Followers

Tuesday, June 30, 2009

Keje Orang Yg Belum Ada Anak...

Pantang ada cuti n peluang jek, kita n cik hubby mesti ada je plan nak jalan-jalan. Plan plak plan on d spot...kalau plan bebetul, selalu tak jadi...cam nilah gaya idup pasangan riang ria rebina yg masih belum mempunyai cahaya mata...kita enjoyyyyy dulu...(pengubat sedih jek tu)

Last weekend, kita n hubby balik ipoh. Bertolak sebelah petang memandangkan ari sabtu kena keja. Sampai kat ipoh dah lewat petang. Malamnya bawak ibu dan bapa mertua ke Lumut. Kami stay satu malam kat Marina Cove Resort. Book apartment dua bilik tapi dapat yg tiga bilik.Ok la harga tetap tak berubah RM 279 kalau tak silap.


Pemandangan dari balkoni Marina Cove Resort

Marina Park. Sesuaila untuk sesapa yg ada anak kecik.



esoknye pagi pagi lagi kami bertolak ke pangkor (one day trip je)...

Sempat bergambar sebelum masuk dalam perut ferry. Ferry ni dua tingkat dan bleh dok kat luar kalau nak merasa angin laut. Harga tiket ferry pergi dan balik RM10 je...

Ni plak gambar gambar sepanjang 40 minit perjalanan ke pangkor dengan ferry...


Gambar kapal TLDM kat atas darat

Best woo dok kat luar ferry ni.


Kapal-kapal nelayan untuk menangkap ikan.

Pemandangan kampung nelayan pangkor

Oppss..gambar pasangan kepenatan tapi masih ada hati nak makan angin kat pangkor...


Sampai kat Pangkor, sewa taxi RM60 untuk pusing pulau. Antara tempat yang sempat singgah....

Kat Kota Belanda kalau tak silap la

Jalan-jalan kat pangkor yg kecik dan bengkang bengkok.

Kedai kedai kat pekan pangkor.

Last sekali singgah kat Teluk Dalam untuk minum minum. Fuh best makan tepi laut sambil menikmati angin sepoi sepoi bahasa dan laut yang membiru...eh biru ke hijau ni....

Pantai Teluk Dalam. Singgah utk makan makan

Kedai makan yg sejuk tanpa penghawa dingin...ngeh ngeh ngeh..jimat letrik.


Gambar yg di snap dari dalam taxi..hehe

Pukul 1 bertolak ke jeti pangkor untuk balik semula ke Lumut. Masa sampai kat Jetty risau gak takut tak dapat naik ferry kul 1.15 memandangkan barisan manusia dah panjang berjela. Disebabkan kita bawa orang tua, jadi guard tu bagi kelonggaran untuk memotong barisan yg panjang cam keteapi tu. so dapat la jadi orang pertama masuk ke perut ferry. paling syok dapat la pilih seat yg berkenan di hati. Tapi Allah tu maha adil. memula jadi orang pertama masuk ke ferry tapi pastu jadi orang paling last keluar dari ferry hehehe...

pastu member kita bawak makan kat restoran D'muara...bestttt sangat makan ikan bakar fresh,sotong tepung fresh dan sup makanan laut fresh...namanye dekat laut,mestila freshkan...nyum nyummmm. Memang puas hati la makan kat sini harga pun boleh tahan. Makan utk 5 orang dewasa dan dua kanak2 lebih kurang RM98. Ni ler gambar yg sempat di snap semasa tunggu makanan dihidangkan.

Gambar member kita pn nor afiza dan en rahmat bersama anak2.Aiksss sape plak jejaka hensem yg tengah senyum tu??? En Rahmat dah tersangat lapo gamaknye, posing pegang senduk pun jadilah hehe

Ni dia gambar kanak kanak riang ria rebina...comel kan..siap ada aksi senaman nganga mulut dan regang tangan gitu...;)

lepas solat zohor kami pun bertolak balik ke ipoh,kul 8 mlm bertolak balik ke shah alam...aduiii penat sungguh. esoknya cik hubby amik mc...kikiki

komen : pangkor ni rasanya perlu di jadikan tempat pelancongan yang lebih menarik kot...rasa cam tak ada apa sangat yg menarik utk dilawati. tapi pantai tu nampak cam best jek utk bermandi manda..hehe..ape pun makanan laut memang tip top la sebab fresh...meleleh la plak teringat ikan bakar kat restoran d muara ni...hmmm

Monday, June 29, 2009

Dan Akhirnya Kau Pergi Jua

Minggu lepas adalah antara hari yang sangat menggembirakan hati kita. maklumlah dapat berhubung semula dengan kawan sekolah rendah yg dah lost contact lebih kurang 18 tahun lamanya. Kalau jumpa tepi jalan pun gerenti tak berapa nak kenal dah. Yang lagi happy kawan-kawan kita tu semuanya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan mempunyai pekerjaan yang baik..alhamdulillah syukur ilmu cikgu-cikgu kita dulu telah melahirkan insan2 berguna pada masyarakat dan negara cewahhh...

So malam tu memang bibir kita ni asyik tersenyum jer mengenangkan kisah-kisah lalu...mulut ni tak henti henti bercerita itu dan ini kat cik hubby...tapi ntah kenapa time nak makan,selera tu hilang plak dah.puas dipujuk akhirnya kita minum air jus je. Pas tu tekak terasa plak nak makan ayam tandoori (oppss jgn salah faham ye, ini bukan tanda-tanda mengidam a.k.a mengandung ye). Terpaksala cik hubby cari kedai mamak demi memenuhi hajat isterinya yg sorang ni...(sorang je tau...berrrrani nak lebih,kena lawan pedang dulu la kalau nak).


Masa dok tunggu mamak memanaskan ayam tandoori tu, tiba tiba terdengar satu jeritan yg menyayat hati . semua mata tertumpu pada sebuah sportage yg meluncur pergi tanpa menghiraukan jeritan yang menghibakan tadi. Terkejut yg amat kerana kemalangan tersebut berlaku depan mata kita n cik hubby. serta merta mata kita terasa panas seperti ada cecair nak mengalir. Tak sanggup rasanya melihat anak kecil itu meronta ronta kesakitan. Kita siap tarik tarik tangan hubby lagi untuk buat sesuatu. Tapi cik hubby kita masih diserang rasa terkezutttt...cik hubby nampak mata kita merah. dia suruh kita tengok ke lain. tapi mata kita sempat juga menangkap sekujur tubuh kecil yang dalam keadaan nazak. tiada lagi kedengaran suara mengerang kesakitan. darah mula mengalir dari mulutnya. tidak lama selepas tu datang kawan kawannya mengelilingi tubuh kecil yg sedang nazak tu. sangat menghibakan...kita cepat cepat masuk dalam kereta dan nangis semahu mahunya. rasa sangat bersalah kerana tak dapat membantu anak kecil tu. Sebaik sahaja kereta hubby melintasi tempat kejadian, kita nampak anak kecil tu dah tak bernyawa lagi...dia dah kembali pada Yang Hak...dan air mata pun mengalir lari sederas-derasnya. Kita nangis dari Seksyen 13 sampailah kat rumah,bengkak abis mata ni. Hubby kita pun dah tak tau nak pujuk cam mana, nampak je anak kucing, lagi laju la air mata ni mengalir kat pipi...rasa sebak dan sangat2 bersalah sebab tak dapat nak tolong anak kucing yg digilis dengan sportage...


nak salahkan pemandu tu pun tak boleh sebab kucing tu dok kat bawah tayar..memang tak perasan la ada makhluk tumpang berteduh. nak salahkan kucing pun tak boleh juga sbbnya allah tak bagi akal kat haiwan so dia memang tak leh nak pikir tindakan berehat bawah kete tu relevan ke tak...sudahnya hubby kita kata..udah la tu...dah sampai masanya dia kembali..tak ada siapa yang mampu menahan kehendakNya...pastu barulah kita ok n then sambung main game kat facebook kekekeke...tapi kita memang mudah tersentuh la dengan hal-hal yg macam ni. walau pun seekor anak kucing, pada kita dia tetap merasai kesakitan seperti seorang manusia...so kalau ternampakla kawasan parking tu banyak kucing, perhati perhatikanla sebelum kita reverse.

Thursday, June 25, 2009

Sindrom Tourette

" Tourette syndrome (also called Tourette's syndrome, Tourette's disorder, Gilles de la Tourette syndrome, GTS or, more commonly, simply Tourette's or TS) is an inherited neuropsychiatric disorder with onset in childhood, characterized by the presence of multiple physical (motor) tics and at least one vocal (phonic) tic; these tics characteristically wax and wane. Tourette's is defined as part of a spectrum of tic disorders, which includes transient and chronic tics."

http://en.wikipedia.org/wiki/Tourette%27s_syndrome

Sindrom ape tu?Buang tebiat lagi ke cikgu anis ni dah pukul 1.22 pagi pun tak reti reti nak tido. mata memang dah rasa mengantuk tapi kalau tak tulis sekarang takut terlupa plak ..actually kita pun baru dengar tentang penyakit ni. Tadi tengok satu cerita kat HBO tajuknye Front of the Class...may be sesapa yg bukan cikgu or tak der anak2 istimewa menganggap cerita ni cerita biasa. Tapi bagi kita, cerita ni memberi satu dorongan dan semangat buat guru pendidikan khas, murid istimewa dan ahli keluarganya untuk mengharungi situasi yang sering dianggap pelik oleh kebanyakkan manusia normal terhadap sesuatu kekurangan.

kisah Front of the Class ni berkisarkan kepada seorang anak yang sering mengeluarkan bunyi2 yang menjengkelkan(seakan2 bunyi anjing) sewaktu bercakap atau pun sebaliknya. keadaan anak tersebut bertambah buruk sekiranya dalam keadaan nervous. Dia sering dihukum dan dimarahi bukan sahaja oleh guru2nya bahkan oleh bapanya yang menganggap Brend sengaja mengeluarkan bunyi2 tersebut. Brend sentiasa menafikan tuduhan2 tersebut tetapi tidak ada sesiapa yang mempercayainya. Sebagai murid yang masih dibangku sekolah rendah, dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada orang lain tentang masalah yang dihadapinya. Keadaan bertambah buruk apabila pihak sekolah tidak lagi mengizinkan Brend untuk meneruskan pengajiannya kerana dianggap mengganggu proses pembelajaran di kelas. Ini kerana bunyi2an yang dihasilkan dianggap telah menyebabkan rakan2 Brend tidak dapat belajar.ke mana saja Brend pergi,dirinya tidak dapat diterima oleh orang ramai termasuk GURUnye!!! kesiankan.

Risau akan masalah yang dihadapi oleh Brend, si ibu berusaha mengubati Brend dengan membawanya berjumpa doktor. malangnya doktor tidak dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Brend. Bahkan doktor mengesahkan tindakan Brend itu sebenarnya adalah tekanan ke atas penceraian kedua ibu bapa Brend. Walau bagaimana pun si ibu merasakan Brend sebenarnya memang mempunyai masalah kesihatan. Dia bertungkus lumus mencari jawapan terhadap masalah Brend dengan membuat penyelidikan di perpustakaan. Hasilnya si ibu telah mengetahui bahawa Brend sebenarnya menghidap sindrom tourette yang sememangnya jarang ditemui. Bermula dari situ si ibu membawa anaknya ke satu pusat pemulihan penghidap sindrom tourette. walau bagaimana pun beliau tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh pusat berkenaan iaitu mengasingkan penghidap sindrom tourette daripada masyarakat kerana mereka dianggap manusia pelik.

Sejak itu juga Brend telah memupuk semangat baru bahawa dia tidak akan membenarkan sindrom tourette melunturkan semangatnya untuk terus hidup dan berjaya seperti orang lain. Brend seterusnya memasuki sekolah menengah. Di sini juga dia menghadapi masalah yang sama sehingga akhirnya dia dibawa berjumpa dengan pengetua. Pengetua berkenaan meminta Brend untuk menghadiri ke satu konsert muzik (lupa majlis apa) tapi Brend enggan kerana dia khuatir bunyi2an itu akan mengganggu majlis berkenaan. Namun pengetua tetap berkeras mahu Brend mengikuti majlis tersebut. keadaan dewan konsert menjadi gawat kerana orang ramai rasa terganggu dengan bunyi2an Brend. Selepas itu pengetua memanggil Brend ke pentas. tindakan pengetua tersebut sebenarnya mahu membantu Brend agar masalahnya dapat difahami oleh rakan2 dan guru2 Brend. Setelah berkongsi masalah yang Brend hadapi barulah orang ramai mengerti bahawa Brend bukanlah budak kurang ajar kerana suka membuat bunyi yg menjengkelkan. Itu kali pertama Brend merasakan kekurangan dirinya mula diterima oleh orang di sekelilingnya. Tindakan pengetua itu juga sebenarnya telah membuka hati Brend untuk menjadi seorang guru kelak. Namun bolehkah Brend menjadi seorang guru dengan kecacatan yang dimilikinya?

Apabila Brend dewasa, Brend berjaya dalam pelajarannya dan ingin merealisasikan impiannya untuk menjadi guru. Namun malang masih menyebelahinya. Berpuluh2 temuduga dihadirinya namun semuanya gagal. Brend hampir putus asa. Walau bagaimana pun akhirnya dia diterima oleh sebuah sekolah yg pada awalnya hampir menolak permohonan Brend. Berpegang pada prinsip " memberi peluang kepada semua murid untuk mengecapi segala impian yang dicita" , sekolah berkenaan bersetuju untuk menjadikan impian Brend sebagai satu kenyataan. Brend diberi kontrak selama setahun. Dia perlu membuktikan kecacatannya benar-bnar tidak akan menggganggu proses pengajaran dan pembelajaran sapanjang tempoh percubaan tersebut. Dengan penuh semangat Brend berusaha menceriakan kelas nya dan mula memikirkan strategi pengajaran yang akan menarik minat pelajarnya (cikgu2 patut tengok kelas dan teknik pengajaran Brend Cohen ni...sangat menarik!)...pada peringkat awal murid2 Brend berasa ralat dengan kecacatan Brend. Berkat kesungguhan dan keikhlasan Brend mendidik anak muridnya, Brend akhirnya menjadi guru favourite. Dalam kegembiraan itu, Brend tetap berdepan dengan segelintir ibu bapa kepada muridnya yang kurang menyenangi anak2 mereka belajar dengan Brend.
Brend tidak melatah, dia terus berusaha membimbing dan membentuk peribadi anak muridnya menjadi kanak-kanak yang berdisiplin. Atas hasil usahanya Brend akhirnya terpilih sebagai guru baru terbaik di tempatnya.

Cerita ni adalah kisah benar. bila tengok cerita ni...rasanya keputusan yg kita ambil untuk bergelar seorang guru adalah tepat. kita benar2 jatuh cinta dengan bidang pendidikan khas. Semoga keikhlasan mendidik anak anak istimewa ini tidak akan pernah luntur di dalam diri kita. kita juga berdoa semoga kita terpilih sebagai orang2 yang akan memperjuangkan nasib anak anak istimewa. kepada ibu bapa dan guru guru, jgn la mudah mencari kesalahan anak2, selidik betul2 sebelum kita mahu menghukumnya. Anak kecil,apalah yang mereka tahu...mahu mengadu belum tentu ada yg sudi mengerti dan ambil tahu...

Monday, June 22, 2009

Pernahkah Anda Buang Tabiat???

Pohon-pohon kayu di sekitar Denai Alam kelihatan meliuk lintok ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Kereta kecilku meluncur laju membelah alam. Dalam kesempatan itu,anak mataku sempat melirik pada jam di sebelahku. Alamakkkk dah 3.45 petang rupanya! Baru teringat kewajipanku kepada yang maha Esa masih belumku tunaikan.

Pedal minyakku tekan. Semakin laju keretaku bergerak menghampiri rumah 140. Kemudian aku bergegas membuka segala kunci yang mengunci pintu pagar dan segala pintu rumahku. Langkahku yang selalunya selangkah dua langkah terus bertukar kepada langkah seribu. Cepat tapi penuh hati-hati aku membuka paip dan mengambil wudhuk.

Selesai berwudhuk, aku berlari anak ke bilik mengenakan telekung putih hadiah dari suamiku pada hari perkahwinan kami setahun yang lalu. Nafas ku rasakan tercungap-cungap namun kewajipan perlu kutunaikan sebaik mungkin. Aku segera memulakan solatku. Pada saat aku mahu mengangkat takbir "Allahuakbar"...maka teringatlah aku kepada suatu perkara......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




MasyaAllahhhhhhhhhhhhh...........aku uzurlaaaaa...mana bleh solat kehkehkeh, den gelak sorang-sorang....cam no bleh terlupa plak ni....haduiii laaa...penat jerr berlari lari mengejar waktu.....buang tabiat betul la cikgu anis ni...

Thursday, June 11, 2009

Bila Anak Muridku Mula Bergaya...

Jangan tak tau, anak murid kita yang istimewa ni pun teror bergaya...tak caya tengok le gambar2 ni...


Manisnye senyuman dia...
Ni anak murid kita yang paling pandai bergaya. Pantang nampak cikgu pegang kamera, dia mesti mintak cikgu snap gambar dia. Selagi cikgu tak snap,dia akan tarik2 tangan cikgu. Kalau buat tak tahu, hmm nangis la jawabnye..anak murid kita yg ni mix tau...cina + india...kadang-kadang dengan cikgu pun dia bercakap loghat cina dan tamil...camno nak paham tu??adehh.


Cutenyeeeeeeeee....

Yang ni plak anak murid kita yg umurnya 14 tahun...comelkan...siap bertopi gitu. Ni cikgu-cikgunya punya kerja la, tapi cutekan. Ni la anak murid kita yang takut dengan doktor gigi. Kalau nak check gigi, doktor terpaksa pengsankan dulu anak murid kita ni. Kalau tak, tak dapatla doktor nak check gigi dia.


Peaceeeeeee...

Tengok tu sempat lagi nak angkat tangan...


Ha gambar ni gambar tahun lepas. Snap selepas bertanding nasyid..ni 1st time masuk pertandingan nasyid...tak menang pun...tahun ni pun masuk jugak bertanding...kali ni memang best diaorg nyanyi,dah la tu kita sangat kagum dengan kesungguhan diaorg. paduan suara murid yg normal dengan suara murid yg sengau punboleh bunyi sedap...rasa nak mengalir air mata sebab masa latih diaorg ni,punyala keje nak main aje...sib baik ari bertanding tu depa serius..tapi kali ni pun nasib tak menyebelahi anak murid kita...tak menang juga...kesian diaorg,nampak sangat macam kecewa. Tak pe tahun depan kita cuba lagi ye...

Fuh...akhirnya dapatla jugak snap gambar cun walau pun ada yg senyum ala ala model colgate

Nampak cam tersusun je kan...percaya tak dekat 20 minit nak uruskan diaorg duduk kemas macam ni.Bila dah tersusun, tak payah la nak kira 1,2,3 sbb belum sempat habis kira mesti huru hara balik susunan tu...penat woo nak amik gambar depa ni..mesti nak kena snap 2,3 kali utk dapatkan pose yg paling cun.


Sempat lagi tu nak tarik kawan dia bergambar sekali...

Alamak gangster mana plak ni...hehehe...murid kita yg ni memang nakal sikit. Kadang-kadang niatnya memang baik tapi tak kena cara. contohnya cam dalam gambar ni,nak ajak kawannya bergambar, tapi cara ajak tu cam ajak gaduh. Sib baik tak tercekik budak tu...aduhaiiii anak-anakku macam manalah suara cikgu pendidikan khas tak kuat, asyik terjerit sebab terkejut dengan tindakan yg bukan bukan...


Sorry no picture please...i tak nak glamer la you!

aikkk tangan sapa ni. Memang susah nak amik gambar anak murid kita yang sorang ni. Ni ler gambar tuan empunya tangan kat atas tu, comel kan.Cam anak Jepun...


Alamak dapat jugak cikgu snap gambar kita...glamer la pasni

Tiap kali nak snap mesti dia halang dengan tangan dia.Pastu dia gelakkan cikgu...eee geram betul...Kalau ajar nyanyi pun sama...cikgu tengah syok2 nyanyi depan kawan-kawan dia, dia datang senyap2 dari belakang untuk tutup mulut cikgu....pastu apa lagi...gelak sekuat hati tengok cikgu marah...kecik ati cikgu tau...tau la sore cikgu tak best..huhuhu

Ini pun pantang diajak bergambar. Jeles tau dengan anak murid kita yg sorang ni. Kulit dia putih melepak, gebu dan licin gitu,bila dah besar tak payah beli SKII ke Felisa ke..memang kulit dah cantik...kalau nak tau anak anak istimewa kita ni ramai yg comel comel..sampaikan ada yg tak percaya diaorg ni anak anak istimewa. Anak murid kita yg ni, sangat teliti bila buat keje..hasil kerja dia mesti kemas dan tip top. sangat friendly walau pun bermasalah dalam pertuturan.

Pada sesiapa yg tak biasa dengan anak2 istimewa ni, mungkin ada yg rasa takut nak mendekati diaorg...percaya lah depa ni tak semuanya ganas...ramai diantara diaorg ni sangat manja dan peramah...tak kurang juga suka membuli tanda gurauan manja gitu hehehe...sabo aje lahhhh....

Sunday, June 7, 2009

Rombongan Cik Kiah ke Perhentian

Rombongan 'Cik Kiah dan Pak Tam' Ke Perhentian.

Masa balik kampung kat Kota Bharu aritu, sempat la jugak buat plan gila gila ke pulau perhentian. Sebenarnya cik hubby kita teringin sangat nak ke pulau perhentian. Kita pun tak pernah sampai ke situ so berkobar kobar jugak la nak ke pulau tu. Umi dan adik adik semua dah setuju nak join sekali...tapi ayah plak tak nak ikut...macam tak best la bila ada yg tak nak ikut. So kita pun batalkan plan ke perhentian sebab tak sampai hati tinggalkan ayah sorang sorang kat rumah. Esok paginya sesudah subuh, celik je mata terus terbayang wajah wajah adik yg frust sebab tak jadi pi perhentian....selesai solat bincang kejap dengan ayah...ayah suh kita bawak umi dan adik ke sana...kita pun kejutkan adik adik suh bersiap...memandangkan ni plan on the spot dan tak de experience ke perhentian...kami pun bertolak ke sana jam 9 pagi dan berkira-kira balik pada waktu petang...kiranya one day trip la ni. Nak pi ke Perhentian kenala ke Kuala Besut untuk naik bot. Kota Bharu ke Kuala Besut tu amik masa lebih kurang 1 jam. Dah la aritu ari Jumaat, so banyakla kawasan yg jem sebab ada pasar pagi...

lebih kurang kul 10 pg sampai le ke Kuala Besut...pastu tanya la sorang pakcik tu cam ne nak pi ke Perhentian. Rupa-rupanya kat sini ada banyak syarikat yg menyediakan bot untuk ke Perhentian. Kitaorg main belasah je beli tiket kat satu syarikat ni...memandangkan ni kerja gila gila, maka terkejut beruk la kami kerana tak sangka harga tiket ke Perhentian RM70 seorang (pergi dan balik)..tu ler sape suh tak survey dulu kan...dah la pergi 7 orang...maknanya nak kena bayar RM490...tak terpikir langsung harganya semahal itu. kami pun pakat korek duit yang ada la...sib baik cukup...kalau tak terpaksala tukar plan lain. Dah habis bayar..hati ni berasa sangatla bengang sebab terpaksa plak tunggu bot pukul 11.30pg. masa tu dah pukul 10.30 pagi,ari jumaat plak tu,yg laki lakinya nak solat Jumaat lagi...sib baik 11.15 bot sampai. Kami pun bergegas ke jeti...


Jeti Kuala Besut

ramai rupanya org nak ke Perhentian ni...terutamanya mat dan minah saleh. Memandangkan sekarang ni panas, sempatla rombongan cik kiah beli topi dengan harga RM8.Ni dia topinya...



Cik Kiah sekeluarga bergaya dengan topi yang baru dibeli kat area jeti boat Kuala Besut.

memang berbaloi beli topi ni sebab cuaca sangat panas kat pulau. Masa mandi manda kat pantai pun kami guna topi ni ...tak nak kulit jadi hitam terbakar la kononnye hehehe...tambah-tambah orang yang bakal jadi pengantin bulan 12 ni, lagi la nak jaga kulit.

Sebelum naik bot, nak kena bayar tiket masuk ke Perhentian plak dah RM5 seorang...aduii duit lagi..so total sekarang RM490+RM35=RM525....aduiiii poning poket den...Bila dapat masuk je ke dalam bot hati yg bengang dah bertukar jadi tak sabar sabar plak. Kami dinasihatkan dok kat bahagian belakang bot sebab nak kurangkan lantunan ombak. Untuk pengetahuan semua, bot yg digunakan adalah speed boat dengan dua enjin...memang laju giler....topi terpaksa ditanggalkan sebab takut melayang ke dalam laut. Laju tak laju boat ni, badan pun melantun-lantun. sape tak tahan memang bleh kena mabuk laut. Kalau nak bawak anak anak kecik rasa cam tak sesuai plak sebab speed boat ni mana ada dinding. bahaya la jugak untuk anak anak kecik.Sib baik ada bumbung.

Ni ler rupa gambar speed boat yg kami naik tu...boat ni boleh muat 12 orang penumpang je dan amik masa 30 minit untuk sampai ke perhentian....walau pun laju air yang terpercik tak masuk ke dalam boat. Susah woo nak snap gambar ni sebab bot kita tengah laju, depa ni tengah race. Sib baik henpon kita tak terpelanting ke laut...

Rombongan cik kiah dan pak tam sempat berposing dalam speed boat. Sib baik kami dapat seat belakang.
Ni plak dua anak dara yang teringin berposing. Yg pakai spec itam besar mengalahkan mata lebah tu adalah adik kita yg no 2...yg sebelah tersenyum manis tu adik yg ke 4

Setelah hampir 30 minit, bot yg kami naiki sampai ke Pulau Perhentian. Pulau ni ada dua satu Perhentian Kecil dan satu lagi Perhentian Besar. Gambar kat atas ni adalah Perhentian Kecil. Kat sinilah ada perkampungan nelayan, sekolah, masjid dan juga tempat-tempat untuk trecking. Selalunya mat mat saleh yg suka ke Perhentian Kecil. Sebenarnya kat dua dua pulau ni ada banyak tempat dan resort yg boleh dilawati...try tengok map ni

Memandangkan kami ni just nak bermandi manda so dicadangkan lah kepada kami ke Tuna Bay. Sebelum ke Tuna Bay, bot kami terpaksa ke Long Beach untuk hantar mat2 saleh. Untuk ke Long Beach, diaorg terpaksa naik taxi boat sebab tak de jeti dan untuk keselamatan pelancong kat situ. Harganya pula mengikut jarak destinasi yg dituju. Paling murah RM2.

Ni la rupa taxi boat. Botnya lebih kecil dan kurang laju sebab pakai satu enjin yg lebih kecil dari speed boat yg kami naik dari Kuala Besut. Semasa nak ke Long Beach, hati sangatlah teruja dan terpikat dan kagum dan bermacam macam dan lagi yg tak terungkap melihat air laut yg jernih biru dan kehijauan ni....
Cantikkan....rasa cam nak terjun je..tapi tak pandai berenang la pulak...

Ni plak Long Beach Inn...sayup sayup mata memandang...

selepas ke Long Beach, boat kami beredar ke perhentian besar plak. Lebih kurang 10 minit perjalanan sampai la kami kat Tuna Bay. Sib baik kat sini ada jeti so tak payah susah susah naik taxi boat. seriau jugak nak melangkah ke taxi boat sebabnya speed boat lagi tinggi dari taxi boat tu. dah la tu time nak melangkah ke taxi boat nak kena pegang kuat kuat sebab beralun. silap ari bulan bleh jatuh ke laut..eee takut...so dinasihatkan pakaila seluar untuk ke perhentian. jgn nak ayu ayu dengan baju kurung dan kebaya plak pulak

Tuna Bay

Jam 12.00 tengah hari kami pun tiba di Tuna Bay. Rupanya kat sini pun ramai mat n minah saleh berjemur. Cuba perhatikan gigi air laut tu, ada bahagian yg cerah dan gelap kan. yang gelap skit tu sebenarnya ada batu karang. yg hijau tu memang jernih giler air nya. tak de sedikit kelodak pun. tak caya cubalah datang sini. Tapi Tuna Bay ni tak de la cantik sangat...ada banyak lagi tempat yg ada batu karang yg cantik-cantik.

Bukit yg nampak tu adalah pulau kecil. geng-geng Pak Tam telan air liur je tengok air laut yg menghijau ni sebab jap lagi nak pi solat Jumaat pulak kat Pulau Kecil tu. So depa terpaksa la sewa taxi boat, RM2 je sebab dekat. Lepas solat baru depa bleh terjun ke laut.

Ni tengah menghirup angin sepoi sepoi bahasa di bawah pokok kelapa. Maklumla kami tak book bilik. Kalau time cuti sekolah dinasihatkan book bilik awal awal. Kalau tak jadilah macam rombongan Cik Kiah ni...berteduh di bawah pokok kelapa je.

Boring lama sangat menunggu geng Pak Tam balik dari solat Jumaat, geng Cik Kiah pun bermandi manda la kat pantai. walau pun panas, airnya tetap dingin. Dah la tu siap ditemani dengan sekumpulan ikan yg comel comel. Padahal air baru separas pinggang. Ada pelancong yg amik kesempatan bagi makan kat ikan ikan ni...seronok tengok ikan ikan ni berebut makanan sampai timbul kat permukaan air.tapi awas ye, ikan ikan kat sini pun pandai bergurau, kadang2 depa ni mengigit juga. rugi betul tak dapat amik gambar ikan ikan ni sebabnya bateri henpon dan tutttttttt......

sebelum balik kami sempat juga merasa kayak. RM 20 sejam. Mak aiii terjerit jerit kita dibuatnya...tak pernah berkayak kat laut. rasa cam nak terbalik je setiap kali ada ombak. Dengan kayak, kita berpeluang tengok corals. tapi kat situ coralnye tak berapa cantik. Jam dah pukul 3...so kami pun naik ke darat...perut pulak berkeroncong...dah la tak bawak makanan. kul 3.30ptg nak kena call speed boat sebab boat last adalah pukul 4 ptg.

(pastikan call boat yg kita naiki 30 minit sebelum masa yg ditetapkan. Untuk pengetahuan, bot2 untuk balik ke Kuala Besut ni bergerak mengikut masa yang telah ditetapkan, tak silapnya 9pg,12 tgh dan 4 ptg).

nak tak nak terpaksa la beli makanan dulu. kami pun singgah ke gerai kecik dan order mee goreng. nak tau berapa harganya? RM8 sepinggan. memandangkan takut duit tak cukup (ye la plan gila gila...tak sangka nak pi perhentian ni nak kena spend banyak duit) ...terpaksa la share sepinggan dua orang.

pukul 4 ptg, kami pun bertolak pulang ke pengkalan Kuala Besut. Untuk makluman, kalau nak ke Perhentian elakkan pergi bulan 10 dan ke atas. ada jugak yg cakap bulan 7 ke atas sebabnya time tu ribut kerap terjadi.

so moral of the story :
1. Kalau nak melancong, kenala plan betul betul, cari maklumat dulu tempat yg nak pergi tu
2. Bawa sedikit bekalan makanan
3. Bawa duit secukupnya

maklumat untuk ke perhentian :

1. Tambang boat : RM 70 seorang pergi dan balik , tiket masuk ke perhentian (marine park) RM5 seorang
2. Bertolak dari rumah seawal pagi sekiranya tidak bermalam
3. Book resort dan bot sebelum ke perhentian terutamanya musim cuti sekolah
4. surf internet atau tanya staf2 bot untuk dapatkan resort atau aktiviti seperti snorkling yg murah. aritu ada yg offer snorkling RM25 termasuk peralatan. Ada gak yg RM4o ringgit. bergantung kepada berapa banyak tempat yg dibawa.



Menyelam di Daratan..Camno tu...????

Sebelum cuti sekolah aritu sempat la bawak adik yang no 4 pi jalan-jalan sekitar KL...salah satu tempatnya ialah Aquaria..ni ler aksi-aksi sewaktu menyelam di Aquaria...mohh kita tengokk...


Sekumpulan geng-geng piranha kat lautan Aquaria tengah beratur nak pi sekolah...tak caya ni piranha?....try le celup lima jari...pastu tengok berapa yg tinggal ekekekeke....


Ini ler rupa anak jerung jinak. Boleh disentuh diusap usap tapi kerana kita ni jenis penakut, kita ajak je anak jerung ni bergambar kui kui kui..ehhh..anak jerung ker anak ikan yu ni...lupo la
pulak...

Adik kita bergambar dengan putera katak kodok yang tengah kontrol ensem...hehehe...Selain haiwan laut, haiwan yang tak hidup dalam laut pun boleh hidup dalam Aquaria ni...

Lepas jalan-jalan kat kawasan haiwan daratan, pi la pulak kat area ikan-ikan...jom menyelammm...blup blup...blup blup. Kita paling suka tengok aquarium bentuk silinder kat belakang adik kita tu...unik gitu!

Ha ni plak menyelam di dasar Aquaria bersama adik kita yg no 4 tu...nasuha namanye....bukan main susah nak snap gambar ikan beso kat belakang kita tu...agaknya ikan ni dah bosan jadi glamer kot. Ikan apa ntah,tapi amat la besar saiznya...

Bergambar bersama cik tuntung...cik tuntung ni kiranya sepupu kepada cik kura-kura la lebih kurang.

Cik hubby di dasar lautan Aquaria. Sedang menunggu sahabat karibnya yang dah bertahun tinggal kat sini...nak tengok gambar best friend cik hubby kita?...Ni dia gambar cik hubby kita yang tengah mengumpat sok sek sok sek dengan best friend dia....

*
*
*
*
*
*
*
*
Uikkss...bisik apa dengan Mr. Jerung tu...ngumpat lerrr tuuu....ish ish ish...bila dok perati-perati macam nak laung azan pun ye jugak...hehehe...

Suka bebenor cik hubby kita curi dengar ikan ikan kat sini bergosip...

Moh kita pi tengok kawasan paya dalam Aquaria ni plak. Tapi kena la lalu kat jambatan kayu ni...ish tiles hitam ni kacau laaa...kalau tak mesti orang dah caya kita n adik pijak jambatan kayu tu...ekceli tu gambar kat dinding...hihihi

Ni sekor lagi ikan yang besar kat dalam Aquaria ni...tapi tak la sebesar ikan yg memula tadi. ikan tadi tu walau pun besar tapi aktif..ikan ni plak jenis yg malas nak bergerak...agaknya tengah buat senaman lari setempat kot...tak pun tengah semput...hmmm

Jeng jeng jengggg....ikan peberet kita....nemo...comel kan kan kan kan....ikan ni pun jenis yg tak reti dok diam...minat punya pasal...kita sanggup snap beribu kali dengan henpon untuk dapatkan pose yang paling cun. ikan ni kecik je..comellnyeeeee. Kalau nak tau, ikan ni bukan setakat warna oren dan putih je..tapi .ada macam macam warna lagi...kalau nak tau,sila la interview abang2 or pakcik2 yg jual ikan hiasan.:)

Mak aiii beraninye dia bukak mulut jerung....sib baik la tu gigi palsu jerung...jerung mana la yg dah hilang gigi palsu ni...cam no la jerung tu nak makan... hmmm

Ish ish ish anak sapa la ni berani sungguh bergambar dengan girangnya di depan gigi ikan jerung ni.hmm...lawa pulak gigi jerung ni...agaknya sebelum jadi arwah, tetiap ari jerung ni gosok gigi palsunye untuk didermakan kepada Aquaria...Ini ler jerung yang sanggup berkorban untuk anak bangsa. semata-mata nak bg anak-anak kita kenal cam mana rupa gigi jerung...sanggup didermakan kepada Aquaria...ish ish ish...

Eh eh.....cam sama la pulak baju adik kita dengan ikan kat dalam aquarium tu...dua dua berbelang...warna pun nak sama...sehati sejiwa gitu hehehe....

aikssss.....ular pun ada kat sini?..siap boleh pegang lagi tu...tapi kan...ape pasal cam kayu jek rupa ular ni....lerrr...memang ular kayu rupanya...kekeke...ni kat kedai cenderahati Aquaria. Tertarik plak tengok ular kayu ni. Masa adik kita tengah posing dengan ular kayu ni, adala sorang mamat ni dok tengok...tersengeh-sengeh dia tengok adik kita bergambar dengan ular tipu. Lepas kami beredar, mamat ni pun amik kesempatan belek-belek ular kayu tu...hihihi teringin jugak gamaknya. Nak amik gambar dengan ular betul kena bayar..so amik gambar dengan ular kayu pun jadi lah..

Ni plak kita n cik hubby bergambar dengan topi anak katak dan anak penyu...cutekan...sib baik lum ada anak, kalau tak mesti melayang duit kat kedai cenderahati ni..

Nasuha, model topi katak yang berusia 21 tahun...sedang menuntut di USM dalam bidang penyelidikan anak anak katak kuikuikui...jangan mareeeeeeee nanti lekas tueeeeee






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...