Followers

Wednesday, January 2, 2013

Tips Keselamatan : Mangga Rumah Terhangat Di Pasaran!


Sekarang ni banyk betul rumah dimasuki pencuri kan. Macam2 alat keselamatan dah kita guna, tapi masih jugak kena ceroboh. Jiran belakang rumah cikgu dulu siap pencuri tu angkat pagar lagi. Balik2 jer tengok pintu rumah dah ternganga, barang kemas habis lesap. Namanya pun pencuri kan. letak la mangga rumah sebesar penumbuk sekali pun, ada saje caranya pencuri2 ni nak pecahkan.Eeee jahat sungguh

Ni ada satu mangga rumah yang cikgu nak share dengan korang. Nak kata bagus sangat tu tak tau lah, kena cuba baru tau. Tapi sangatlah hangat di pasaran. Tip top gitu........Jom pakat cari mangga rumah jenis ni dan pasangkan kat rumah kita, mana tahu kot2 memang berkesan.......gigit jari ler pencuri2 lepas ni hohoho

*

*

*

*

*

*

*

*



jeng jeng jengggggggggggggg inilah mangga pagar rumah yg terhangat di pasaran.............keh keh keh..........jangan mareeeeeeeeeeeee, nanti cepat tuaaaaaaa
hehehe

mesti pencuri2 termenung jer tengok mangga jenis baru ni hehehehe..........silap aribulan siap berkampung depan pagar rumah makan mangga cicah kicap hohoho

Tips Hantar Anak Yang Baru Mula Sekolah Tanpa Menangis

Assalamualaikum....


Ni ada sedikit rahsia yg cikgu nak kongsi tentang bagaimana hantar anak pertama kali ke sekolah dengan jayanya. Atau dengan kata mudah, anak tak menangis tak meraung. Tips ni kawan cikgu yg bagi. Seorang ayah tau, bukan dari seorang ibu. Terima kasih kepada Syeikh Kyairder Syamzarey, moga boleh bantu parents yang ada masalah anak tak nak pergi sekolah.

1) antara anda dgn isteri anda..siapa yg paling rapat dgn anak2?? maknanya anak susah nk berpisah..kebiasaannya adalah ibu..jadi..jgn bawak isteri anda semasa menghantar anak ke sekolah..krn mereka akn menangis krn xnak berpisah.

2) belikan peralatan2 sekolah spt beg skolah atau sbgnya dgn watak kartun yg mereka minati cth..Ben 10..Upin Ipin..selami minat awal mereka..didik dan pupuk semangat mereka utk ke sekolah brsama2 dgn barang2 milik peribadi mereka.

3) berikan persediaan pembelajaran secukupnya di peringkat awal semasa dirumah. ini adalah kerana..apabila mereka menjejaki kaki sekolah..apabila guru2 atau ustazah mengajar mereka ttg pembelajaran normal utk pelajar2 baru spt mereka..minda mereka telah tersedia utk menerima ilmu samada ilmu tersebut telah dipelajari dirumah atau ilmu2 baru yg akan diajar oleh guru mereka. tips ini berdasarkn pengalaman sy semasa abah mndidik sy semaca kecil dulu. tips ini adalah utk keselesaan minda mereka utk mengeksploitasi ilmu2 baru.

4) Banyakkan berkomunikasi sepanjang perjalanan ke sekolah..ceritakan kpd mereka ttg keseronokan menuntut ilmu..ceritakan kpd mereka apa akibat2 jika malas menuntut ilmu.. andai sepanjang perjalanan terjumpa contoh2 spt pengutip2 sampah..atau contoh2 lain orang2 yg gagal dlm hidup mereka..ceritakan kpd mereka dr segi POSITIF..BUKAN dgn niat utk menghina insan2 yg kurang bernasib baik tersebut..cth : "abg nmpk x org berjalan dlm hujan sambil kutip sampah dlm tong sampah?? abg nk jadi mcm tuh?? klu nk jadi mcm tuh.. jgn belajar..jgn pi skolah, duk rumah tido lg baik. Nanti besar2 esok bleh jd kutip smpah..NAK?? " << ayat ini adalah konsep motivasi secara provokasi..sy guna utk mndidik adik2 dan anak2 sy...sy pelajari drpd arwah che' dan juga ummi dan abah sy..Alhamdulillah..ianya telah terbukti berjaya..ilmu2 ini akn sy praktikkan smpai bila2....

5) Jangan ditabur mereka dgn ganjaran duit atau upah brbentuk makanan jika mereka ke skolah..didik dan semai kan pemikiran mereka dgn kehidupan berlandaskan Islam utk masa hadapan..jadikan spt resam air di gua yg menitik lalu mengubah bentuk batu..walau sekeras mana batu trsebut.jika dititik secara berterusan..ianya berjaya diubah... cth: "Abg duk kt skolah hari ni..jangan nangis2..jgn malas2 utk belajar..nnt bila dh pandai nnt bleh ajar adik2 pulak..abg kan orang cerdik..nnt bleh jd supo walid...nak? "

6) Apabila sampainya disekolah..tempatkan mereka ditempat duduk mereka yg sesuai..tanya anak dia selesa duduk kt mana..seelok2nya letakkan dibarisan hadapan sekali..krn ilmu yg paling berkat utk diperolehi adalah pelajar yg duduk dibarisan hadapan skali..Bisikkan dgn perlahan ditelinga mereka.."Abg belajar rajin2 ye..ikut apa yg cikgu suruh..anak walid kn pandai..walid nk pegi keje.. nk cari duit utk beli susu n  nak jaga abg,kakak serta adik..nnt lps abg abis skolah walid akan dtg amik ye..kalau walid smpai lambat..abg jgn keluar ke mana2..duk dlm kelas ni jer..ajak kakak duk dgn abg skali ..main sama2 dlm kelas smpai walid dtg  amik abg ngn kakak ye."

7) selepas tamat waktu persekolahan..semasa dlm perjalanan balik..tanya mereka apa yg mereka belajar ari nih..bg kata2 semangat...puji mereka..knapa kita sbg ibubapa suh mereka g skolah...hidupkan suasana pembelajaran semasa didalam perjalanan balik..cth..suh diorg ulanglakon semula apa yg diorg blajar hari ni..
bagi kata2 semangat..."esok kita akan pi skolah lagi ye...best kan pi skolah..."

8) masa hantar anak g skolah td..sy x tinggalkan duit pun wlupun 10sen... sbb sblum pegi skolah..dh pastikan mereka makan secukupnya..semasa diorg rehat.. cikgu dh sediakan makanan utk mereka..sy xmahu anak2 sy dididik dgn upah dan mata duitan..jika diorg mintak duit..sy akn tanya.. "mintak duit utk apa? nk beli coklat? nk beli keropok?? x elok selalu makan coklat dan keropok..nnt gigi rosak..kadang2 tak per la. kalau terliur sgt..nnt walid belikan...kita mkn sama2 ye..?"  utk simpanan tabung..duit lain yg akn kita bg..didik mereka utk menabung sejak kecil...cth lebihan duit2 syiling didlm poket sluar..bg kt mereka utk dimasukkn didlm tabung masing2..

9) didiklah anak2 dan berbicaralah dgn mereka spt kawan2...downgrade level pertuturan kita supaya mereka selesa utk berkongsi kisah hidup mereka yg penuh dgn fantasi..jangan sesekali kedekut utk mngucup dan mngucapkn tahniah diatas tindakan2 mereka yg bleh dijadikan teladan utk adik2 dan diri dia sdiri.
Sekian dulu..perkongsian drpd sy.."Tips bagaimana mendidik anak2 utk menjadi anak2 pintar berlandaskan Islam"...dr Syeikh Kyairder
Syamzarey a.k.a "Abu Izzuddin"

PENTING!! Hati-hati Dengan Sebarang Link di Facebook- MUST READ!!

Assalamualaikum...

Hari ni cikgu ada nak share satu kisah benar yg berlaku pada kawan cikgu beberapa hari lepas. Harap dapat la korang luangkan masa baca  benda ni  sebab ianya SANGAT PENTING!! Ia nya berkaitan dengan FACEBOOK dan juga KAD KREDIT.

Semalam kawan cikgu duk buat announcement dia dah buka akaun baru dan suh unfriend fb dia yang lama. Bila cikgu tanya kenapa, maka terkejut bosar lah cikgu dengan kejahatan manusia pada zaman teknologi serba canggih ni.

Katanya dia terima mesej dari sepupu kat fb. Dalam mesej tu sepupu dia tanya nak tengok tak gambar eksiden kawan dia dan tolong komen katanya. Kalau nak, sila klik kat link pada mesej tu. Kawan cikgu pun klik la link tu sebab teringin nak tengok. Bila dah klik dan varify tup tup tak leh bukak pulak gambarnya. Tak lama selepas tu bank pun hantar sms mengatakan kad kreditnya telah dicaj sebanyak beberapa ratus pound sterling. Terkejut 'blue hippo' la member. Dia terus call bank untuk cancel kan kad. Sepupu dia plak tak tahu menahu tentang mesej tu. Maknanya hackers punya kerja la tu!

Kata member cikgu lagi hackers tu siap amik alih facebook dia . Dia sampai tak bleh access langsung fb tu. Hacker tu pulak akan pilih kawan2 dalam friend list fb tu untuk kenakan orang lain pulak. So kawan2 tolong hati-hati bila nak klik apa2 link dan jgn cepat2 nak verify. Kalau yg hantar link tu orang yg dikenali sekali pun, tolong sms balik kat kawan tu utk make sure link tu bukan dihantar oleh mana2 hackers. Kompem kan betul2. Kalau link tu dihantar oleh orang yg tak dikenali, baik tok sah la jari tu duk tekan link tu. Biarlah di offer sejuta pound sterling sekali pun, tok sah la tekan. 

Selain tu, lebih baik korang elakkan declare orang ni sepupu ke/kakak ke/abang ke/ suami ke atau sape2 lah kat dalam fb. Kan kita boleh buat list family apa semua tu kan kat dalam fb. Haa sila elakkan. Hackers mungkin akan guna maklumat tu utk kenakan sedara mara/adik beradik kita. Well sedara mara/adik beradik tentu lah kita yakin dengan mesej diaorang kan. Tau2 kita dah terkena...............ohhh tipah tertipu rupanya!

Cikgu tanya lagi kat member, camno plak hackers tu bleh tau maklumat kad kredit dia. Yg tu dia pun tak tau nak cakap, tapi dia kata asben dia pernah beli software secara online. Mungkin dari situ hackers tu dapat maklumat kad kredit dia. So sekali lagi hati2 beli barangan online nak2 yg luar negara.

So waspadalah yer kawan2 dan sedara mara. Tak kiralah ada kad kredit ke tak der ker..............orang kalau dah berniat jahat, ada ajer taktik tak senonoh yg diaorang nak pakai....Wallahua'lam

Tuesday, January 1, 2013

Alhamdulillah.... ^_^


Assalamualaikum :)

Dah berapa kali agaknya kita ucap alhamdulillah pagi ni?
celik2 mata tadi ucap tak alhamdulillah ?
perut dah kenyang dengan roti dan susu, ucap tak alhamdulillah?
sampai ke tempat kerja dengan selamat, ucap tak alhamdulillah?

kalau belum, ucap la alhamdulillah selepas baca entry ni hehehehe



















Budak Lelaki Umur 13 Tahun Merogol Wanita?


MasyaAllah terkejut cikgu baca status kawan kat fb kejap tadi. Tak sangka tanah airku dah makin tak aman.
Katanya budak lelaki umur 13 tahun dah berani nak rogol wanita berbangsa cina kat dalam toilet stesen minyak shell (Jalan Munshi Abdullah). Dan yang paling sedihnya budak tu beragama islam. Apa nak jadi dengan moral manusia sekarang ni haaa. Memalukan agama jer! Berhati2 la kaum hawa ye, tak kira usia tetap kena waspada.

Kata mangsa peristiwa tu berlaku masa dia nak keluar dari tandas. Tiba2 jer budak lelaki tu tolak dia masuk semula ke dalam tandas. Mujur la tak sempat dirogol. Kata mangsa tu lagi, boleh pihak polis tanya dia sama ada nak lepaskan saja budak tu atau nak buat report polis. Bayangkan kalau benda ni berlaku pada kita atau anak2 perempuan kita? Nak lepaskan ke agak2? Budak macam ni boleh dikategorikan ada masalah. Perlu jalani rawatan!

Cikgu rasa ini mungkin ada kaitan dengan pengaruh CD lucah. Dulu pernah ada murid yg ada masalah dengan seks. Semuanya gara2 dia tengok cd lucah abang dia. Yang sedihnya, budak tu baru 8 tahun! Kerana cd lucah tu, budak tu cuba2 nak buat eksperimen kat tandas sekolah dengan jantina sejenis.

Ibu2 n bapa2 sekalian, tolonglah berwaspada dengan apa yg anak2 duk tengok. nak nak yg suka online sampai tengah malam tu. Tolonglah check selalu sebelum terlewat!    CD-CD lucah tu, tok sah la 'terbeli'............jangan kerana kita yg dewasa ni, otak anak kita pula rosak. Satu lagi, kalau boleh jgn selalu izinkan anak perempuan kita tu keluar meronggeng dengan kawan2. Dunia sekarang dah tak selamat!

Pihak berwajib, tolonglah buat sesuatu tentang CD lucah ni. Kat pasar malam berlambak orang duk jual. Yang jual tu pulak budak sekolah rendah! Dengan muka tak malu duk offer kat orang suruh beli. Aduhaiii rakyat Malaysia ku, tanah airku.....

Sambut Tahun Baru Di Negara Brunei

Assalamualaikum.



credit to seannyblogspotcorner.blogspot.com

Selamat tahun baru semua!
Rasa cam baru lagi sambut tahun 2012, tup tup dah masuk tahun 2013. Umur pun bertambah la lagi setahun. Psstttt !!!besday cikgu tahun ni jatuh ari sabtu kikiki. Tertengok ok hehehe.

Ok nak citer sambutan tahun baru kat sini.
Lebih kurang sama la dengan kat malaysia. Ada bunga api yg boom bang boom bang jugak. So semalam, jam 11.45 mlm kami keluar nak pi tengok bunga api. Tahun lepas tak layan pun. Sebab tahun ni tahun akhir cikgu sambut tahun baru kat sini. Teringin la pulak nak pi tengok kat Hotel Empire. Kata kawan suami,selalunya ada bunga api kat situ. Hotel Empire ni hotel paling mewah di Brunei. Mat saleh yg stay kat hotel ni pun kagum tengok hotel mewah ni. Kawasan hotel pun tersangat la luas. Ada padang golf dan 9 kolam tuuu.



-gambar ehsan google-

Elok cikgu masuk ke simpang hotel tu, kete dah berderet2 parking kat bahu jalan. Rupa2nya parking kat dalam hotel dah penuh. Makin teruja dan tak sabar bila tengok orang ramai2 nak pi tgk bunga api. Nak tak nak terpaksala jugak cari parking kat luar kawasan hotel. Jauh gak la nak kena jalan. Kerana nak tengok bunga api punya pasal, kami rela parking kat tepi highway. adoiii dah la berbukit2. Berjalan la kami 3 beranak dalam samar2 lampu jalan bersama muda-mudi brunei hehehe

Tgh duk jalan tu, terdengar la boom bang boom bang bunga api . Aiseyy sudah masuk tahun 2013 la.  Bunyi tu plak cam jauhhh jer. Tak nampak plak warna warni bunga api tu. Elok sampai kat pintu masuk kawasan hotel, cikgu tanya guard, bunga api dah habis ke? sekali guard tu kata,kat situ mana ada bunga api. Yang bunyi boom bang boom bang tadi tu rupanya kat tempat lain hohoho.

Maka kami pun tak jadi lah menapak ke kawasan hotel. Buat penat jer jalan kaki dalam gelap2 plak tu. Sudahnya cikgu ajak suami balik rumah ajer. Tido lagi sodappppp!




Tips Mendidik Anak Rajin Solat

Assalamualaikum....

Hari ni cikgu nak share tips didik anak rajin solat. Cikgu rasa tips ni sangat berguna. Sape nak dapat manfaat, kenalah baca sampai habis. ^_^


Soalan :

SAYA mempunyai seorang anak lelaki yang sangat degil, sukar mendengar kata, gemar melawan saya dan suami serta malas mengerjakan solat. Sudah letih mulut saya dan suami menasihatinya tetapi tidak berjaya. Adakah ustaz mempunyai sebarang petua atau doa yang boleh kami suami isteri amalkan bagi membuka dan melembutkan hatinya supaya mengerjakan perintah Allah.

Ibu Risau,
Kajang

Jawapan :

Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka

Sebenarnya pendidikan solat perlu dilakukan sejak anak masih kecil. Walaupun kanak-kanak kecil tidak wajib solat sebagai mana hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah bahawa Nabi SAW bersabda: Diangkat kalam daripada tiga orang iaitu: orang yang sedang tidur sehingga dia terjaga dari tidur, dari anak kecil sehingga ia bermimpi (mencapai umur baligh) dan orang gila sehingga dia sembuh kembali, namun hendaklah disuruh mereka bersolat apabila mereka sudah mencapai umur tujuh tahun.

Dan hendaklah mereka diherdik jika tidak mahu mengerjakan solat apabila umur mereka sudah mencapai 10 tahun. Perkara ini dilakukan sebagai latihan supaya selepas mereka baligh, mereka tidak berasa keberatan untuk menunaikan perintah Allah.

Berikut beberapa panduan atau tip yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mendidik anak supaya rajin mengerjakan solat.

1- bagi ibu bapa, sebaiknya-baiknya apabila hendak melakukan solat, lakukanlah di tempat terbuka yang anak mereka dapat menyaksikan perbuatan kedua-dua ibu bapanya. Begitu juga apabila hendak membaca al-Quran, bacalah di tempat anak mereka dapat mendengar dan menyaksikannya.
Jika sedari kecil mereka melihat ibu bapa mereka sentiasa melakukan solat dan membaca al-Quran, Insya-Allah jiwa anak kecil ini akan mudah tertarik dan menuju ke arah melakukan ketaatan, apalagi dalam soal ibadat dan solat yang menjadi tiang agama.

2-  pastikan anak membesar dan didik dalam suasana keagamaan yang
sempurna
. Berikan bahan bacaan yang baik dan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Begitu juga, pastikan anak itu bersahabat dengan rakan-rakannya yang baik dan beragama supaya mereka membesar dan mempunyai asas agama yang kukuh.

3- dekatkan mereka dengan masjid. Ibu bapa perlu membawa anak solat berjemaah di masjid. Didik mereka supaya sentiasa bersedekah kepada tabung masjid. Tidak ketinggalan, tanamkan dalam diri mereka minat menyertai majlis-majlis ilmu yang diadakan di sana.

4- didik mereka untuk cinta dan menghormati alim ulama. Perkenalkan dan dekatkan mereka dengan alim ulama. Bawa mereka untuk menziarahi orang alim jika berkesempatan.

5- adalah menjadi kewajipan untuk ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama supaya lebih terurus dan terpandu kiblat agamanya. Di sana mereka akan dididik juga dengan perkara yang kadangkala ibu bapa tidak mampu membentuk dan mengajarnya.

6- bagi ibu bapa sendiri, perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya menjadikan zuriat mereka anak yang soleh. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT apabila diuji dengan kehadiran anak yang bermasalah supaya Tuhan Yang Esa dapat mengubah mereka menjadi insan yang beriman dan taat kepada Allah. Wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...