay kat sini, sila mintak level 36 ke 38 dan ke atas....view cantik wooo...hotel ni bukan hotel mewah, tapi sangat selesa...bersambung dengan pasaraya, sebelah hotel ni plak ada McD dan keretapi laju bawah tanah (macam LRT)...kalau nak pi Merlion Park pun bleh jalan kaki jer..

jeng jeng jeng...ini ler bangunan yang nampak dari bilik cikgu...cikgu kagum gak tengok bangunan macam kapal ni...teruja sangat...tapi bila tahu apakah bangunan itu...terus hilang rasa teruja...tuan puan, itulah kasino...tempat orang dot dot dot...
kat bawah ni gambar panorama kota singa di waktu malam...cantik giler...ni view dari bilik cikgu jugak...






yang kat bawah ni plak...salah satu gerai makanan halal yg tak berapa jauh dari hotel Swissotel.....tapi kalau ada anak kecik, berpeluh gak la nak sampai...
Makansutra

sebut betul-betul ye...jgn tersebut kamasutra plak...lain maknanya tu kih kih kih....punya la banyak gerai...adala dua jek yg halal kalau tak silap cikgu..Makansutra ni dekat dengan bangunan Esplanade...bangunan Esplaned ni pun canggih gak...lupa dah berapa billion dollar dah kos bina bangunan tu...kayo betul depa ni ye..

bila ada kelapangan, cikgu nak cite plak tentang Universal Studio Singapore...bestttt...byeeeeeee

Thursday, October 13, 2011

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

Jom baca dan hayati kisah kat bawah ni...cikgu amik dari FB...tersayat hati..terkedu lidah bila teringat sekali sekala mama Firas bertukar menjadi monster bila Firas buat perangai..huhu.....mama sayang Firas..muah muah muah...



Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.


Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”



Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”



Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”



Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”



Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’



Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”





Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.



Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”





Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu

Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Thursday, October 6, 2011

setelah 6 bulan...

Assalamualaikum!
Tak jawab dosa...kalau jawab dapat pahala hihihi...
teringat masa kecik-kecik dulu...
tu ala-ala budak laki nak ngorat budak pompuan...
tapi pernah ustazah utarakan (cewah..perktaan skema gitu) dalam kelas tentang bab ni..
apa nak buat kalau ada orang buat macam tu...?
kata ustazah..jawab je ler dalam hati..
karang kalau jawab betul2 dikata gatal plak...

opsss...terlebih sudahhh..
arini cikgu tak nak sedih-sedih lagi..tak nak pk yang bukan-bukan lagi...
selagi tak jumpa doktor pakar dan tahu keputusan kesihatan cikgu..
cikgu nak buat dekkk je
lagi pun jauh di sudut ati ni..insyaAllah sangat yakin...cikgu sihat wal afiat...jauh dari penyakit berbahaya...
cukup2 lah nanges...dah penat nak bazirkan air mata..
kesian firas, produk susu pun menyusut bila mama terlebih emo..wal hal hujung pangkal belum tahu...
cuma satu je yg cikgu takkan berhenti ..iaitu DOA!..
cikgu akan tetap berdoa agar dikurniakan kesihatan yang berpanjangan..
dan harap kawan2 serta sanak sedara pun sentiasa doakan cikgu sihat ye...
terima kasih kepada kedua orang tua cikgu yg mintak ahli jemaah masjid buat solat hajat..
terharu rasanya...

arini cikgu nak cite tentang firas yg baru je genap 6 bulan 5 oct lepas.
sambut je besday terus kena cucuk..kesyiann dia..
ni kali pertama firas ambik suntikan imunisasi di brunei..
kat sini kena pi cucuk kat klinik kesihatan komuniti.
kalau di malaysia kita p klinik kesihatan atau klinik ibu dan anak..
sori ler tak sempat nak amik gambar kat klinik tu..maklum ler time tu emosi sangat2 terganggu...
pepaham je ler..
yg bestnya kat hospital dan klinik kerajaan brunei ni....kita tak payah risau nak dapat doktor laki ke pompuan..di brunei, kalau pesakit perempuan selalunya akan diperiksa oleh doktor perempuan.
so begitulah yg sebaliknya..

firas hampir2 nak lena waktu nak kena cucuk tu..
so tak de la dia meraung bagai..nanges skit je pastu terus tido...senang keja mama nak oii
syabbas betaaa...

walau umo dah genap 6 bulan...
firas masih lagi belum nak meniarap...tak reti ke malas ke..ntah ler
cikgu rasa lebih kepada malas dan tak yakin
nak kata tak reti ..hari tu boleh jek dia pusingkan badan dia..
of course la cikgu bantu cikit...i tolak kaki dia je..badan, dia pusing sendiri..
tu maknanya dia boleh la kan kalau dia cuba...
dah la tu nak kena umpan baru nak pusing2kan badan..
bila nak pusing2 tu , cikgu sengaja jauhkan skit alat menan tu..saja nak suh dia cuba meniarap...
tapiiii...
hurm...dia buat dekkk n terus baring buat tak tahu..
sabo je lah...

aktiviti yang dia suka buat sekarang ni..
berdiri tepi meja sambil tangan sibuk nak tarik itu ini..
last2 semuanya jatuh bersepah kat bawah meja hihi..
sape nak kemas tu??
mama la jugakkk...huhu..

satu lagi firas sangat suka main dengan kotak tisu yg saiznya
separuh dari badan firas..pastu dia suka tarik2 tisu..
dah tarik tisu..dia koyak-koyakkan plak tisu tu..
tak pe tak pe..mama tak marah
sebab apa?
sebab mama tahu anak mama belajar teknik mengoyak..
satu kemajuan tu ye ibuk ibuk bapak bapak..
tu latihan menguatkan psikomotor jari anak ye..
termasuk la aktiviti merenyuk kertas..


errr... ni bukan gambar firas ye...
sila fokus pada alat mainan tu..
ni kita panggil baby playgym..kat luar sana nun
ada macam2 jenis playgym yg dijual
yg firas punya sebijik sejibun cam dalam gambar kat atas nuu...
bagus tau benda ni..
bleh latih koordinasi kaki tangan, mata dan telinga
memula dulu firas tengok aje benda alah ni..
kuis sikit2 dengan tangan dia...
tapi sekarang ni..huyooo excited bebenor kalau
dapat main benda alah ni...
bukan takat tangan. kaki pun terkuis2 benda yg tergantung tu
Sangat la chumill tengok firas tergolek2 main playgym ni..
kekadang sampai badan berpusing 360 darjah..

sekarang ni firas mula belajar makan bubur..
cikgu just bg bubur nasi kosong yg di blend.
firas mcm tak suka jek..
so cikgu campurkan ikan bilis..
baru ler makan banyak skit..
sesape ada resepi lain utk baby bleh ler share dgn cikgu ye..

satu lagi kemahiran firas ialah mencubit dan memukul..
pukul meja,pukul laptop dan termasuklah pukul muka dan cubit lengan mama huhu
bola yg bulat tu pun firas dah boleh pegang.
mulut dia skrg pun dah makin bising.
pagi tadi bunyi baru yg dia sebut ialah 'mmmma ma ma pa pa pa'
pastu tetiba jek ayah firas kata..
err...kalau mcm tu tukar panggil papa lah hahaha..
jeles ke bang???hihi
tp mulut dia ni bisingnya waktu subuh je...kekadang kul 2,3 pg..
hadoiii tak kena waktu la nak oii

oklah itu je nak tulis..bye

Thursday, September 29, 2011

Ohh Tidakkk,Susu Bercampur Darah ???!!!!

semalam sangat la menjengkelkan hati...tetiba ada darah dalam susu badan...
kecut weh..apa pasal tetiba ada darah ni..kaler darah tu ala2 nak coklat gitu..
ala2 susu berkarat..tapi tak sakit...
risau..risau..risauuuumujur ler tak der bijik ketulan
tapi susah hati tuhan saja yg tau..

nanges gak la..sampai tak leh nak lelap mata.
yang sebelah kanan plak bengkak...hak ni memang sakit..perit...
tak tau la yg keberapa kali dah bengkak..
asalnya luka sebab bujang teruna tu gigit..bila baca artikel baru la tau sebab musabab bengkak tu....rupanya jangkitan kuman yang datangnya dari mulut anak kita sendiri...maybe bila dah luka tu...senang le kuman tu masuk...ni teori cikgu la..

selalunya kalau pi jumpa doktor..gerenti kena makan antibiotik...opsss dah salah simpang jalan lak dah...sebenarnya nak share tentang susu bercampur darah...errr korang tak nebes ke kalau tetiba susu tu ada darah? dah la kes cancer payu dara  meningkat...mau tak ganggu emosi cikgu kan kan kannn...so tadi terus google tentang masalah ni...jemput baca ye..cikgu copy dari blog ummi ummair...panjang skit...tapi penting utk ibu2 menyusu..karang ada plak yg 40 hari 40 malam duk nanges menyesal tak baca artikel ni...hihi


'' Saya terlupa dari mana artikel ini saya dapat. Dah lama sebenarnya..kalau tak silap tahun lepas. Masa ni tengah gali-gali cari ilmu berkaitan breastfeeding ni. Boleh dikatakan banyak blog dan web jugaklah saya masuk dan kalau ada artikel yang berkenaan, saya akan print dan simpan. Sebagai rujukan saya di masa depan sahaja..sebab masa tu blog ini belum wujud. Apa yang saya print akan saya tunjukkan pada suami dan suami akan baca sekali. Biar dia juga tahu apa yang saya tahu. Kalau tak print pun, saya akan ceritakan pada suami. Alhamdulillah..suami sentiasa menunjukkan minatnya. Sebagai perkongsian dengan semua..tentang susu ibu ang bercampur darah dan berapa lama tempoh penyimpanannya.

 
Fenomena susu berdarah adalah normal terutama di kalangan ibu yang pertama kali menyusukan anak. Jadi para ibu tak perlu risau atau panik. Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan dan menyusukan bayi, akan berkemungkinan berlaku puting melecet atau luka dan ini menyebabkan rasa sakit serta tidak selesa semasa menyusukan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti posisi penyusuan yang salah, lekapan mulut bayi tidak sempurna dan hisapan bayi yang agak kuat.


Dalam kes ini, selalunya bu-ibu tidak merasa sakit yang teruk atau mungkin langsung tidak merasa sakit. Kecuali puting susu/nipple luka atau melecet ataupun ibu mengalami bengkak payudara.


Pendarahan ini tidak membahayakan bayi dan ia selamat untuk meneruskan penyusuan. Darah dalam susu ibu bukanlah suatu yang ajaib atau luar biasa tetapi ia NORMAL. Terdapat kes di mana semasa penghujung kehamilan atau semasa minggu pertama selepas melahirkan, darah keluar due to broken capillaries and intraductal papillomas.


Nipple yang luka atau melecet juga kadang-kadang menjadi punca susu ibu yang keluar bercampur darah, di mana darah tersebut datang daripada luka. Susu dan darah itu selamat serta tidak bahayakan bayi jika diminum dan ia akan dibuang melalui najis bayi.


Sebab fenomena darah di dalam susu ibu :


Darah yang disebabkan oleh pendarahan dalaman yang kecil akibat dari peningkatan aliran darah dan pengembangan tisu-tisu payudara di akhir kehamilan dan normal bagi ibu yang pertama kali. Biasanya berlaku pada kedua-dua belah payudara atau salah satu. Ia tidak menyakitkan. Darah yang hadir bersama susu ibu ini dipanggil "rusty-pipe syndrome" sebab warna karat dalam susu tersebut.

2)Broken capillaries


Penggunaan pam yang kurang sesuai atau cara mengepam susu yang tidak betul boleh menyebabkan menyebabkan tisu-tisu payudara rosak dan ini boleh berlaku pendarahan kecil di mana darah tersebut keluar bersama susu semasa mengepam atau direct feeding.


3) Intraductal Papillomas
Tumor yang tidak merbahaya dalam saluran susu penyebab kepada pendarahan. Tumor ini biasanya terdapat pada salah satu payudara sahaja dan tiada ketulan/lump yang boleh dirasa. Kadang-kadang intraductal papillomas agak menyakitkan. Pendarahan biasanya berhenti dengan sendirinya tanpa apa-apa rawatan.


Rawatan diperlukan


Tiada rawatan khusus, kecuali masa yang menentukan ia kembali normal. Ibu-ibu tak perlu risau dan teruskan penyusuan seperti biasa kerana susu tersebut tidak memudaratkan bayi anda. Selagi tidak berlaku apa-apa infection pada luka, ia masih selamat dan tunggu hingga pendarahan berhenti sendiri. Jika pendarahan disertai rasa sakit atau berterusan hingga 2 minggu, silalah dapatkan rawatan pakar atau kaunselor laktasi.


Tempoh penyimpanan susu bercampur darah


1. Susu boleh disimpan sebagai stok tetapi bukan stok beku


2. mestilah tidak melebihi 5 hari dan beri susu bercampur darah tersebut terlebih dahulu kepada bayi, barulah susu yang biasa



1)"Vascular engorgement" or Rusty Pipe Syndrome

Wednesday, September 28, 2011

Aku Rindu Padamu!

Sesambil jari menaip..
mata dan telinga duk layan cite Temple Grandin..
Sungguh menyentuh hati tengok cite ni...
maklum ler ai kan cikgu pendidikan khas..
sangat la mudah tersentuh kalau tengok cite cite cenggini..
kalau ada kesempatan,korang tengok la cite ni..
memang best...

kisah benar tentang hidup seorang autistik
yang kini dah jadi profesor kalau tak silap..
hurmm..cengkih kan kan kan..
kita yang normal ni pun berapa kerat je yang sampai ke tahap tu..
tabik la kat cikgu sains yang ajar Temple ni...
dia sorang je yg nampak kelebihan Temple..
dia bukak minda Temple
dan sentiasa memberi cabaran utk Temple selesaikan..
kenapa cikgu tu buat macam tu???
sebab dia tau Temple suka mengkaji...
dalam kata lain cikgu tu kenal sape anak murid dia...:)
bukan mudah tau..
dan tak ramai pun cikgu yg macam tu..

hurm bila dok sebut2 tentang anak istimewa ni..
ingatan mesti teringat kat anak2 yang dah 5 bulan
cikgu tak jumpa...
ingat lagi ke depa kat cikgu ye...hurmmmmm
sebelum ke brunei aritu..
sempat cikgu pi jumpa diorang...
sesambil tu bawak firas sebab diaorang teringin sgt nak tengok
anak teruna cikgu ni..

pak din yg nakal tu tetiba jej jadi malu2 dengan cikgu..
asyik tersengih memandang lantai..
mengalahkan anak dara gitu..

pojan je yg sudi datang dekat sebab dia suka baby..
memula senyum2..
pastu cuit2...
pastu nak peluk firas pulak...
cayangg sungguh dia kat baby..

dlm duk melayan pertanyaan
yg mcm2 dari saffura n hasif...
tau2 kotak yg cikgu mintak dari kawan cikgu dah koyak rabak
dikerjakan wong...huhuuhu...
wong ni anak autistik...
dia memang suka gunting dan koyakkan kertas..
kalau nak bg dia duk diam...
cikgu bagi je tugas menggunting..
kalau tak...habis la
segala mak nenek kat di dinding tu
wong koyakkan..
haippppp!!

azmi bekas pakwe cikgu pun malu2
bila jumpa cikgu..
dengar2nya azmi menang pingat emas utk acara
lontar peluru...cayaaalahh azmi!
hurmmm rindunnya kat anak2 istimewa cikgu..
termasuklah arwah naien yang dahkembali  ke rahmatullah..
al fatihah buat arwah...

yg sedihnya..
bila cikgu mula mengajar semula thn 2013 nanti..
pak din,azmi,saffura,hasif,fauzan...semua dah masuk
sekolah menengah..
huhuhu...
rindunyaa kat korang!
korang rindu tak kat cikgu????

Tuesday, September 27, 2011

Diganggu Gangguan !


sekadar hiasan semata...

Arghhhhh !!!


Banyak betul gangguan yg datang...
pagi..petang..
siang..malam...
mesti datang ajer gangguan gangguan itu
huhuhu

erkkkk jgn salah faham ye..
bukan gangguan yg ngeri2 tu...
hihihi

dah berminggu2 nak tempek cerita
yang mcm2...tapi asyik tak berkesempatan je
nak mengarang mesti ler kena ada mood..kan kan kannn
bila cik mood dah mai...
hero kecik pun dah lena..
gedegung gedegeng bukak blog
kengkonon nak story mori tentang singapore la
raya la,open house la, kenduri kawen kat brunei la..
bla bla bla ...
akhirnya blahhhh la wehhh...

nak tau pasai apa????
baru jer niat nak bercerita..
ehhh terguna plak khidmat en google..
google apa???
resepi lerrrr...
coppppp jgn puji dulu..
ai tak masak n try pun resepi2 tu...huhuhu

dah selesai layan resepi...
maka klik ler kat blog sendiri..
al konon nak mula menaip ni...
arghhhhh firas pulak celik mata..
bujang teruna ni kalau dah celik...mulut pun start bunyi
sah sah la memang tak leh update blog
mcm tau2 je mama dia nak layan blog...huwaaaa
dengki tau...saje nak suh mama layan dia

bila dah tido balik
erkkkk...teringat plak dah cerita korea yg tgh syiok dilayan
errr tangguh dulu la update blog...kikiki
nak tengok satu episod jer..
pastu nak sambung update blog semula

huhhhh!!!
bukan 1 episod aku layan..
sudahnya berepisod2 aku tengok..
huk aloh la..

dan.....
bila firas dah tido..
hati tak teringin nak cari resepi..
jiwa malas nak layan cite korea..
maka hati berbunga2 nak update blog...
MALANGNYA....
saat itu ler juga...
line internet tetiba slow..huwaaaa
takper...aku tunggu dgn penuh KESABARAN...
bila line dah ok..
jeng..jeng..jengggggg
laptop pulak buat hal....

BENGKEKKKK betul la..nyampah aiii...huhuhu

sekian, terima kasih

p/s: menaip sebelah tgn sambil diperhati si bujang teruna yg kejap2 tarik laptop sebab nak berblog jugak gayanya huhu

Sunday, September 25, 2011

sudah tiba!

hurmm akhirnya dia datang juga..
ingatkan lambat lagi..
5 bulan berlalu..
hari ni dia datang tanpa diundang..
berapa lama gamaknya...
tidaklah kutahu..
terasa pelik pun ada
kerana lama tidak bertemu..
apa pun jua
kuterima saja kehadiranmu itu..

wachaaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...