


Dari hati ke hati ^_^









Hari ni ramai betul orang kat rumah tok ayah n tok mi firas. Tetiba jer terasa macam nak buat persediaan kenduri kawin kekdahnya kikiki.
Ketung sana ketung sini......bingit betul telinga. Tapi cikgu sukeeeeerr hihihi.
Mungkin hampir dua tahun duk brunei, sunyi sepi , bila suasana riuh rendah mcm ni hati rasa seronok pulak.
Actually rumah umi cikgu ni tgh di reno. Umi cikgu dah lama pasang hajat nak buh awning. Tiap kali hujan, habis tangga basah. Lepas ni tak der la basah2 lagi.Rumah pun redup jer. Sukeeeeeee......Plan asal nak buat awning kat bahagian tangga jer, tp atas nasihat kontraktor kalau nak betul2 cantik kena tambah situ sini. Last2 hampir seluruh bahagian rumah pasang awning ala pergola tu hehehehe
Cantekkkkk sangat. Terliur cikgu nak buat kat rumah sendiri. Hurmmmm kena la menabung sepenuh hati hohoho....
Amik dengan kontraktor mmg la upahnya tinggi skit tp berbaloi. Hasil kerjanya kemas dan menarik. Tak sakit kepala tuan rumah nak pk beli barang atau nak reka2 design. Orang kelate kata, tak ' ccongek ekor' hihihi
Selain buh awning, umi cikgu mintak buat taman mini sekali. Yang ni special utk cucus tok mi n tok ayah sbbnya ada kolam ikan.
Tak tahulah ikan ke cucu cucu tok mi yang akan berenang dlm kolam tu keh keh keh.......silap ari bulan, mama firas pulak berenang ala penyu pergi melancong koh koh koh. Maklum ler cucus tok mi ni semuanya jenis tak reti dok diam. Ada jer projek meganya.
Ish cikgu memang tak sabar nak tengok awning, kolam, lantai dan taman mini ni siap.
Hurmmm rumah dah cantik, tp pagar jer yg tak der.
Serba salah nak buat pagar. Rumah umi cikgu sebelah masjid jer, tiap kali jumaat mesti org datang park keta kat laman rumah.
Kalau buat pagar tentu org segan dah nak letak keta. Maka sebab tu la projek buat pagar ditangguh dulu. Kita pagar dengan ayat quran lah, lagi power kan kan kannnn......^_^