Thursday, February 21, 2013

Padanan Warna Dinding Rumah Dengan Langsir dan Perabot



Assalamualaikum,

hari tu cikgu balik ke shah alam. Sedih tengok langsir pun dah hampir2 nak reput. Mula la hati rasa nak tukar langsir baru. Langsir sekarang ni kaler coklat. Dinding rumah cikgu pulak kaler kuning cream gitu. Perabot pun banyak yang kaler coklat. Rasa dah bosan pulak nak beli langsir kaler coklat.


Petang tu terus pujuk en asben pi kedai langsir yang harga bajet hehehe. Malas nak beli hak mahai-mahai sebab lepas ni kami ada plan baekkk punya. Itu pun kalau duit tabung dah cukup la kan. Dalam kepala teringin nak cuba langsir yg warna lain plak.....memandangkan rumah cikgu banyak earth colour (errr yer ker orang panggil earth colour, belasahhh jer la kekeke) so cikgu decide nak beli kaler hijauuu pulak. Tapikan jenuh cari kaler hijau yang cun, tak jumpa la pulak. Semua yg cikgu tunjuk en asben kata nehi nehi......hurmm last2 kami terbekenan kat satu langsir warna ala2 gold. Sekali kain tak cukup la pulakkk. Tak jadi la beli. Pastu balik rumah duk pk, hurm coklat dengan gold tak der la jauh beza mana pun kan.............hurm warna apa lagi agaknya yg sesuai dengan warna rumah dan perabot cikgu tu....?


Di sini cikgu nak share artikel mengenai padanan warna dinding dengan perabot dan langsir,


sumber :http://hiasanrekaindah.blogspot.com/


Hijau
-sesuai di padankan dengan warna hIJAU(LIGHT), COKLAT, HITAM, KELABU & PUTIH. Di bawah contoh beberapa padanan untuk dinding warna hijau




 padanan dengan perabot warna hitam ia dapat menonjolkan suasana
ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat dan sesuai untuk menonjolkan bentuk perabot untuk di gunakan




padanan dengan perabot warna putih mewujudkan suasana yang tenang dan dengan keserlahan warna dinding





Biru
-sesuai di padankan dengan perabot/langsir berwarna BIRU (family), KUNING, JINGGA, CREAM, COKLAT, & PUTIH. Di bawah contoh beberapa padanan untuk dinding warna hijau



Jika ingin lebih mudah cuba bermain warna perabot/langsir dengan BIRU (family) ia kelihatan spektrum biru dapat dilihat di mana-mana, ia mampu menyuntik ketenangan ketika berada di rumah



















jika inginkan kelainan cuba padankan perabot atau langsir dengan warna terang seperti kuning ia lebih menonjolkan aksesori seperti langsir atau perabot dan ia juga membantu meningkatkan energi dan aktiviti mental serta meringankan fikiran.



Merah
-jika ingin dinding warna merah pastikan jangan satu rumah bewarna merah, pastikan salah satu feature wall itu berlainan dengan warna merah seperti kelabu atau hitam jika ingin suasana tak terlalu terang, atau combination dengan warna cream atau putih jika ingin suasana terang di ruang tamu. Aksesori perabout atau langsir sesuai dengan warna putih, cream, kelabu dan hitam


25 comments:

  1. Saya punya dinding ruang tamu warna hijau camtu...emmm dah ada idea nak deco2 ni...(^_^)

    ReplyDelete
  2. jelesnya tgok umah org cantik, akak jenis tak berseni, hancur semua

    ReplyDelete
  3. mia: hehehe selamat berdeco2

    kak tini: kak, anis berseni dalam mimpi jer....realiti hancusss gak hahaha

    ReplyDelete
  4. Selamat pagiiii ceqgu!
    Cikgu OKje mmg suka warna hijo tu hehe... dinding rumah OKje pun hijo dan coklat jugak.... ( tah apa combination pun okje tak tau belasah aje le hehe) tapi mmg suka yg earth colour gitu...

    sekarang ni pun lagsir OKje warna hijo + coklat...gasaklah dia hehe

    ReplyDelete
  5. akak tang padankan warna memang gagal... tapi akak suka gak tengok warna dinding hijautu.. tak pernah terfikir.. tapi dinding blog akak hijau...

    ReplyDelete
  6. umah me tema merah putih :) featured wall kaler pink sbb me suka pink ;)

    ReplyDelete
  7. seronok dapat deco2 umah sendiri.

    ReplyDelete
  8. wah ceqgu... mood deco2 rumah arini... hehhee

    ReplyDelete
  9. Porch kakak pink, hall kuning, bilik cream tapi kakak tak kisah padanan betul ke tak janji mata kakak nampak ok buat aje.

    ReplyDelete
  10. Yang merah tu cantik..langsir purple pun cntik kan...

    ReplyDelete
  11. thanks info ini CeqGu..kaler dinding rumah saya warna biru...nak cuba padankan warna coklat dan cream..

    ReplyDelete
  12. Cantik2nya CeqGu, ummi paling suka yang padanan putih tu, oohhh..sungguh menawan!

    ReplyDelete
  13. yg hijau tu pun cantik...^^

    ReplyDelete
  14. ruang tamu yan warna hijau juga...tapi gabung dengan kuning...

    ReplyDelete
  15. warna hijau memang menawan kan kan kan....cikgu pun suka hik hik hik

    mamarey: sama2, selamat berdeco deco mama

    kak zakie: wah temah calourful gitu

    ReplyDelete
  16. cho zila: hahaha...ok la tu dinding blog kaler hijau, nanti hiaaas dengan bunga2 putih hehe

    mama zharfan: peminat pink rupanya:)

    iieta: cikgu takut nak guna kaler merah, tp tengok dalam gambar tu cam cantik plakkan

    azeanty: cikgu kan suka berangan bab deco2 ni...tapi rumah sendiri cam belacan jek rupanya hua hua hua

    ReplyDelete
  17. hijau mmg terbaik for KA hehehe

    ReplyDelete
  18. Suka tgk yg colour hijau tu..nampak sejuk je mata memandang klu hijau:)

    ReplyDelete
  19. Ruangtamu saya picture wall merah.. yg lain offwhite. Langsir dah malas nak basuh dan tukar. Kurang rajin ;) tgh bercadang nak pasang venetion blind. Rmh pun tak gelap nanti. Yg penting tak perlu basuh. Rmh dekat dgn jln cepat berhabuk langsir :( tingkap rmh saya kecik2 je ;)

    Skrg suka warna merah... hijau dan biru dlm bilik ;)

    ReplyDelete
  20. ha ah la cikgu... gold ngan coklat tak jauh beza... huhuh nasib baik tak beli... kalau tak rugi je...

    ReplyDelete
  21. anis, umah intan x ada tema..hahaha..belasah je semua

    ReplyDelete
  22. umh saya cat putih..masuk je semua langsir.. hihi

    ReplyDelete
  23. warna langsir raya tahun ni jingga...so padan x dengan warna ruang tamu sya yang berwarna biru laut? Hope dapat idea utk deco rumah saya utk raya nanti.

    ReplyDelete
  24. Saya nak tya...warna langsir hijau turquise...nak cat dinding warna apa yg sesuai yer?tolong bg pendapat jap tq...

    ReplyDelete