Tuesday, January 22, 2013

Line Telefon Punya Angkara La Ni !!

Assalamualaikum

Akhirnya line telefon kat rumah ni kembali berfungsi ....... alhamdulillahhhh...
 Gara2 line telefon problem, maka internet pun turutlah mogok huhuhu. Aduh tak senang duduk bila internet buat perangai. Firas pun asyik muncung tak leh tengok kartun peberet dia. Nak update blog sudah tentu tak dapat. Lagi sakit ati nak cari resepi pun tak dapat la kan, apa tah lagi nak gi jenguk2 blog kawan2. Tetiap hari tau duk intai resepi kat blog orang, sudahnya masak yg sama jugak ahakkssss. Tapi sekurang2nya ada gakla improve skit masakan cikgu tu. Rajin la skit nak buat kek la, brownies la, rotila, pudingla Kalau dulu, memang M.A.L.A.S ! hihihi. 

Hairan jugak tetiba je lepas cikgu post kisah Sultan Kelantan semalam terus tak dapat bertenet dah. Try call suami, sekali telefon rumah pun tak berfungsi. Tengok modem elok jer lampu duk lip lap lip lap. Sah sah la ni line telefon yg buat hal.

Balik rumah suami bagi tahu rupa-rupanya  TelBru (syarikat telekom kat Brunie) tersilap pasang line. Bila suami call no tel rumah ni, tetiba yang jawabnya kawan ofis dia. Acanerrr tu ????
Chek2 baru tahu TelBru silap sambungkan line telefon rumah cikgu dengan nombor telefon rumah kawan suami. Maknanya sape2 call no tel rumah cikgu ni akan disambung ke rumah kawan tu ler...Errr korang paham ke tak ni? hehehe.......
Pertama kali la jadi masalah tertukar line telefon ni............ haihhh macam2.

Apa pun cikgu nak ucapkan terima kasih kerana sudi gak kawan2 tinggalkan komen walau cikgu anis tak sempat nak terjah semula. InsyaAllah kejap lagi cikgu nak pi ziarah umah kawan2. Bak kata Ummu Muhammad, silalah jamu cekodok dan air kopi.......opssss cikgu tak leh minum kopi, fresh orange bolehla kikiki

Kepada kenalan baru yg singgah ziarah kat blog cikgu : kak Nazayiena Ayiena , Mimi Azirah, Nurul Ain Zulkarnaind, terima kasih daun keladi, kalau boleh singgah ler lagi kikiki........... satu lagi kalau ada blog, boleh ler tinggalkan alamat blog kat kotak komen, nanti boleh cikgu terjah balik. Dah try nak ziarah, tapi tak jumpa pulak alamat blognye huhuhu


14 comments:

  1. tu....sebab menyepi rupanya....kalau tidak bukan main banyak lagi n3 keluar sampai tak terkejar yan di buatnya...yan pun pernah alami yang sama macam nie....

    ReplyDelete
  2. Saya pun rajin jalan2 tgk resepi..tl mmg betulla..lastly masak menu seoanjang tahun jgk..bak katahubs saya..hahaha

    ReplyDelete
  3. yan: hahaha.....saja nak bagi yan rehat dari baca entry akak hehe....ala yan, tak yah la baca semua yg akak tempek tu. pilih jer yg mana berkenan:)....insyaAllah kalau ada masa akak akan terjah jer blog kawan2 yg rajin tinggal jejak.

    chekgu azrine: kih kih kih sepesen kita ni yer. buku resepi dah masuk volume 2 kalau nak tahu....tapi last2 sardin jugak yg duk atas meja hehe

    ReplyDelete
  4. kitakan kalau dah biasa dengan dunia it ni, nak2 blog, kalau tak blh buka satu hari, rasa gelisah je kan? heeee

    kunjungan pertama KY ke sini..selamat petang ceqgu

    ReplyDelete
  5. Bikin kacaukan ceqgu bila tenet atau apa apa line problem...

    ReplyDelete
  6. cikgu ni sama umur dgn adik perempuan me :) now dia keje kat USM...nak tanya...besh ker dok Brunei...me teringin gak nak ke sana...tp setakat teringin ajerlah..tak de bajet pun hehheeh

    ReplyDelete
  7. boleh pulak mcm tu... maksudnya, kawan suami anis la yg dapat line tenet ek?

    psst... betul la tu, Bradford kat UK... county Yorkshire... iaitu terletak di utara UK, dekat dgn leeds dan manchester :)

    ReplyDelete
  8. faham sangat tu, KA pulak kkdg masalah tenet tenat! hehehe

    ReplyDelete
  9. Okje: memang tersangat kacau hihihi

    Emaa: tenkiu

    mamaZharfan:kalau setakat nak tengok2 tempat orang,ok la. tp kalau nak duk lama2 tu bosan gak la sebab sini jauh beza la dgn kl.Tp cikgu suka jer duk sini sebab amannnn hehehe

    nur:tak tau la dia dapat ke tak internet tu. tp kalau asben call no rumah ni, telefon rumah dia yg akan ringing hehehe

    KA:tu la,kat msia line ternet ni kacau jugak kan kak. kat sini laju sebab orang tak ramai kot

    ReplyDelete
  10. haha holah org brunei minum fresh oreng kehkeh..sekejap je die sunyi lepas tu tk terkeja nk entry die setiap hari heheh

    ReplyDelete
  11. la..kesiannya..tersalah pasang..depa ni amboeh aih kesian kat anis ingat ada masalah line ka apa ka..upernya salah pasang je..hehe...xminum air kopi? fuhh rugi sedap tu..hehe

    ReplyDelete
  12. pening kepala kalau mium kopi huhu

    ReplyDelete