Tuesday, January 29, 2013

Ragam Pemandu Teksi

Assalamualaikum....


Situasi 1:
Cikgu kan baru jer balik Malaysia. Macam biasa amik teksi kat KLIA. Pakcik ni tak der la ramah sangat. Tapi kerap jugak tanya jalan ke rumah cikgu. Ke kanan ke...... kiri ker. Sekali bila dah sampai kat roundabout area rumah cikgu, dia tak tanya plak nak amik jalan mana. Yang cikgu plak duk sibuk sembang dengan asben. Sekali pakcik main belasah jer jalan kat raoundabout tu. Sib baik cepat perasan, cepat2 suruh dia pusing balik. Kata pakcik tu " dah ko tak bagi tau suh amik simpang tu, aku belasah jer la jalan ni " ...... hahaha amboiii bahasa, comeynya...apo apo la pakcik. Tadi rajin bebenor bertanya. Sori ek pakcik kami pun lupa nak bgtau.

Situasi 2:
Yang ni plak cikgu naik teksi yg suka cilok2. Aduhai rasa nak tercabut jer jantung ni ha. Dah la mencilok tu dekat2 dengan kete depan. Laju plak tu dia bawak. Suami cikgu dah berapa kali nak tegur,cikgu kata sabar dulu. Bukan apa takut nanti karang makin ditekan minyak sebab nak marah kena tegur. Pastu tetiba dia cilok lagi dan hampir2 terlanggar montot trailer yang besar tuuu. Kusssss semangat. Apa lagi terus la kena sound. Terus dah tak cilok, tapi masih bawak laju walau dah ditegur. Kami yg ngantuk pun terus tak leh tido. Gerun punya pasal.

Situasi 3:
Kali ni dari rumah nak ke KLIA. Alhamdulillah kali ni dapat pemandu yg ramah. Katanya dulu keja tourist guide kat Sabah. Pemandu ni bukan setakat ramah tapi tersangat la berhemah. Dah la kami nak kejar masa sebab dah lewat. Sekali dia bawak slow la pulak.... huhuhu. kelam kelibut plak la nak check in huhuhu

Situasi 4:
yang ni citer lama. masa tu cikgu n kawan nak pi zoo negara. Dah terbiasa sebelum naik tanya dulu berapa tambangnya dan pakai meter tak. Elok dah masuk dalam teksi tu, tak pasal2 cikgu kena dengar ceramah driver tu. Marah betul dia sebab cikgu tanya tambang. Dia kata kerana pertanyaan yg macam tu la ramai driver teksi tak suka pakai meter. Pulak dahh..... ceq jugak yg salah....hurmmm report karang baru tau.

Ni just pengalaman cikgu. Apa pun masih ramai driver taxi kat malaysia yang masih berhemah dan sopan. Penuh dengan info2 yang berguna bila menyembang. Budi bahasa pun elok. Haaa yang macam ni la cikgu respect. Macam dalam situasi 3 tu, driver taxi tu tersangat la berbudi bahasa orangnya. Cumanya kalau nak cepat, agak resah gak la hati ni hehehe

19 comments:

  1. salam . Kadang-kadang bila tengok driver teksi yang tua rasa kesian je .

    ReplyDelete
  2. hehe..mcm2 ragam pemandu teksi ni.. tp paling takut kalo jumpa y gatal2..

    ReplyDelete
  3. ngeri ooo naik teksi. berteman xpe. kalo sorang2... huhuhu. xmo.

    ReplyDelete
  4. mcm2 cerita driver teksi yer..izan dh lama xnaik teksi..last naik teksi dl,..tak tahan dengan bau teksi dia...kebetulan tgh pregnat....elok je turun teksi...muntah kat situ juga...naik hijau muka tahan muntah dalam teksi....

    ReplyDelete
  5. hehe sib bbaik tak muntah dalam teksi

    ReplyDelete
  6. k.tini: tula pasal

    afida:betul2...yg tua2 tu kesian tgk..tapi kena hati2gak

    lyafrina: betoii sesangat...

    mamaAdam: kekadang terpaksa,naikler jugak sorang2.baca doa macam2 mintak jauh dari yg berniat jahat

    ReplyDelete
  7. Lama dah x naik teksi... mmg mcm2 ragam eh?...

    ReplyDelete
  8. macam-macam ragam pemdandu teksi ni kan..
    dulu selalu juga naik teksi tapi sekarng jarang dah..

    ReplyDelete
  9. alahaii xpasal2 kne marah bila tanya tambang yer kak :-)

    ReplyDelete
  10. mamarey:cikgu kerap naik sebab nak ke airport / airport ke rumah

    ina: tu la pasal....ketap gigi jer tahan marah....ntah apa2 daaa orang tanya pun marah

    ReplyDelete
  11. KA byk pengalaman sakit hati dengan driver taxi kat mesia ni huhuhu

    ReplyDelete
  12. kalau tahun 2008 dulu duduk jer dah rm2 skang tah bape tahkan?nurul mmg takut ngan pemandu teksi tah kenapa tah takut.hahaha

    ReplyDelete
  13. kalau tahun 2008 dulu duduk jer dah rm2 skang tah bape tahkan?nurul mmg takut ngan pemandu teksi tah kenapa tah takut.hahaha

    ReplyDelete
  14. ha..ha... serba tak kena jadinyakan ceqgu!!!

    ReplyDelete
  15. macam2 hal la dorang ni kan .)

    ciksu tak da pengalaman sgt naik teksi sbb jarang plus takut..hihi

    pernah skali dulu naik teksi kt penang uncle teksi tu cina.sembang punya sembang dia kata saya ni org siam... adoyai ;)

    ReplyDelete
  16. mesti sbb ciksue comey mcm org siam ni hihi

    ReplyDelete