Followers

Saturday, March 9, 2013

Kejutan Sempena Anniversary Cikgu Yang ke-5

Assalamualaikum....

 Jenuh nak kecikkan gambar ni tapi tak berubah jugak saiznya....huhuhu

Detik jam 11.43 malam, 9 Mac 2013 hati baru terasa nak buat entry anniversary yang paling tak berseri.
Cam mana nak berseri kalau putera kayangan di tempat lain, puteri kayangan pulak kat tempat lain.
Hurmmm sudahnya anniversary kali ni dua dua pakat gigit jari ajer ler hohoho....

Biasanya kalau sambut anniversary paling cikai pun kami keluar makan kat luar.
Tapi kali ni si putera kayangan panjat bukit, si puteri kayangan panjat Tesco hahaha.
Itu ler kejutan/ suprise utk anniversary cikgu kali ni hihihi.
Masa putera kayangan balik ke malaysia ari tu sempat gak la cikgu bagi hadiah.
Ala neck tie jer pun. Kira hadiah anniversary la tu ye bang hehehe...

Moga kekal hingga ke syurga.... ^_^

 
Hasil perkongsian hidup selama 5 tahun......... cikgu, putera kayangan, imam muda dan errr kucing peliharaan cikgu yang suka bergaya ngalahkan tuan kucing.....korang ada kucing macam ni? hehehhee......siap bawak pedang lagi tau
 

 


Thursday, March 7, 2013

Dah Tuakah?

Assalamualaikum....

Sape yg singgah sini orang kelantan sila angkat dagu hihihi....
Tadikan cikgu pi pasaraya pantai timur.
Orang kelate mesti tau punyalah pasaraya ni sbb dah lama bertapak kat sini.
Kalau dulu2 memang pasaraya tu yg femes amous la di kota bharu.
Sekarang ni dah kalah dgn KBMall....

Petang tadi ntah mcmana tersinggah kat pasaraya tu.
Niat dihati nak pi beli vitagen dan sedikit barang dapur.
Tapi kaki ni termelencong plak ke tempat lain kikiki
Biasala kannnnnn ....pompuan hihi
Tapi cikgu melencong ke tempat mainan budak2 jer. Nak pi cari kapal terbang utk firas.

Naik setingkat, nampak baju budak....fuh lega tak payah panjat tinggi2.
Yerla pasaraya lama, mana ada eskulator atau lif.
Intai2....erkkk takderla pulak toys.....
Tak per, gigih kupanjat lagi tangga ke tingkat seterusnya......aihhh tak der juga.....
Pastu baru perasan papan info tulis toys tingkat 4, yg paling atas sekali tuuuuu.......hadehhhhh
Dahla dukung si firas.........nak kansel, rasa sia2 ...
Terusla jugak ........sampai bergoyang kepala lutut ni haaa...
Sempuuuuttttttt kak jemah oiii

Lagi nak semput sbb mainan yg dicari tu takder la pulak...
Alahaiiii nasibbb nasibbbbb....
Dan dan tu jugak perasan....
Ohhhhh dah tua rupanya aku ni hohohohooooo




Tuesday, March 5, 2013

Kisah Ayam Goreng Berempah Musang Berjanggut ^_^

Assalamualaikum....

Hari ni cikgu nak sambut adik yg bakal bersalin dengan ayam goreng berempah.
Amik resepi kat myresepi jer....
Dah pernah buat sekali, ayahanda puji sedap.
Putera kayangan balik kejap jer aritu, tak sempat la nak buat .

Masa duk siapkan bahan2 tu, si kecik pun sibuk nak tolong kacau.
So cikgu pun tumbuk ler rempah2 dalam lesung batu depan si imam muda tu.
Dia siap baring kat lantai dapur. Kusyuk betul duk tengok mama dia ni menumbuk rempah.
Dah siap tumbuk, cikgu biarkan aje lesung batu dan rempah tu kat situ.
Kot2la firas nak try tumbuk.
Cikgu pun pi ler siapkan bahan lain.
Tengah asyik duk potong bahan2 lain, tiba2 telinga cikgu dengar mcm ada  beras tumpah.
Elok jer cikgu pusingkan badan nak tengok apa yg jadi,  doktor firas dah selamat tuang beras dalam rempah ribu tu.....huwaaaaaa
Alahaiiii anak mama, nak cepat jadi lambat.
Grrrrrrrrrr geram betul. Mujur la beras tu cikit jer.
Cikgu tapis tp still kena asingkan dgn cara manual jugak sbb rempah tu ada yg masih kasar.
Masa tu mmg rasa nak marah sgt dengan doktor muda yg suka buat eksperimen tu.
Tapi tetiba jer teringat cerita MUsang Berjanggut hihi.
Dlm cerita tu kan anak raja pi cari calon isteri. Sape2 yg sanggup asingkan rempah yg bercampur tu, anak sultan tu akan masuk meminang.
Sambil2 duk asingkan beras, terus ler cikgu berangan kejap mcm dlm cerita tu....kikiki
Pastukan tengah syiok2 berangan anak raja dtg meminang cikgu............ opssss muncul wajah putera kayangan yg hensem kat brunei nun sambil cekak pinggang dan gerak2 jari telunjuk dgn kepala geleng2.....no...no...no...
Hahaha.......maappppp bang, berangan ala2 berlakon gitu.
Putera kayangan hamba tetap di hati.
Tak der siapa yg boleh ganti hihihi....

Monday, March 4, 2013

Ops Lahad Datu

Assalamualaikum

Aduhaiii susah hatinya cikgu mengenangkan nasib pahlawan negara dan rakyat sabah terutamanya kawan2 yg mmg tinggal kat sana.
Tetiba hati ni rasa nak marah jer dgn org filipina.
Marah pd yg jahat2 tu ler.....yg baik2 tu tak la.

Ni pun tgh duk tengok liputan secara langsung ttg ops lahad datu kat tv3.
Rasa lega sikit bila tentera pun dah mula bertindak.
Jet pejuang pun dah berlegar2 di udara.
Katanya dah ada serangan berlaku.
Harapnya ramailah musuh yg terkorban.
Degil sangat, org ajak berbincang elok2 tak mau.

Semoga allah bantu pejuang2 kita....permudahkanlah urusan mereka mematahkan tindak balas penceroboh2 ni.... aminnn

Bagaikan Pungguk Rindukan Bulan

Assalamualaikum...

Orang kata suami isteri jarang2 sekali elok juga berjauhan.
Bila duk jauh ni rindu-rinduan  mcm orang tengah mabuk bercinta jer kekdahnya kikiki
Setiap masa duk pk ttg dia....jari pun rajin ler skit sms bertanya mcm2...
Bila dah jumpa sedih pulak nak berpisah huhuhu....







Sunday, March 3, 2013

Beg Hilang di Airport, Apa Nak Buat?

Assalamualaikum

Aduh xsempat nak update blog dan ziarah blog kawan2....
Tengah sibuk berjimba2 dengan putera kayangan kat singapore ni.
Sedihnya esok kami akan terpisah lagi huhuhu...
Monyok aje wajah putera kesayangan hamba....semonyok hati  permaisuri sa'adong dan putera keciknya huhuhu
Beratnya hati nak berjauhan dgn dia.....huhuhu

Sori la yer ayat pembuka xde kena mengena dengan tajuk hihihi
Ingat lg tak kisah beg cikgu hilang lagi kat airport? Kali ni beg tu hilang kat airport Changi, singapore. Kebetulan kami mmg agak lambat pi amik beg gara2 cikgu sakit perut....ceri beri ler pulekkkk....
Elok sampai kat tempat amik beg, cikgu nampak la ada sorang kak jemah ni duk kumpul beg dia. Ada 3 biji semuanya. Salah satu nya nak sama mcm beg cikgu punya. Cikgu mcm teragak2 nak pi tanya betul ke itu beg dia sbbnya cikgu pun ingat2 lupa rupa beg  cikgu tu hahaha. Maklum ler beg baru beli dan pestaim pakai, so xberapa nak ingat rupa beg tu mcmana kui kui kui.

Tunggu punya tunggu, beg cikgu tak muncul2.  hati dah rasa tak sedap. Adoiiiii kacau daun betul la! Baru nak happy2, tetiba dah jadi mcm ni plak. Susah hati xyah cakap la. Nak pakai apa la kalau beg tu hilang terus.

So apa yg cikgu buat ialah segera buat report  kat bahagian Lost And Found. Mujur ler dekat jer. Lepas bla bla bla dgn adik Jemah kat situ, cikgu disuruh isi borang report kehilangan beg. Masa duk isi tu ler baru teringat cincin kawin ada dalam beg baju tu. Terlupa nak keluarkan dari beg. Alahaiiii lagi la sedih. Dah ler cincin kawin yg  yg sebelum ni kena curi.......jgn la cincin yg baru ni hilang jugak huk huk huk....

Waktu cikgu isi borang, adik Jemah tu  duk contact sana sini utk bantu cari beg cikgu.. malangnya xditemui. Cikgu bgtau adik Jemah tu  cikgu ada ternampak sorang kak Jemah ni amik beg yg sama mcm cikgu punya. Lepas tu adik Jemah tu ajak pi tengok sekali lagi kat tempat beg tu. Memang tak der, yg ada sebiji beg yg bentuk dan saiznya sama mcm beg cikgu. Beg tu mmg dari tadi tak bertuan. Hati cikgu  terasa mmg kak Jemah tu tersilap amik beg cikgu dah.

Adik jemah tu bgtau kat cikgu pihak airport aakan terus hantar beg pakaian cikgu tu ke hotel if dah jumpa. Hurmmmm makanya pasrahla cikgu dgn segala kemungkinan. Dahla baju yg cikgu pakai ke singapore tu cikgu dah pakai malam sbelumnya.......hohoho.....haippp jgn gelak! Psssssttt baju cikgu limited....so terpaksa la buat cenggitu....lagipun pakai kejap sgt......masih wangiiiii hihihi

Lepas balik ronda2 cuci mata sekitar orchard road, pihak hotel bagi tau beg cikgu dah selamat. Legaaaaaa tak leh cakap. Tengok jer beg tu memang betul la beg tu yg cikgu nampak. Mmg sah2 la sangkaan cikgu kak jemah tu yang terambik. Alhamdulillah semuanya ada termasuk cincin kawin. Makanya dapat ler cikgu berjimba2 dgn hati yg bermunge munge. En asben pun lega gamaknya wallet dia tak kopak membeli baju baru untuk permaisuri hati yg sorang ni hihihi....opsss termasuk ler baju putera kecik.
Alhamdulillahhhhh..

Moralnya lepas ni cikgu nak letak tag nama or apa2 tanda pengenalan kat beg baju. Yg kedua, tak payah malu2 nak pi tanya or siasat if ternampak ada org amik beg yg sama mcm beg kita. Biar muka tebal, asal beg dan harta benda kita selamat!

Friday, March 1, 2013

Beg Pakaian Cikgu Hilang Lagi Di Airport!

Assalamualaikum

Alahaiii baru nak bergumbira dengan putera kayangan dan imam muda kecik, tup tup berlaku pulak kes haru biru.

Beg cikgu hilang lagi kat airport!
Ni kali kedua hokayyy.
Dulu berlaku kat kg.
Ni kat negara jiran la pulak.
Nak nangessss huwaaaa opsss opssss pikir positif yer cikgu anis.
Awak tu belum btul2 sihat!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...