Followers

Thursday, January 24, 2013

Tempat Menarik DiBrunei : Jerudong Park

Assalamualaikum....

Kalau nak tau kat brunei ada satu tempat yang namanya Jerudong Park. Dulu2 taman tema ni memang sangat meriah dan femes emes........ Ada kisah disebalik mee goreng makanya tempat ni dah tak semeriah dulu. Tapi sekarang ni taman ni dibuka semula dan diberi nafas baru untuk tarik orang ramai.

Jerudong Park ni letaknya di Jerudong. Dulu kepunyaan adinda Sultan Hassanal Bolkiah......... sekarang wallahua'lam. Nak masuk sini free jer tapi kalau nak main permainan kat sini kena la bayar. Tak mahal mana pun.Kalau setakat nak main jongkang jongkit, buaian, papan gelungsur hak tu tak payah bayar. Main ler 24 jam pun tetap free hehehe

Kawasan taman ni luas sebenarnya. Kalau zaman kegemilangannya dulu ewahh.....siap ada roller coaster bagai. sekarang tak der dah la. Tempat ni jugak dekat dengan istana salah sorang adinda sultan. Kalau berani pi ler try ketuk pintu istana. Mana la tau kot kot bleh jadi tetamu kehormat ekekekeke....

Sape2 nak pi sini, elok la pi pukul 5 ptg ke atas. Malam pun bukak jugak. Lupa plak sampai pukul berapa. Kul 10 mlm kot. Kalau korang stay kat Hotel Empire memang tak jauh dah la nak ke taman tema ni.

Jom tengok gambar....


Pintu gerbang belian istimewa untuk Cik Intan Berlian dan IntanBerlian hehehe




Firas suka kolam air pancut ni, siap nak suruh bukak baju sebab dia nak main2 kat dalam ni hahaha


Ada padang yg luas....bleh ler sape2 nak golek2 ala hindustan kat sini kikiki


Ni salah satu mainan baru yg ada kat sini.....macam best jer tengok diaorang main lompat2....cikgu segan la pulak hehehe......tak syesyuaiii gitu


Nak naik bot pun boleh......tapi sila bayar yer......nak naik kuda pun boleh....tapi kuda mesin jer la yg ada hehehe




Firas main yang ni jer sebab freeeeeeee seumur hidup hehehe.....


Lepas tu korang lajak la ke depan sikit untuk jamu mata tengok kuda. Xsure plak kuda tu milik sultan ke atau kaum kerabatnya. Tapi mmg byk.... ....lebih 100 ekor kot. kandang kuda tu tak jauh mana pun. Memang dalam kawasan jerudong Park jugak. Nanti korang tanya jer kat penjual tiket jerudong park tu arah nak pi tengok kuda. Takat tengok dalam kete jer la hihihi....... Sultan memang banyak kuda ssebab dulu sultan suka main polo.

Ok itu jer nak citer...bye

Biar Tak Nampak Rupa Tapi Ingat Sampai Mati

Assalamualaikum 

Haihhhh menjelma lagi cikgu anis ni.....
semalam kemain buat entry nak balik mesia hihihi....
tak reti2 nak balik ke cikgu oiiii
Sabarrrrriahhhhhh ye kawan-kawan jangan la muntah tengok entry cikgu bersiaran lagi
ewahhhh ayat TV3 la pulak..

flight cikgu petang karang
so masih ada waktu nak tinggal ucapan sepatah dua kata
hehehe.....

sebenarnyakan cikgu rasa happy sangat baca komen Kasih Salina ni...... terima kasih yer atas pujian mu itu. Cikgu memang peramah + ceria + mesra alam + pemalu (hak hak hak sendiri tulis sendiri nak gelak, pemalu la sangattt).......... tapi bila sedih tu mengalahkan budak kecik gayanya. Asyik nak berkepit jer dengan semua orang huk huk......

cikgu harap semua yg sudi singgah sini seronokla kawan dengan cikgu yer....
cikgu pun seronok sangat dapat kawan2 yg sporting macam korang ni....
walau pun tak kenal bulat ke sepet mata masing2, tapi tulisan korang semua tetap melekat di hati cikgu...
bak kata pepatah...
biar jauh di mata, tapi dekat di hati hehehe
biar tak nampak rupa , tapi ingat sampai mati cewahhhh ni pepatah baru yer hihihi


Yaaa bedal budu !!!

Assalamualaikum.....

Pssssttttt.....Psssstttttt esok cikgu nak balik Malaysia..
Yahuuuuuuuuu yaaa bedalll buduuuuuuu..... hihi

Ecehhh macam jauh bonar bunyinye kan hik hik hik..
2 jam lebih jer pun perjalanan udara.
Balik kejap jer pun. Hari selasa pepagi buta sebelum ayam bangun tido
cikgu tiga beranak dah nak balik semula ke Brunei.
Balik kali ni nak tengok keadaan rumahku syurgaku kat shah alam nun.
Pastu nak pi sekolah nak jumpa bos cikgu dan kawan2.

Doa2 la yer cikgu dapat terus mengajar di sekolah lama cikgu ni

Entah depa ingat lagi ke tak dgn cikgu pun tak tahu la kan.
Jangan tetiba ada yang tanya Puan nak daftar anak ke Prasekolah sudah lah.....huhuhu
Sedih ler kalau dua tahun tak jumpa dah lupa kawan yg sorang ni kan ...

Jadinya jangan terkojut kalau-kalau tetiba korang singgah sini tengok berlambaknya entry baru cikgu hehehe...
al maklum sajalah rumah kat shah alam nun tak der line internet..
cikgu check yg draft saja ada dekat 164....hamekkkk ntah apa yg cikgu tulis pun tak tau la ...hihihi
Jangan susah hati, tak dernya cikgu nak tempek semua entry tu......mau juling muntah hijau la blogspot ni kalau dalam satu masa nak post entry sebanyak tu....

Cikgu tak paksa baca semua tau.

Kadang cikgu tulis sebab memang nak share, kekadang tu memang nak syiok sendiri, 

dan banyak kadang memang nak orang singgah baca dan komen lerr hahaha

Cikgu nak habaq awai2 la, cikgu tak kecik ati pun kalau kawan2 tak baca semua entry tu...

Pilih la yang mana suka, yg penting singgah ler tetiap hari ke rumah cikgu ni walau tidak bertuan hehehe

Cikgu paham, korang seme ada komitmen. Banyak rumah2 kawan nak kena terjah kannnnnnnnnn
Eh ehhhhh Kak Jemah ni tak ngaku lak diaaaaaaaa hehehehe..... 
Erkk tu Kak Jemah tau, bukannya korang hik hik hik


Geli Hati


Assalamualaikum

Lawak santai di petang hari..............


Bagus betul ustazah ni!! hehe..

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami." 

Jemaah : "Wah, hebat ustazah!"

Ustazah : "Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi."

Jemaah : "Wah, terbaik la ustazah."

Ustazah : "Yang penting......." 


Jemaah : "Yang penting, adil ye ustazah?"

Ustazah : "Bukannnnnnnnn,.................... yang penting bukan suami saya" :P




hehehe...... kalau cikgu pun jawab cenggitu kottt ^_^

psssssssttttt MIMI AZIRAH terima kasih rajin komen, nanti tolong tinggalkan alamat blog yer, cikgu nak gi jalan2 kat blog Mimi ^_^

Wednesday, January 23, 2013

Cara Firas Mintak Maaf

Assalamualaikum...

Sollallah A'la Muhammad, Sollallah Alaihi wa sallam.......
Indah jer di subuh hari bila dengar selawat ni dari masjid.....

Salam maulidurrasul buat semua......
Semoga di hari kelahiran Nabi yang kita kasihi ni kita tak lupa hadiahkan selawat buat baginda
yang telah berjuang menyebarkan syiar islam dalam serba kepayahan dan ujian.

Kat brunei ni dah lama persediaan sambutan maulidurrasul dibuat. 
Kat tv RTB (radio televisyen Brunei) pun dah lama duk siar tentang maulidurrasul.
kat sini kalau bab2 majlis keagamaan ni memang diaorang amik serius sikit.
Kat masjid contohnya, macam2 program ada.
Pastu satu lagi cikgu perasan, setiap sambutan atau perayaan tu mesti ada lagu yg diaorang cipta.
Contohnya masa hari keputraan sultan, macam2 lagu puji-pujian duk main kat tv.
Sebulan jugak la boleh layan hehehe.

Eh sebenarnya entry ni nak buat catatan tentang perkembangan firas yg terkini hehe
Alhamdulillah firas sekarang dah pandai mintak maaf kalau buat silap.
Macam biasa la mama dia kan suka nyanyi lagu rock bila dia buat perangai.
Tapi lepas tu cikgu akan suruh dia mintak maaf.
Kekdah ni bukan saja bagus utk anak, tapi bagus jugak utk ibu2 yg mudah jadi mak lampir macam cikgu ni hehehe...
sejukkkk hati gitu.


Memula cikgu ajar dia salam sambil cium tangan tanda mintak maaf.
Bila dia dah mahir, cikgu ajar dia ucap sorry pulak.
So sekarang ni bila cikgu kata firas minta maaf dengan mama.
Dalam duk nanges2 tu dia boleh berenti dan amik tangan mama dia untuk salam
Cium tangan mama dan ucap 'sowwyy' huhuhu mama terharu sangat2.....
Tersentuh jiwa raga tengok budak umur setahun jagung pandai mintak maaf
Terus hati jadi sejuk dan berbunga2....
Peluk cium sudah semestinya...............
Mama bangga dengan firas...........
Kalau lah firas ada adik, harap adik2 firas pun bagus macam abang dia ni  hihihi
moga sampai bila2 firas ringan mulut dan hati utk mintak maaf bila buat silap yer...
Aaminnn.

Anak soleh kesayangan mama dan ayah........muahhh

Padah Rajin SMS

Assalamualaikum..........

Hurmm hari ni malas sungguh nak masak. Lunch tadi pun dengan nasi goreng je huhuhu
Cenggitu ler bila dah 'terlebih rajin' kekdahnya. Tapi petang tadi datang jugak la mood nak masak,
sinsing lengan baju dan bersilat cekak la cikgu dengan dua menu.

maka menu untuk malam ini adalah jeng jeng jengggg.....

tom yam campur segala mak nenek  dalam periuk dan......


ikan tomato dalam periuk, resepi yan's cottage  yang telah cikgu derhakai 
kiranya tunggu big boss balik nak goreng ikan utk lauk ikan tomato tu jer la


Selepas Maghrib menjelma....
Tengah duk suap si bujang teruna kesayangan hamba tu,
tiba2 dapat sms dari big boss

Alahai frustnyaaaaa !! big boss nak makan dengan geng2 ofis la pulak.
Cikgu pun reply ler dengan ayat sedih............... yer la penat masak tetiba cikgu sorang nak makan
tak syiokkkk la kan ...
Big boss tak sampai ati, dia kata nak balik makan kat rumah dulu pulak,
tapi kena make sure makanan semua dah siap terhidang bila big boss sampai....

Cikgu pk pk......... macam kelam kabut jer
Kalau tak suap firas makan tak pe.......... itu budak kalau suap makan amik masa nak habis
Dah la ofisnya jauh pulak, cikgu sms tak payah la balik, lauk lebihan nanti bleh jer makan utk esok

Dalam masa yg sama big boss sms lagi kata dah on the way....
Alahai kelam kelibut la mama firas. Terus stopkan dulu suap firas.
Berdezupp pi ke dapur siapkan segala tok nek. 
15 minit yg dijanjikan big boss tak muncul2 jugak........
cikgu pun nak sms tanya la kan jadi ke tak balik ni, lauk pauk dah nak siap ni

Elok pegang henpon baru perasan ada sms dari big bos "ok lah" katanya
Aikkk??? apa yg ok
Baru ler tergerak hati nak call setelah sekian lama saling duk membalas SMS!

Rupa2nya suami cikgu dah balik semula ke ofis sbb baca sms cikgu yang tak payah balik tu.
yang cikgu pulak dah baca sms suami kata on da way tu ingatkan dia tetap nak balik la.
Haiii nasib....nasibbb....
Itulah padahnya kalau ada telefon tapi tetap nak sms.
Xpasal2  miss communication jadinya huhuhuhu

Pssssstttttttt....Ada sesape tak nak teman cikgu makan malam ni? Mai ler mai lerrrrr... 


Tuesday, January 22, 2013

Kek Pisang Berchocolate Chips


Assalamualaikum...

Ini ler resepi kek pisang yg cikgu kata sedap tu. Amik resepi ni dari Che Mat Gebu yg femes tu. Resepi dia selalunya tak merobek hati la. Nama asal kek ni kek pisang chocolate urai ke kalau tak silap. Tapi cikgu tak der stock chocolate rice tu so ganti la dengan chocolate chips. Maka seperti biasa, nama pun ejas la skit. Bahan2 yg lain tetap asli. Sedap tau. Cuma kalau guna chocolate chips ni, sukatan gula elok kurangkan skit, sebab chocolate chips tu dah ada rasa manis, pisang pun manis jugak.

Kenapa kek ni lain dari kek pisang biasa ? 
Sebabnya ada hirisan pisang yg tak dilenyek dalam kek ni. Bila makan pergghhhh memang menusuk lidah lah hehe. Nak2 ada plak rasa coklat....huihhh.....sedap! Pastu rasa lemak2 manis gitu sebab adanya susu segar dalam bahan nak buat kek ni.....



udah ler kualiti gambar kurang elok, bentuk kek plak tak berapa nak cantik sebab loyang yg cikgu guna tu berlekuk2 tang tepi....


lembap dan lembut jer texture kek ni......harus cuba kalau tak percaya hehehe


BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
200 gram tepung kek - che mat guna tepung naik sendiri, cikgu pun guna tpg ni jugak
1/4 camca teh soda bicarbonat - disatukan dan diayak
100 gram gula perang - resipi asal 150 gram gula kastor
3 biji telur
100 ml susu segar
100 gram pisang, dilecek halus - cikgu tak de alat timbang,so guna dlm 3 biji pisang
Beberapa titik esen pisang
50 gram coklat urai (chocolate rice) - cikgu tak der stock, ganti dengan coklat chips
1/3 cawan pisang yang didadu besar - cikgu guna sebiji pisang
1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya - cikgu guna kacang almond

CARA MEMBUATNYA :-)
~ Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.

~Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata

~Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.

~Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. 

Tadaaaa dah siappp.....


Komen juri segak bergaya : dia lebih suka kek pisang biasa
komen juri tak berganjak : belasah jer apa mama masak hahaha....
komen tukang masa : sedappppppppppppp !!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...