assalamualaikum.
Pagi2 buta dah tempek petua. Bukan apa, anak kembar cikgu dedua tgh batuk. Kuat pulak tu. Risau takut jangkit kat baby sekali. Yer la, dak berdua tu suka bebenor cium baby. Kejap2 cium, kejap2 nak peluk.sudahnya terbatuk depan baby.
Semalam cikgu slowkan kipas. Firas plak xleh tido. Memang kota bharu panas skrg ni. Sampai firas request nak mandi. Dah la batuk, nak mandi pulak malam2 buta huhuhu. Merengek2 imam muda tu. So cikgu lap2kan badan dia n buh baju takder lengan dgn seluar paras lutut. Baru la dia bleh tido. Pg ni batuk dua2 kembar tu makin kuat. Cikgu pun terus la tekan2 keyboard cari petua. Ni ha cikgu copy trus dari blog http://mykidz.my. harap tuan punya blog izinkan cikgu share kat sini. Thanks yer...if kwn2 ada petua yg lebih mujarab atau selalu duk amalkan, jgn segan2 kucing share dgn cikgu yer...^_^
1. Madu asli.
Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Psssttt sila guna sudu plastik yer!
2. Kunyit hidup atau bawang putih.
Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
3. Daun kaduk.
Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
4. Kismis
Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
5. Daun Bunga Tahi Ayam.
Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.
6. Gula Melaka
Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
7. Pucuk Ubi
Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
saya selalu guna petua no 1 tu... bagi anak2 makan madu yg diperah dgn sedikit limau nipis/jus lemon... mmg serasi dgn anak2 saya... kena cuba try test tgk yg mana satu serasi :)
thanks for the info... ziyad tengah batuk teruk...=(
banyaknya..
Harraz pun kerap juga dapt batuk dulu... tp alhamdulillah.. petua yg diamalkan agak memberi kesan yg baik...
AmiRini akan letakkan Vicks kat tapak kaki and then pasangkan stokin... lepas tu sapu VIcks kat dada and belakang dia.. serta ti leher...
And AmiRini akan buat physio.. tepuk belakang dia untuk loosen kan kahak...
Sekarang AmiRini kasi dia makan olivenol.. sebagai prevention method....
P/S: Jom la join contest ini...
http://www.bicaramakdara.com/2013/03/malaysias-next-top-lucky-blogger-by-mak.html
CeqGu,
thanks for your tips.
honey is the best cough syrup!
petua2 yang menarik nie...belum pernah cuba lagi nie...tq
share gd tips ni
madu tu pernah dengar ...pucuk ubi tu pun pernah dengar...yg lain tak pernah tau...tapi selalunya makan ubat klinik je!
anis, org tua boleh amalkan x?
bgus ni.take note.ciksu kopi pes untk simpanan ye:)
tenkiu share
Bagus info ni..
selama ni ipar dok ajar yg guna madu tu...:)
thanks sharing cikgu... faris tiba2 pulak batuk... mungkin sebab cuaca yg panas sekarang ni...
saya selalu beli ubat batuk flucough syrup keluaran hurix tu, dianye dr herba mcm madu, berkesan untuk anak saya, batuk dan selsema cepat lega, takut kalo dia batuk selsema lama lama sebb ada asma
minum ubt batuk flucough hurix, memang spare aje kt umah sbb anak lelah,
saya selalu beli ubat batuk flucough syrup keluaran hurix tu, dianye dr herba mcm madu, berkesan untuk anak saya, batuk dan selsema cepat lega, takut kalo dia batuk selsema lama lama sebb ada asma
tq for sharing..mohon izin nak copy ke blog saya: ibusrikandi.blogspot.com
jemput singgah dan follow
Umur Baby saya belum belum sampai setengah bulan, mcm ada bunyi kahak, boleh kah bagi madu?
sian kalu baby yg batuk..
Baby sy tgh batuk..xpandai buang kahak sendiri..=)
Tq for sharing this info.
Thanks sharing....anak saya tengah batuk...boleh lah cuba petua ni.
Baby saya x sampai 2 bulan lg umurnya..dh selsema dan mcm ada bunyi klu dia bernafas..selsema tu berjangkit dgn kakak...tgh usaha dgn dr sneez, sterimar dan sedut hingus dia...sian klu baby selsema ni
Post a Comment