Friday, March 29, 2013
LV Brand Pasar Malam??!!
Cikgu ni kan sebenarnya buta brand. Dulukan kalau orang sebut LV ke, Prada ke, Coach ker, cikgu pandang semua tu mcm brand pasar malam jer hihihi. Sungguh ! Cikgu tak tipu! Yang cikgu tau Bonia, Sembonia, dan Bosnia...opsss terlebihhhh dah tu cikgu anis oiiii
Kalau beg LV tu cikgu siap kutuk sakan. Entah apa2 la corak beg ni. Padanla berlambak kat pasar malam! Hohoho. Erkkkk jgn mare yer peminat2 LV. Itu duluuu la. Sekarang pun cikgu dah tangkap satu walau pun diriku bukan peminat Lv....tu pun tangkap yg murah jer hik hik hik. Dah org nak bg hadiah, xbaik tolak kan kan kan.
Masa nak masuk boutiqe LV kat paris aritu cikgu dah cakap siap2 kat asben, nak masuk cuci mata jer ni hohoho .baiknya isteri solehah tuan syed ni kan kiki. Belek satu....hoh mahalnya!, belek yg kedua ayoooo juling mata, belek yg ketiga, jom bang kita balik. Tup tup Asben suh pilih satu, cikgu siap cakap, xpayahhhhh lahhhh, mahal nii. tapi last2....errr yg kecik ni pun cantik jugakkan bang....hahaha. Mulut jer kata xnak, xminat. Tapi tangan gatai tunjuk jugak, kah kah kah.....pompuannnnn!
Nasib baik la tok ti suka beg LV. Kalau tak, sampai ke sudah cikgu duk ingat beg tu sekadar brand jalanan hohoho. Teruk betul cikgu ni kan.
Padanla cikgu pelik masa pestaim jejak kaki ke KLCC . Ngaper la deme ni jual barang brand yang pelik2. Tods la, Hugo la, Roul la......ada ker orang nak beli barang2 yg brand ntah apa2 ni. Dahla harga kaw kaw. Padanla tak der orang masuk beli. Bila cikgu dah kawin baru ler cikgu tahu, rupa2nya semua tu jenama yg tip top. Adehhh malu nak citer kat korang sebenarnya ni hehehe. Jgn gelak tau. Org kampung la katakan. Kalau ler tau LV, Prada tu jenama high class, masa kawin dulu dah nanges guling2 suh tuan syed bagi sebiji letak atas dulang hahahaha.
LIMA LANGKAWI & TASIK DAYANG BUNTING
Nenek cikgu duk kat langkawi. sepupu kot dengan mahsuri ekekeke.
Umi cikgu lahir di langkawi. Sedara mara pun ramai lagi kat langkawi.
Dulu waktu kecik2, setiap tahun mesti balik langkawi. tapi korang percaya tak, sekali pun cikgu tak pernah pi tengok LIMA.
Cikgu tengok dlm tv jer la...... sob sob sob....itu jerla nak citer tentang LIMA hihi
Mujur ler tasik dayang bunting cikgu dah pernah jejak.
Tu pun lepas kawin. Adala selepas 30 tahun hidup kat bumi ni.Sambil2 cuci mata , org tua2 suh pi minum ayaq tasik dayang bunting tu. Kononnya jadi penawar org susah nak dapat zuriat. Alahai geli betul tekak ni nak telan air tasik. Nak2 tengok mcm2 bangsa duk berendam dlm tasik yg gelap airnya tu..... eeee yarkkkkk.
Ni pun dah lama cikgu tak balik langkawi. Rindunyeee la. Sejak masing2 dah kawin ni mmg susah betul nak jumpa sepupu sepapat. Kalau jumpa pun dah tak cukup masa nak sembang2. Masing2 dah sibuk duk ligan anak ke sana sini....... sedar2 pasni dah ada anak menantu pulak kikii
Wednesday, March 27, 2013
Hen Curry Punya Kisah
Yuhuuuuu masak aper tuuu kak kak jemah oiiii,
Arini cikgu masak sup hayam dgn pak choy sos tiram.
Masak simple2 jer, gitu ler gaya org kurang rajin masak ahaksss.
KAlau time rajin tu buat ler kari hayam ker....
Sebut pasal kari hayam ni. Cikgu teringat satu kisahn yg adik cikgu cerita.
Kawan dia ni kelam kabut nak pi interview. terlewat bangun punya pasal, huru hara la nak ke tempat interview.
Mujur ler sempat sampai.
Elok sampai, dia terus dipanggil masuk.
Mujur ler interviewer tu ajak sembang2 dulu. Kurangla cikit berdebarkan. Dah ler kena ngomong bahasa mat saleh.
Soalan pertama dia di tanya dah breakfast ke belum...
Dia jawab dah.
Soalan kedua org tu tanya lagi dia breakfast apa pg ni.
Dia dengan penuh konfiden cakap kat interviewer tu dia makan roti canai with hen curry....
Pastu dia cam pelik awat muka interviewer tu macam tercengang semacam.
Yg interviewer tu plak tanya lagi betul ker dia makan hen curry?
Dia kata betul la, buat apa nak tipukan. Konfiden giler dgn jawapan tuh.
Pastu interviewer tu senyum-senyum. Are you sure? Tanya interviewer tu lg.
Kali ni kawan adik cikgu tu xjawab apa2. Mata terkebil2 mulut terlopong tgk interviewer tu duk ulang tanya soalan yg sama sambil duk tahan senyum.
Lama dia termenung. Apa ke dosanya dia makan roti canai dengan hen curry...
Eh....eh....HEN CURRY!!!!
Ohhhhhh noooo ! Hen Curry ???!!! Tersilap sudahhh, bukan hen curry la tapi Chicken Curry lorrrr!!!
Ohhhh My Englishhhh! Huhuhu
Gelak besauu la interviewer tu sampai dia tak leh nak tanya soalan lain dah. Tiap kali nak tanya mulut rasa nak tergelak. Hihihihi
Sape2 nak pi interview tu hati2 la yer.... jgn lamb chop jd goat chop pulat kikiki
Monday, March 25, 2013
Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak-kanak
Pagi2 buta dah tempek petua. Bukan apa, anak kembar cikgu dedua tgh batuk. Kuat pulak tu. Risau takut jangkit kat baby sekali. Yer la, dak berdua tu suka bebenor cium baby. Kejap2 cium, kejap2 nak peluk.sudahnya terbatuk depan baby.
Semalam cikgu slowkan kipas. Firas plak xleh tido. Memang kota bharu panas skrg ni. Sampai firas request nak mandi. Dah la batuk, nak mandi pulak malam2 buta huhuhu. Merengek2 imam muda tu. So cikgu lap2kan badan dia n buh baju takder lengan dgn seluar paras lutut. Baru la dia bleh tido. Pg ni batuk dua2 kembar tu makin kuat. Cikgu pun terus la tekan2 keyboard cari petua. Ni ha cikgu copy trus dari blog http://mykidz.my. harap tuan punya blog izinkan cikgu share kat sini. Thanks yer...if kwn2 ada petua yg lebih mujarab atau selalu duk amalkan, jgn segan2 kucing share dgn cikgu yer...^_^
1. Madu asli.
Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Psssttt sila guna sudu plastik yer!
2. Kunyit hidup atau bawang putih.
Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
3. Daun kaduk.
Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
4. Kismis
Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
5. Daun Bunga Tahi Ayam.
Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.
6. Gula Melaka
Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
7. Pucuk Ubi
Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.
Isyarat Qadha Hajat
Psssstttt! Pssssttttt!
Tetiba jer ciku rasa anak bujang cikgu tu dah makin membesar bagai johan hihi.
Selalunya kalau anak bujang tu nak qadha hajat yg besar, dia main teran jer.
Tau tau ada satu bau yg menusuk lubang hidung kikiki. Patutla kan tuhan buat najis tu baunya busukkan ;p satu signal yg sgt penting rupanya hohoho
Lepas tu masuk pulak fasa anak bujang tu dah tau nak cakap yg dia qadha hajat besar.
Tapi dah keluar dulu baru cakap "eyak!...eyak!"
Dan sekarang ni dah masuk fasa qadha hajat di sudut2 yang aman damai dan sunyi sepi kikiki.
Semalam si bujang tu asyik berkepit dgn gril . Diam jer dia berdiri kat situ. Tak lama pastu dia bgtau "eyak!". Cikgu pun cam biasala ajak dia pi toilet. Tup tup dia geleng2 kepala. Muka tu cam nak marah jer kat mama dia ni. Tangan tu pegang kemas kat gril. Cikgu pun biarkan si bujang tu kat situ . Mata duk tengok selalu tp dia tak berganjak. Cikgu pi selak tirai. Adehhhhh muka tengah syiok meneran la pulak. Padanlah marah waktu cikgu nak tarik tgn dia ke toilet. Rupa2nya dalam proses tuttttt kikki.
Pasni harap2 firas bgtau sebelum qadha hajat pulak. Isshhh bila la nak ajar firas free diapers ni....
Saturday, March 23, 2013
Pengalaman Cikgu Kena Rompak
Assalamualaikum.
Aduhhh penat sungguh jadi tukang kalut ni. Kejap sambut tetamu, kejap hidang lauk pauk, kejap basuh pinggan, semputttttttt hohoho.
Hari ni kenduri aqiqah anak buah cikgu. Kaki tangan xcukup. Tu yang jadi letih semacam. Ni ler baru bleh rehat. Tetiba jer teringat pulak kisah kena rompak dolu2.
Masa tu cikgu sekolah rendah lagi. Cikgu tido sebilik dgn maid. Adik2 cikgu tido dgn umi ayah. Malam kejadian tu, kami semua memang tido awal. Mengantuk satu macam. Sebelah rumah cikgu pulak, jiran berbangsa cina yg pelihara anjing. Anjing tu mmg garang. Pantang nampak orang gerenti menyalak sakan. Tapi malam tu anjing yg nama Dogie tu membisu seribu bahasa pulak ewaahhhh kikiki.
Cikgu dah lupa pukul berapa, tetiba terdengar sayup2 suara maid cikgu menjerit. Punyala berat mata nak celik. Bila dah celik, nampak kelibat ayah n umi cikgu kat dlm bilik dgn maid yg tgh meraung2. Cikgu masa tu blur2. Tengok maid meraung, cikgu pun tumpang sekaki hahaha. Pada hal xtau apa2 pun. Tengah menangis tu baru perasan dinding bilik cikgu tu terkopak, muat saiz manusia kurus. Rupa2nya kami kena pukau dan kena rompak. Menggigil satu badan. Maid tu cerita dia hampir kena rape. Entah mcmana dia boleh tersedar tp perompak tu x bg jerit. Dia ugut nak kelar cikgu yg tengah syiok tido. Masa tu perompak siap dah letak pisau di leher cikgu.Bila perompak tu koyakkan seluar tido maid tu dgn pisau, terus ler dia jerit. Masa tu lah umi n ayah serta cikgu tersedar dari tido pukau. Perompak terkejut dan terus lari.
Kesian maid cikgu, hilang brg kemas dan duit. Kami pulak hilang alat perakam video dgn radio. Tv xmuat lubang, mujurrr ler. Maid cikgu sampai trauma. Hari2 nangis sampai ler kami bawa berubat utk pulihkan smangat dia. Dalsm pada tu, cikgu dgn maid dah takut nak tido dlm bilik tu walau pun lubang dah di tutup. So kami semua tido dlm bilik. Pintu bilik tu ayah siap sendal dengan meja make up hohoho.Maalam jer satu rumah jadi takut, sampaikan bunyi jambu jatuh atas zink pun bikin semua orang terkedu. Umi cikgu pulak dengar bunyi tudung periuk nasi yg tengah tanak nasi pun selalu terkejut ingatkan ada perompak dlm kawasan rumah. Memang trauma abisla. Teringat lagi suasana pagi2 buta pd hari kejadian, kereta polis datang siap dgn anjing pengesan lagi. Maid cikgu pulak akhirnya mintak berenti kerja sbb trauma melanda diri huhuhu.
Wednesday, March 20, 2013
kering kontang!
Akhirnya harini dpt jugak cikgu mrmbebel kat sini hihi.
Tak tau la apa yg xkena dgn line intrrnet kat rumah ni, tetiba jer xdpt guna.
Berhari2 gak la duk try tp akhirnya gigit jari jer.... sedih tau!
Tapikan bila dah dpt pot pet pot pet kat sini, tetiba jer idea jd kering kontang.
Hohoho mcm maner tu?
Nampaknya harus disimbah dgn sebaldi air gamaknya nak bg tak kering huhihi.
Tapi sblum kena simbah, baik lerr cikgu pi tido.....hohoho.
Selamat melenakan diri.....byeeee. zzzzZZZZZzzzzzzz
