Followers

Wednesday, April 27, 2011

Tercabar Kesabaran


Kemain lagi tajuk entry kali ni hehe…biasala orang baru jadi ibu katakan…orang lain anak dah 10 pun rileks je…cikgu baru dapat sorang anak dah kelam kabut mengalahkan Perdana Menteri…

Kenapa cikgu rasa tercabar nak jadi mama ni…sebenarnya bukan perkara yang pelik pelik pun….tapi pengalaman pertama bergelar ibu ni menjadikan cikgu rasa sedikit tertekan..dah ler en suami nun jauh di seberang laut…cehhh…cam jauh bebenor jek..padahal kat Brunei je…hehe…mujurlah umi dan ayah cikgu masih kuat dan sihat…umi dan ayah la menggantikan tempat en suami untuk sementara waktu ni…so cikgu tak de la susah hati tahap gaban kalau Firas buat perangai ke…tak sihat ke…cikgu tak leh bayang kalau ler berpantang sorang2…uiii boleh jadi gila meroyan kalau tak sabar dan kuat semangat..

Walau pun cikgu ni anak sulong dan dah biasa jaga dua orang adik cikgu yang masih bayi dulu…tapi bila sampai turn nak jaga anak sendiri tiba2 jek rasa kekok dan serba serbi jadi tak reti…

JAUNDICE :
Semasa umur Firas kurang 10 hari…mata Firas agak kekuningan…tak pasal pasal kena pi amik darah sebab nak tengok tahap bilirubin Firas…walau pun Firas cucu kedua kepada tok mi dan tok ayahnya…suasana kalut tu tetap ada..maklumla cucu pertama tak de plak masalah Jaundice ni…sebenarnya memang kebanyakkan bayi akan berdepan dengan Jaundice…so Jaundice ni adalah masalah yang biasa selagi kandungan bilirubin bayi tidak melebihi tahap 300 dan ke atas kalau tak silap cikgu..

Kali pertama pi check darah Firas en. Suami masih ada di sisi…tok mi Firas pun ikut sekali ke Klinik Kesihatan Kota Bharu…untuk check bilirubin ni…tumit kaki Firas yang kecik comel tu akan di cucuk dengan jarum…apa lagi suara soprano Firas pun kedengaran la…tapi kejap je…anak mama ni saja je nak tunjuk suara kat orang ramai hehe..result pertama ,kandungan bilirubin Firas 253…agak tinggi tapi tak perlu masuk ward…alhamdulillah…legaaa. Esoknya nak kena pi check lagi….tapi kali ni kat klinik kesihatan Wakaf Che Yeh..dekat je dengan rumah tok mi Firas…kali ni keputusannya lebih rendah…last sekali pi check…keputusannya 164…dah melepasi tahap bahaya…so tak yah lagi ler pi amik darah..cikgu pun dah rasa lega Firas dah selamat dari Jaundice…

BENGKAK SUSU :
Memula susu tak banyak mana…tapi sebab cikgu dah niat dari sejak awal mengandung,cikgu nak susukan anak cikgu dengan susu ibu maka cikgu pun pam la susu yang tak seberapa nak ada tu…memandangkan anak cikgu terkena Jaundice…nurse nasihatkan cikgu susukan Firas sejam sekali….bukan senang tau..baby yang terkena Jaundice ni kejanya nak tidurrrr je…puas cikgu kejut…Firas buat tak layan je..tapi lama2 dia nak jugak menyusu…susu ibu je penawar terbaik dan mujarab untuk Jaundice ni…so lama-lama susu pun makin bertambah….bila anak cikgu dah ok dari Jaundice..cikgu pun dah start leka n malas nak pam susu..makanya bengkak la jadinya…kalau bengkak je tak pe la jugak…ini disertai dengan rasa sakit yg amat dan demam….mengalahkan demam kura-kura huhu…cikgu tuam dengan tungku bantal jepun…bleh bayang ke tungku tu cam ne ? kalau tak tahu..buat2 tahu je la ye…bila dah tuam tu lega la skit…kesian en suami…time dia balik nak jumpa anak isteri, cikgu plak demam…sungguh tidak enjoy huhu…demam cikgu kejap ok kejap tak ok…so hari ketiga bengkak susu, cikgu jumpa doktor..terpaksala cikgu menelan antibiotik berbentuk kapsul…kaler pinkkk lagi you !...lepas makan antibiotik dan jugak ubat kurangkan bengkak…cikgu pun segar bugar kembali…tapi sedih sangat,susu cikgu tiba2 jadi kurang…Firas asyik mengamuk sebab perut tak sempat kenyang,..susu dah tak de…kaki Firas dah kuat…ditendang2nya mama dia sebab tak puas menyusu…huhu…cikgu jadi stess…lagi la susu tak mo keluar….berkat kesungguhan nak menyusu badan…cikgu tingkatkan kuantiti minum air…dan kerapkan mengepam susu…alhamdulillah nampaknya susu dah makin bertambah walau pun tak banyak macam orang lain…

DEMAM :
Kalau tadi cikgu yang demam…kali ni Firas la pulak…aishh susah hati satu rumah bila baby Firas demam…ye lah pantang lum habis…udah demam la pulak…asyik merengek je..tidur pun kejap2 terjaga..yang paling geram…Firas ni cam tau tau je bila timenya mama nak makan, nak mandi, nak tengok Awan Dania (hehe peminat setia)…time tu la dia mula nak nanges meraung..huh stress ! stress ! Kembali kepada citer Firas demam…badan Firas cam suam suam kuku….tok mi Firas pun pi la beli termometer yang tempek kat dahi tu…suhu badan Firas 37.5 darjah celcius..kata tok mi Firas demam ni…kelam kabut lagiii satu rumah…esoknya terus bawak Firas pi jumpa doktor pakar kanak2…cikgu pun citer la dari masalah Firas yang berak 4,5 kali sehari sampai la masalah demamnya….rupa-rupanya suhu Firas tu adalah normal…suhu badan bayi memang lebih tinggi dari suhu orang dewasa…so cikgu check info kat internet….suhu normal baby antara 36.5 darjah celcius hingga 37.8 darjah celcius…badan Firas cam suam suam kuku tu disebabkan cucaca sekarang ni memang panas…masalah kerap buang air besar tu pun perkara biasa bagi bayi yang minum susu ibu…kata doktor berak lawas gitu ! Petang semalam badan Firas panas balik…kali ni suhunya 38.5…susah hati dong anak teruna cikgu demam…cikgu basahkan kain dan letak kat dahi Firas…baru ler suhunya turun balik…cikgu buka kipas baru la Firas tidur nyenyak…memang petang semalam agak panas…so cikgu rasa Firas memang tak demam…disebabkan tak de pengalaman…badan anak baru nak suam suam kuku pun,mamanya dah susah hati bagai nak rak hehe

Huh…tercabar dan mencabar sungguh jadi mama anak sulong ni ye….

Sunday, April 24, 2011

Episod 2: Cikgu Anis Pitam

ni kiranya sambungan kepada episod 1 ...kenapa cikgu tiba-tiba tak dibenarkan pulang ke rumah ??

huhuhu sedih betul...kemain happy ni nak balik rumah dengan baby...tup tup tak jadi la plak...semua ni gara-gara cikgu pitam dan hampir nak jadi sawan...lepas cikgu mandi, datang la nurse n baby cikgu...sebelum balik nurse tu mintak cikgu susukan sekali lagi baby depan dia..maklum ler cikgu ni tak berapa reti nak susukan baby...so niat nurse tu nak ajar cikgu ler...ntah macam mana..tengah duk tunduk nak bagi baby menyusu...kepala cikgu tiba-tiba rasa pening...makin lama makin kuat peningnya..cikgu cepat-cepat pass kan anak cikgu pada nurse tadi...umi cikgu picit2 kepala cikgu yg dah berpinar tu...mata yang cerah lama lama jadi gelap...dan cikgu dah tak sedarkan diri....apa yg cikgu ingat...cikgu macam tertidur dan bermimpi...jgn ditanya mimpi apa sebab memang tak hengat hehe...tak lama lepas tu cikgu dengar suara umi cikgu memanggil2 nama cikgu sambil pipi cikgu ditampar2 halus...cikgu buka mata....terkejut tengok2 ramainya nurse n doktor kat bilik cikgu...baru cikgu ingat apa yg berlaku...nurse cepat2 bagi oksigen kat cikgu...masa tu kepala cikgu dah tak pening...doktor check BP n tahap gula...semuanya ok..tak tau la apa sebabnya cikgu jadi cam tu...tak pasal pasal kena tahan kat hosp lagi..adusss....tapi kali ni cikgu dapat dok kat bilik single...

bila cikgu pikir2 kenapa cikgu bleh jadi cam tu...rasanya disebabkan cikgu kurang tidur dan kurang rehat...malam sebelumnya tidur dah tak lena..pastu malam esoknya tak tidur gak sebab dah mula sakit nak bersalin...lepas bersalin cikgu memang langsung tak tidur...dah try tidur tapi tak bleh nak lelap tambah2 bila anak ada kat sebelah..asyik nak ngendap je...maklum ler hepi sesangat...mungkin sebab tu la cikgu jadi nak pitam...gara2 itu..makanya bil pun jadi double...kesian kat en suami,umi n ayah cikgu...semua jadi tak cukup tidur...ulang alik jaga cikgu kat hospital..pastu tidur kat hospital mana la selesa...si pesakit tak per la ada katil..orang yg meneman tu terpaksala tidur kat katil je....

kepada sesapa yang nak bersalin lepas ni...pastikan anda cukup rehat dan tidur lepas bersalin...karang tak pasal2 jadi cam cikgu...huhuhu

Saturday, April 23, 2011

Episod 1 : Pengalaman Bersalin Putera Sulong

masuk hari ni dah 20 hari cikgu bersalin...dah banyak kali try nak hapdet blog ni tapi waktu dan keadaan sangat la tidak mengizinkan...memandangkan hero kecik tengah syiok tidur, cikgu pun cepat2 buat catatan imbas kembali pengalaman pertama bersalin...moga anak cikgu nanti baca catatan yg mama dia buat ni...

3 april 2011:
last check up kat hospital perdana...doktor minta cikgu jalani CTG untuk tengok contraction memandangkan tinggal 5 hari lagi utk sampai ke tarikh due bersalin...keputusan CTG menunjukkan tiada contraction berlaku...so balik le ke rumah melenggang kangkung dengan kancil.....
sampai je kat rumah cikgu diserang sakit2 pinggang...malamnya pun tidur cikgu agak tidak lena..pusing kanan salah..pusing kiri semua rasa tak kena...tapi mata tetap gak rasa nak tidur hehehe

4 april 2011 :
selepas solat subuh sambung tidur balik..nak cover tidur yg tak lena malam tu...kul 7.30 pg bangun  n pi ke toilet..masa bangun dari katil terasa cam ada sesuatu yg mengalir...check2 rupanya lendir bercampur darah...alamakkkkk...bukankah itu tanda2 nak bersalin...berdebar, kalut semua bercampur baur...cepat-cepat keluar nak bagitau kat umi n ayah..sekali diaorang dah pi koje la pulak..en suami memang tak de la sebab keje kat brunei... adinda plak dah selamat pi kolej...huhu...cepat2 dial no tel ayah..pastu call plak en suami suh balik walau pun tak sure bila masa nak bersalin...kawan cikgu siap lepas 4 hari dari keluar lendir bercampur darah baru ler bersalin...en suami siap tanya kalau balik esoknya tak leh ker??...haishhhh...MANA BULIHHH!!! BALIK SEKARANG JUGAK!!..cikgu menggunakan kuasa veto seorang isteri yang nak bersalin hehehe.....memandangkan perut lum sakit...so cikgu decide tak nak pi hospital lagi...sempat layan fb lepas pack apa yg patut..

tengah hari sempat lunch dengan sohabat baik yg teramat baik orangnya,cikgu shuhada...makan nasi bungkus berlaukkan ayam goreng...belah petang sakit perut datang melanda...tak kuat mana ..sekadar sakit ala2 senggugut manja...belah malamnya sakit perut makin mengada2...umi cikgu dah suruh pi hospital...tapi malam tu ada cite peberet cikgu la plak...Awan Dania...so cikgu mintak pi hospital lepas habis cerita ni hehehe...sempat lagi tu layan tv...tapi tak sempat habis...cikgu ajak parents ke hospital...nak kata sakit kuat tu tak de la...tapi dah makin kerap...pastu teringat plak en suami yg akan tiba ke kota bharu dan akan terus ke hosp...risau gak karang en suami yg sampai dulu ke hospital, pn isterinya duk layan Awan Dania...apa kesss..

dalam kereta sempat gak cikgu berkira-kira..bagus jugak kalau baby nak kuar malam ni..cantik ler skit tarikh lahirnya...4.4.11...tapi kata umi cikgu...tok sah berangan ler...kalau baru nak sakit sakit kul 10 malam cenggini...biasanya mesti esok gak bersalinnye....huhu...tak kisah la...asalkan semuanya selamat...

10.30 mlm sampai kat hospital...staf kat situ minta cikgu naik wheel chair...nak tergelak pun ada sbb cikgu tak macam orang yg sakit pun...so cam pelik je naik wheel chair tersengih2...tapi best jugak duk kat wheel chair ni...cikgu dibawa terus ke labour room...sekali lagi kena buat CTG...masa kat labour room ni...sakit dah makin kuat tapi tak kerap...nurse check bukaan jalan...aiseyy baru 2cm bukak... kata nurse.. lambat lagi ni nak bersalin..disebabkan itu cikgu dimasukkan dulu ke dalam ward...waktu ni cikgu n en suami sangat la bengang sebab tiba2 bilik single yg kami apply tu penuh...terpaksa duk kat bilik berdua...pukul 12 malam, parents cikgu balik ke rumah...


5 April 2011:
1.00 pg...dahi cikgu berpeluh2.... mengalir macam air sungai walau pun tidur di bawah aircond...orang lain semua sejuk...cikgu sorang je asyik duk mengadu..PANASSS...PANASSS...pastu try gak la tidur...memang dah lalok pun sebab nurse bg suntikan Pentadine (tak tau cam ne ejaan yg betul)...ubat ni kalau tak silap buatkan cikgu mengantuk..kata nurse doktor nak cikgu tidur untuk kumpul tenaga...disebabkan contraction cikgu dah makin kuat...so ubat tu tak jalan...cukup 3 kali cikgu menahan kesakitan...en suami terus panggil nurse...nurse check jalan...rupa-rupanya dah buka 4cm...baru jer rasa nak tidur dah kena masuk labour room balik...kat labour room...sakit contraction makin menjadi jadi...pinggang bagai nak patah rasanya...dua orang nurse yang bertugas malam tu pakat duk picit pinggang cikgu...bestnye..en. suami plak duk tenangkan cikgu...bila bukaan dah 8cm...cikgu mintak en suami call umi n ayah cikgu...masa ni sakit yg dirasai sangatlah tidak dapat diperkatakan hehe...kejap kejap cikgu sedut gas...tak lama lepas tu doktor yang merawat cikgu pun sampai....terasa cam ada air panas yang keluar...nak kata terkencing..bukan gaya kencing,dalam sakit sakit tu...terlintas di fikiran cikgu mungkin itulah yang dinamakan pecah air ketuban...doktor yang pecahkan supaya saat nak bersalin tu lebih cepat...

masa nak bersalin tu..cikgu ditemani umi n en suami kat labour room...ayah plak nak tunggu kat luar je...dalam duk berperang dengan sakit tu...tiba2 cikgu rasa cam dah nak meneran...kalau tak teran...rasa sakitnya bertambah2...time tu ler rasa nak genggam tangan sape2 kuat2...memula nurse kata kalau jalan lum terbuka sepenuhnya jangan teran..nanti luka teruk dan tak pasal2 kena masuk bilik bedah plak...maka tahanla cikgu..time tu cikgu diminta mengiring..kata nurse kalau mengiring contraction lebih cepat...sampai satu masa...dah tak bleh nak tahan sakit...cikgu cakap kat umi cikgu rasa nak meneran sangat2...pastu nurse tu kata boleh teran...bila dah mula nampak kepala baby...nurse mintak cikgu perlahan-lahan betulkan kedudukan orang bersalin....doktor pun dah bersiap sedia nak sambut baby...umi,en suami n nurse pakat dok bagi semangat kat cikgu...cikgu ikut jer arahan doktor....doktor suh tarik nafas n meneran...cikgu buat...bila kepala baby dah keluar....semua pakat bagi semangat lagi...dalam hati sempat lagi berkata kata hehe...cam ni rupenye bersalin....tu baru kepala yang keluar...time ni...doktor mintak cikgu jangan angkat punggung...ish rasa memang tak angkat pun...tapi try gak la ikut arahan doktor...pastu sekali lagi teran dan kali ketiga terus cikgu tak rasa lagi sakit2 nak meneran tu...rupa-rupanya baby dah keluar ..alhamdulillah...maka pada 5 april 2011, jam 4:05 pagi putera sulong cikgu selamat lahir ke dunia...

sebaik saja baby lahir,doktor letakkan baby atas perut ibu...rasa cam tak percaya je cikgu dah selamat melahirkan seorang khalifah kecil di pagi pagi buta waktu orang lain sedang enak dibuai mimpi...en suami tersenyum lebar...pastu sibuk ler en suami snap gambar putera sulongnya yang masih seksi...:)..cikgu masih lagi perlu dirawat...doktor tekan tekan perut cikgu untuk keluarkan uri..pastu aktiviti jahit menjahit plak hehe...bleh tahan gak sakit dijahit..tapi tak de la sakit sangat...mujur la tak banyak lukanya...dah habis jahit..doktor keluarkan darah beku..kata doktor kalau tak dikeluarkan darah ni nanti boleh menyebabkan sakit 'rengat'...sakit macam nak bersalin..harap2 cikgu tak perlu nak berdepan dengan sakit ni..

ni ler gambar baby cikgu..tapi dah tak seksi la hehe...
 4D Scan--->sama ke dengan gambar sebenar kat bawah tu??Baby cikgu memang tembam masa lahir..tapi beberapa jam lepas tu pipi yg tembam tu mengecut la plak...

 Day 1---> belum mandi


  
Day 2--->dah mandi yeayy
Amacam hensem tak baby cikgu? Doktor kata petangnya cikgu dah bleh balik ke rumah...yahuuuu..tak yah tidur kat hospital..baby cikgu pun cepat je buang air kecik dan besau...cumanya baby tak mau hisap susu...lepas bersalin baby hisap sekali pastu try bagi lagi baby dah tak mo...so nak tak nak terpaksala bagi susu formula menggunakan sudu...sedih gak...tapi nak buat cam ne kan..takkan nak biorkan baby lapar...dah la kesian tengok baby cam nak muntah je...mujur ada umi cikgu...umi mintak nurse sedut sekali lagi mulut baby...mesti masih ada baki lendir2 kat tekak baby..kesiann...lepas sedut tu baru ler baby nampak aman skit...

lepas lunch,cikgu bersiap siap nak balik...lepas mandi dan menukar pakaian (perut buncit i still nampak youuuu!! kata umi cam ada sorang baby lagi je kat dalam perut huhuhu) datang nurse dengan baby cikgu...tup tup...cikgu tak dibenarkan balik la pulak...nak tau kenapa...tunggu next entry hehehe...

Sunday, April 3, 2011

Dah Nak Bersalin Ke???

Hari ni terlebih rajin la plak...dua post sekali dalam satu hari...sebenarnya ni sesambil berehat daripada exercise turun naik tangga dan jalan-jalan pusing kawasan rumah hehe,....kenapa gamaknya rajin sangat cikgu anis buat exercise  ni...???

semalam lepas balik dari buat check up kat hospital....tetiba lak perut dan pinggang ni berdenyut2 cam senggugut gitu...tapi tak de la kuat mana...so rileks je la...sebelum2 ni pun pernah dah rasa cenggini tapi sekejap je...kali ni lama sikit....malam semalam pun cikgu tak dapat nak tidur lena....kejap kejap jer tersedar..try betulkan kedudukan badan...bila mengiring ke kanan...terasa sakit kat belah kanan....pusing kiri...sakit plak kat belah kiri...serba tak kena dibuatnya....jam 5 pagi cikgu bangun untuk ke toilet...punya la susah nak bangun dari katil....sakit pinggang sakit perut semua ada...hati dah mula berdebar2....tanda-tanda nak bersalin ke....masuk toilet...tak de plak keluar darah ke air ketuban ke...ahh maybe rahim belajar2 mengecut kott...so lepas tu sambung tidur balik...sebelum tidur sempat sms en asben...mengkaborkan keadaan diri yg tak dapat tidur lena....tapi lepas tu alhamdulillah sakit pun hilang,....tidur pun lena...6.15 pagi bangun solat...bila check...still jugak tak de tanda apa2....

lepas solat sempat bagitau kat ayah cikgu tentang sakit perut tu... mak cikgu plak tengah bersiap siap nak pi koje...so tak sempat la nak bercerita dengan mak....ayah suh cikgu pi tidur memandangkan semalam tidur tak lena....memang mata cikgu pun berat semacam...maka terlelap la cikgu sampai kul 8 pg...celik je biji mata...terasa sakit perut menyerang lagi...adehh...sakit tu tak de la kuat mana...tapi sangat tidak selesa....tiba-tiba rasa nak membuang air kecil....cepat2 cikgu bangun...sebaik jer bangun...terasa cam ada sedikit cecair keluar....erkkk apa tu...pi check kat toilet...alamak ada darah la pulak...tak banyak pun...rupa darah tu cam darah period yang coklat2...cikgu pun terus pi intai kete ayah...harap harap belum pi keje...sekali semua kete dah tak der kat porch....huhu keseorangan lah daku di rumah...

cikgu call ayah cikgu dengan harapan ayah masih lagi tak jauh dari rumah...mak cikgu dah lama sampai ofis...awal awal lagi dah bertolak ke pejabat...sementara ayah call mak cikgu..cikgu pi mandi,makan dan siapkan apa yang patut...time ni rasa sakit dah hilang...yg cikgu perasan badan cikgu berpeluh-peluh....memang sejak dua menjak ni cikgu mudah terasa panas....asyik berpeluh2 je walau pun dah dua buah kipas di pasang....memandangkan dah tak sakit...cikgu mintak pandangan mak sama ada nak terus ke hospital ke tunggu dulu....mak kata tunggu sakit dululah...lagi pun anak sulong selalunya jalan lambat nak bukak....cikgu sms en asben suh balik....sempat lagi en asben tanya  nak suh balik ari ni ke esok....???huhuhu....amboiii  bang...udah udah la pk tang keje tu....alhamdulillah...tau tau en asben dah beli tiket...tapi kul 10 malam ni baru sampai kota bharu...bukan sengaja...tapi memang itu aje waktu yg ada....

di samping tu sempat gak la contact2 kengkawan yg dah ada pengalaman bersalin ni,....depa suh buat exercise turun naik tangga dan banyakkan berjalan...iang suh berjalan itik pun ada...hehe...tu pasal la cikgu pun memanjat tangga ...penat memanjat tangga...cikgu baca quran...pastu pusing2 kawasan rumah sesambil sapu sampah...penat menyapu cikgu layan FB hehehe....pastu sambung exercise panjat tangga lagi....pastu layan blog plak hehe....lepas kali ketiga panjat tangga,terasa cam ada darah keluar...pi check...yup betul ada sejalur darah lagi keluar....kata kawan tu tanda jalan dah mula bukak 1cm or 2cm...kekadang tu diselangi dengan rasa lenguh pinggang....tapi kejap je dan tak kuat pun....tu pasal masih gagah utk karang entry nih hehe

oklah nak pi baca blog kengkawan jap....doakan cikgu selamat bersalin dan dipermudahkan dalam segala urusan....di samping tu nak amik kesempatan yang ada ni utk mintak maaf di atas segala silap cikgu secara sengaja atau tak sengaja....hamba ini hanyalah insan yang lemah dan tidak sunyi dari melakukan kesilapan huhuhu

Dup Dap Dup Dap Jantung Baby Cikgu

Petang semalam cikgu ke hospital pakar perdana, kota bharu untuk buat check up kandungan utk kali ketiga..kali ni pi dengan adik bongsu yang berbadan gagah perkasa...yang lawaknya doktor kata adik cikgu tu ayah cikgu...hehehe....doktor tersyasyul sebenarnya...bengang betul adik cikgu hehe...

ingatkan semalam sekejap je...tapi hampir sejam gak la spend time kat situ....sebenarnya cikgu plan nak ke bank plak lepas buat check up...tapi doktor kata nak buat CTG...apo ko bondo tu? rupa2nya doktor nak check denyutan jantung baby...memula tu susah hati gak cikgu...baby cikgu ada masalah ke? bila doktor kata dengan CTG tu bleh tengok sama ada tanda2 contraction dah menunjukkan diri ke belum baru ler senang hati cikgu...hampir setengah jam gak la buat test tu...bagi sape sape yang pernah buat CTG ni tentu dah tau macam mana rupenyakan...tak silap cikgu waktu tungguh masa nak bersalin tu pun perut kita dipasang dengan alat ni..perut diikat dengan dua tali berserta dua alat pengesan yg diletakkan kat bawah tali tu untuk kesan denyutan jantung baby...dup dap dup dap bunyi jantung baby...

masa buat test tu...punyala baby cikgu tak duk diam...asyik bergerak2 je...naik risau cikgu dibuatnya...tiap kali baby bergerak...tiba2 je bunyi jantung dia cam terhenti,...susah hati dibuatnya....tapi pastu cikgu perasan...bunyi jantung tu bukan terhenti..tapi bila baby bergerak mungkin kedudukan dada baby dengan alat tu jauh skit kot...pastu bunyi kembali ok....15 minit pastu nurse masuk dan tengok cetakan histogram ke apo ko bondo namanya benda alah tu....nursa kata...baby aktif...alhamdulillah....legaaa rasanya...cukup 30 minit..doktor plak datang check...memandangkan tak de masalah dan tanda2 contraction pun belum muncul...so cikgu pun dibenarkan balik

sebelum balik sempat singgah ke bank untuk buat pembatalan kad kredit....konon2 nak pi bayar la segala hutang tertunggak sebelum bersalin...alhamdulillah kata en pegawai kat situ...kad kredit tu dah lama dibatalkan....heran gak bila masanya cikgu batalkan kad tu....sebelum ni tak pernah guna...cuma pernah la tercakap 'ya' kat satu offer ni...tak pasal2 kena bayar...dek kerana itu cikgu buat keputusan nak batalkan ajo kad kredit tu,...cikgu pun bukan reti nak guna kad kad kredit ni...cukuplah dengan kad jusco,tesco,kad popular,kad atm dan kad pengenalan aje yang ada kat dalam purse...kad kredit tu cam tak syesyuai dengan cikgu....bukan boros...tapi tak pernah guna langsung...hehehe...en pegawai tu kata cikgu tak perlu lunaskan apa2 hutang...baru ler cikgu teringat...cikgu pernah batalkan offer tu...agaknya sebab tu lah cikgu tak perlu bayar satu sen pun...syukurrrrrrr

Saturday, April 2, 2011

Tips Mengejutkan Bayi Yang Mengantuk

Bayi yang mengantuk

Jika bayi anda sedang tidur dan anda ingin mengejutkannya untuk menyusu, anda bolehlah mencuba teknik-teknik ini:

* Tanggalkan pakaian dan lampin bayi.
* Dakapkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit.
* Urutkan bayi dengan pergerakan lembut jari-jari tangan dan kaki ke dada.
* Usap tangan dan kaki bayi.
* Sentuh dan usap belakang badan bayi dengan jari-jari anda.
* Dengan jari yang bersih sentuh pipi bibir dan mulut bayi.
* Geletek dagu bayi.
* Bercakap dan nyanyi pada bayi dengan nada suara yang normal.
* Salinkan lampinnya.
* Sapukan muka bayi dengan tuala pelembap.
* Gerakkan bayi perlahan-lahan.


Sumber dari:
http://www.susuanibu-pk.gov.my/penyusuan-susu-ibu-2.htm

Bagaimana Mengetahui Bayi Mendapat Cukup Susu?

Bagi bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, anda boleh mengetahuinya dengan cara :
Hisapan Bayi : Lihat cara bayi menghisap. Jika dia berhenti selepas setiap kali menghisap, ini bermakna dia mendapat susu yang banyak dan sedang menelan susu itu. Jika dia melakukan perkara ini berulang kali (hisap dan telan) selama beberapa minit, anda akan yakin bahawa dia sudah pun mendapat susu yang banyak.
Membuang Air Besar: Beberapa hari yang pertama, najis bayi berwarna hijau gelap dan melekit. Ini dipanggil "mekonium". Pada hari ketiga, najis akan menjadi lebih cair dan kekuningan. Bayi berusia di bawah enam minggu perlu membuang air besar sekurang-kurangnya 2-5 kali dalam tempoh 24 jam. Jika terlalu jarang membuang air, sistem penghadamannya mungkin sudah kukuh. Jika najis yang keluar setiap kali membuang air besar adalah sedikit jumlahnya, bayi akan lebih kerap membuang air besar, mungkin melebihi lima kali dalam tempoh 24 jam. Jika najis terlalu sedikit, berwarna hijau, kelihatan cair dan kerap pula membuang air kecil, ini mungkin menunjukkan bayi mengalami ketidakseimbangan antara susu pertama dan susu akhir. Mungkin juga bayi mengalami sindrom terlebih susu. Ini berpunca daripada kekerapan menukar payu dara setiap kali menyusu. Dengan cara ini, bayi hanya mendapat susu cair di peringkat awal penyusuan dan tidak mendapat susu yang pekat dan kaya dengan lemak yang hanya didapati di akhir penyusuan. Dalam kes ini, biarkan bayi menyusu pada sebelah payu dara sehingga payu dara menjadi lembut dan bayi berhenti menelan susu. Kemudian, baru lah menukar kepada payu dara lain. Jika mendapati pengaliran susu terlalu banyak, beri lah sebelah payu dara sahaja setiap kali menyusu. Keadaan ini mungkin bertentangan dengan amalan anda di suatu masa dahulu. Dahulu, anda dinasihatkan memberi susu menggunakan kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Amalan ini tidak semestinya diikut kerana penyusuan pada sebelah payu dara akan mempastikan bayi mendapat segala khasiat yang diperlukan. Ingat! Susu yang keluar di peringkat awal penyusuan ialah susu pertama (foremilk) yang kaya dengan protin dan air, manakala susu yang keluar di akhir penyusuan ialah susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak. Biasanya, bayi yang berusia lebih dari tiga minggu, tidak lagi membuang air besar dengan kerap. Kadang kala, mereka tidak membuang air dalam tempoh beberapa hari, tanpa adanya tanda-tanda akan terkena sembelit. Jika bayi kelihatan sihat dan riang, perkara ini adalah normal.
Membuang Air Kecil : Bayi berusia di bawah enam minggu, sepatutnya membuang air sebanyak 7-8 kali sehari. Anda boleh mengetahuinya dengan mengira jumlah lampin yang basah. Jika memakai lampin pakai buang, jumlah lampin yang basah dan berat ialah antara 5-6. Jika memakai lampin kain, jumlahnya ialah 7-8 helai. Bagaimanapum, pada dua tiga hari selepas kelahiran, bayi hanya membuang air kecil sebanyak 2-3 kali sahaja kerana pada waktu itu, susu belum lagi dihasilkan sepenuhnya oleh payudara. Bayi yang lebih besar pula, kurang membuang air kerana pundi-pundi kencing mereka semakin matang. Bagaimanapun, air kencing mereka lebih banyak daripada bayi kecil. Air kencing bayi sepatutnya berwarna jernih dan sedikit berbau.

MENGENALPATI MASALAH


Segera dapatkan bantuan kesihatan jika mendapati :- · Bayi kurang membuang air kecil selepas hari ketiga kelahirannya; · Hisap bayi amat perlahan, lemah dan mengantuk setiap kali diletakkan di payu dara ; · Najis bayi masih berwarna hijau walaupun melepasi hari kelima kelahirannya; · Bayi tertidur di payudara sebelum menghisap susu dengan bersungguh-sungguh.

Bagaimana mendapatkan bantuan? Jika anak atau menantu anda mengalami masalah penyusuan dan tidak dapat menyelesaikannya, segera dapatkan bantuan sebelum membuat keputusan untuk menyuruhnya berhenti menyusu dengan susu ibu. Kebanyakan masalah boleh diselesaikan dengan mudah, menggunakan nasihat yang betul. Bagaimanapun, sesuatu masalah lebih mudah diatasi, jika bantuan dan nasihat diperolehi lebih awal.

Sumber dari:
http://www.susuanibu-pk.gov.my/penyusuan-susu-ibu-2.htm

Penyusuan Bayi dan Masalah

Kebanyakan penyebab masalah penyusuan ialah seperti berikut

* Lewat memulakan penyusuan
* Penyusuan yang tidak kerap dan terlalu berjadual.
* Mencampurkannya dengan susu formula, air atau jus.
* Menggunakan puting kosong atau buaian elektrik
* Kedudukan menyusu dan cara hisapan yang tidak betul
* Bayi tidak diberi susu pada waktu malam. (Atau diberi susu formula atau susu ibu yang diperah)

PUTING SAKIT


Puting yang sakit ialah tanda-tanda hisapan yang tidak betul. Bila bayi menyusu, bibirnya perlu berada di luar dan seluruh bahagian areola berada dalam mulutnya. Untuk memperbaiki keadaan ini, tarik dagu bayi ke bawah dengan perlahan dan keluarkan bibirnya jika mendapati bibirnya termasuk ke dalam ketika menghisap. Jangan gunakan pelapik baju dalam yang kalis air jika mendapati puting sakit. Setiap kali hendak penyusuan selesai, perah sedikit susu dan sapu pada puting. Cara ini boleh membantu mempercepatkan ibu sembuh.

KEKELIRUAN PUTING


Bagi sesetengah bayi, hisapan pada puting kosong atau puting botol akan menjejaskan hisapan pada payu dara. Ini kerana pola hisapan antara puting botol dan payu dara adalah berbeza. Bayi yang pernah diberi susu botol akan menghisap payu dara ibu dengan cara yang sama seperti menghisap puting botol. Oleh itu, puting ibu akan terasa sakit. Hisapan pada puting botol juga tidak perlu terlalu kuat kerana susu mudah mengalir keluar dari botol. Apabila bayi menggunakan cara yang sama untuk menghisap puting payu dara ibu, susu ibu akan kurang mengalir keluar. Ini menyebabkan bayi tidak mendapat cukup susu manakala ibu menyangka susunya tidak cukup banyak untuk bayi. Dia terpaksa memberi susu botol. Ini menjadikan bayi lebih gemar susu botol dan akhirnya bayi kurang berminat dengan susu ibu. Lama kelamaan, bayi akan menyusu susu botol sepenuhnya. Bagi mengelakkan kekeliruan ini, nsaihatkan anak atau menantu anda agar memberi susu ibu sepenuhnya selama empat bulan. Jangan beri susu botol terlalu awal. Jika terpaksa mencampurkan susu ibu dengan susu formula, gunakan lah cawan kecil, sudu kecil, penyuntik ubat atau lain-lain peralatan.

BAYI MENGANTUK

Jika berat badan bayi tidak meningkat dengan baik dan sentiasa sahaja tertidur ketika menyusu, bayi perlu dikejutkan dengan kerap. Untuk mengatasi masalah ini, jangan balut bayi dan pastikan kulitnya bersentuhan dengan kulit ibu ketika sedang menyusu. Bagi mengatasi kesejukan, selimut bayi dengan kain selimut selepas meletakkan dia dengan betul di payu dara. Selain itu, urut kakinya bagi membuatkan dia terjaga.

SENDAWA


Sesetengah orang terutama dari generasi anda menyangka kita perlu membuatkan bayi sendawa selepas menyusu. Pendapat ini tidak tepat. Bayi tidak semestinya sendawa. Memang baik jika bayi sendawa selepas membuat beberapa percubaan untuk membolehkannya sendawa. Tetapi tidak mengapa jika dia tidak sendawa langsung setelah mencuba beberapa kali.

PEMAKANAN IBU DAN PENGAMBILAN AIR

Dalam kebanyakan kes, ibu menyusu perlu kira-kira 300-500 kalori lebih daripada biasa bagi mengekalkan berat badannya. Ibu menyusu perlu makan makanan seimbang dan makanan semulajadi. Elakkan makanan yang diproses. Jika bayi meragam, periksa samada ibu telah makan makanan yang tidak sesuai dan sensitif terhadap bayi. Minum lebih banyak air bagi menambah pengaliran susu. Tapi, jangan minum berlebihan. Minum sekadar untuk menghilangkan dahaga. Biasanya, ibu menyusu akan terlupa minum kerana sibuk menjaga anak. Terdapat juga kepercayaan lama bahawa ibu yang masih dalam pantang tidak boleh minum banyak air. Pendapat ini salah dan akan memberi kesan kepada pengaliran susu ibu.

ENGGAN MENERIMA BOTOL


Jika bayi enggan menerima susu ibu daripada botol ketika anak atau menantu anda bersedia untuk kembali ke tempat kerja, anda perlu latih cucu anda itu secara perlahan-lahan. Beri susu melalui botol dengan cara memangkunya dan mendodoinya perlahan-lahan. Anda juga boleh memberi susu melalui botol ketika dia mengantuk. Adalah lebih baik jika anda atau ahli keluarga lain yang memberikannya botol, bukan ibunya sendiri.

BERHENTI MENYUSU BUAT SEMENTARA WAKTU

Ada ketika, anak atau menantu anda tidak boleh menyusu bayi buat sementara waktu tapi masih mahukan agar susu terus mengalir kerana hendak mempastikan yang bayi tetap mendapat khasiat susu ibu. Oleh itu, galakkan anak atau menantu anda memerah susunya dalam jangkamasa yang sama dengan penyusuan susu ibu yang dilakukannya sebelum ini. Cara perahan yang baik ialah menggunakan tangan. Caranya ialah seperti berikut :- Letak ibu jari di atas puting dan dua jari lain di bawah, agak jauh daripada areola. Tolak jari ke belakang sehingga ke dinding dada. Kemudian, tolak semula ke depan. Lakukan beberapa kali. Elakkan memicit puting. Jika mempunyai payu dara besar, ampu payu dara itu dengan tangan yang sebelah lagi.

Penyusuan Bayi Tidak Cukup Bulan & Memerah Susu

Susu anda adalah susu yang paling sesuai untuk anak anda yang tidak cukup bulan.

* Ia melindungi bayi anda dari kuman dan infeksi.
* Susu ibu mudah di cerna.
* Mendekatkan hubungan ibu dan bayi.
* Susu ibu baik untuk perkembangan otak.

Bayi yang dilahirkan secara tidak cukup bulan mungkin tidak tersedia untuk menyusu dalam beberapa hari, kadangkala beberapa minggu. Anda bolehlah memerah susu anda sejurus selepas kelahiran untuk memberi kapada bayi. Jika anda perlu menggunakan pam, hubungilah Kaunselor Laktasi mengenai pam susu. Terdapat pelbagai jenis pam di pasaran sekarang. Mintalah nasihat untuk membeli pam yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Memerah susu

* basuh tangan anda dengan sabun dan air.
* Duduklah di tempat yang sunyi tanpa ramai orang yang lalu lalang.
* Duduk dalam keadaan selesa di kerusi yang tegak dengan kaki tersokong.
* Sediakan minuman di sebelah anda.
* Tarik nafas dan relaks.
* Cuba urutkan payu dara untuk beberapa minit sebelum dan semasa memerah susu.
* Bayang dan fikirkan tentang anak anda.
* Jika perlu sediakan muzik/lagu yang menyenangkan.
* Anda sekarang sudah bersedia untuk memerah atau mengepam susu.

Waktu terbaik untuk memerah susu


* cuba perah atau pam susu anda setiap 3 jam pada siang hari dan sekali selepas tengah malam.
* Buatlah perancangan awal agar dapat memerah sekurang-kurangnya 6 kali dalam sehari.
* Lakukkan proses pemerahan 10-15 pada setiap payu dara. Anda mungkin mahu memerah secara bergilir-gilir pada kedua belah payu dara dalam satu sesi pemerahan.
* Pemerahan yang kerap adalah satu-satunya cara untuk mengekalkan bekalan air susu.
* Pastikan anda mempunyai waktu rehat yang mencukupi.

Cara menyimpan susu ibu yang diperah

* Susu ibu yang diperah boleh di simpan di dalam botol atau bekas yang telah disterilkan. Gunakan bekas yang dibuat dari plastik.
* Ia boleh tahan disimpan seperti berikut: 2 hari - di dalam peti sejuk (chiller) 2 minggu - di dalam peti sejuk beku (freezer) peti sejuk dua pintu 3 bulan - peti sejuk beku (freezer)
* Gunakan bekas/botol steril baru setiap kali susu diperah.
* Catatkan nama,tarikh dan masa perahan pada botol/bekas yang disimpan.

Persediaan untuk pulang ke rumah

* Ada juga hospital di mana ibu dibenarkan tinggal di hospital semasa bayi berada di unit kawalan rapi. Jika ini tidak dibenarkan, ibu perlu melawat hospital setiap hari untuk beberapa sesi penyusuan.
* Hubungan rapat antara anda dan bayi anda akan memberikan anda keyakinan diri untuk menjaganya di rumah ketika pulang kelak. Cara ini juga dapat memastikan bayi anda dapat susu anda.
* 2-4 hari sebelum bayi dibenarkan pulang, cuba dapatkan kebenaran untuk tinggal di hospital dan susui bayi anda sepenuh masa.

Mula menyusu


* Sebaik sahaja bayi anda stabil dan boleh bernafas dengan baik, dakaplah bayi anda di dada.
* Buatlah dakapan dengan sentuhan kulit ke kulit.
* Pegang bayi, riba dengan sokongan bantal.
* Jika anda merasa tidak yakin untuk menjaga bayi ini, perkara seperti ini adalah normal. Anda dan bayi anda memerlukan masa untuk belajar.
* Walaupun kemajuan yang dicapai agak lambat, anda perlu bersabar. Saat-saat manis ini merupakan saat-saat istimewa antara anda dan bayi anda.

Pulang ke rumah

* Galakkan bayi anda untuk menyusu dari payu dara setiap 11/2 -3 jam.
* Perahkan/pamkan susu selepas penyusuan dalam 2-3 minggu pertama. Ini dapat membantu untuk mengekalkan bekalan yang mencukupi. Susu yang di perah ini merupakan susu akhir yang kaya lemak. Ini boleh digunakan sebagai tambahan bila diperlukan kelak.
* Jika bayi anda menghasilkan 6 lampin basah dan 2 lampin kotor sehari, ini bererti bayi mendapat susu yang mencukupi.
* Anda mungkin perlu memberi susu tambahan (perahan susu ibu) dari cawan atau penitis selepas anda menyusuinya. Jarang sekali bayi diberi "susu berformula" kerana ini tidak digalakkan.
* Hubungilah Kaunselor Laktasi anda yang terdekat untuk maklumat lanjut.

Sumber dari:
http://www.susuanibu-pk.gov.my/penyusuan-susu-ibu-2.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...