Apa Itu Senggugut ?
Senggugut ialah rasa sakit yang dialami ketika datang haid. Kebiasaannya diterjemahkan oleh pesakit seperti rasa kejang atau ’cramp’ di bahagian bawah perut, sekitar ari-ari, pinggang dan juga di bahagian tulang pinggul. Dalam bahasa perubatannya, ia dipanggil ’dysmenorrhoea’.
Apakah Penyebabnya?
• Memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
• Saluran pangkal rahim yang sempit.
• Penyakit-penyakit perkakas peranakan.
Gejala-Gejala Biasa
• Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit pinggang serta belakang
• Kelesuan
• Loya dan muntah, kadangkala cirit-birit
• Sakit kepala
• Keletihan dan pening
• Kerap membuang air kencing
• Dalam beberapa kes, kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam hingga kedua-dua kaki terasa lenguh.
Jenis-Jenis Senggugut
Primer:
• Sering berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid dan anak gadis di sekitar lingkungan umur 16 hingga 25 tahun, terutamanya yang belum berkahwin.
• Senggugut jenis ini tidak berpunca dari sesuatu jenis penyakit.
• Rasa sakit yang berlaku adalah disebabkan oleh:
(a) kuncupan rahim yang begitu kuat sekali (hasil tindakan hormon yang digelar prostaglandin) untuk mengeluarkan ketulan darah haid.
(b) pengeluaran darah haid yang perlu melalui saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.
• Kesakitan ini biasanya akan berkurang atau hilang selepas berkahwin atau selepas melahirkan tetapi jika kesakitan masih ditahap yang teruk, kemungkinan senggugut tersebut dari jenis sekunder. Ada juga sesetengah wanita, senggugutnya hanya hilang apabila menopaus (memanglah hilang sebab dah tak ada haid!)
• Senggugut jenis primer ini biasanya tidak menyebabkan kemandulan.
• Tahap kesakitan dan jangka waktu sakit adalah berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Kebanyakannya mengalami senggugut pada hari pertama haid dan hanya untuk satu ataupun dua hari sahaja.
Sekunder:
• Biasanya dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak.
• Lazimnya senggugut ini lebih teruk dan lebih panjang waktunya.
• Antara punca penyebabnya adalah:
(a) Jangkitan kuman pada perkakas peranakan
(b) Ketumbuhan dalam rahim seperti endometriosis, adenomyosis dan fibroid
(c) Rahim yang terbalik (retroverted uterus)
• Senggugut jenis ini jika dibiarkan boleh membawa kesan yang buruk dalam jangkamasa panjang seperti masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.
Penjagaan Sendiri
• Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
• Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
• Mandi dengan air suam.
• Urut di bahagian yang sakit.
• Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
(a) Teknik-teknik relaksasi
(b) Banyakkan berehat
(c) Atasi stress anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
- Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
- Pengawalan pemakanan
(d) Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
(e) Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda.
Rawatan Perubatan
Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:
• Ubat penahan sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex, Ibuprofen dan lain lain yang boleh diambil sebelum atau semasa haid. Walaubagaimanapun, anda perlulah juga mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
• Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan senggugut primer.
Senggugut sekunder memerlukan nasihat doktor secara spesifik untuk rawatan yang berkesan.
Petua Tradisional
Ummi perturunkan juga di sini beberapa petua tradisional untuk mengatasi senggugut yang ummi petik daripada website. Tiada bukti kajian saintifik disertakan kerana kebanyakan amalan yang diperturunkan di sini adalah berdasarkan testimoni. Keberkesanannya, Allahua’lam tapi tak salah untuk kita mencuba, kan? Nasihat ummi, apapun kaedah rawatan yang kita ikhtiarkan, yakinlah bahawa sesungguhnya yang berkuasa menyembuhkan adalah Allah SWT jua.
• Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap, barulah diminum, dimulai dengan selawat.
• Teh pahit tanpa gula juga dikatakan dapat meringankan senggugut. Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.
• Buah petola yang biasa ditanam di kampung-kampung juga dipercayai dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.
• Ada juga yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.
Begitulah serba-sedikit sedikit yang dapat ummi kongsikan bersama pengunjung-pengunjung blog. Mudah-mudahan memberi manfaat buat semua.
Siiru ’ala baarokatillah.
kemut2 perut baca info ni. noris ada gak sakit2 perut masa period, tp x la kronik. hr 1st je biasa nya, hrp2 x de la masalah apa2.
ReplyDeletebtw, suka info psl dapur. kedai tu pon kat prima saujana tu, dkt dah ngan umah noris. besok balik bole gi tanya. lawa jgk kemasan dia. kita minta hok kaler black n white gitu dapur
k.anis pun berkenan ...ooo warna taik cicok jadi pilihan hati ye hihi...
ReplyDeletecam berat je senggugut ni.. hehe
ReplyDeleteanginangan: bukan setakat berat...tapi memang tersangat berat ...sakit wooo huhuhu...
ReplyDelete