Bagi bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, anda boleh mengetahuinya dengan cara :
Hisapan Bayi : Lihat cara bayi menghisap. Jika dia berhenti selepas setiap kali menghisap, ini bermakna dia mendapat susu yang banyak dan sedang menelan susu itu. Jika dia melakukan perkara ini berulang kali (hisap dan telan) selama beberapa minit, anda akan yakin bahawa dia sudah pun mendapat susu yang banyak.
Membuang Air Besar: Beberapa hari yang pertama, najis bayi berwarna hijau gelap dan melekit. Ini dipanggil "mekonium". Pada hari ketiga, najis akan menjadi lebih cair dan kekuningan. Bayi berusia di bawah enam minggu perlu membuang air besar sekurang-kurangnya 2-5 kali dalam tempoh 24 jam. Jika terlalu jarang membuang air, sistem penghadamannya mungkin sudah kukuh. Jika najis yang keluar setiap kali membuang air besar adalah sedikit jumlahnya, bayi akan lebih kerap membuang air besar, mungkin melebihi lima kali dalam tempoh 24 jam. Jika najis terlalu sedikit, berwarna hijau, kelihatan cair dan kerap pula membuang air kecil, ini mungkin menunjukkan bayi mengalami ketidakseimbangan antara susu pertama dan susu akhir. Mungkin juga bayi mengalami sindrom terlebih susu. Ini berpunca daripada kekerapan menukar payu dara setiap kali menyusu. Dengan cara ini, bayi hanya mendapat susu cair di peringkat awal penyusuan dan tidak mendapat susu yang pekat dan kaya dengan lemak yang hanya didapati di akhir penyusuan. Dalam kes ini, biarkan bayi menyusu pada sebelah payu dara sehingga payu dara menjadi lembut dan bayi berhenti menelan susu. Kemudian, baru lah menukar kepada payu dara lain. Jika mendapati pengaliran susu terlalu banyak, beri lah sebelah payu dara sahaja setiap kali menyusu. Keadaan ini mungkin bertentangan dengan amalan anda di suatu masa dahulu. Dahulu, anda dinasihatkan memberi susu menggunakan kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Amalan ini tidak semestinya diikut kerana penyusuan pada sebelah payu dara akan mempastikan bayi mendapat segala khasiat yang diperlukan. Ingat! Susu yang keluar di peringkat awal penyusuan ialah susu pertama (foremilk) yang kaya dengan protin dan air, manakala susu yang keluar di akhir penyusuan ialah susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak. Biasanya, bayi yang berusia lebih dari tiga minggu, tidak lagi membuang air besar dengan kerap. Kadang kala, mereka tidak membuang air dalam tempoh beberapa hari, tanpa adanya tanda-tanda akan terkena sembelit. Jika bayi kelihatan sihat dan riang, perkara ini adalah normal.
Membuang Air Kecil : Bayi berusia di bawah enam minggu, sepatutnya membuang air sebanyak 7-8 kali sehari. Anda boleh mengetahuinya dengan mengira jumlah lampin yang basah. Jika memakai lampin pakai buang, jumlah lampin yang basah dan berat ialah antara 5-6. Jika memakai lampin kain, jumlahnya ialah 7-8 helai. Bagaimanapum, pada dua tiga hari selepas kelahiran, bayi hanya membuang air kecil sebanyak 2-3 kali sahaja kerana pada waktu itu, susu belum lagi dihasilkan sepenuhnya oleh payudara. Bayi yang lebih besar pula, kurang membuang air kerana pundi-pundi kencing mereka semakin matang. Bagaimanapun, air kencing mereka lebih banyak daripada bayi kecil. Air kencing bayi sepatutnya berwarna jernih dan sedikit berbau.
MENGENALPATI MASALAH
Segera dapatkan bantuan kesihatan jika mendapati :- · Bayi kurang membuang air kecil selepas hari ketiga kelahirannya; · Hisap bayi amat perlahan, lemah dan mengantuk setiap kali diletakkan di payu dara ; · Najis bayi masih berwarna hijau walaupun melepasi hari kelima kelahirannya; · Bayi tertidur di payudara sebelum menghisap susu dengan bersungguh-sungguh.
Bagaimana mendapatkan bantuan? Jika anak atau menantu anda mengalami masalah penyusuan dan tidak dapat menyelesaikannya, segera dapatkan bantuan sebelum membuat keputusan untuk menyuruhnya berhenti menyusu dengan susu ibu. Kebanyakan masalah boleh diselesaikan dengan mudah, menggunakan nasihat yang betul. Bagaimanapun, sesuatu masalah lebih mudah diatasi, jika bantuan dan nasihat diperolehi lebih awal.
Sumber dari:
http://www.susuanibu-pk.gov.my/penyusuan-susu-ibu-2.htm
Saturday, April 2, 2011
Penyusuan Bayi dan Masalah
Kebanyakan penyebab masalah penyusuan ialah seperti berikut
* Lewat memulakan penyusuan
* Penyusuan yang tidak kerap dan terlalu berjadual.
* Mencampurkannya dengan susu formula, air atau jus.
* Menggunakan puting kosong atau buaian elektrik
* Kedudukan menyusu dan cara hisapan yang tidak betul
* Bayi tidak diberi susu pada waktu malam. (Atau diberi susu formula atau susu ibu yang diperah)
PUTING SAKIT
Puting yang sakit ialah tanda-tanda hisapan yang tidak betul. Bila bayi menyusu, bibirnya perlu berada di luar dan seluruh bahagian areola berada dalam mulutnya. Untuk memperbaiki keadaan ini, tarik dagu bayi ke bawah dengan perlahan dan keluarkan bibirnya jika mendapati bibirnya termasuk ke dalam ketika menghisap. Jangan gunakan pelapik baju dalam yang kalis air jika mendapati puting sakit. Setiap kali hendak penyusuan selesai, perah sedikit susu dan sapu pada puting. Cara ini boleh membantu mempercepatkan ibu sembuh.
KEKELIRUAN PUTING
Bagi sesetengah bayi, hisapan pada puting kosong atau puting botol akan menjejaskan hisapan pada payu dara. Ini kerana pola hisapan antara puting botol dan payu dara adalah berbeza. Bayi yang pernah diberi susu botol akan menghisap payu dara ibu dengan cara yang sama seperti menghisap puting botol. Oleh itu, puting ibu akan terasa sakit. Hisapan pada puting botol juga tidak perlu terlalu kuat kerana susu mudah mengalir keluar dari botol. Apabila bayi menggunakan cara yang sama untuk menghisap puting payu dara ibu, susu ibu akan kurang mengalir keluar. Ini menyebabkan bayi tidak mendapat cukup susu manakala ibu menyangka susunya tidak cukup banyak untuk bayi. Dia terpaksa memberi susu botol. Ini menjadikan bayi lebih gemar susu botol dan akhirnya bayi kurang berminat dengan susu ibu. Lama kelamaan, bayi akan menyusu susu botol sepenuhnya. Bagi mengelakkan kekeliruan ini, nsaihatkan anak atau menantu anda agar memberi susu ibu sepenuhnya selama empat bulan. Jangan beri susu botol terlalu awal. Jika terpaksa mencampurkan susu ibu dengan susu formula, gunakan lah cawan kecil, sudu kecil, penyuntik ubat atau lain-lain peralatan.
BAYI MENGANTUK
Jika berat badan bayi tidak meningkat dengan baik dan sentiasa sahaja tertidur ketika menyusu, bayi perlu dikejutkan dengan kerap. Untuk mengatasi masalah ini, jangan balut bayi dan pastikan kulitnya bersentuhan dengan kulit ibu ketika sedang menyusu. Bagi mengatasi kesejukan, selimut bayi dengan kain selimut selepas meletakkan dia dengan betul di payu dara. Selain itu, urut kakinya bagi membuatkan dia terjaga.
SENDAWA
Sesetengah orang terutama dari generasi anda menyangka kita perlu membuatkan bayi sendawa selepas menyusu. Pendapat ini tidak tepat. Bayi tidak semestinya sendawa. Memang baik jika bayi sendawa selepas membuat beberapa percubaan untuk membolehkannya sendawa. Tetapi tidak mengapa jika dia tidak sendawa langsung setelah mencuba beberapa kali.
PEMAKANAN IBU DAN PENGAMBILAN AIR
Dalam kebanyakan kes, ibu menyusu perlu kira-kira 300-500 kalori lebih daripada biasa bagi mengekalkan berat badannya. Ibu menyusu perlu makan makanan seimbang dan makanan semulajadi. Elakkan makanan yang diproses. Jika bayi meragam, periksa samada ibu telah makan makanan yang tidak sesuai dan sensitif terhadap bayi. Minum lebih banyak air bagi menambah pengaliran susu. Tapi, jangan minum berlebihan. Minum sekadar untuk menghilangkan dahaga. Biasanya, ibu menyusu akan terlupa minum kerana sibuk menjaga anak. Terdapat juga kepercayaan lama bahawa ibu yang masih dalam pantang tidak boleh minum banyak air. Pendapat ini salah dan akan memberi kesan kepada pengaliran susu ibu.
ENGGAN MENERIMA BOTOL
Jika bayi enggan menerima susu ibu daripada botol ketika anak atau menantu anda bersedia untuk kembali ke tempat kerja, anda perlu latih cucu anda itu secara perlahan-lahan. Beri susu melalui botol dengan cara memangkunya dan mendodoinya perlahan-lahan. Anda juga boleh memberi susu melalui botol ketika dia mengantuk. Adalah lebih baik jika anda atau ahli keluarga lain yang memberikannya botol, bukan ibunya sendiri.
BERHENTI MENYUSU BUAT SEMENTARA WAKTU
Ada ketika, anak atau menantu anda tidak boleh menyusu bayi buat sementara waktu tapi masih mahukan agar susu terus mengalir kerana hendak mempastikan yang bayi tetap mendapat khasiat susu ibu. Oleh itu, galakkan anak atau menantu anda memerah susunya dalam jangkamasa yang sama dengan penyusuan susu ibu yang dilakukannya sebelum ini. Cara perahan yang baik ialah menggunakan tangan. Caranya ialah seperti berikut :- Letak ibu jari di atas puting dan dua jari lain di bawah, agak jauh daripada areola. Tolak jari ke belakang sehingga ke dinding dada. Kemudian, tolak semula ke depan. Lakukan beberapa kali. Elakkan memicit puting. Jika mempunyai payu dara besar, ampu payu dara itu dengan tangan yang sebelah lagi.

Labels:
Info Susu Ibu
Penyusuan Bayi Tidak Cukup Bulan & Memerah Susu
Susu anda adalah susu yang paling sesuai untuk anak anda yang tidak cukup bulan.
* Ia melindungi bayi anda dari kuman dan infeksi.
* Susu ibu mudah di cerna.
* Mendekatkan hubungan ibu dan bayi.
* Susu ibu baik untuk perkembangan otak.
Bayi yang dilahirkan secara tidak cukup bulan mungkin tidak tersedia untuk menyusu dalam beberapa hari, kadangkala beberapa minggu. Anda bolehlah memerah susu anda sejurus selepas kelahiran untuk memberi kapada bayi. Jika anda perlu menggunakan pam, hubungilah Kaunselor Laktasi mengenai pam susu. Terdapat pelbagai jenis pam di pasaran sekarang. Mintalah nasihat untuk membeli pam yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Memerah susu
* basuh tangan anda dengan sabun dan air.
* Duduklah di tempat yang sunyi tanpa ramai orang yang lalu lalang.
* Duduk dalam keadaan selesa di kerusi yang tegak dengan kaki tersokong.
* Sediakan minuman di sebelah anda.
* Tarik nafas dan relaks.
* Cuba urutkan payu dara untuk beberapa minit sebelum dan semasa memerah susu.
* Bayang dan fikirkan tentang anak anda.
* Jika perlu sediakan muzik/lagu yang menyenangkan.
* Anda sekarang sudah bersedia untuk memerah atau mengepam susu.
Waktu terbaik untuk memerah susu
* cuba perah atau pam susu anda setiap 3 jam pada siang hari dan sekali selepas tengah malam.
* Buatlah perancangan awal agar dapat memerah sekurang-kurangnya 6 kali dalam sehari.
* Lakukkan proses pemerahan 10-15 pada setiap payu dara. Anda mungkin mahu memerah secara bergilir-gilir pada kedua belah payu dara dalam satu sesi pemerahan.
* Pemerahan yang kerap adalah satu-satunya cara untuk mengekalkan bekalan air susu.
* Pastikan anda mempunyai waktu rehat yang mencukupi.
Cara menyimpan susu ibu yang diperah
* Susu ibu yang diperah boleh di simpan di dalam botol atau bekas yang telah disterilkan. Gunakan bekas yang dibuat dari plastik.
* Ia boleh tahan disimpan seperti berikut: 2 hari - di dalam peti sejuk (chiller) 2 minggu - di dalam peti sejuk beku (freezer) peti sejuk dua pintu 3 bulan - peti sejuk beku (freezer)
* Gunakan bekas/botol steril baru setiap kali susu diperah.
* Catatkan nama,tarikh dan masa perahan pada botol/bekas yang disimpan.
Persediaan untuk pulang ke rumah
* Ada juga hospital di mana ibu dibenarkan tinggal di hospital semasa bayi berada di unit kawalan rapi. Jika ini tidak dibenarkan, ibu perlu melawat hospital setiap hari untuk beberapa sesi penyusuan.
* Hubungan rapat antara anda dan bayi anda akan memberikan anda keyakinan diri untuk menjaganya di rumah ketika pulang kelak. Cara ini juga dapat memastikan bayi anda dapat susu anda.
* 2-4 hari sebelum bayi dibenarkan pulang, cuba dapatkan kebenaran untuk tinggal di hospital dan susui bayi anda sepenuh masa.
Mula menyusu
* Sebaik sahaja bayi anda stabil dan boleh bernafas dengan baik, dakaplah bayi anda di dada.
* Buatlah dakapan dengan sentuhan kulit ke kulit.
* Pegang bayi, riba dengan sokongan bantal.
* Jika anda merasa tidak yakin untuk menjaga bayi ini, perkara seperti ini adalah normal. Anda dan bayi anda memerlukan masa untuk belajar.
* Walaupun kemajuan yang dicapai agak lambat, anda perlu bersabar. Saat-saat manis ini merupakan saat-saat istimewa antara anda dan bayi anda.
Pulang ke rumah
* Galakkan bayi anda untuk menyusu dari payu dara setiap 11/2 -3 jam.
* Perahkan/pamkan susu selepas penyusuan dalam 2-3 minggu pertama. Ini dapat membantu untuk mengekalkan bekalan yang mencukupi. Susu yang di perah ini merupakan susu akhir yang kaya lemak. Ini boleh digunakan sebagai tambahan bila diperlukan kelak.
* Jika bayi anda menghasilkan 6 lampin basah dan 2 lampin kotor sehari, ini bererti bayi mendapat susu yang mencukupi.
* Anda mungkin perlu memberi susu tambahan (perahan susu ibu) dari cawan atau penitis selepas anda menyusuinya. Jarang sekali bayi diberi "susu berformula" kerana ini tidak digalakkan.
* Hubungilah Kaunselor Laktasi anda yang terdekat untuk maklumat lanjut.

Monday, March 28, 2011
Balik Kampung...hoho...Balik Kampung
Yahuuuuuuuuu...cuti bersalin awal dah diluluskan...dah berminggu2 apply...sampai hari yg cikgu plan nak balik kg baru ler dapat keputusan cuti diluluskan...kalau tak tau status cuti tu camno la cikgu nak balik kg...karang tak pasal2 gaji kena potong plak huhuhuh....
masuk hari ni kiranya dah masuk 4 hari cikgu di kg...menanti saat2 mendebarkan tanpa en. suami di sisi huhuhu...tak tau la bila si kecik ni bersedia melihat dunia Allah yg cantik ni....tunggu ayah balik kg tau....udah la en suami kena p brunei hujung bulan ni...seminggu plak tu...haduiii la...
alhamdulillah sepanjang perjalanan balik kg tu tak de perkara2 yg tak diingini berlaku...perjalanan pun smooth je...cumanya mak buyong ni aje lah sakit pinggang...sakit tumit...,maklum ler perjalanan 8 jam...bertolak pukul 6 ptg..tiba di kota bharu jam 2 pg...esoknya plan nak pi jumpa doktor utk check up perut...tapi letih lum hilang ditambah dengan hujan yg lebat...amatlah syiok utk mata ini ditidurkan sahaja...so segala plan ari sabtu dibatalkan...
hari ahad, en suami bawak cikgu pi hospital perdana. kata Dr. Zana....berat baby lebih kurang 3kg..kepala baby dah lebih separuh berada dilaluan yang diredhai hehe...cuma 'pintu' aje yg belum buka....hmm nak kena bagi salam dulu ler gamaknya baru pintu nak bukak ...kalau cenggitu..cikgu nak tunggu en asben balik dari brunei baru nak bagi salam hehe...perut sekarang ni asyik mengeras jek,pinggang plak bagai nak patah rasanya...sungguh tidak selesa...tapi alhamdulillah semalam cikgu dapat tidur dengan lena sekali...sedar2 dah subuh...malam sebelum2nya....2,3 kali mesti bangun pi toilet...asyik nak terkucil jek kejanya...ponat den nak turun naik katil...udah ler nak kena guna segala bagai gear semata2 nak turun katil....gear reverse la..gear 1 la...mengalahkan orang nak bawak kete je...huhu...nak makan pun susah gak...duduk lama pinggang terasa lenguh...bila bersandar...jauh pulak dengan pinggan kat meja...bila bongkokkan skit badan ...perut berlaga dengan meja la pulak..alahaiii nak makan pun susah nak oiii....kalau ekau tak sayang omak ekau ni...tak tahula apa nak di kato...
pagi isnin, en suami bertolak balik ke KL...tinggallah ibu buyong ni seorang diri kat rumah...mak ngan ayah cikgu masih lagi bekerja...so cikgu buat ape kat rumah? tengok tv,jemur kain,kemas rumah,kemas bilik si adik bujang yg macam tongkang pecah, masak n layan facebook...hehe...
itu ajelah catatan diari cikgu utk hari ni....pasni nak pi bekfes nasi berlauk ikan tongkol peberet cikgu....syedapppp...tak jumpa kat mana2 pelusuk shah alam...kat Kg. Pendek je yang ada hehehe....byee

MyPregnancy
Monday, March 21, 2011
Jalan-jalan Cari Pasal..;p
Sabtu lepas cikgu n en asben pi sambut anniversary ketiga kami kat KL....hehe dekat dekat aje...maklumlah anniversary kali ni special skit...pn. isterinya tengah sarat mengandung...so tak leh nak sambut jauh jauh...nak tau kami pi mana?...pi sambut kat panggung wayang ajooo...hehehe...sebenarnya cikgu teringin sesangat nak tengok cerita Merong Mahawangsa tu...tak sangka la plak en asben pun nak jugak....selalunya kalau ajak tengok filem melayu...jenuh nak memujuknya...bukan salah en. asben pun...memang filem melayu ni time iklan jek yg gempak...bila tengok...hmmm maaf ler...kureng syiokkk ditonton....Apa komen cikgu tentang filem Hikayat Merong Mahawangsa ni plak??? same ker boringnya dengan filem2 melayu yang lain??....jeng jeng jengg..
bagi cikgu n en.asben....rasanya sangat berbaloi tonton cerita ni...memang best...dari jalan ceritanya sampailah kepada grafik2nya sangat best...sebagai filem Melayu....cerita ni memang nampak hebat dengan penggunaan teknik CGI nya,jauh berbeza dengan filem Cicakman...paling cikgu suka...ayat2 yang dipertuturkan tu sangat indah...molek benar penggunaan bahasa melayu klasik dalam cerita ni....cuma satu jek yg cikgu kureng gemor....part berlawan pedang/keris..alahaiiii banyak bebenor darah yang memancut...eeeeeeee cikgu tak suka...loyaaaa aiiii....terpercik sana...terpercik sini.....yang lain memang tip top...so bleh ler sape sape nak layan cerita ni...permulaan cerita pun dah rasa macam cerita yang dibikin oleh mat mat saleh gitu...
habis jek layan movie...malamnya cikgu n en.asben pi pekena dinner nun di atas bukit....sebelum ni memang dah berhajat nak pi makan kat restoran yg terletak di Look Out View kat Jalan Ampang...kengkawan en. asben kata cantik tempat tu...satu KL bleh nampak...tambah2 view waktu malam memang sangat mengancam...tapi malangnya..kali pertama pi dulu kami tersesat..ntah ke bukit mana kete en.asben memanjat huhu...kali ni cikgu dah skodeng betul2 kat internet...ramai yang kata Restoran Haven ada makanan yang best2....oppss lupa nak bgtau...kat atas bukit ni memang ada banyak restoran...antara yang glamer ialah restoran yang cikgu sebut tadi...sampai kat atas bukit tu...kami pun park la kete....tapi rupa2nya nak ke restoran Haven tu kena panjat lagi bukit....huhuhu.....so memanjat tanggalah si mak buyong ni haa...bukannya dua tiga anak tangga...tapi tak salah cikgu hampir seratus anak tangga kot untuk sampai ke atas...korang bayangkanlah mak buyong yang dah 37 minggu panjat anak tangga setinggi tu..haduiii semputttttttttt...kaki menggeletar...tu pun ntah berapa kali berenti amik nafas hehe..sib baik la tak terberanak kat atas tangga tu...sangguppp den panjat gara2 nak tengok view satu KL huhuhu...
sampai jek kat tingkat atas tu....amekkkk kauuuu....punyala banyak kete park kat area tu...rupa2nya boleh parking gak kat atas tu ha....penat jek mak buyong ni memanjat tangga dengan gigih...huhuhu...tapi sib baik la jugak...time tu parking full...sampai jek kat restoran Haven...hujan pun turun dengan renyai2.....tak dapat la nak amik gambo cantik2...dah tu...dapat plak seat yang agak terlindung...so susah skit la nak amik gambo...tapi syukur la jugak still ada tempat...memang ramai betul orang pi makan situ....macam2 menulah ada...makanan melayu,western....arab pun ada....nak tau apa menu kami....sekali lagi jeng...jeng..jenggg....
nasi goreng tomyam n mee goreng mamak...wakakakaka...jenuh memanjat tangga tinggi2....menu ini jek yg kami order...maybe dah terpenat sesangat....so mulut jadi tak tau nak makan apa...last2 order makanan melayu la jugak....lagi pun menu ni antara yang dikatakan best kat dalam internet....komen cikgu tentang makanan yang diorder...eeerrrr...mintak mahap lerrr...cikgu rasa cam biasa2 jek....mee goreng mamaknya terasa cam sos terlebih....nasi goreng tomyamnye tak rasa la plak tom yam nye....maybe time cikgu pi makan tu chef handalan diaorang bercuti kot.....bersangka baik kikiki....sesambil makan tu sempat gak mata mencuri pandang makanan customer lain....ramai gak yg order western food...nampak cam sodappp.....kalau nak sambut besday pun boleh kat sini...walaupun order sepotong kek...depa akan bukak lagu epi besday kalau kita request....
itu jelah cerita jalan-jalan cari pasal cikgu anis.....ape pun anniversary kali ni tetap best cam yang lepas2....thanks en.asben....sayang kamu sokmo....hehe

anniversary
Monday, March 7, 2011
Terkenang Zaman Dolu-dolu
Tengah hari tadi cikgu dan kengkawan pi lunch kat luar kawasan sekolah....sesambil dok layan makan..masing-masing pakat buka cerita zaman kanak-kanak...bila dikenang-kenang kembali memang seronok...zaman kanak-kanak cikgu dah tak sama dengan zaman sekarang...budak-budak sekarang leka dengan PS2 la, kereta remote control la,game itu game ini...bak kata orang, permainan kanak-kanak sekarang kurang mengeluarkan peluh...tang rega tok sah cakap la...mahalll...
berbeza benar dengan zaman cikgu dulu-dulu....kalau bermain gerenti keluar peluh punya....contohnya masa darjah 1...cikgu belajar sesi petang...sebelum masuk kelas mesti ada aje benda nak main...antaranya polis sentri...lawan dengan budak laki pulak tu kekeke....tak pun main ketinting..uishhh seronok....bila tiba musim orang main lompat getah...maka ramai la pulak cenderung main lompat getah...macam macam gaya lompat ada...tak cukup waktu sebelum masuk kelas...waktu rehat pun cikgu dengan kengkawan akan sambung main lagi...mau tak busuk peluh....selalu cikgu-cikgu komplen...masuk kelas je bau macam macam hehe...dalam kelas pulak kalau cikgu tak masuk...yang murid pompuan main batu seremban...budak lelaki ada yang main sembunyi2...memang indah kenangan dulu....zaman sekarang permainan2 yang cenggini dah hampir dilupakan...kat sekolah cikgu contohnya...dah tak nampak murid-murid yang main lompat getah, ketinting...kebanyakkannya lebih gemar makan sambil berborak2...kalau ada yang berlari pun tak lebih daripada kena usik atau saja suka-suki....
itu bab main...bab cerita kat tv pun dah tak sama...kalau dulu, sape tak tahu cerita chiaki, moro attack, ksatria baja hitam, gaban...memang besttttt.... cerita jepun kanak-kanak memang sangat diminati zaman cikgu kecik kecik dulu....seingat cikgu cerita-cerita tu selalunya ditayangkan pada sebelah petang...kata kawan cikgu...punya kuat pengaruh cerita2 ni sampai sanggup tipu mak ayah konon2 sakit perut...padahal nak amik kesempatan tengok cerita2 tu hehe....cikgu pun penah sampai ponteng mengaji gara-gara nak tengok cerita I'm Dream Of Jenny...memang peberet cikgu la tuh...memula ayah cikgu tak perasan..tapi bila dua tiga kali cikgu asyik nak ponteng kelas baru lah ayah sedar..apa lagi kena marah lah...dah la kena marah...ayah cikgu siap buang siaran TV3 huhuhu...sedeyy...tapi tu la kan sape suh ponteng kelas mengaji hehe
sebut pasal moro attack...cerita ni berkenaan dengan pasukan bola tampar...wujudnya cerita ni kat tv....boleh dikatakan di serata pelusuk bumi Malaysia ni kanak-kanak perempuan jadi gila dengan bola tampar...pergilah ke ceruk mana pun, akan kelihatan budak pompuan dengan gaya rambut heroin dalam cerita tu...tak kiralah bola tu keras ke lembut ke asalkan namanya bola maka digunakanlah sebagai bola tampar....sindrom moro attack ni jugak terbawa-bawa sampai ke sekolah...kawan-kawan cikgu pun turut menggayakan style ikat rambut heroin cerita ni...kelakar betul....cikgu pulak bila waktu petang mesti ajak kawan-kawan main bola tampar ala ala moro attack hehe...main sampai merah-merah tangan tau...maklum ler guna bola plastik yang keras yang berbelang-belang tu...mau tak sakit....main sampai bola tu kemik kemik jadinya hehe...zaman sekarang cikgu perhatikan dah tak ada cerita2 cenggini...kalau ada pun cerita berunsurkan cintan cintun...cerita kartun pulak main perang-perang....satu satunya cerita jepun yang masih kekal ialah ultraman...daripada satu jenis ultraman...sekarang dah bermacam macam nama ultraman ada...hehe
begitulah serba sedikit kenangan zaman cikgu kecik kecik dulu...saja je nak tulis kat sini...mana la tahu esok-esok anak cikgu baca blog ni, sekurang-kurangnya anak cikgu tahu zaman dah banyak berubah...zaman anak cucu cikgu nanti tak tahulah macam mana plak gaya permainannya....bak kata pepatah lain hulu lain parang...lain dahulu lain sekarang....
Labels:
Macam-macam Arenis
Tuesday, March 1, 2011
Pewangi Ketiak Anak-anak CIkgu...
tadi di sekolah cikgu sempat berborak-borak dengan murid tentang kebersihan diri...memula tu dok sembang tentang penjagaan kebersihan gigi...entah macam mana sampai masuk bab ketiak pulak hehe...cikgu minta setiap murid cium ketiak masing-masing...wangi ke busuk??? hemmm mana ada orang nak mengaku busuk kan kan kan....sama la dengan anak-anak cikgu....tak de nye diaorang nak mengaku....di antara 6 orang anak istimewa cikgu ni, ada seorang tu umurnya dah nak masuk 14 tahun...perempuan pulak tu....so badannya agak berbau...cikgu pun mati kutu jugak macam mana cara terbaik untuk menegur anak perempuan cikgu yang sorang ni...sensitif orangnya...jadi fikir cikgu dengan cara perbincangan secara tak langsung ni boleh memberi kesedaran dan input pada anak anak istimewa ni....sudah tentu ada yang tertanya-tanya...boleh faham ke diaorang ni?? murid-murid yang 6 orang ni kebanyakkannya adalah kategori slow learner....so tak de masalah sangat la ....jom baca apa jawab mereka tentang pewangi ketiak hehe...
cikgu : cuba cium ketiak masing-masing....bau wangi ke bau kurang wangi?:)
murid : wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
cikgu : ye ke wangi?? macam mana boleh wangi tu ?
Hasif : ketiak saya wangi macam perfume dari paris! (wakakaka...hebattt...cam biasa beli jek perfume Paris)
Saffura: ketiak saya pun wangi cikgu sebabnya saya guna pewangi jenama Rejoice! (kuang kuang kuang....satu kelas gelak bila cikgu cakap Rejoice tu jenama syampu..karang silap hari bulan bukan bulu ketiak yg tumbuh...tapi rambut...siap boleh ikat lagi hahaha...bila diaorang gelak tu maknanya diaorang faham la...kalau muka blur blur tu sah la tak paham..)
apa kata murid yang seterusnya plak....
cikgu: macam mana dengan azmi pulak? macam mana azmi pastikan ketiak tak berbau...?
lama azmi berfikir...akhirnya cikgu dapat jawapan ni...
azmi: errr...saya pakai pewangi ketiak ibu saya cikgu! (wakakaka...satu kelas pecah perut sekali lagi...kengkawan azmi siap komen lagi....apa la ko ni azmi pakai pewangi ketiak orang pompuan hehehe...)
hmmm pandai pun korang mengomen ek...padahal jawapan masing2 pun lintang pukang....hehehe

sekolahku
Subscribe to:
Posts (Atom)