Assalamualaikum
Eh eh ehhhh......apa kes ni sambal belachannn pun nak tempek resepi jugak hahaha.
Ini sambal belacan jangan dibuat main main aaaaa...................sedap ni. Kalau balik kelate, umi cikgu selalu suh cikgu buatkan sambal belacan ni hehe..............pada hal sama jer dengan ummi punya. Errr entah2 ummi cikgu saja psiko nanak sulong dia ni supaya ringan tangan tumbuk sambal belacan hehehehe.........Sekarang tak main tumbuk2 lagi...............blend jer, habesss crite! Cepat dan baju pun tak kotor, yer tak?
Rahsia nak sambal belacan ni sedap yg pertamanya belacan mesti la beli yg baekkk punya + Kedua, kena pandai seimbangkan masam manis sambal tu + Ketiga, seeloknya selepas buat dan sebelum nak hidang tu simpan dulu dalam peti. Biar bahan2 tu betul2 sebati, insyaAllah sedap sambal tu nanti.
Pakcik cikgu pun suka sambal belacan cikgu ni. Pakcik ni pendiam jer orangnya. Bila kena dengan sambal ni, tak berenti mulutnya berbunyi hehehe.......sedap katanya. Manis-manis masam. Makin dimakan, makin nak tambah...........errr tak tau la ikhlas ke idak pujian itewww hehehe
Sambal Belacan
Bahan-bahan:
- 3 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi - tambah ler lagi kalau nak berasap telinga
- seketul belacan- belacan tanjung dawai yg sangat la sodap
- limau nipis
- 2 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh garam
Cara-caranya :
- Patah-patahkan cili merah dan cili padi
- Masukkan dalam bekas blender kering bersama belacan, gula dan garam. Blend
- Blend kejap jer tau.
- Perahkan jus limau nipis. Slelaunya cikgu akan perah sampai sambal tu nampak berair cikit.
- Gaul dan rasa.
- Kalau masam sangat, tambah gula cikit. Kalau termanis sangat tambah garam dan jus limau cikit. Alah pandai2la ejas. Korang kan teror masak, cikgu amatur jer. Mak budak baru belajar la katakann hehehe
sebelum dihidangkan simpan dulu dalam peti. Kalau nak makan tengahari, pagi cikgu dah buat sambal ni. Lebihan sambal ni boleh disimpan dalam bekas bertutup. Seminggu pun sodap lagi hohoho
20 comments:
cikgu bukan sebarang cikgu, kalau bz sambal belacan mesti meletop pnya..
bila singgah je...terkejut tengok sambal belacan tu....sedapnya....lama tak makan sambal belacan...balik kampong merasalah sambal belacan mak buatkan...
Sambal belacan pembuke selerakan cegqu...
Nanti nak tirula resepi ni..tq for sharing..
sama tk guna belacan sebab ada sinus hehehe
lama x makan sambal belacam buat sendiri..
anis.. belacan tanjung dawai tu mai mana? ada juai kat sini dak..?
yan: jangan ler terkejut, malu aii tauu hehehe.....sambal belacan pun nak tempek kan hehehe
chekgu: camer2 ^_^
KA: cik abe ku pun ada sinus huhu
Azeanty:try ler buat sendiri plak ^_^
cik mas: belacan tanjung dawai tu mai dari tanjung dawai la hik hik hik. kedah kak. tak tau plak ada ke tak kat shah alam. selalu kirim kat adik je. nanti next time anis suh dia beli lebih. hangkut sampai brunei tau belacan tu hehehe
lari topik..nanti ceritelah pengalaman ngajar brunei nis..same ke beban dgn kt malaysie heheh
Ala.. baru je balik tanjung dawai minggu lepas, patut la mak mertua beli sampai 2 ketul, femes sbb sedap la kot.. tq for info.. balik rumah nak try
gila ah aku tengok je pun dh kecurrr
gila ahh aku tengok saje punn dh kecur
sambal belacan memang best ..melelehhh..tambah2 kalau dijamu sama si ikan bakar...tq kak ceqgu sebab share..:)
Nak cuba larhhh :-)
Nak cuba larhhh :-)
Emmm cam sedap..nk cube lah..asyik makan org buat je hehe
Nak buat tp xde limau le pulaaaak
Klo xde limau ok x? Nk replace ape eh
boleh gantikan dengan air asam jawa...tapi rasanya ada lain skit la. sesetengah orang lagi suka taruk air asam jawa/limau kasturi berbanding limau nipis
Post a Comment