Followers

Sunday, December 15, 2013

Rasa dot dot dot

Assalamualaikum...

Rasa sunyi je lepas dia ke airport..
Rasa kosong je lepas dia matikan henpon masuk ke perut kapal terbang....
Rasa cam nak menitik air mata je tgk baanntal sebelah kosong...
(tipu!! Bukan menitik, dah banjir pun)
Rasa xdapat nak lena memikirkan dia dah jauh...
Rasa macam kalau boleh nak tarik tgn n pegang kaki biar dia jgn pergi lagi ke sana huhuhu.
Sebenarnya rasa x nak tulis semua ni kat sini, tapi rasa kena jugak tulis sebab hati sebak satu macam..huwaaa.
Moga allah segera satukan kembali keluarga kecil kami....amin

Tuesday, November 26, 2013

Bila Firas Petah Berkata-kata

Assalamualaikum

Dah lama cikgu tak update tentang perkembangan Firas. Imam kecik cikgu tu sekarang dah pun 2 tahun 7 bulan. Ishh cepat sungguh masa berlalu. Dah besar anak mama...... tapii kan, masih nak menyusu badan. Haihhh..... kalau tak dapat, meraung bagai nak rak. Pernah cikgu tanya , kenapa suka sangat dengan susu ni, Firas kan dah besar..... sedap sangat ke susu ni? Nak tau dia jawab apa? Of course la sedapppp kan jawapannya. Tapi yang paling tak tahan tu bila cikgu tanya apa rasa susu yang sedap sangat tu? Firas kata rasa macam MILO ! hahahaha.... tergelak tergolek mama n ayah dengar jawapan Firas. Hebat betul susu ibu ni kan kikikiki...... tapi skrg dia dah tahu jawapan dia tu tak betul.... so bila tanya lagi, dia akan jawab rasa SUSU la hihihi.....

Sejak Firas petah berkata2 ni, cikgu n en suami rasa lagi ceria dan berbunga2 gitu. Comellll jer ayat2 imam kecik ni. Tapi.....haaa ada gak tapinya..... bila dah pandai bercakap ni...... pandai la dia mintak nak beli itu ini huhuhu. Rabak poket mama nak oiii.

Firas ni kalau nak qadha hajat mesti cari sudut2 sunyi..... nak cari ketenangan gamaknya hehehe. Cikgu paham dah kalau tiba2 nampak kaki dia je di sebalik langsir ke, belakang kerusi ke, tepi meja ke..... tau dah ada projek besar sedang menyusul, bila dah selesai, cikgu tanya la, Firas b***k ke? Boleh dia jawab, "Firas tak tahu la mama" . Hoh sendiri buang pun sendiri tak tau ka....adoiiii hehehe. Bila mintak nak tengok pampers, dia lari pulak. maka tahulah mama, sah la ada sesuatu dalam pampers hehehe
 

Hari tu firas buat sepah. Cikgu pulak sibuk kat dapur. Bila time nak hidang makanan tu, mulut cikgu bising la marahkan firas buat sepah. Firas cakap apa tau.... "Biarla mama". Amboiii boleh pulak dia kata biar ye..... baru nak sambung bebel (hokeyy memang mama dia kuat membebel hohoho), firas datang dekat coffee table ( kat bilik hotel ni tak der meja makan) "Mmmmm pandainya mama masak" Hahahaha ini imam kicik pandai psiko mama tau. 1st time dia keluarkan ayat tu. Mana ntah dia belajar, gamaknya terdengar cikgu selalu tanya en suami kottt. Terus tak jadi sambung bebel kah kah kah. Pandai ye kamu amik ati mama.

Semalam singgah kat satu kedai, ternampak majalah yg ada gambar fizo omar n mawar yg cantik jelita tu. Cikgu saja tanya Firas, cantik tak aunty ni (tgn tunjuk kat gambar mawar). Firas kata cantikkkk. Err mana lagi cantik mama ke aunty mawar ni ? Tentu korang kata mestila firas puji mama dia. Hahaha memang ponnnn, dia jawab mama dia la yg cantik hahaha.............. sungguh pandai anak mama menjaga hati kecik mama dia ni. Cikgu pun cerita balik kat en suami. Terus en suami gelak sambil usap2 kepala firas. "Anak ayah ni makin bijak la " Tau apa kata Firas? Pendek jer jawapannya "YE LAAA !" kui kui kui..... kuat perasan  ikut sape ntahh hohoho

Cikgu pun tak sedar sejak bila dia petah bercakap macam ni. Kadang2 rasa heran mcmana dia boleh keluarkan ayat2 bombastik dan plastik tu...... tapi tu lah, mulut dia ni pot pet pot pet bila dengan ayah n mama je. Dengan orang lain, tak banyak cakap pulak. Kekadang tu time duk main sorang2 siap nyanyi2 lagi hehe..... bila tanya nyanyi lagu apa tu? Tak tahu la mama hehehe...jawapan yg cute di telinga mama.



Thursday, November 21, 2013

Teknik Meleraikan Pergaduhan Anak-anak

Assalamualaikum....

Hari ni cikgu nak share ilmu melerai...... selalu kita mesti akan marah marah kalau anak bergaduh kan. Eh ehhhh tak ngaku lak dia......hihihi. Nak nak si abang atau si kakak, gerenti la selalu yang dipersalahkan. Tak puas hati tauuuu!! Adik yang mulakan, abang/kakak yg kena marah lebihhhh. Aikkkkk emosi lebih nampakkk.....macam pernah jadi kat diri sendiri jerrrrrrrrrrrrr...hik hik hikkk....

Harap dengan apa yg cikgu share ni dapat la kita sama2 baiki apa yg patut yerrr.....Hmmm bila la firas nak dapat adik ni.....tak sabo mama nak praktikkan ilmu melerai ni.......opsssssssssss lari topik la pulak hahahaha...



Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar Yang Tidak Aku Kenali...

Assalamualaikum...


Sejak sekolah dah cuti ni baru la ada kelapangan sikit nak bermadah pujangga lerr sangatttt kat blog CeqGu. Kesiann blog ni...

Pagi ni sebenarnya cikgu rasa terpanggil nak berbicara tentang Allahyarham Ahmad Ammar (aikkkk skema nya ayat cikgu kui kui kui)

Seriusss cikgu langsung tak kenal siapakah gerangan. Gambar arwah banyak betul kat pesbuk. Sampai cikgu jadi tertanya-tanya siapa Ammar ni? Pejuang Palestin ke? Syria ke? Muka macam orang Melayu jer. Kenapa pulak gambar Ammar tengah tido ni asyik di post ke pesbuk cikgu.
Betullll cikgu bukan nak buat lawak, sekali imbas cikgu pk ini gambar orang tengah tido. So cikgu memang tak ambik port kisah arwah ni....

Tenang sungguh wajah arwah Ammar....

Memandangkan kisahnya hingga ke saat ini masih diperkatakan, perasaan ingin tahu tiba2 datang berlumba2. cikgu terus klik video kisah Ammar, baca tulisan demi tulisan di internet n barulah tahu siapakah anak muda yang bertuah ni. Cikgu yakin bukan cikgu sorang saja yg tak kenal Ammar.....harumnya nama Ammar bila arwah dah tak ada bersama kita. Bila tengok video dan baca kisah Ammar tu, air mata otomatik jer mengalir keluar. Bukan kisah sedih pun yg dipaparkan. Cuma kisah perjalanan hidup seorang Ammar yang dipenuhi dengan keazaman yg sangat murni! Cikgu jadi kagum dan mula banci diri sendiri. Ohhh jauh ketinggalan, sangat ketinggalan! Betapa 34 tahun cikgu kerugian yg amat banyak. Dan paling buat cikgu terkejut, anak muda ini baru berusia 20 tahun! Betapa cita-citanya dan keazamannya dalam memperjuangkan islam mengaburi mata cikgu tentang umurnya yg masih muda.

Pantas mata cikgu memandang imam muda yg sedang lena di sisi. Tenang dan mulus wajah imam cikgu saat itu. Terdetik di hati alangkah bahagianya hati mama n ayah jika imam kecik ini suatu hari nanti punya cita-cita dan keazaman yang kuat seperti arwah Ammar.... Terkenang pula pada sahabat karib imam kecik cikgu, Luqman yg rajin mengajak Firas solat. Alangkah bahagianya mama dan umi jika kalian seperti Ammar. Dari kecil hingga hujung hayat, hidup Ammar dipenuhi dengan aktiviti yg murni.

Lihatlah betapa janji Allah itu pasti, sesiapa yg hidupnya sentiasa berjuang di jalan Allah, maka pengakhirannya juga pasti terpelihara! Lihat saja pada arwah Ammar, cikgu yang naif ini hanya mengenali Ammar setelah dia kembali ke rahmatullah. Kebaikannya dan perjuangannya disebut sebut walau pun roh dan jasadnya telah tiada. Bahkah kisah kemalangan yang menjadi punca kematiannya langsung tidak menjadi tajuk utama. Semua orang berlumba-lumba menyebarkan perjuangan dan hasrat murni arwah. Nak tahu kenapa cikgu tulis entry ni? cikgu CEMBURU dan KAGUM dengan Ammar. Semoga entry ni mampu jadi penyuntik semangat buat imam muda cikgu suatu hari nanti....aminnn

Monday, November 18, 2013

Peti Sejuk Samsung Idaman Malaya

Assalamualaikum...

Kali ni cikgu nak mintak pendapat tentang peti sejuk.... harap sudi la bagi pendapat yoooo....hari tu cikgu pi la survey peti kat Harvey Norman. Uihhhhh ada macam2 jenis peti.....dua pintu, tiga pintu,empat pintu....enam pintu pun adoooo...huiiiiiiiiiii. Harga pun macam2 la jugakkan. 

Memula tu big boss berkenan kat peti brand Mitsubishi 6 pintu. Hamekkk kauu 6 pintu tuuu.....Kunun2 lg banyak pintu lagi jimat letrik la.Tapi bini big boss tak berapa berkenan. Nak nak ice makernya duk belah bawah. Paras yg budak2 kecik senang nak bukak. No! No! No! karang Firas jadi hantu ais pulak.

Makanya beralih arah la pulak big boss pada peti Hitachi 3 pintu. Hokeyy dah makin kurang bilangan pintunya. Check sana check sini kira dah puas hati.....tapi terbeliak pulak bijik mata tengok rega RM9K++. Terus cancel hehehe.

Cari punya cari terjatuh hati pulak kat peti Samsung ni.....

Cikgu berkenan kat handle peti sejuk ni. Best jer bila tarik nak buka. Dan yang paling penting, handle ni duk kat tengah2. So agak susah la budak2 kecik macam imam muda cikgu nak main bukak tutup peti tu. Satu lagi katanya servis free selama2nya......psssttt tapi ada yg komplen lambat bebenor nak datang baiki.....benda free cenggini la pulak jadinya....hmmmm

Ciri2 lain yang ada ialah jimat letrik katanyeee....sebab peti ni jenis inverter dan pakai dua kipas. kelebihan dua kipas ni salah satunya ialah bau tak merebak ke pintu sebelah. Peti model ni ada auto ice maker. So tak perlu nak selalu check ice ada ke idak. Kata staff Harvey Norman tu, peti ni siap boleh kisar ice jadi macam ABC.....hokeyyy itu hanya sekadar kelebihannya, tak der pun tak per. Cuma sekarang ni hati menjadi berbelah bagi sebab peti ni kena buat piping dari sinki ke peti sejuk. Big boss dah berkenan sangat dengan peti ni. Tapi puan bininya risau tang kena buat piping tu.....kos nak buat piping tu satu hal la kan, risau kotnya ada banyak lagi kelemahan peti yg pakai piping ni.... so ada sapa2 bleh share pengalaman pakai peti jenis ada piping tak?

Kata kawan cikgu, dia pernah pakai peti sejuk brand samsung ni...tapi tak lama lepas tu peti dia bocor. Ala2 istihadoh gitu ( ni cikgu la yg kata hohoho) ....... pastu kata kawan sorang lagi pulak, pakai dua tiga bulan dah tersumbat...brand yg sama jugak....... tertanya2 jugak adakah sebab nasib tak berapa baik atau memang brand samsung ni samseng sebenarnya hohohoho......

Cer suggest kat cikgu peti sejuk apa yg korang puas hati?

Monday, November 4, 2013

Langkah-langkah Renovate Dapur Yang Perlu Kita Tahu

assalamualaikum dan salam maal hijrah buat tetamu tetamu blog ceqgu...


ecehhhh sopan santunnya cikgu punya intro kih kih kih....
almaklum la dah lama tak berblog, rasa kekok pulak nak pot pet pot pet macam dolu dolu...hiksss..

Hari ni cikgu nak share sedikit experience reno rumah, nak nak bahagian yg paling disukai ramai iaitu jeng jeng jenggg....BAHAGIAN DAPUR!

Haaa jangan tak tau, dalam banyak2 area dalam rumah, bahagian dapur ni la yang paling buat kepala pusing tau. Mana tak part ni la yang paling banyak telan duit tuan rumah. Cikgu gerentilah rata2 'datin-datin' dalam rumah nak ada dapur yang cun, meletop dan gedevass walau pun berkungfu kat dapur tu sekali sekala jer hik hik hik....hokeyy saya mengaku saya memang kurang rajin ke dapur....ooouchhhh!!

Apa yang cikgu nak cerita ni adalah utk reno dapur ye tuan2/puan2. Contohnya dari dapur kecik nak jadikan dapur lebih besar. ok meh meh kita tengok apa yg cikgu nak share....harap dapat jadi panduan dan pedoman kepada sapa2 yg ada plan nak reno dapur. 

1) Keluasan Dapur
Ikut pengalaman cikgu la kan, benda pertama yang kita kena buat utk reno dapur ialah tahu keluasan dapur yang kita mahu. Makin besar dapur, makin besar la bajet utk buat kitchen cabinet. Unless, korang nak ada dapur besar tapi kitchen cabinet sejemput jer.... Hak ni terpulang pada taste masing2. Tak salah pun ada kitchen cabinet sejemput....senyum lebar la 'dato'-dato'' yang nak labur duit tu. Sayang lebih kat 'datin' sbb pandai berjimat hehehe

2) Design Dapur
Kalau korang jenis yang dah ada idea nak bentuk kitchen cabinet tu macam mana, korang buat lakaran sendiri dulu kat kertas. Sebelum tu cuba la cari idea kat majalah ke, google kat internet ke atau kalau jenis yg tak malu macam cikgu ni, pi la ngendap dapur rumah kawan or jiran korang tu hehehehe..... Tak pandai lukis tak pe.....yang penting korang tahu rupa bentuk dan susun atur kitchen cabinet idaman qolbu. Lukis ajerlah walau tak cun pun. Yang penting lepas korang lukis tu orang tak kata tu gambar kambing atau lembu.....huhuhu...Pastu terus bawak pi kedai pilihan hati. Nanti diaorang akan designkan cun2 kat korang n siap sekali dengan quotation. Part ni penting tau. Jangan korang lukis pastu serah kat kontraktor pulak. Tang ni la korang selalunya akan kerugian. Nak tau kenapa.....kat bawah nanti cikgu bgtau.....saboooooooooooo....

Andai kata korang memang blur n tak tahu nak design dapur yg macam mana... korang pergi je terus ke kedai kitchen cabinet. Yang penting sila bawak ukuran dapur yang dah di renovate/ bakal di renovate. Kalau belum renovate pun tak pe sebabnya korang baru nak dapatkan quotation. Pi la survey kat seberapa banyak kodai yg korang rajin nak pergi. Kalau dah ada ada ukuran dapur yg sebenar tu lagiiiii bagus. Lagi senang diaorang nak tolong designkan utk korang.

Selain tu, korang bleh juga bincang tentang material kitchen cabinet dan juga material top kitchen cabinet dengan orang kedai. Ada macam2 jenis dan macam2 harga. Pilihlah yg mana berkenan. Pssssttttt cikgu nak bgtau ye, sekarang ni material top yg paling bagus ialah quartz stone. Quartz stone ni tak sama macam solid surface tau. Seakan tapi tak sama. Jangan sampai tertipu ye. Next time la i citer....ewahhh i ,i  la pulak hoho


3) Listkan perkakasan Elektrik di Dapur
Satu lagi yang penting ialah sila listkan betul2 alat elektrik yg nak digunakan. Contohnya hud,hob,peti sejuk,microwave dan oven/built-in oven. Sebabnya, alat elektrik yg cikgu senaraikan tu biasanya perlu ada plug di belakang kitchen cabinet. Melainkan korang lebih suka kat dinding korang tu nampak wayar dan plug tergantung2 macam dulu2. Tak cun laaaa......Kecuali lah alat elektrik tu jenis yang pakai sekejap2 contohnya macam blender, toaster dsbnya. Hak tu tak pe la. Selalunya lepas pakai kita akan bukak semula plugnya dan simpan.


Itu sebablah penting berbincang dengan designer kitchen cabinet dulu sebelum pandai2 suruh kontraktor letak plug dan suis sana sini. Kadang2 ada kontraktor yg kunun2 tahu bab kitchen cabinet walhal tak tahu menahu sangat ponnnnnnnnnnn. If kontraktor tu memang berpengalaman, dia akan nasihatkan korang utk berbincang dengan orang kitchen cabinet dulu utk dapatkan plan kitchen cabinet sekali dengan kedudukan suis dan plug.


4) Kerjasama Kontraktor dan Designer Kitchen Cabinet
Okey, part ni la yang selalunya cikgu cakap akan merugikan tuan rumah. Kontraktor rumah yg kurang berpengalaman selalunya akan bertanya pada tuan rumah tentang sinki kat mana, plug nak buh kat mana, nak berapa banyak plug dan macam2 lagi2 lah. Haaa kalau kita main agak2 je, tak pasal2 bila dah nak pasang cabinet, ada plug dan suis yg kena alih. Tak pasal2 kena ketuk lagi dinding tu. Maka bertambah lagi la kos korang. Nothing is free naaa.....ada kontraktor akan caj tau. Tak ke rugi namanya tu, duit mengalir lagi. Sayang wooo...

Untuk elak kerugian yg macam ni, bila kontraktor tanya tentang plug dan suis, sila la berbincang betul2 dgn designer kitchen cabinet. Kalau boleh mintak orang kitchen cabinet tu datang ke rumah dan tengok dapur baru kita tu. Tang ni kena hati2 jugak, ada kedai yg tak kenakan bayaran utk ke rumah kita, ada jugak yg mintak bayaran tau. So kena tanya betul2.

Bila designer dah datang ukur dan keluarkan design kitchen cabinet, ajaklah kontraktor dan designer kitchen cabinet tu berbincang sama2. So kontraktor pun tak der la nak kena buat keja dua tiga kali, ketuk sana sini. Kita plak tak der la rugi duit dan rugi masa. Betul tak? Haaaa angguk punnn hehehe

4) Tentukan Dinding Tiles atau Cat.
Hak ni sebenarnya terpulang pada tuan rumah la. Nak buh cat boleh, nak buh tiles seluruh dapur  boleh, atau nak buh tiles kat bhgn tertentu pun boleh. Kalau korang jenis yg cepat jemu, dinasihtakan bubuh tiles pada bahagian tertentu saja, contohnya bahagian tempat masak dan sinki. Selebihnya buh cat. Jimat pun jimat. Tapi kalau nak lagi tahan, buh tiles kat keseluruhan dapur. Senang nak cuci tapi kos lebih skit la.



Ok itu je lah step2 utk reno dapur yang cikgu dapat share.

Sunday, September 8, 2013

Bibik ? Nursery? Pengasuh?

Assalamualaikum...

Al fatihah buat arwah paksu wan, chik dan seluruh muslimin muslimat yang telah kembali kepada maha Pencipta....

Cikgu sebenarnya dlm dilema nak buat keputusan sapa yg terbaik utk jaga firas.

Skrg ni firas duk nursery. Selama kat nursery ni, firas asyik demam je. Well, itu situasi biasa kan. Tapi susah hati gak tiap dua mggu sekali demam. Mula dgn selsema, pastu batuk n akhirnya demam. Suhu kaw kaw plak tu kalau demam. Bukan nak salahkan nursery. Agaknya firas punya antibodi pun xberapa bgus. Dah la ada mslh tonsil n sgt mudah dijangkiti selsema dr kawan2. Hingus plak mesti hijau tiap kali selsema...huhu

Ditambah pulak mkn kat nursery tu share pinggan n sudu. Lagi la senang jangkit. Oppsss bkn nak slhkan staf nursery. Hari tu masa nk amik firas, rupa2 nya imam muda tu blm lunch sbb tido. So cikgu mintak nak suapkan firas sblm balik ke rumah. Sekali cikgu di kerumun anak2 kecik yg lain. Pakat nak disuap jugakkk. Merengek-rengek haaa. Alahaiii yg selsema ada, yg batuk ada. X nak suap. Rasa mcm kejam la pulak. So suap la jugak. Siap ada yg demand tu suh suap ayam je. Sudahnya anak org lain makan lagi byk dari firas hahaha.

So dari situasi tu, cikgu pahamla kenapa firas kerap selsema. Hati ni mula la berkira2 nak letak firas dengan pengasuh. Tapi mencabar jgk nak cari pengasuh ni. Kalau boleh nk pengasuh yg boleh masakkan utk firas. Sgt jelas dan nyata mama firas sgt la kurang rajin ke dapur hohoho. Cop cop bkn kurang rajin, tp xberapa nk sempat bersilat dgn firas kat dapur hehe.boleh terima x alasan ni? Kih kih kih

Kekadang tu terpk jgk nak amik bibik. Tauuuuu bahaya amik bibik ni. Tp bila duk jauh dr suami ni, bibik boleh jd peneman. Ye la sesambil jaga firas, boleh jaga mama firas sekali hehehe. Kalau kena bertuggas hari mggu, kurang2 bibik ada tengokkan firas. Kalau mama x sihat, bibik ada utk layan firas...tp tu ler, nak ada bibik, siap ler duit rm10k...hmmmm senang2 berenti koje je lahh huwaaaa

Saturday, August 24, 2013

Warkah Buat Chik

Assalamualaikum chik,

Apa khabar chik kat sana? Kami kat sini, semua rindukan chik. Rindu sangat! Sangat! Anis sedih la chik... Sebab tu anis amik keputusan tulis surat ni. Anis dah tak tahu nak buat mcmana utk hentikan air mata ni mengalir. Macam bentengnya dah pecah je. Macam mana nak baiki ye chik. Hurmm...

Rumah baru chik kat sana tu tentu bestkan. Maklumla dari dulu lagi anis tengok chik dah prepare mcm2...insyaallah mesti lagi besar dan cantik dr dulu.

Chik, khamis lepas anis pegi umah chik. Lama betul anis tak singgah umah chik kan. Tapi masa anis sampai tu chik xde. So, anis cuci mata tengok gambar2 chik sekeluarga. Hurmmm... Kiranya tahun ni chik beraya dgn keluarga yg lgkap. Mesti chik happy kan sbb noris pun dah balik dr uk. Anis dah plan, tahun ni nak pi raya rumah chik. Maklumla cuti pun pjg. Hurmm anis ni mampu merancang je, sekali xdapat jgk nk beraya dgn chik sekeluarga. Anis frust sgt chik. Byk pulak agenda lain yg menyelit.pasrah...

Rasa jauh je rumah baru chik ni. X dapat dah la kita nak gaduh main2 mcm selalu. Chik pun mesti rindu nak gaduh pasal telefon dgn anis kan hihi hurmmm...
Chik, terima kasih ye dulu sudi pinjamkan rumah lama chik tu utk majlis pertunangan anis dgn syed. Anis akan ingat selalu budi baik chik n ayah wi sekeluarga.

Tetiba teringat pulak waktu kecik2 dulu. Masa tu, noris belum lahir. So chik n ayah wi rajin la bawak anis balik rumah chik. Best wooo dapat naik kete kura2 ayah wi. Tp sori la chik, pukul 1,2 pg anis mesti nangis2 mintak chik hantar anis balik rumah huhu. Kesian chik n ayah wi.

Bila anis dah besar, chik tetap layan anis mcm anak sendiri. Chik selalu ajak anis ke surau sama2 utk solat jemaah. Pastu chik ajak anis belajar ngaji dan join ceramah agama kat surau. Ingat lagi waktu join baca yassin kat surau, anis cuba baca tanpa buka quran.konon2 nak test hafalan. Sekali chik tegur. Chik kata kalau baca sambil tgk tulisannya, kita akan dapat pahala berganda. Anis akan ingat pesan chik tu sampai bila2.

Bila anis dah kawin, chik hadiahkan sebuah al quran. Cantik sgt al quran tu chik, siap bersarung renda2 lagi hihi hurmmm... Anis akan jaga quran tu baik2 dan akan ingat selalu pesanan yg chik selitkan dlm quran tu...

Chik tau tak, chik ni memang seorang isteri dan ibu yg penyayang...Anis ingat lg ayah wi cerita kalau outstation, kwn2 ayah wi mesti kagum dgn dia. Sebabnya segala jenis ubat sampai la ke minyak angin chik akan bekalkan sekali utk ayah wi. Kata kwn2 ayah wi, bertuahnya ada isteri mcm chik, isteri depa xpernah bekalkan minyak angin sampai ke overseas hihi hmmmm....

Chik, rindu la kat chik. Anis suka tengok chik senyum, suka dengar suara chik. Mendatar dan halus je bila marah. Rindunya nak peluk chik. Rindunya nak bercerita mcm2 dgn chik.

Haritu ramai betul org kat rumah chik. Susah betul anis nak gi dekat dgn chik. Tapi dari jauh, anis dapat hidu wanginya chik. Bila dapat peluang duduk sebelah chik, anis renung wajah tenang chik. Anis kucup dahi chik. Sejuk! Air mata berlumba2 nk keluar chik. Tapi anis tahan kuat2. Agaknya sebab tu la benteng tu skrg ni pecah teruk. Basah je pipi ni chik. Kalau chik ada skrg ni. Tentu chik marah tgk anis mcm ni kan.

Chik anis mtk maaf ye xada di sisi waktu chik hembuskan nafas terakhir, xdapat nk iring chik ke rumah baru dan xdapat hadir ke majlis tahlil chik. Anis hanya mampu sedekahkan al fatihah dan yassin dari jauh utk chik. Walau pun anis xsempat sembang2 dgn chik mcm dulu2, tapi hati rasa puas sbb semua yg mengenali chik xputus2 bercerita ttg kebaikan chik.

Chik,kami semua syg sgt kat chik. Sprt kata ayah wi, sebanyak mana pun sygnya kami pd chik, tetap xmampu mengatasi sayangNya allah pd chik.
Damailah dirimu di sana wahai ibu saudara kesayanganku. Moga syurga menjadi titik pertemuan di akhirat sana.

Al fatihah buat hjh che azizah bt ismail, khamis, 22 ogos 2013

Saturday, July 27, 2013

Demam Panasss dan Termometer Telinga yang Best.

Assalamualaikum.

Sejak firas duk nursery hampir 2 bln ni, dah 3 kali dia demam. Hari ni plg teruk, suhu badan cecah sampai 40 darjah celcius huhuhu. Terkejut gak la cikgu bila doktor bgtau suhu badan dia tinggi mcm tu. Padanla lps sahur td nmpk dia lemah jer. Doktor kata tekak firas bgkak dan merah sgt2. Terus doktor decide nk check darah dan masuk ubat montot. Hasil blood test, doktor kata sel darah putih firas sgt tinggi. Cikgu terkejut utk kali kedua. Mujur la doktor tu xplain balik tinggi tu sbb dmam. Legaaaa tp tetap rasa nk nanges huhu.

Doktor pesann balik rumah terus mandikan dgn air paip, pastu jgn lap n biar firas tido bwh kipas. Pasang kipas kuat2 kata doktor. Cikgu tanyala, kalau firas dah mandi, tetap kna mandikan lagi ke? Pastu doktor tu ckp, itu cerita pagi tadi. Sekarang ni cerita baru, mesti mandi...okehh..cikgu tanya lagi, kalau firas sejuk sampai ketar2 mcmana? Sekali doktor india tu marah cikgu plak. Ikut saja arahan saya, xperlu pk dia ketar ke apa ke. Skrg anak u demam pns. Kalau u x ikut cakap saya, nanti anak u boleh kena sawan. Sawan boleh menyebabkan otak anak u damage tau!

Huwaaaa saya tanya sajalah doktorrrr!! U tinggi suara tu knapa??!! .... think positive, dia sbnarnya tgh risaukan firas kot huhu.

Masuk dlm keta cikgu buka ekon kuatt2. Balik rumah berperang dgn firas sbb dia xnak mandi. Mujur ayah firas ada. Akhirnya berjaya jugak. Cikgu ikut semua arahan doktor tu. Sebelum ni pun cikgu mandikan jugak, cu,a lrpas mandi cikgu lap dgn tuala. Kali ni cikgu biar kan jer firas kat bwh kipas. Siap bukak ekon lg. Memang ketar la si kecik tu. Nak nak ke a tuaam dgn air yg ada ais. Meraung la sudahnya...sejukkk...sejukkk sejukkk. Sendu hati mama nak oiii....nak sihat cepat, mama kena kuat ,firas pun kena sabar.

Lepas mkn ubat, firas tido lena tanpa berbaju. Pampers pkai ler takut karang basah lencun sofa jiran ckgu ni.
Tadi sempat la cikgu beli termometer baru. Kali ni beli jns yg letak kat tlinga mcm doktor duk guna tu. Yg ltk kat ketiak tu lmbat btul nk detect suhu. Yg baru beli ni mmg best tp harga berganda la mahal dr yg  lama. Teermometer check kat tlinga ni doktor kata susah skit nk sukat suhu badan kalau xmahir. Yg ckgu beli ni mmg direka utk mudah sukat suhu kat telinga. X perlu ejas2 kedudukan termometer mcm termometer telinga yg lain. Cepat je dpt check suhu. Sukeeeee tau. Kejap2 cikgu check suhu firas hihi. Alhamdulillah dah turun skit suhu badannya.  Doakan firad segera sembuh yer kwn2...

Wednesday, July 24, 2013

Security Door La Pulak.

Assalamualaikum.

Hehehe ramai pulak yg cakap tentu cikgu tak sabar nak duduk rumah baru......ishhhh MESTI laaaaaaaaaaaaa hik hik hik. Yang paling tak sabar sekali nak tengok macam mana rupa rumah tu lepas dah pakai make up baru. Risau pun ada jugak kot kot jadi makin tak cun. Maklum ler tak mampu nak upah interior designer hohoho.

Wahai cousinku oyis, kak anis tak dapat nak share link yg oyis mintak tu. Selalunya main hentam masuk tak bagi salam pun ke website2 yg ada deco2 tu... tapi k.anis suka cuci mata kat website www.houzz.com, Macam2 ada kat situ. 

Semalam duk buat list benda2 yang nak kena pi skodeng kat kedai. Aduhaii banyak jugak. Nak kena tunggu putera dari brunei balik shah alam dulu la baru bleh pi skodeng dan tempah yg mana patut. Antara yang nak segera, security door dan sinki toilet. Security door tu ukuran dia tak sama macam pintu biasa dan perlu dipasang oleh orang yg jual pintu tu jer. Cikgu pesan kat kontraktor tu nanti buat toilet saya cantik2 tau macam hotel punya kuang kuang kuang. Tuan rumah kemain nafsu tinggi, duitnya ciput jerrrrr...huh! Err bleh bayang tak security door tu cemana? Ni cikgu nak share utk sape2 yg belum tahu. Pssstttt cikgu pun baru tau tentang pintu ni. Tu pun sebab tengok jiran guna pintu ni. Terbekenan la pulak...koh koh koh. Mahapp ler kak mas. Banyak benda yg i berkenan kat rumah you ni. Anggap je la rumah kita ni kembar hampir seiras yer muahahaha.

Haaa inilah rupa security door. Ada macam2 jenis. Ni salah satu daripada design yg ada kat kedai. Security door ni berfungsi 2 dlm 1 tau. Kalau pasang pintu ni, dah tak perlu buh grille lagi dah. Sebab tu harga dia lebih mahal daripada pintu biasa. Tak silap cikgu security door ni dibuat dari sejenis logam. Jangan tanyo logam apo yoo. Esei tak tahu (ehemm persediaan nak gi nogori semilan). So susah skit la pencuri nak kopek pintu tu. Kata kontraktor cikgu, pintu jenis ni ada yg made in malaysia dan made in china. Yg made in china memang murah sikit , tapi besi yg ala grille tu tak kuat. Boleh guna gunting je utk potong besi tu huhu. Tak padan dengan harga, dengan gunting pun kalah...ishhh. Tapikan setakat yg duk tengok tu, yg made in china pattern dia lagi lawa lawa woooo....hurmmmm....

Kat Homedec pun selalu ada offer pintu ni. Siap beli satu percuma satu lagi. Memang jimat banyaklah kalau beli kat Homedec. Tang warna pulak, setakat yg duk tengok tu ada yg kaler brown, black dan white. Pasni sapa2 yg teringin nak pakai pintu macam ni, pi ler jeling2 kat kedai yer hehehehe.....

Emmmm.....ada sapa2 boleh suggest kat cikgu tak alarm rumah jenis apa yg best dan berbaloi utk dipakai ? 

Friday, July 19, 2013

Renovate Rumah

Assalamualaikum...


Haihhh heran bebenor rasanya. Orang lain keja jugak, office hour plak tu. Cikgu yg keja sekerat hari ni pun tak sempat nak update blog. Hurmm ni gara2 balik keja, menidurkan diri kat atas katil nan empuk di mahligai indah milik jiran kesayangan cikgu hikssssssssssssss....panjang benor ayatnya.

Sekarang i dah berani merempit ke sekolah tau.......kalau dulu start enjin kete jer duk lane belah kiri tak tukar2 sampai le depan sekolah. Ada lori balak ke, kete kura2 ker, i rela ikutttttt jer asalkan maintain di lane kiri. Sekarang sorry lerrr....ada kete slow jer, i potong laju2 you! hahaha.....erkkk tapi jalan nak ke sekolah je lah. Jangan di suruh pulas stereng ke ikea ke, one utama ke, ke KL ke, memang penakut paittt. Tapi awas!!! Kalau dah try sekali, hurmmmm ada can la berkali2 i pi ke situ hohoho.

Hari  ni nak update kisah rumah cikgu sebenarnya. Ingat lagi ker kisah rumah cikgu dilanda garuda tu? Kalau tak silap perkiraan cikgu la kan, rasanya dah nak masuk dua bulan rumah tu di renovate. Hari ni baru rasa nak share kat sini. Inilah rupa pondok kecik cikgu waktu mula2 nak start renovate hari tu.

Cikgu pakai kontraktor orang melayu jer. Nama glamer kontraktor ni En. Bad. Kenapa cikgu amik kontraktor ni? Hurmmm sebenarnya cikgu tak survey banyak2 pun. Kontraktor ni baru jer selesai renovate rumah abg ipar. Cikgu tengok macam ok la jugak hasil kerjanya. Tanya abang ipar pun dia kata ok dan mudah bawak berbincang, so kami yg tak byk masa nak survey kontraktor sana sini, kira jadi ler guna khidmat kontraktor ni.  Lagi satu, cikgu suka cara dia kerja. Dia just amik satu projek besar. Harap2nya yg amik satu projek ni dapat ler siapkan keja cepat. Sogan dah den duk menumpang teduh di mahligai jiran ni.

Sekarang rumah cikgu dah masuk fasa naik dinding baru. Bilik atas dua dua cikgu extend sampai habis tanah belakang rumah. Dapur pun cikgu besarkan sikit. Alaaa korang tak yah la nak bayangkan rumah cikgu ni jadi besar macam banglo. Tanah yg ada tu pun setakat 5-6 kaki jer ponnn. Cikgu share citer rumah ni bukan nak menunjuk2 tau. Sekadar nak jadikan catatan utk diri sendiri. Duk pk gak ni, mgkin bukak blog baru ke yg ala2 private khas utk renovate rumah ni hihihi . Ada hati nak bukak blog baru, blog yg satu ni pun tak terlayan....hohoho .Bukan apa, risau orang menyampah jewwww huhuhu.

Sekarang ni tengah fenin nak pilih tiles dan lantai laminate tu. Sebelum reno rumah dulu. Tengok kat kedai rasa semuanya berkenan. Tapi bila sampai masa betul2 nak reno rumah. 10 kedai ko pergi pun ko rasa macam ehhh kenapa tak der yg berkenan ni atau ehhhh mana satu nak pilih ni....huh!! Inilah di namakan sindrom mabuk reno rumah. Dan lagi sakit ati, bila dah penat2 pilih tup tup yg berkenan tu out of stock pulak dah....huhhhhhhhhhhhh hangin satu badan tau.

Semalam duk intai2 blog, hati rasa berkenan nak letak tiles besar yg kilat2 tu kat dapur. Ala tiles yg selalu orang letak kat living hall tu la. Cantik jugak bila duk kat dapur. Tapi tu ler, agak bahaya kalau basah. Licin lorrrr..........hurmmmm tapi hati berkenan sangat2 ni...camno ekkk????

Monday, July 8, 2013

Hari Berdating hehe

Assalamualaikum...

Yihaaaaaaaa...hari ni cikgu cutiiiiiiiii....
Seronoknye la duhai hati...
Cuti sbb semalam ada sukan tahunan. Sebagai upah menghitamkan kulit muka di tengah padang sekolah, hari ni semua cikgu dan murid merasa cuti peristiwa.
Silalah jeles dgn diriku ini muahahaha.

So hari ni cikgu memenuhi hari cuti ini dgn perkara yg sgt bermanfaat iaitu bawak firas tengok wayang hahaha.
Pestaim pi panggung tanpa putra kayangan sob sob sob.
Tu pun gara2 firas mengamuk sakan nk tgk citer monster university.
Maka mama yg sporting ni pun pulas ler stereng kete ke panggung.
Huhuhu bermanfaat la sgt kan. Hurmmmm korang xmengerti perasaan anak kecik mcm firas tanpa ayah di sisi. Ahaksss poyo jer alasan mama firas ni kan.
Tp serius, cikgu sekadar nak dia enjoy. Hari2 dia nanges, meragam n kena marah dgn mama. Kesian putra kecik ni.

Lepas layan movie, firas teman mama shopping baju raya plak. Ada sale baju kurung cotton. Sepasang 50 hengget. Ntah murah ke mahal.
Kat space u8 ni xbyk kedai pun lagi. Layan je la apa yg ada. Tgh duk 'menerai' baju, tup2 firas buat muka seksi la pulak. Semerbak harum bilik persalinan tu huhuhu. Pampers pulak lupa nak bawak. Pi ler beli kat Segi dlm mall ni. Hurm harga segi ni kira ok la jgk. Selesai cuci apa yg patut, firas nampak Aman ville, tempat main berbayar. Huh sah sah kena pau dengan dak kecik ni. Rela terpaksa la mama. Bayarannya rm 18 per entry.....huwaaaaa ! Mujur ler umo firas baru 2 thn. So dpt separuh harga, stokin plak xdak, so kena beli ...rega rm3 spasang. Haihh kalau pi giant s.alam pun baik, freee jer.
Tp ok la jgk tempat ni. Yg penting wifi free hihi.

Lepas ni fasa nak memujuk putra kecik balik. Selalunya mmg ada la adegan tangisan bulan madu tu. Haihhh tarik hembus nafas la mama jawabnya. Muka merah hijau kuning la menahan sabar huhu. Oklah nak baca doa lembutkan hati putra kecik plak ni supaya senang diajak balik. Korang tlg aminkan sama yer hihihi.

Wednesday, June 26, 2013

rindunyeeeee la

Assalamualaikum.

Alahai rindunya kat teman2 blog. Biar tak kenal rupa atau suara, tpkorang memang kawan dan teman yg sangat best. Baca komen2 kejap tadi buat hati ni jadi tak keruan. Makanya merajinkan diri conteng2 kat blog berabuk ni.

Serius cikgu rindu kat korang semua. Ralat jer rasa tak kepoh2 kat blog kawan2 semua. Waktu sgtla rasa cam singkat . benda yg nak di pot pet pot pet tu ada jer. Tapi xdan nak ngadap laptop.

Firas skrg dah xnanges pi nursery. Dia dah faham gamaknya. Cikgu kat nursery dia cakap firas budak baik, xkacau atau usik kwn2. Kata cikgu lg firaslah yg plg pendiam kat situ hohoho. X ikut mulut mama dia nampak gayanya hihi.

Cikgu pulak masih terasa cam x best sbb putera kayangan jauh di mata. Mujur ler ada jiran kesayangan pemecah kesunyian kami dua beranak huhu..... toceyyy k.mas sekeluarga. Budi kalian, hanya allah saja yg mampu balas.


Monday, June 17, 2013

Cikgu Anis dan a,b,c

Assalamualaikum

Hari ni cikgu saja nak uji murid2 3 cempaka. Alaa nak uji a,b,c jer pun hihi. Kelas ni ada yang sindrom down dan autisme. Tapi diaorang ni semuanya boleh bercakap. Legaaa sangat sebab cikgu tak perlu nak syiok sendiri cakap sorang2 macam kelas 1 yg memang sunyi sepi.

Topik hari ni sebenarnya cikgu nak ajar tentang greetings. Tapi sebab masih lagi dalam proses nak kenal kelemahan dan masalah murid2 cikgu. Cikgu ajak diaorang nyanyi lagu a,b,c....... wahhh pandai diaorang nyanyi. Siap goyang2 badan lagi. Tapi susunan memang lintang pukang la hehehe. Ada la sorang dua yg nyanyi dengan betul.

Sampai bab menulis pulak, cikgu tanya, siapa pandai tulis huruf 'a'? Semua angkat tangan dan tak sabar2 nak tulis kat whiteboard. Cikgu pilih sorang murid sindrom. Bersungguh benor nak tulis kat whiteboard. Cikgu pun tak sabar nak tengok dia tulis 'a'. Dengan penuh bergaya dia amik marker cikgu dan tulis. Sekali  dia tulis huruf 't' daaaaaaaaaaaa hehehe. Bila cikgu tanya huruf apa tu. Dengan penuh yakin dia jawab, ini huruf 'a' cikgu.......... hohohoho.............

Sudahnya sorang pun tak berjaya tulis huruf 'a'.....hehehe kalau la cikgu dapat amik gambo hasil tulisan huruf 'a' tu tentu lagi syiok. Geli hati cikgu tengok rupa 'a' yg tak der langsung rupa 'a' hehehe . Sudahnya cikgu tak jadi ajar greetings. Untuk 30 minit tu cikgu ajar jer mengecam dan menulis huruf 'a'. Sebelum tamat kelas, cikgu try test, cikgu tulis huruf 'a' dan 'b' pastu suruh diaorang cari mana huruf 'a'. Sekali diaorang tunjuk huruf 'b' la pulak. Haduihhhh tepuk dahi ler cikgu huhuhu. Tak per tak per...esok masih ada. Esok kita ganyang 'a' cukup2 sampai anak2 cikgu kenal huruf 'a' yer...hehehe

Pengalaman Mengajar Setelah Lama Tak Keja

Assalamualaikum...


Lama sungguh cikgu tak membelai laptop buruk ni. Masuk hari ni kiranya dah tiga minggu cikgu kat malaysia. Masih lagi dalam keadaan menyesuaikan diri tanpa suami di sisi huhuhu. Alhamdulillah stress berpisah sementara dengan Firas dah ok. Kadang2 tu kesian jugak dah dekat nak malam baru mamanya sempat nak amik dia kat nursery. Dah sampai rumah, terus nak masuk bilik. Apa lagi, nak isi tangki perut lerrr hohoho. Maklum ler dah separuh hari tak menyusu.

Dua tiga hari jugak lah firas nanges2 bila cikgu tinggalkan kat nursery. 6.20pg cikgu dah start enjin kete hantar firas ke rumah owner nursery. Awal2 hari tu, berendam air mata jugaklah si omaknya, kesian dekat si imam muda tu. hari duk gelap gulita lagi, mama dah hantar dia ke rumah orang. Mujur ler lepas umpan dengan kasut angry bird kaler kuning, firas dah tak meragam pagi2. Bila cikgu tanya kawan2 firas nama apa, dia jawab luqman, abam, kakak, baby hehehe. Itu jer ler yang dia duk ulang hari2.

Alhamdulillah la jugak, hari demi hari, cikgu rasa seronok dapat kawan2 baru. Ni ler pestaim cikgu dapat sekolah yang murid kurang upayanya seramai 100++. Sebelum ni paling ramai pun 30 orang jer. Kawan2 kat sekolah baru ni pun jenis ceria2. So cikgu cepat la menyesuaikan diri. 

Kat sini cikgu mengajar matapelajaran bahasa inggeris. Hamikkkkk kauu, udah ler bahasa inggeris cikgu anis ala2 jerman mari, tergaru2 nak karang lesson plan. Apa tah lagi nak ngomong bahasa omputih dalam kelas huhuhu. Nasib ler utk kelas pendidikan khas ni dibenarkan 40% jer penggunaan bahasa inggeris. Itu pun bila cikgu try2 speaking, ada murid cakap, kenapa cikgu cakap bahasa inggeris ni. Tak pahamlah hahahaha.....Dan dan tu jugak pi kedai buku cari bahan ngaja tau. Tak pernah seumur hidup ngajar bahasa omputih ni. Belasah ajer lah. Ajar pulak budak2 yang agak teruk. Hari pertama mengajar cikgu puasa. Masuk jer kelas, cikgu sorang jer bercakap. cikgu soal, cikgu jugak yang jawab. Sebabnya murid2 cikgu memang jenis yg ada masalah pertuturan. Jadi cikgu panggil kelas cikgu tu kelas syiok sendiri hohoho. Memang kering tekak dan sangat lah penat. Balik rumah tak daya nak panjat tangga. Kalau boleh rasa nak bubuh lif jer hohoho. 

Masuk kelas yang ada masalah cerebral palsy (CP) baru la cikgu rasa ceria sikit. Walau pun kaki tangan bermasalah, mulut boleh gak berkomunikasi. Tak der la cikgu nak syiok sendiri lagi. Serius cakap dah masuk minggu kedua persekolahan pun cikgu masih rasa kekok nak ngajar. Maklum la dua tahun tak ngajar. Rasa nak berenti keja pun  duk ada lagi ni hahahahhaa.... Hurmm, masuk kelas CP ni, cikgu perkenalkan diri. Berbuih mulut cikgu duk ulang nama cikgu , Cikgu Anis. Tapi bila cikgu soal balik apa nama cikgu, boleh pulak diaorang jawab cikgu shahrul............aiiiiiiii rasa2nya cikgu anis pakai tudung, tak der misai atau janggut. Macam mana pulak boleh jadi cikgu shahrul....... hohoho.

itu ler serba sedikit pengalaman pertama cikgu jejak kaki kat sekolah baru. Sekarang ni tak dapat ler cikgu nak aktif mengarang sebabnya 10 malam dah nak tido. Tapikan sebelum pejam mata tu, amik masa 30 minit layan candy crush keh keh keh. Agak2 rasa macam dah nak baling tab tu ke dinding sebab tak menang2, baru ler mata lena dibuai mimpi hohoho.

Thursday, June 6, 2013

Nak Mengadu...Sob sob sob

Assalamualaikum

Sejak menetap kat malaysia, rasanya ni kali kedua cikgu post entry baru.
Memang page views merudum giler2 sbb entry baru yillekkkk dan faktor utama ialah xsempat nak blogwalking.
Mintak maaf sgt2, bukan dah lupa kat kawan2, tp cikgu memang xsempat.
Terima kasih kepada yg masih sudi mjenguk. Bila dah reda nanti, insyaallah cikgu terjah balik blog korang yer.

Putera kayangan cikgu dah balik semula ke brunei.
Skrg cikgu terpaks urus firas  dan pack brg utk renovate rumah sorang2.
Penat dan tido pun tak cukup.

Alhamdulillah, siang tadi tido terlebih dari cukup.
Firas pun dah makin kurang nangis kat nursery. Cumanya lepas balik nursery, firas meragam sampai la waktu nak tido.
Dia memang tido awal skrg ni. Kalau dah pukul 10 xtido lagi, mmg acara tangisan syahdu dan amukan super hebat  berlaku dgn jayanya.
Huhuhu....penat mama, firas. Sedih pun ada. Anak mengamuk, mak pulak terjerit2 mcm mak lampir.
Tu belum kisah si imam kecik mengamuk dan mengada2. Memang kena sengat ketam la betis yg comel tu.
Huhuhu kesian, tp mama mmg penat sgt2 dgn stres duk pk sekolah baru mama yg jauh, traffic jam dan lampu isyarat yg byk giler.
Nangessss huhu. Biasa ler, mama kamu ni mmg manje orangnya.
Nak nak ayah kamu jauh beribu batu, lagi ler menganggu emosi huhu.

Siang tadi firas mengamuk dlm kete. Masa tu nak pi beli sos tomato.
Serba tak kena, menangis sampai tarik2 baju cikgu. Dah la time tu kat roundabout.  Nampak gayanya kena beli car seat lah. Biar ler dia meraung kat dlm car seat asal tak ganggu cikgu driving. Bahaya woooo. Dup dap dup dap jer tadi.
Cikgu ni duk berdebar2 lagi ttg nak start keja ari senin ni. Risau takut lambat sampai ke sekolah. Risau nak berdepan guru besar , risau firas mengamuk pagi2 nak ke nursery.....tuhan saja yg tahu betapa bercelarunya dan kusutnya dlm kepala ni.
Nak nak tengok firas skrg ni balik nursery jer kuat menangis dan mngamuk. Emosi cikgu jadi tambah terusik...huhu..

Doakan allah permudahkan segala urusan cikgu yer. CIK MAS , KAK TINI UMMI ALYA......cikgu rasa nak tumpang bahu kejap...nak nanges huwaaaaaa

Monday, June 3, 2013

Rasa Nak Nanges!

Saya masih boleh berkata2....
Saya masih mampu nak senyum....
Saya masih mampu nak makan....

Tapi....

Saya dah ada rasa sedih yg menikam2...
Saya dah ada rasa sebak yg menggunung....
Saya dah ada rasa kehilangan dan diabaikan...

Dan...

Saya sangat perlukan kata2 semangat...
Saya sangat perlukan perhatian...
Saya sangat perlukan pengertian...

Maka....

Berilah saya satu pelukan dan pujukan yg boleh menghambat rasa duka ini...

Sekian, terima kasih...

Thursday, May 30, 2013

Pampers Mama Hohoho

Assalamualaikum


cikgu tengah ralit duk chatting dengan jiran kat malaysia. Tiba-tiba firas datang tunjuk benda ni sambil jerit...
"Ma! Ma! Pampers mama! Pampers mama!"

"Apa dia?????" sambil mata bulat memandang firas yg tengah tersengih2.

"Niii, pampers mama!Nak akaiii" (nak pakai)

"Haihhhhh pi simpan cepatttttttt!!!"

Tak sempat nak rampas, sambil gelak2 dia bawak lari satu pack panty liner tu . Adoyaiiiiiiii ini imam muda memang suka ngusik mama lorrrrr!!! Nak marah pun xjadi tgk dia terkedek2 lari hihi



Wednesday, May 29, 2013

Terperangkap Dalam Lif

Assalamualaikum.

Semalam kawan cikgu datang ziarah dengan hero2 keciknya yg hencem dan putih melepak. Gumbira suka suka hatilah firas sebab ada kawan. Kemain lagi dak kecik ni berlari ke hulu ke hilir. Yang dua hero lagi tu pun ikut sama ler main lari lari hehehe. Comelllll sangat tengok budak2 kecik ni berlari tau. Ada macam2 gaya. Maklum ler kaki belum cukup panjang hihihi

Waktu kawan2 firas nak balik, Firas pun laju jer amik kasut dia n keluar dari bilik. Hamboihhh tak dan dan nak keluar. Cikgu pun ajak en suami pi hantar tetamu kitaorang tu sampai ke main entrance hotel. Seronok pulak tengok budak2 kecik tu nak berlumba lari hehehe.

Masing2 lari laju woooo. Yang paling kecik sekali pun kemain terkedek2 berlari hahaha. Rugi betul tak snap gambar time tu. Firas paling laju sebab dah terbiasa berlari2 kat area tu. Tempat sendiri ler katakannnn. Tu belum Abang Adam tunjuk skill lari betul2, mahu tercungap2 Firas nak kejar.

Dalam kaum ibu dan ayah duk gelak2 tengok keletah depa2 ni, tup2 Firas dan Adam dah hampir hilang dari pandangan. Baru ler kami teringat kat depan tu ada lif dan budak2 ni memang dah pandai tekan button kat lif tu. Terus la kitaorang mengejar budak2 tu. Elok sampai dekat lif, jeng jeng jeng............sorang dari tiga budak kicik sudah yillekkk........ ammaaaaaa apppaaaaaaaaa, Firas sudah hilang! Sah sah Firas dah masuk dalam lif ni. Mujur ler ayah Adam sempat nampak kelibat Firas masuk dalam lif yg tengah. Ada 6 lif semuanya, fenin gak kalau tak nampak firas masuk lif mana. Agak terkelu plus terkedu gak la dibuatnya. Cikgu masuk dalam lif yg sebelah, bila nak tekan button tiba2 jadi blur tak tau nak tekan level berapa. Last2 tekan level last sekali. Hati dup dap dup dap dah ni. Bukak jer pintu lif, tengok kiri tengok kanan tak jugak nampak firas. Blurrr! Cikgu decide turun semula ke level rumah cikgu. 

Susah hati dah ni, risau kot2nya pintu lif terbuka firas keluar dan jalan ntah ke mana2. Elok terbuka jer pintu lif, nampak en asben tengah pegang firas dengan muka yg sama blur dengan mama dia hohoho. Alhamdulillah! Mujur ler lif tu singgah semula kat level tu. Kata en suami, bila terbuka jer pintu lif nampak firas diam seribu bahasa kat dalam tu. Nanges  tak, ketawa pun tak. Agaknya Firas tak sangka pintu lif tu akan tertutup dan dia tak tahu apa nak buat kat dalam tu sorang2 huhuhu.
Haduihhhh bikin gempak la ini budak kicik!

Firas Shopping Beg Lacoste

Assalamualaikum'

Tengok la ini budak kicik. Pantang nampak beg, semua dia nak rembat.  Masa pi One Borneo, Sabah aritu saja la en suami singgah kedai Lacoste ni kot kot ada sale. Tengah en suami duk skodeng baju. Si imam muda ni kalut duk main semunyi2 celah baju tergantung. Haduiii bikin mama panassssss ler ini budak. Orang kedai tu senyum jer tengok keletah Firas. Hurmmm ntah2 dalam hati pun duk tengah mendidih macam mama firas jugak hohoho.

So nak alihkan perhatian firas, cikgu pun tunjuk ler beg2 Lacoste yang ada kat rak. Sekali dia mengamuk nak beg tu pulak, adehhhh. Bila dah dapat tu apa lagi, bergaya sakan lerrrrrrrrrrrr..............


 Kaler merah lagi youuuu!!!



"Maaaa, jom pi pasar!"

Hamboiii nak pi pasar bawak beg Lacoste yer nak. Tengok beg ni cam sempoi je, so berkira kira paling mahal pun RM100++ je la kot. Check check rega.....mak datukkkk, RM300++ hohoho memang ler cikgu ni tak reti menilai hehehe. Lepas tengok harga, terus ambik beg tu dari Firas. Karang tak pasal2 ada yang kena halau keluar kedai hohohoho.

Tuesday, May 28, 2013

Kuzi Ayam Berjala dan Sosej Bersos Tiram

Assalamualaikum

Hari ni saja nak tayang roti jala dan kuah kuzi ayam kat kak kak jemah.
Pernah makan kuzi ayam tak? Haaa ni masakan kelate mari. Opsss jangan tanya resepi sebab seumur hidup cikgu anis, cikgu tak pernah masak kuzi ni. Yang kat dalam gambar ni kawan cikgu yang bagi. Murah rezki kami anak beranak semalam keh keh keh. Tenkiu yer Kak Ni. Sedap 'sengoti' kuah kuzi Kak Ni ni.



Plan asalnya nak menjala roti pagi ni. Tapi semalam dah terima kuzi ayam yg marbeles tu, cikgu terus tukar plan menjala di malam hari. Nasib ler si bujang kecik tu lena diulit mimpi. Kalau tak, mau koyak rabak jala cikgu huhuhu. Tak sangka la menjadi jugak menjala di hotel kikiki.

Kuzi ayam ni selalunya jadi hidangan utama di pagi raya. Dibuat makan bersama roti kosong atau pun roti jala. Nak buat kuzi ayam ni memang renyah kak kak jemah oiii. Errr itu pada orang yg agak malas dan kurang pandai masak macam cikgu ni la. Orang yg pandai masak tu tentu ler kata elehhhh petik jari tingggg terus jadi kuzi ayam kan kan kan. 



Haaa yang ni pulak menu breakfast di kala malas. Ni bukan kuzi sosej yer kak kak jemah. Yang ni soses bersos tiram nama diberi hehehehe. Sonang jo nak buatnya. Tapi rasanya sedapppp! Ni cilok idea adik cikgu punya hehehe. 
Caranya senang jer, sosej tu dikelar2. Pastu goreng ler dengan sedikit mentega/minyak masak. Dekat2 nak masak, buh la sos tiram kat sosej tu. Kacau2 sekejap, taruk ler bawang besar. Dah agak2 bawang tu layu, bleh ler angkat dan ngapppppppp.....Burrpppp!! Kenyang perut hehehehe

Ok tu jer nak citer....

Monday, May 27, 2013

Cara Cikgu Pujuk Firas Gosok Gigi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya imam muda cikgu dah rajin gosok gigi. Hoyeayyyyy!!! Sebelum ni terpaksa bersilat kalau nak berus gigi yg dah kuning tu. Tetiap pagi time nak mandi kalau nampak mama dia pegang berus gigi jer, adegan jerit2, nanges2 mesti ada! Pastu mulut tu langsung dia tak nak bukak.

Sampai satu ketika tu cikgu pun fed up nak berus gigi anak teruna tu. Tapi bila tengok gigi dia makin kuning. Aishhh risau pulak karang diserang ulat terus rongak. Camno nak amik gambar tersengih jang oii kalau dah gigi depan yillekkkk!

Setelah beberapa lama tak gosok gigi, cikgu pun dapat satu idea. Tiap kali nak mandi, dah buka seluar dan baju, cikgu ajak firas duk depan cermin besar. Pastu cikgu amik tuala n terus balut badan termasuk tangan firas sekali. Kunun2 nak ajak main2 la tu. Cikgu balut macam orang pakai ihram gitu. Sebabnya ini budak kicik kalau tau nak berus gigi mesti kaki tangan dia meronta ronta.

Ni nak pergi haji ke nak gi gosok gigi hohoho


 ecehhh sempat lagi nak bergaya depan camera


opssss gaya muka pesen apakah itu???


Lepas tu, cikgu suruh firas pandang cermin dan ikut memek muka cikgu. Cikgu senyum, lepas tu cikgu buat gaya nganga, pastu buat gaya tunjuk gigi. Buat sambil main2 gitu. Pastu pelan2 cikgu tunjuk contoh gosok gigi kat firas. Haaa pastu cikgu pun gosok ler gigi dia hehehe. Bila nak suruh dia nganga, cikgu pun nganga sekali. Semua ni cikgu buat depan cermin tau. Supaya dia boleh nampak macam mana cikgu berus gigi dia. Sungguh la tak sangka dia langsung tak meronta dan mudah jer ikut arahan.

So sekarang ni cikgu dah tak der masalah nak gosok gigi firas. Yang pentingnya kena buat depan cermin sampai la dia dah tahu macam mana nak nganga, macam mana nak kacip gigi. Cikgu rasa sebelum ni firas tak boleh nak tiru macam memek muka cikgu sebab dia tak nampak macam mana rupa dia time tu. Bila buat depan cermin barulah dia tahu oooo macam ni rupa dia nganga...ooo macam ni rupanya bila dia kena kacip gigi. Sekarang ni cikgu dah tak balut badan dia dengan tuala. Kadang2 tak buat depan cermin dah kecuali atas permintaan Firas. Budak2 memang suka cermin youuu! Nak perasan hensem jugak ler tuuuu..

Satu lagi, lepas berus, terus cikgu lap lidah firas dengan tuala sebabnya takut dia telan. Pastu sambung berus kat gigi lain pulak n lap lagi.  Firas tak pandai meludah lagi. Kalau meludah pun tak keluar apa apa, angin jer kot yg keluar kikiki. Kata doktor gigi, lepas berus gigi tak perlu suruh anak cuci dengan air. Sebabnya nak kekalkan flourida tu pada gigi. Bagi yang dah guna ubat gigi tu, hati2 jgn sampai anak tertelan ubat gigi tu pulak. Bahaya tau. Sebab tu ler cikgu selalu lap lepas berus gigi firas. Itu pun tak tau la banyak mana dah tertelan huhuhu.

Apa Menarik di Sabah? Manukan Island :)

Assalamualaikum....

Selama duk pi Sabah ni, kali ni ler kami ada chance cuci mata kat pulau2. Tu pun tak plan sebenarnya. Main hentam sajalah labu dan akhirnya agak kerugian skit lah. Mungkin nasib tak berapa nak baik, time kami nak pusing pulau tu angin kuat sampai bot dilambung ombak. ohhhhhh sangatlah meremang bulu roma! Sepatutnya cikgu keliling 3 pulau. Tapi kerana laut bergelora teruk, akhirnya kami singgah satu pulau jer..... huhuhu. Ikut plan kami akan pergi pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan, malangnya kami just singgah ke Pulau Manukan saja huwaaaaaaaaaa. 

Itu ler jeti Pulau Manukan. Sekali pandang macam sunyi sepi jer jeti tu kan. Pada hal penuh sesak orang duk tunggu bot masing2. Kat sini ada resort. Reganya memang mahal ler. Ramai yg ke sini utk berkelah dan mandi manda. Dah puas mandi terus balik ke tanah besar. Nampak macam ok jer laut tu kan. Hakikatnya bot yg cikgu naik tu sikit jer lagi nak terbalik tau. Bukan saja2 cakap ni. Tekong bot pun  terjerit sebab tetiba ada alun besar langgar bot kami. Terumbang ambing weh. Mujur masa tu dah dekat dengan jeti pulau ni. Cikgu sampai tak berani nak duduk kat kerusi bot. Terus duduk mencangkung kat tengah2 bot tu huhuhu. Dah la payah nak dapat parking kat jeti tu. So agak lama gak la kami tergolek2 dalam bot kecik tu.

Ketaq lutuit jugak la masa nak keluar dari perut bot tu ke jeti. Bayangkan lah bot tu langsung tak duk diam sebab laut bergelora memanjang. Dah selamat keluar dari bot, hati legaaaaaaaaa sangat2.



Sepatutnya sebelum singgah Pulau Manukan ni, kami singgah kat Pulau Mamutik. Kat situ ramai orang pi snorkeling sebab batu karangnya cantik. Dek kerana keadaan yang tak best tu, kami cancel. Tengok dari jauh je la. Lain ler kalau cikgu memang nak pi berenang2 itik kat situ kan. Bikini pun tak bawak apa kes nak berenang kat situ hak hak hak. Bikini la sangat!

Ni ler resort kat Pulau Manukan tu. Masa ni kami tengah mencari2 tempat utk duduk berehat setelah penat dilambung ombak. serius cakap, sakit habis badan ni kena lambung ombak.


Dak kecik yg request nak naik bot tu pun diam sepanjang pelayaran (ewahhh). Dia pun seramm gamaknya dengar suara mama n dua penumpang Cina duk terjerit2.


Bot yg kami naik tu basah lencun sebab air masuk dalam bot. Baju cikgu n suami pun basah. Waktu cikgu sampai kat Manukan tu, orang memang dah ramai. Semua tempat duduk penuh. Akhirnya terpaksala duduk beralaskan kasut. Tu ler akibatnya plan last minute huhuhu. 

Kawan2 tanya best ke pulau ni. Hurmmm tak reti plak nak komen. Mungkin keadaan laut yg bergelora teruk tu telah mengganggu mood kami, so rasanya tak ada la best sangat pon.






Pantai pun nampak cam kotor sikit. Mungkin sebab ramai orang kot. Errr itu ker rumpai laut yg jadi pujaan ramai tu. Mai mai amik, freeeee ja ni hehehe




Apa pun kami tetap maintain sengih tahap nampak gigi bila bergambar hehehe. Tapi sengih macam mana pun, muka tetap nampak cam penatkan huhuhu. Kami singgah 30 minit jer. Plan asal 1 jam. Fikir2 takut karang hujan ke apa ke pulak, lagi la takut nak naik bot. Satu lagi kesian kat tekong bot tu, dia langsung tak dapat nak parking bot dia kat jeti. So terpaksala dia tergolek2 dalam bot yg tak berapa besar tu sorang2. Bila kami call bgtau nak balik, dia lega sangat. Penat agaknya duk lawan gelora laut tu. Bot tu bertambah lencun masa kami nak naik utk balik. Tengok keadaan laut yg masih lagi bergelora tu, kami cancel ke pulau sapi. Kat situ ada perkampungan air. Hurmmmm terbanglah duit kami lebih kurang RM115. Agak kuciwa la jugak. Serik pun ada jugak hahahaha.

Masa pi Pulau Perhentian dulu, tak der la seteruk ni. Lupa nak bgtau, bot ni kami amik pakej jalanan jer hehehe.  Sebabnya orang yg offer tu duk tepi2 jalan, so cikgu panggil la pakej jalanan hehehe. Hurm next time cikgu nak try pakej yang SeaQuest la pulak. Tapi rasa2nya lagi mahal kot. Tapi at least bot dia lagi besar dan elok. Baju keselamatan pun baru. yg cikgu naik ni, baju keselamtan pun macam tak selamat! Koyak sana sini, tanggal itu ini. Haishhhh. Cikgu siap cakap kat tekong tu, kami ni tak pandai berenang tau hohoho. Memang betul ponnnn. Tu pasal kecut perut jerk kikiki. Rela rugi duit dari mengharung gelora yg macam tu. Eeeeee seram!

Jom balikkkkkkkkk!!

Sunday, May 26, 2013

Apa Menarik di Sabah? - Gelang Kristal ^ __ ^

Assalamualaikum

Ada sape2 bercuti ke Sabah ke?

Cikgu kalau ke Sabah, rajin bebenor intai gelang kristal. Tak der la minat memakai sangat pun. Tapi suka betul tengok kelip kelap gelang2 tu hehe. Selalunya beli kat orang sebagai buah tangan. Dah kerap sangat duk beli sampai siap angkat sumpah dengan en suami pasni tak mo dah beli gelang tu hahahaha.

Tapi biasa lerrrr pompuan. Jangan ler percaya walau dah angkat sumpah sekali pun. Akhirnya pergi jugak kuang kuang kuang. Kalau ada la yg teringin nak beli gelang2 kristal ni. Cikgu nak rekemen kat korang pergilah kedai Jamilah Jewellery. Kedai ni memang jual kristal yg kualiti bagus punya. Tak silap cikgu kristal diaorang ni dari Austria. Harga dia opkos la lagi mahal dari yg kat pasar philipines tu. Tapi berbaloi.

Harga kat gelang tu memang la bleh sentap mata memandang. Tapi biasanya diaorang akan bagi diskaun gempak punya. Macam time cikgu pergi tu diskaun 50% tau. Nak lagi murah silalah daftar keahlian. Nak daftar keahlian wajib memperabihkan duit sebanyak RM1000 kat kedai tu. Kalau tak, memang tak dapat ler. Kelebihan jadi ahli, diskaunnya dapat lebih dari 50% . Haaa kauuu, mmg boleh buat meniaga!

pinjam gambo eyriqaz punya. Tak sempat nak snap gambar sebab sibuk mengejar si kecik tu.

ehsan google. Nak beli yang siap boleh, nak tempah yang baru pun bolehh!

Kedai ni kat belakang hotel Le Meridien jer atau dikenali sbg Kompleks Sinsuran. Kat pasar philipines tu pun ada, tapi tak banyak pilihan. Sebelum2 ni cikgu biasa pi Jamilah Jewellery kat One Borneo. Tempat ni jauh skit dari bandar K.K. Kalau naik teksi dari Hotel Le Meridien ke One Borneo tu, kena bayar RM30 gitu. Bleh tahan la mahal huhuhu. Tapi kat situ stafnya lebih mahir buat gelang kristal. Yang cikgu bleh tahu tu sebabnya cikgu ngengada nak tempah gelang bentuk bunga...hihi.  Tapi kedai yg belakang Meridien tu tak tahu nak buat. Katanya staf yg buat tu ada kat One B. Satu lagi, kalau tempah kat One B, gelang lebih cepat siap sebab kat situ tak ramai customer.

Kalau sesapa nak ke Jamilah Jewellery kat One Borneo tu, dari pintu utama, jalan terussssssssss jer sampai dekat2 nak hujung mall sebelah kiri. Dekat dengan kedai tu ada kedai buku Harris kalau tak silap cikgu. Walau dah banyak kali pergi, cikgu tetap lupa kat mana letaknya kedai tu hahahha. so kiranya ni catatan la, next time bleh refer kat sini. Kedai ni lebih kecik dari yg kat bandar KK tu.



So petang semalam pi ler jugak ke One B. Berjaya la tempah gelang yg berbunga sekuntum tu hehehe. Tapi tak sempat siap sebabnya batu kristal yang cikgu nak tu kehabisan stok la pulak. so cikgu suruh dia pos je bila dah siap. Haaa itu lagi satu kelebihan Jamilah Jewellery. Dah hantar kat kita nanti baru staf dia contact utk bagitahu bayaran. Memang percaya habis la kat customer, deposit pun depa tak mintak tau.....suka! suka! sukaaaaaaaa!.

lebih kurang macam ni lah bunganya, cikgu punya kaler oren dan putih. comeyyy sangat....

Hehehe dah macam iklan berbayar pulak kekdahnya. Errr Jamilah Jewellery tak sudi ker amik cikgu jadi duta gelang kristal? Erkkk tangan tak cukup lawa yer??? Huhhh tak per lah !!

p/s : waktu operasi 9pg - 6.30ptg, dibuka setiap hari kecuali hari raya aidilfitri dan aidiladha jer tutup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...