Followers

Tuesday, September 29, 2009

SALAM AIDIL FITRI

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua kengkawan...tahun ni beraya sakan sampai kertas kerja untuk menaik taraf kelas pendidikan khas pun belum berjaya disiapkan....haduii fenin jugak nak buat..almaklum la kurang pengalaman...baru 5 bulan posting terus kena jadi penyelaras...blur-blur lagi....tapi saya tabik spring la kat member2 yg baru jek posting terus kena bukak program ni n secara tidak langsung diberi tanggungjawab sebagai penyelaras...lagi la mencabar...

Program pend. khas sekolah saya sekarang ni ada 6 orang guru (semua pompuan).semuanya masih fresh...tak de pengalaman dalam dunia pendidikan khas (termasukla penyelarasnya yg blur2 ni)...2 daripadanya plak bukan daripada opsyen pend. khas tapi dipaksa rela ke program pend. khas...

Dengar2 kata tahun depan akan ada guru yg lebih berpengalaman akan pindah ke sekolah saya ni...rasanya lebih baik guru yg ada lebih pengalaman tu ambil alih sebagai penyelaras daripada saya yg dok blur2 lagi ni kan...hmm..betul ke tindakan yg akan saya ambil ni??...

Monday, September 14, 2009

LAWATAN KE HANGAR MAS

sebenarnya dah lama PPKI SKTBS mengadakan lawatan ke Hangar, MAS Subang. Mesti ada yang tertanya-tanya...tempat apa la tu cikgu Anis....actually Hangar ni lebih kurang cam bengkel servis kete la tapi yg ni bengkel servis kapal terbang ...dalam kata lain tempat kapal terbang diservis...best jugak buat lawatan ke situ...tapi nak bagitau la, lawatan untuk murid2 pen. khas sekolah rendah ke Hangar ni sebenarnya tidak dibenarkan...memandangkan usaha parents murid2 ini yg pernah menjadi kakitangan MAS, maka kami akhirnya dibenarkan melawat bengkel kapal terbang ni. banyak info tentang kapal terbang yg dapat kami perolehi...jom kita layanzz gambar

Ni adalah gambar murid-murid merasa laluan kecemasan. tangga angin ni hanya digunakan sewaktu berlaku pendaratan cemas.walau pun laluan kecemasan ini tak pernah digunakan, setiap kali diservis, laluan ini akan turut diperiksa...takut takut la ada kebocoran, tak dapat la nak guna tangga canggih ni..seronok tengok depa ni test tangga ni..cikgu anis pun teringin hua hua hua

ni plak tengah test jeket keselamatan. memula tu kemain lagi Lina nak try pakai jeket ni. bila jeket dah kembung,takut plak dia,tengok la tu siap tarik2 tangan ayah dia hehehe

selepas pi bahagian check2 angin, kami pi tengok kapal terbang yg dah dilondehkan segala alat dan aksesori. tak sangka rupanya semua benda dalam kapal terbang tu boleh ditanggalkan.termasukla kerusi kerusi yang kengkawan seme bleh tengok dalam gambar ni.setiap satu kerusi boleh ditanggalkan.usahkan kerusi ,tingkap pun boleh tanggal. memandangkan kami bawa murid2 sekolah rendah,maka tak dibenarkan la melawat dalam kapal terbang yg telah dikosongkan kerana banyak lubang2 (bahaya untuk murid,cikgu ok je). lagi tak best sebab tak dibenarkan amik gambar kapal terbang yg sexy tu...rugi rugi



Pramugari PPKI SKTBS

wahhh sempat lagi merasa kerusi 1st class...erkk cam ni ke kusi 1st class, awat burok bnor. sebenarnya kusi ni dah ditanggalkan sarungnye...so nampak cam kureng cun le skit


ala malu malu plak dahhhhh


Inilah pilot cilik PPKI SKTBS. Kalau nak tau sebelum ni kalau tanya apa cita-cita depa ni. Depa akan bagi tau nak jadi polis la, askar la, bomba la. Bila dah pi lawatan ke sini, tup tup dah tukar cita cita...terus pakat nak jadi pilot plak dah hehe...ni lah rupanya kerusi pilot yang dah ditanggalkan sarungnya. Berebut depa nak duduk kat kerusi ni..nak amik berkat untuk jadi pilot kot :)

sekianlah saje lawatan murid-murid PPKI SKTBS bersama ibu ayah masing2. Terima kasih kepada en azman dan pn kartini kerana bersungguh2 memujuk pihak pengurusan Hangar sehingga kita akhirnya berjaya menjejak kaki ke situ...

Sunday, September 13, 2009

Rabbani 2


Ni ler gambar persembahan klon Rabbani hehe...nasyid murid-murid OKU semasa hari karnival pada bulan ogos yg lepas. Depa ni memang la suka kalau dapat buat persembahan depan orang ramai.. pada hari persembahan tu dibuat, solonya menyanyi sampai tak reti-reti nak berhenti..dok ulang dua tiga kali sampaikan cikgu terpaksa pi bagi isyarat suh berenti.....agaknya tak sangka ramai yg datang tengok diaorg nyanyi sampai dah lupa pesanan cikgu suh ulang 2 kali je...:)

kalau nak tahu, murid-murid istimewa ni sangat gemarkan nyanyian. masa cikgu nak buat pemilihan murid utk persembahan nasyid ni, murid yang berbangsa cina pun nak ikut serta...bila cikgu tak bagi maka bergenang la air mata tu..alaa kesian la pulak...nak tak nak bagi la jugak...nasib baik mak ayah dia tak kisah...

walau pun nyanyian diaorang pada hari karnival tu ada tersilap skit (sempat gaduh time nasyid tu hehe), tapi orang ramai tetap kagum kerana diaorg ni ada yg terror main kompang, ada yg siap berjoget (yg ni memang pantang dengar muzik, nasyid pun dia tibai menari gak) dan ada yg serius dengan marakasnye (alat yg kaler merah tu). Apa pun anak murid cikgu memang hebat!

Saturday, September 12, 2009

Tahap Kejelesan Yang Memuncak

pagi tadi tangan ni gatai aje menyinggah kat laman satu laman web...pastu terperasan la satu link ke website Program Pendidikan Khas Integrasi SK Puchong Utama 3...ku rasa cam kenal jek nama sekolah ni...memang sah la sekolah member kita...dari dulu sampai la ke la ni kita asyik jeles je ngan program kat SKPU3 ni...kelas cantik, aircond plak tu, lengkap dapur, toilet lagi tu..kipas tok sah cakap la penuh ruang siling...berbanding program pen khas yang kita uruskan ni amatla jauh berbeza...kesian anak muridku...satu kelas ada tiga kipas angin ajo..panasnya tok sah cakap la..sampai guru besar pun komplen nak pengsan hehe...skrg ni kita dok sibuk menyiapkan kertas kerja utk menaiktarafkan kelas pendidikan khas tu..entah lulus entah tidak, idak le teman tahu...harap harap dapat la noo

jeles ku tak habis sampai situ, pagi tadi tup tup terpandang plak dah kek website baru sekolah sahabatku ini, sangat menarik dan sangat berinfo...program pen khas kat sekolah kita tak de website cenggitu...alaaa jelesss lagi....macam2 projek depa dah buat...cikgu azrin ni memang kreatif...silala menyinggah kat website anakkhas (www.anakkhas.com/anakkhas.blogspot) kalau nak tengok akuarium yg dibuat daripada cermin tingkap...hebatt sungguh...depa guna barang2 terpakai je...sesungguhnye cikgu lelaki sangat kreatif...(opss cikgu pompuan pun kreatif gak..kreatif buat ketupat ekeke jgn mareee yee)...

seronoknye kalau semua cikgu pendidikan khas benar2 menjiwai dunia pendidikan khas mcm cikgu azrin ni....sangatlah malang seandainya guru pendidikan khas itu sekadar menjadi guru untuk mencari nafkah...nak jadi guru pen khas ni tak cukup kalau sekadar pandai bercakap! Apa yg penting K.E.R.J.A.S.A.M.A!!!!.....kalau asyik nak komplen itu ini...lebih baik pi la keje kat opis besaq yg beraircond sampai bulu roma pun beku....harap maaf kalau ada yg tersinggung...percayalah kalau kita tak cukup ikhlas menjadi guru pendidikan khas, kita pasti tidak akan ketemui kenikmatan dan keseronokkan berkerja dalam dunia pendidikan khas....apa yg dapat hanyalah bebanan semata!

Sunday, September 6, 2009

Kari Ayam Berempah Kari Ikan

jumaat lepas, perut ni kempunan nak merasa kari ayam....tiba-tiba je teringat kat kari ayam member. sedap sungguh...tak pakai santan tapi pakai susu segar...so sangat teruja la nak try resepi baru ni..lepas waktu kerja pi la ke kedai nak beli segala bagai rencah dan bahan nak buat kari ayam ni. memandangkan time tu time solat jumaat, so kedai runcit yg selalu kita singgah tu tutup la pulak. terpaksa la ke kedai lain...cari punya cari tak jumpa2 rempah kari ayam yg ada semenya kari ikan...mata dah rasa penat menilik satu ke satu rempah yg ada kat kedai tu...tapi tak jugak jumpa...kita try cari sekali lagi...last2 jumpa jugak...seronok ni semangat nak buat kari ayam berkobar2...

kat umah :

selesai solat zohor, kaki dan tangan pun mula la ke dapur...semua bahan dah ada...so apa lagi...masak le kari ayam....hmm...kita sedikit pelik awat plak kari ayam ni cam cerah skit warnanya...mungkin kurang rempah kot...masa nak tambah rempah tu baru la mata terperasan....alahaiiii bukan kari ayam yg aku beli tapi rempah kari ikan!...aduhaiiii nak wat cam ne dah masak....maka jadilah kari ayam berempah kari ikan huhuhu....kita tak cakap pun kat asben, tapi asben kita siap cicah murtabak dengan kari ayam ikan kita tu....dia kata sedap hik hik hik....kari ayam rempah ikan pun ikan lah, asalkan cik asben kata sedap sudahhhh...

p/s : agaknya kerana terlalu obses nak makan kari ayam, rempah kari ikan pun nampak cam rempah kari ayam....isk isk isk

ULAT BERBULU

pagi semalam kita dengan rajinnye menyiram pokok2 munge yg dah beberapa ari tak bersiram...sib baik la malam2 hujan...kalau tak habis le pokok2 tu kering....nak jadi cerita...tengah dok asyik2 menyiram dan menyembang dgn pokok orkid yg rajin berbunga tu...mata rabun kita ni terpandang satu makhluk yang maha berbulu...hati mula rasa tak sedap..kita dekatkan skit mata yg rabun ni..sah!..memang sah!!!! makhluk itu tak lain dan tak bukan dipanggil ulat bulu...eee gelinye....tak tau nak buat ape..kita pun siram dengan air. maka bedebuk si ulat bulu yg remaja itu jatuh ke bumi...nak ku pijak eee geli...last2 kita pun pi amik ridsect...belum sempat nak spray terpandang sekor lagi ulat bulu kat pokok orkid kita tu...tak bleh jadi ni...nasib baik tak habis satu tin ridsect kita kerjakan ulat yg dua ekor tu.

bila nampak ulat2 tu...kita teringat cerita pokok ros cik mas diserang ulat bulu...kita pun cepat2 check pokok2 yg lain..mana la tau kot kot dah kena serang sebab ulat tu dah remaja usianya...alhamdulillah sib baik pokok lain selamat....petangnya kita bersiap nak pi berbuka kat pizza hut...waktu buka pagar mata ni saje je nak intai pokok2 renek kat luar pagar tu...hah! makhluk tu rupanya ada kat pokok2 renek tu...banyak lak tu....memandangkan masa dah lewat...tak sempat la nak spray ulat2 tu...akan ku kerjakan ulat2 tu pada waktu malam nanti...

dalam kete kita asyik tergaru-garu je...asben pun tanya kenapa? kita memang alergik la tengok ulat...lepas tengok je mesti rasa cam ada yg merayap dalam baju, pastu rasa gatal2...padahalnye makhluk tu tak de pun...semenye kerana psikologi geli pada ulat...

pagi tadi pi check lagi pokok2 yg ada...alhamdulillah rasanya makhluk tu cam dah tak de...senang cikit ati ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...