Followers

Wednesday, April 29, 2009

Contoh Homework Buat Murid-murid Kesayangan

Memandangkan cik hubby kita dah terlelap di atas kusi peberetnye..kita pun mengambil kesempatan ini untuk menyediakan contoh homework buat anak murid kita yg dua orang ni ---->cik mas dan cik ila...(hehehe mmg dua org ni je pengunjung blog cikgu)

1. Letakkan gambar pasangan anda yang paling macho/mengancam.

Tu diaaaa si macho i....
*

*

*

*

*

*


Ni ler gambo cik hubby kita yg paling macho n mengancam...kita pilih gambo ni sebab kita sangat sangat menyukai dan jatuh chenta dengan senyuman manisnyeeee...mengancam bebenor senyuman cik hubby kita time tu...agaknya senyuman cik hubby kita sangat mengancam time ni sebab dapat kawin dengan cikgu Anis yang sememangnya mAnis kah kah kah (sekali sekala rasa nak perasan...i'm sorryyyy)


2. Letakkan gambar anda bersama keluarga/pasangan anda yang paling anda suka tengok.
Ni plak gambar bersama pasangan yg paling kita suka tengok...cam pasangan ideal jek ibarat merpati dua sejoli bertenggek di dalam gua gitu...hehehe...romantik je time ni sebab pusing-pusing pulau langkawi dengan motor boat..kena plak time tu kami berdua je...so bleh la nak posing lebih-lebih skit kat dalam motor boat ni...kalau ada pelancong lain,mesti leceh skit nak bergambo
Yang ni plak mungkin in future punya photo...gambar bersama keluarga yang paling suka tengok..hehe..ada gaya jadi ma n pa tak? (ni kita saje taruk,just nak imagine bergambar dengan suami dan anak-anak huhuhu..)

3. Letakkan apa-apa gambar yg mencuit hati dan tulang rusuk anda. (apa-apa gambar pun tak pe cth cam cik mas dipeluk org utan ke wakakaka)

Ewahhh mengalahkan Badang tu....Badang kalau nak angkat benda berat pun muka mesti berkeriut keriut, cik hubby i,pikul batang pokok besau pun bleh tersengih lagi ...ekceli gambar ni kita dah penah letak dalam blog yg sebelum ni...kita memang geli ati tengok gambar jejaka perasan kuat ni.

so harapnya murid-murid paham ye dengan homework ni...senang je kan...kalau tak paham lagi sila rujuk majalah Laman Seri ye..keskeskes..apa kaitan daaaa

Tuesday, April 28, 2009

My Favourite spot @ home

Tu dia cik mas dah mula bertanya kenapa cik Anis sonyap ajoo..tak der idea nak tulis apa la kak. tapi ari ni angin nak menjawab tag akak dan ila tu udah datang...tapi umah kita ni tak secantik dan sekemas umah cik ila dan cik mas walau pun didakwa penuh dengan sawang mawang...(oleh kerana tiada bukti kukuh,maka mahkamah menetapkan untuk menolak usul cik mas berkenaan rumahnya yg bersawang.)

Tempat paling kerap lepak:



Ehem...tempat peberet ku melepak...aikk sejak bila ada perabot canggih cam ni kat umah aku ni...opsss tersilap gambo la plak ekekkeke....i'm sorryyyyyyyyy...


Haa ni baru betul...ni ler tempat yg paling selalu kita lepak dengan laptop kesayangan...kita tak pakai meja pun. selalunya kita pakai 'gaya bebas' je bila surfing or menaip.penat duduk,baring,lepas baring je terus zzzzz...bukan apa yg suka lepak kat sini, org tua-tua kata sambil nyelam sambil tengok tv hehe...


yang ni plak kusi peberet kita ngan cik hubby kita...fungsi kusi ni ekceli dah macam katil bg cik hubby kita. padanla masa pi beli dulu beriya nak cari kusi yg luas,rupe-rupenya 'ada katil di sebalik kusyen!'...baru tau cik hubby nak jadikan katil no 2 . katil 2 tak paaaaa,istri jgn 2 plak nooo....kadang-kadang tu berebut gak dengan cik hubby tapi selalunya cik hubby kita la conquer kusi ni...tengok le kusyen kecik tu pun tak match warne ngan kusi, purple vs brown..tu pasal kita namakan konsep umah kita ni konsep rojak pasembor:) kusi ni cik hubby kita yg pi beli, tak sangka plak dia pilih yg bunga-bungaan. kita plak suka yg kosong atau yg corak moden.ape pun kita tetap suka,kalau tak de kusi ni makanye pakat bersila la ye....

Ni plak kapet 'geli-geli' aka toto untuk kita lolap tatkala cik hubby zzzz kat kusi peberet dia. kita pun cam cik mas,kekadang tengok tv sampai ke india,london,afrika huhuhu


sudut refleksiologi. Haa jgn tak tau umah kita ni ada sudut refleksiologi. tapi batunya ada satu jek hehehe...satu pun jadilah ek...ini pun cik hubby kita gak yg selalu conquer...kita tukang alih alihkan batu ni je..bosan sini letak sana,bosan sana letak sini...silap ari bulan maunye tangan den jadi berketul ketul cam orang angkat berat!


Ruang makan. Meja kemain panjang tapi tempat yg paling kerap duduk kat bahagian hujung dengan tepinya...dah duduk berdua makanya dua tempat je lah yg laku. kusi lain tu just jadi persinggahan debu-debu Denai Alam...isk isk isk...

Uikss..Lampu tidur ku masuk majalah,cover depan bebbb!!...siap dinobatkan sebagai Model Of The Year plak tu...ekk biar bonarrr...ekekeke...saje jek masukkan gambar ni nak menambahkan koleksi gambar dalam post ni hehehe...

Ni ler spot yg terakhir dan paaaaling kita suka sebabnya ia hasil usaha dan gandingan padu suami isteri yg sangat minat dengan batu batan. Nampak simple tapi nak menyiapkannye mak aiii rasanya inilah yg pertama dan yg terakhir kalinya.ekceli nak susun batu tu senang je, nak ratakan tanah tu yg mencabar minda dan keringat!Pastu nak ngangkat batu tu pun leh tahan 'rrrringannye'..adoii habis sakit satu badan. tu pun lama benor nak menyiapkannye,berpanas berhujan gak la baru siap sepenuhnya. semua jiran pakat dok tanya bila la taman ni nak siap ekekke...kita fokus skit je area ni sebab nak sembunyikan pemandangan yg menyakitkan mata kat belakang pasu bunga berukir tu...pasu kosong tu sampai ke la kita tak tanam apa apa...belum ada seruan untuk bercucuk tanam.

sekian...tamat.

kita nak bagi tugasan kat cik mas dan cik ila :

1. Letakkan gambar pasangan anda yang paling macho/mengancam.
2. Letakkan gambar anda bersama keluarga/pasangan anda yang paling anda suka tengok.
3. Letakkan apa-apa gambar yg mencuit hati dan tulang rusuk anda.
3. Huraikan kenapa anda rasa gambar-gambar tersebut jadi pilihan anda.

selamat menyiapkan homework.Sape tak buat kena denda dengan CiKgU areNiece!

Tuesday, April 21, 2009

Hanimun di Sabah


Bandar KK :


Pemandangan bandar KK di tepi laut
Sebagai memenuhi permintaan jiran kat depan umah kita iaitu cik mas, ari ni kita nak share la beberapa keping gambar masa pi hanimun kat 'oversea'..Sabah negeri di bawah bayu...kekeke .. dah setahun kawin baru sempat nak pi hanimun..ekceli tak banyak tempat pun yg sempat singgah,cumanya pasar filipina tu destinasi yg wajib pergi la...pada sesiapa yg belum pernah sampai sabah, bandar KK ni kiranya tepi laut dan memanjang sebab bahagian tengahnya penuh dengan gunung-ganang.


Dataran Pasar Filipina

Lupa plak nak amik gambar pasar filipina,gambar datarannye aje pun jadi lah ye, sesape yg minat dengan barang perhiasan kristal boleh la singgah kat pasar ni. kalau nak rasa makanan laut seperti ikan bakar boleh le datang ke pasar filipina pada sebelah malam. kita tak sempat nak merasa ikan bakar sebab dok kat hotel yg agak jauh dari bandar KK.

Nexus Resort :


















Selepas bermalam di rumah cousin, kami bermalam plak kat Nexus Resort. Kat resort ni tak plak kita nampak gunung kinabalu,tapi kalau nak tengok laut dialu-alukan datang ke sini. cumanya leceh skit la untuk ke bandar KK sebabnya agak jauh. walau mcm mana pun pihak resort ada sediakan shuttle bus RM24 untuk pergi dan balik...duit lagiii...huhu













Uiii kuatnye diaaaaaa...siap angkat batang pokok sebelah tangan tuuuu....ish ish ish...









Mr. Badang





iyyyyaaaaahhhh........kita saje jek buat latihan angkat berat ni..nanti balik semenanjung nak masuk pertandingan heavy weight Denai Alam..nak lawan cik mas dan cik lina jiran sebelah cik mas hehehe...ila apa lagi,jom la join kitaorg...;)












...............Mrs. Badang
Ni bergambar kat tepi pantai Nexus Resort.


Kaki Gunung Kinabalu :

Bergambar bersama ANAK-ANAK cousin kita kat Mt. Kinabalu Botanical Garden...ni ler tempat pertama yg kami singgah semasa ke kaki gunung kinabalu...jgn ditanya pokok apa yg ada dalam botanical garden tu...nak jimatkan masa dan jimat duit punya pasal so kami just amik gambar je la hehehe...





Fariha,Irdina dan Fauzan memang
teruja bab2 amik gambo ni. Mengalahkan
Mak Long dan Pak Long diaorang!






Ni kita bergambar bersama family cousin yg memang dok kat sabah. Ni kiranya kat kaki Gunung Kinabalu. Malang sekali ari yg kami pi tu,cuaca kat kk tak berapa ok,so tak dapat la kami nak tengok badan dan kepala gunung kinabalu tu dek kerana dilitupi dengan awan dan kabus yang tebal. Frust gak la sebab susah2 datang dari jauh tup-tup tak dapat tengok plak dah.

Model pisang kenit ;)

Ok murid-murid,ini ler buah pisang yg paling kecik yg pernah cikgu jumpa.Kalau tak nampak,sila gunakan kanta pembesar yer...kalau tak nampak jugak tandanyeee...kena beli tiket ke sabah lah kui kui kui...

Resort ape ntah...lupeee daa..

Model Selipar Jepun!

Oppsss....cam ne leh terpakai selipar jepun lak ni...keh keh keh...selipar jepun pun jepun la..at least selipar yg diimport dari jepun maaa....Ni plak curi-curi bergambar kat Strawberry Resort rasanya... eh ye ke...alaa lupa la plak nama resort ni...tapi macam best je resort ni sebab ia menghadap gunung kinabalu. Memang cantik pemandangan kat situ. So sesape yg pi sabah untuk rehat-rehat boleh ler dok kat resort ni. Kalau nak shopping-shopping better dok kat hotel Le Meridian atau hotel-hotel lain di sekitar bandar KK. Opposite hotel Le Meridian ialah pasar filipina.. perjalanan dari bandar KK ke kaki Gunung Kinabalu ni tak silapnya 2jam lebih...Meh tengok next pic.

Aii sorang jee ke..?

Oppsss...Sape la jejaka hensem ni,dok sorang2 plak tu.Nasib baik tak kena ngorat dengan awek sabah...Kat belakang husband kita tu sebenarnya pemandangan sebahagian gunung kinabalu yg dilitupi awan dan kabus...

Ada gaya jadi mama tak?

Irdina dan Fauzan pantang nampak kamera Mak Long mesti terus posing maut. Fariha plak tercicir ntah ke mana.Yang kelakarnya umi dia nak amik gambar tiga beradik ni sikit punya susah sampai kejar keliling resort pun still tak dapat nak snap walau sekeping...peaceeee..

Bergambar bersama 'si dia' dan 'anak pinjam'

Alamak..nak snap gambar pemandangan gunung kinabalu, tersnap sekali gambar jaguh pecut gunung kinabalu kuang kuang kuang...

Airport KK :

sebelum balik semenanjung, kami sempat la jugak join aktiviti scuba diving kat dalam aquarium airport KK ni kekekeke....itu lah kiranya aktiviti terakhir kami kat sabah selama 4 hari. rasa ruginye pi sekejap je...so itu je la yg dapat dikongsi. cik mas pun p sabah jugakkan, tak silapnya hampir satu sabah jiran i ni pi jelajah...kita ni suku sabah pun tak sampai coz pi kejap sangat...huhuhu




Profile Picture Tag

ni homework kedua yg cik mas bg kat CikGu Anis...


1) Letakkan gambar profile anda

2) Terangkan maksud gambar itu

Gambar tu tak der apa2 keterangan pun melainkan ia kelihatan comel dan cute.kita memang suka benda yg comel..sebab kita pun dari spesis yg 'comel' gitu...tak caye tanya cik mas..kuang kuang kuang...


3) Kenapa pilih gambar tu

Err...sebenarnyekan,kita saje jek letak butterfly ni. Ia langsung tak de kaitan dengan diri sendiri...lagi pun kita baru jer mengexplore blogspot ni,so main taruk je apa yg nampak menarik. mungkin gaks jiwa kanak-kanak tu masih menebal,maklumla namanya lagi cikgu sekolah rendah. perangai pun cam budak2 skit....;)

Cik Mas tag CikGu Anis

Ekceli dah lama cik mas tag CikGu Anis,tapi lum sempat nak menjawabnye...rasanya ari ni nak try la jawab. so kita tengok apa hasilnye...harap-harap bukan gambar orang utan dah le...

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Jeng..jeng..jenggggg...Hasilnya ialah :

+

+

+

+

+

+


Oppsss....tandas la plakkkk....ni kiranya jujur tau..tak ngelat...gambar tandas pun tandas la..tapi sib baik tandas ni bersih dan kemas.ekceli tandas ni tandas kat Awana Resort...masa tu pi teman husband meeting kat T'ganu.sib baik la time tu cuti sekolah,boleh le ngikut sekali...best tau hotel ni,lain daripada yg lain...first time le pi hotel yg dalam biliknya ada bath tab..selalunya bath tab kat tempat mandi...ini dalam bilik plak..sib baik lum ada anak,kalau tak gerenti mak berebut dengan anak nak berendam dalam bath tab sambil tengok tv..hehe


Err...soklan no 5 tu cam tak dapat nak buat je...kita ni baru kenal 2 org kawan kat sini. nak tag ila pun rasanya mesti dah pernah buat ni...so len kali je la ye hehehe

Monday, April 20, 2009

Prader Willi..?Ape tuuu??

Ehem, dah lama rasanya tak bercerita tentang anak-anak istimewaku. Tahun ni aku dianugerahkan seramai 29 orang anak istimewa. Yang terbaru berumur 7 tahun dan mengalami Sindrom Prader Willi...

Apo ko bondo la Prader Willi ni ekk...itu le soalan pertama yg bermain-main di kepalaku...cam pernah dengar...cam nama orang pun ye juga. Selepas menerima satu panggilan telefon tentang seorang murid baru yang akan memasuki program pendidikan khas di bawah seliaanku, aku terus mencari maklumat tentang Prader Willi...rupa-rupanya memang betul Prader Willi ni nama 2 orang doktor yang menemui sejenis sindrom yang menyebabkan otak tidak mampu mentafsirkan rasa kenyang pada diri seseorang dan gagal mengawal emosi. Kanak-kanak yang menghidapi sindrom ini kejenye asyik nak makannnnn aje sehingga sampai satu peringkat peti sejuk kat rumah pun kena kunci. Terkedu seketika dibueknyo. Tak sangka ada juga penyakit macam ni. Kanak-kanak prader willi ni mempunyai tubuh badan yang agak gempal dan mudah mendapat penyakit seperti penyakit jantung dan masalah-masalah lain.

Setelah bertentang mata dengan muridku yang baru ni, rasanya cam ada maklumat tentang sindrom ni yang Dr. Prader dan Dr. Willi lupa nak kaji kot (ke aku yg terlepas pandang). Sindrom cenderung banyak cakap dan mudah perasan. Pada hari pertama belajar di sekolah barunya, Amira kelihatan agak sugul dan tidak mempunyai kawan. Lantas aku memperkenalkan Amira pada kawan-kawan istimewanya. Beberapa orang murid memuji kecomelan Amira. Tanpa disangka-sangka Amira bangun dan berkata dengan penuh gaya perasan: "Memanglah saya comel! Tambah-tambah bila saya pakai baju baru, saya akan kelihatan sangat comel!"...Aduhhh perasaAnnnnye anakku yang satu ni. Kalau nak tau Amira ni tersangatlah banyak cakap,tak pernah berhenti bertanya itu dan ini. Bila ditanya kenapa kamu pindah ke sekolah ni. Sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang rongak dia menjawab..."sebab saya banyak cakaplah saya kena pindah sekolah"...dalam hati ku berkata perlahan.."tahu tak pe..."
Walau macam mana pun Amira sangat pandai mengambil hati cikgu terutamanya bila ada kaitan dengan bab MAKAN!
Amira : Cikgu,saya tak bawa duit hari ni?Macam mana saya nak makan?
Cikgu : Tak pe, pinjam duit cikgu dulu ye.
Amira : Cikgu ada duit ye? (muka mula berseri-seri)
Cikgu : Mestilah ada
Amira : Eee.... saya saaaaaaaaaaaayang cikgu anis (sambil memeluk cikgu dengan erat dan manja)
Cikgu : (sayangg?sayang ada makna tuuuuuu)
Amira : Cikgu, saya nak beli nasi lemak,air milo,karipap,bla..bla..bla (amira mula buat list)
Cikgu : Dah agak dahhhhhhh...

Tobattt..Len Kali Ceq Tak Buat Dah....

Hari ini tiba-tiba je aku teringin nak bercerita tentang kenakalan pada zaman sekolah menengah yg dah lama ku tinggalkan. Oppss sebelum tu nak inform le ,aku ni bukanla kategori pelajar nakal,tapi suka mengusik kawan-kawan...terutamanya yg lemah lembut. sebelum tu nak kkabo la, sekolah aku tu sekolah perempuan.memang susah bebeno le nak jumpa mamat hensem. ustaz dan cikgu lelaki yg beberapa kerat tu pun dah berumur semuanya.memang tak leh dijadikan pencuci mata. So kalau nampak je mamat yg kategori 'boleh la tahan' pun rasa kegatalan untuk kontrol ayu pun mula menjadi-menjadi (kecuali aku la hihihi).Perasaan untuk dicintai dan menyintai pun mula berputik. Disebabkan itu,maka tersebutlah kisah...

Pada suatu hari yang cerah,murid-murid tingkatan 2-1 sibuk bercerita itu dan ini memandangkan semua cikgu terlibat dengan mesyuarat. Tiba-tiba aku terdengar satu suara halus memanggil-manggil namaku seraya mengajak aku duduk disisinya..
S : Anis,awak pernah bercinta tak?
Anis :Err...tak pernah..
S : Hmm...rasa macam mana ye kalau ada org lelaki suka kat kita
Anis : Err...entahlah..best la kot. Kenapa S tanya?
S : Tak ada ape. Cuma teringin cam nak ada pakwe je(sambil tersenyum malu)

Entah macam mana terus datang idea nakal ku. Setelah kembali ke tempat dudukku,aku mula mengarang surat cinta...jiwang karat gitu (1st time karang surat chenta)...pastu siap berpakat dengan beberapa orang kawan yg lain untuk tulis surat tu memandangkan S mengenali tulisan aku. Aku dengan semangat yg berkobar-kobar terus ke pejabat pos. Aku dapat membayangkan wajah ceria S apabila surat cinta tu sampai ke rumahnya. 3 hari berikutnya S datang ke sekolah dengan wajah yang muram dan sugul. Jika diikutkan kebiasaan, surat tu sepatutnya dah sampai ke tangan S. Seharusnya dia menyampaikan berita gembira pada aku. Tapi lain yang aku harapkan, lain pula yang terjadi. Menurut S dia telah menerima sepucuk surat dari seseorang...(ahaa surat tu memang tak sesat rupanya). Malangnya surat tersebut sampai ke tangan ayahnya. S telah dimarahi dengan teruk. Tanpa mendengar sebarang penjelasan daripada S, ayahnya terus menampar pipi S di depan adik-adiknya. Zappp! terasa seolah-olah pipiku yang dibelasah oleh ayah S. Aku mendengar setiap rintihan S dengan penuh seram sejuk (..apa aku nak buat ni,mengaku??ohhh tidakkk..). S menangis tersedu-sedan! Aku dah jadi tak keruan. Serta merta aku mengadakan mesyuarat terggempar di kalangan ahli-ahli komplot amatur. Semua ahli komplot terkejut dengan cerita dan tindakan ayah S. Macam-macam pandangan dan idea dibahas demi untuk memperbetulkan keadaan. Setelah hampir setengah jam bersidang, aku dan ahli komplot amatur mengambil keputusan untuk memohon maaf dan membuat pengakuan kepada S. Kami juga bersedia membersihkan semula nama S pada mata ayahnya..(tapi cam no...ayah S garanggg!!!takuttt..).
Aku n ahli komplot dengan muka satu sen mengadap S dan menceritakan hal sebenar. S menangis teresak-esak kerana gurauan kami telah menyebabkan dia dimarahi. Aku dengan machonya sanggup bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada ayah S (memang patut le,sbb aku le pencetusnya). Selepas mendapat nombor telefon ayah S,aku dan ahli komplot segera ke public phone.Semua tercegat membisu.kau tengok aku, aku tengok kau,tiba-tiba perasaan macho tu dah hilang ditelan rasa kecut perut membayangkan ayah S yang garang. Akhirnya kami tak jadi call ayah S. Aku dengan muka tebal 10 inci teresak-esak memohon maaf pada S kerana tak mampu menghubungi ayahnya. Melihatkan aku dan ahli komplot tersedu-sedu menangis, S tiba-tiba tersenyum. Aku jadi pelik..

S : Anis, saya mintak maaf. Sebenarnya Anis dan kawan-kawan dah kena tipu dengan saya. Saya dah tahu sebenarnya korang semua yang tulis surat tu. So saya pun dapat idea untuk kenakan awak semua. (terbeliak mato den mendengarnye)
Anis : Err...betul ke ni S?So betul la awak tak kena tampar dengan ayah awak ye?
S mengangguk dan senyum meleret. Terduduk den dibueknyo. Fuh legaaaaa.....tak sangka aku dikenakan oleh orang yang sepatutnya terkena...hampehhh..tapi ape pun...tobattttttt len kali ceq janji tak buat dahhh....huhuhu

moral : Haa len kali jgn dok pekena org yang lemah lembut,karang diri sendiri yang meraung. Peristiwa ni benar-benar meninggalkan kesan pada diri aku. Sampai ke la ni aku dah tak berani usik kawan...huhuhu insafff.

Friday, April 17, 2009

Aku yang bersalah...

Pertengahan november lepas,hidup aku bertambah ceria dengan kehadiran baby yg cute kat rumah aku ni. Masuk bulan april genaplah 4 bulan umur baby ku yang comel lotey nih. kalau dulu,aku just bawak dia ronda-ronda sekitar Denai Alam dan Bukit Subang (itu pun selepas ku pandang kiri kanan,malu kalau jiran nampak aku bersama baby), sekarang ni dia dah ku bawa makan angin sampai ke shah alam,aku dah tak peduli apa orang akan kata bila aku bersamanya. takkan la nak biarkan dia memerap kat rumah je, sekali sekala biar dia rasa plak angin shah alam,teringin jugak nak bawak jumpa atuk dan neneknya kat kota bharu,tapi risau plak takut baby meragam bila berjalan jauh...
jan lepas aku bawak baby buat medical check up, alhamdulillah dia sihat wal afiat,tapi biasalah mana ada benda free skrg ni kan, melayang jugak lah duit dalam rm dua ratus lebih...tak pe,sayang punya pasal,rela ku berhabis untukmu sayang. memula dulu,rasa keliru jugak untuk buat keputusan memilih baby,tapi sekarang ni rasa sayang sangat2,ke mana saja langkah ku,baby mesti kubawa bersama.terasa sempit dan sukar plak andai ke mana-mana tanpa baby...baby benar-benar membuat hidupku terhibur.
namun pada march lepas berlaku satu tragedi yg tak mampu aku memaafkan diriku sendiri. aku dengan tidak sengaja telah mencederakan baby! cedera yang meninggalkan parut yang agak jelas kelihatan pada wajahnya.memandangkan kos pembedahan plastik agak tinggi buatku,maka buat masa ini kubiarkan saja wajahnya begitu,setiap kali aku terpandangkan parutnya,hati ini tak pernah berhenti memarahi diri sendiri.maaf untuk kesekian kalinya..dek kerana aku tertekan pedal minyak,babyku telah terlanggar divider jalan.adussss kesiannya babyku yg bernama VIVA...huhu
ni ler rupa Viva ku selepas terlanggar divider.dah la berapa bulan tak mandi,dagu plak bercalar,keciannnn dia.

Dari pandangan jauh Vivaku masih tetap anggun dan menawan..pakai botox ke Viva aku ni ??!!

Ditiup Semangat

Hehehe...semangat apa tu? ekceli aku ni baru terkena tiupan semangat menulis blog yg pernah terkubur beberapa menjak...seronok plak tengok blog cik mas (jiran depan umah;)) .dah banyak kali cik mas dok pujuk jiran dia ni (aku la tu) sambung tulis blog,tapi entah la semangat yg dulunya membara tu tiba-tiba je padam...mungkin jugak sebab sibuk dgn keje. maklum le sejak berani bawak kete ni,asyik lambat je balik ke rumah. mengalahkan orang keje kat ofis..ape pun terima kasih pada cik mas atas dorongan yg diberikan...cumanya tak tau la semangat ni bertahan selama mana ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...