Followers

Showing posts with label bunga oh bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga oh bunga. Show all posts

Monday, November 16, 2009

Bunga Orkidku

lepas balik dari sekolah tadi, hati ni tiba-tiba rasa nak pi jumpa pokok-pokok orkid yg dah lama saya tanam. rasanya bagai dah berkurun lamanya tak menjenguk pokok2 kat umah ni...harapkan hari hari hujan maka pokok2 ni masih segar di halaman cewahhh...

saya memang suka dengan orkid...nak tau kenapa?? sebabnya tanam pokok orkid ni mencabar tau...tak kena gaya lepas beli terus dah tak nak berbunga...gerammm...tapi kalau dah berbunga...eee seronok rasanya...dah la bunganya cantik...tahan lama lak tu...paling mahal bunga orkid yg saya beli harganya rm18...

untuk perjumpaan kali ni (cam meeting la pulak ekekeke),4 mataku (rabun la katakan) zappppp terpandang akan pokok orkid yg bunganya dah mula layu tu tumbuh tunas baru youuu !!!

bulatan yang paling kiri tu tunas baru...yang paling kanan tu bunga yang dah nak layu...

yahuuuu itu tandanya pokok orkidku nak mengeluarkan bunga yang baru...suka yg amattt sih...memang pokok ni rajin berbunga selepas saya rendamkan pasunya dalam air....so semua pokok2 orkid yg lain saya rendamkan jugak dalam bekas yg ada air...sebelum ni memang semua pokok orkid saya 'malas' berbunga....lepas dapat tahu orkid ni sukakan cuaca sejuk...saya pun terpk nak rendamkan dalam air...dan tak sangka menjadi la pulak...sejak itu,orkid saya yg satu ni berbunga aje kejenya...bagus bagus...

yg ni pulak lagi mengagumkan tuan pokok orkid (aku le tu).....cuba tengok kat tanda2 yang bulat tu...itu le tunas tunas baru yg akan mengeluarkan bunga..erkkk tak nampak ke??sape tak nampak maknanyeee hehehe....cuba bayangkan kalau semua tunas-tunas tu dah berbunga mesti berseri-serila orkidku....ya beda beduu sonotnyeee..ni le kali pertama pokok ni berbunga sampai 4 tunas....maybe sekarang ni asyik hujan je..so bertambah galakla orkidku mengeluarkan tunas bunga...sejuk la katakannnnn ekekekeke




ni plak bunga orkid yg pertama kalinya berbunga sejak beli kat kedai...cantik tak?yg ni pun saya rendam pasunya dalam air...so kepada kengkawan yg ada masalah orkid tak berbunga...bleh la cuba rendamkan pasunya dalam air...tapi kena ingat....berhati hati dengan aedes...karang tak pasal pasal lak tuan pokok kena saman sebab biakkan aedes huhuhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...