Assalamualaikum...
cuti sekolah dah start kan...??? selamat bercuti kepada cikgu cikgi serta anak murid sekalian...
arini cikgu tetiba ditiup angin nak cari idea utk kitchen cabinet...dah 3 thn lebih duk di Denai Alam...tapi kitchen cabinetnya belum ada....asyik duk tropong kitchen cabinet jiran...konon nak cari idea la kan...tapi sampai ke sudah tak jadi jadi nak buat kitchen cabinet...dalam duk mencari idea tu...terjumpa plak satu laman forum yang ada tips utk design kitchen cabinet...
yang bagi tips ni namanya Erny Looi dari Unity Design, Kajang..cik Erny, i mintak izin copy kat sini ye...nanti i tempek sekali alamat kedai u...mana tau ada yg berminat....hehehe...tolong promote tuuuu....kalau i pi tempah dengan u, u kena la bagi diskaun special punya kat i ye cik Erny... kikiki...jom kita tengok tips kat bawah ni...harap dapat membantu sesapa yg tgh cari idea....
Kedudukan sinki (sink), dapur (stove), peti ais (fridge) dan ketuhar (oven) memainkan peranan yang penting dalam sebuah dapur.
Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum kerja renovation adalah menetapkan kedudukan barang-barang tersebut.
1. Sinki adalah paling sesuai berhadapan dengan tingkap dalam dapur. Ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada pengguana namun ia juga mengelakkan kelembapan dalam dapur terutamanya sinki yang sering dalam keadaan basah.
Cahaya matahari dan angin dari tingkap dapat mengeringkan sinki yang basah dengan lebih berkesan. Ini juga salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat kabinet dapur anda.
Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum kerja renovation adalah menetapkan kedudukan barang-barang tersebut.
1. Sinki adalah paling sesuai berhadapan dengan tingkap dalam dapur. Ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada pengguana namun ia juga mengelakkan kelembapan dalam dapur terutamanya sinki yang sering dalam keadaan basah.
Cahaya matahari dan angin dari tingkap dapat mengeringkan sinki yang basah dengan lebih berkesan. Ini juga salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat kabinet dapur anda.
2. Dapur Masak : Bagi dapur pula, ia adalah lebih sesuai letak berhampiran dengan sinki. Ini bukan sahaja dapat memudahkan pengguna namun penyedut asap (hood) dapat mengeluarkan asap dari dapur dengan lebih berkesan. (Semakin pendek paip penyedut asap, maka ia dapat memaksimumkan fungsinya untuk mengeluarkan asap dari dapur anda) Lokasi yang agak sesuai bagi dapur adalah 1.5 kaki ke 3 kaki jarak dari sinki, jadi ruang antara sinki dan dapur adalah cukup untuk dua orang pengguna untuk melakukan kerjanya di depan sinki dan dapur masing-masing.
3. Ketuhar adalah sejenis barang elektrik voltan tinggi dan ia adalah tidak sesuai kalau letak berhampiran dengan dapur. Maka menyediakan jarak sekurang-kurang 3 kaki di antara dapur dengan ketuhar adalah lebih selamat bagi pengguna.
Ketuhar biasa memerlukan ruang 600m x 600mm, jadi ia boleh diletakkan di kabinet bawah atau di dalam kabinet tinggi.
Demi meningkatkan kegunaan kabinet supaya pengguna boleh simpan lebih banyak barang, kabinet tinggi merupakan salah satu pilihan yang baik. Di samping itu, jika pengguna letak ketuhar dalam kabinet tinggi, maka pengguna boleh menentukan ketuharnya pada ketinggian yang sesuai dan menyenangkan pengguna semasa menggunakan ketuharnya.
Ketuhar biasa memerlukan ruang 600m x 600mm, jadi ia boleh diletakkan di kabinet bawah atau di dalam kabinet tinggi.
Demi meningkatkan kegunaan kabinet supaya pengguna boleh simpan lebih banyak barang, kabinet tinggi merupakan salah satu pilihan yang baik. Di samping itu, jika pengguna letak ketuhar dalam kabinet tinggi, maka pengguna boleh menentukan ketuharnya pada ketinggian yang sesuai dan menyenangkan pengguna semasa menggunakan ketuharnya.
4. Peti ais merupakan salah satu barang yang agak besar dalam dapur, kedudukan yang paling sesuai untuk peti ais adalah di hujung dapur supaya menjadikan visual ruang dapur lebih luas. Kebanyakan pereka kabinet dapur suka letak kabinet tinggi di tepi peti ais supaya ia tutup tepi peti ais supaya hanya nampak pintu peti ais. Ini merupakan cara yang baik untuk menyembunyikan peti ais yang besar ini di dalam kabinet demi menjelmakan dapur yang lebih kemas dan teratur. Walaubagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya menjarakkan sekurang-kurang 4 inci di antara peti ais dengan kabinet tujuannya untuk membekalkan sistem pengudaraan yang lebih sempurna.
Pernah dengar segitiga dalam dapur? cer tengok gambar kat bawah ni....
Segitiga ni dimaksudkan dengan kedudukan sinki, dapur dan juga peti ais. Kalau kita susun ketiga-tiga barang ini di tiga bucu masing-masing, kita akan nampak satu segitiga dalam dapur . Dengan adanya segitiga ini, barulah kita dapat optimumkan pergerakkan kita dalam dapur.
Tetapi, dalam gambar ni, kita boleh nampak peti ais tu terletak di hujung dapur, ini adalah supaya peti ais yang besar ni tidak blok vision kita dalam dapur.
Walaubagaimanapun, di Malaysia kebanyakan dapur kabinet adalah disusun secara L-shape. Jadi terpaksalah kita susun dapur sama baris dengan peti ais.
Gambar berikut menunjukkan beberapa cara biasa kedudukan dapur, sinki dan juga peti ais.
kepada sesapa yg rasa nak pi kedai cik Erny ni....ni dia alamatnya :
Unity Design, 39-A, Jln prima Saujana 1/1A, Tmn Prima Saujana, Kajang
No.tel: 03-8737 3708
anis, nk tepek kat blog akak gak ye. untuk rujukan masa hadapan.. hehehe..
ReplyDeleteok !
ReplyDeletecantek betul dapur tu
ReplyDeleteakak ingat anis da gi kat link tu. tu yg akak remove tu.. ok kat bawah ni link dia ye..
ReplyDeletehttp://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/10/tutorial-kelopak-bunga-berguguran-di.html
pejah: cantikkan...ntah biler la nak ada dapur cantik macam tu huhuhu...dapur nak cantik...tapi malas masak...macam mana tu huhu
ReplyDeletek.mas: ok thanks
ReplyDeleteeh kita kan cikgu dan ibu yg rajin.bila dah dpt dapur cantik mcmtu sure kita terajin dan semangat nak masak kaan kaaklong?hehe.
ReplyDeletepejah : betul betul betul hehehe
ReplyDeletesangat membantu. terima kasih. nak tanya sikit. takpe kan kalau peti ais sebelah oven. sebab cadang nak letak oven pada kabinet tinggi dan kabinet tinggi tolong lindungi peti ais.
ReplyDeletemuhammad zahir : kalau berdasarkan pembacaan saya.....memang elok sesangat la peti sejuk letak sebelah kabinet tinggi tu sbb bleh lindung peti.....dan memang ramai yg buat macam tu :)
ReplyDeleteNnt blik msia kklong deco2dapuq umh kklong...nk tgk...suka tgk deco2 umah nih
ReplyDeletehohoho lambat lagi la nampaknya nak deco2 ni pejah. tahun depan abg syed keja kat brunei lagi. kena tunggu big boss balik for good jugak baru bleh pk deco2 ni
ReplyDelete