Followers

Monday, October 26, 2009

Lenganku Yg Lebam

Hmm...ptg2 ni teringat pulak kisah minggu lepas. Sekarang ni kelas kat PPKI ni dah macam sardin rupanya...dah beberapa kali ingatkan PPD supaya tidak menghantar mana-mana murid ke PPKI sekolah saya buat sementara waktu ni...maklumlah meja pun dah kena berkongsi..tentulah tak selesa untuk belajar...tiba-tiba dah dekat hujung2 persekolahan ni datang jugak seorang murid baru..aduyaiiii mana la nak ku letak lagi murid yg sorang ni...memang la time ni parents semua cakap ok..tapi bila dah ada lebam2,calar2 mula la nak bising....pergerakan cikgu pun dah terbatas dek kerana kelas makin sempit...

berbalik pada alkisah minggu lepas. murid yg baru masuk ni adalah murid autisme,lelaki...boleh bercakap skit2 tapi teramatla manjeeeeeenyee dia...susah hati betul kalau dapat student manja...sebabnya bila dah manja tu cikgu faham la memang kat rumah pun sudah tentu dimanjakan...hari pertama datang ke sekolah, murid ni menangis tak nak masuk kelas walau pun ibunya ada bersama.esoknya saya mintak ibunya balik, apa lagi menangis sekuat hati,meronta-ronta tak yah nak cakap la, sampai jeriji pun kena kunci sebab dia nak lari keluar.penat tuhan saja yg tahu,sorang2 handle dia...rasa nak terpelanting pun ada....apa sangatla kudrat seorang guru pompuan mcm i ni...dalam kesabaran menahan tendangan dan rontaan murid baru ni,dia menggoncang2kan jeriji sehingga mengganggu kelas murid perdana...tak de cara lain, saya terpaksa memukul tangan murid tersebut. Dia berhenti...tangan saya pulak dicubit cubit..saya biarkan sehingga dia puas hati sendiri...lepas tu dia mintak saya call ibu dia. saya pun angkat gagang telefon dan pura2 telefon ibunya...barulah dia berhenti menangis dan tertido selama dua jam...

balik rumah baru perasan,habis lebam tempat yg dicubit murid tadi..huhuhu....apa blh buat....sabar je lahhh

Sunday, October 25, 2009

Gelang Ciptaan Anak-Anakku

Sebenarnya dah lama ajar anak-anak istimewa saya ni buat gelang kristal...bukan main seronok lagi diaorg dapat buat gelang kristal ni. saya memang bagi kebebasan kat diaorg nak buat macam mana designnye....saje nak bagi diaorg kreatif skit...tak nak kongkong idea diaorg...so inilah hasilnya...

macam-macam design yg diaorg hasilkan ikut kreativiti masing-masing.


Tekun dan saling membantu untuk menyiapkan gelang kristal.



Ni plak gambar yg sempat diambil masa tengah kusyuk wal masyuk mencucuk manik2 mutiara ...tengok la sampai senget2 kepala...tapi semangat punya pasal sanggup jugak nak buat...lepas ni baru nak ajar diaorg buat gelang kristal yg betul-betul cantik untuk dijual kat cikgu2 sekolah hehehe....org kata 3 in 1...belajar buat gelang,pastu boleh belajar berniaga n last sekali menambahkan duit tabung program pendidikan khas ...harap harap ada la sudi nak beli...bukan sebarang kristal ni....siap pi beli kat sabah nun...

Monday, October 19, 2009

Tulis Jawi

yuhuuuuuuuuuuu...i'm back...berkurun tak menjenguk blog sendiri n blog kengkawan..lepas raya aritu tetiba je mood nak berblog kekeringan...ni kiranya nak panaskan enjin balik..tapi tak tau la leh bertahan lama mana hihihi...arini kita nak cite tentang sorang anak dara kita yg manis dan rajin orangnya..

Miera ni hobi dia memang la suka menulis...tu tak masuk bab membaca lagi..dia sangat suka baca surat khabar...kalau suruh Miera baca..fuhh gerenti kalah pembaca berita kat tv3...Miera ni sebenarnya lum pandai membaca dan mengeja...tapi kalau mintak miera bacakan surat khabar..fuyyoo macam betul2 baca. hakikatnya miera tengok gambar dan buat cerita daripada gambar tu...walau pun tak pandai baca,sekurang2nya miera pandai bercerita dan mengolah apa yg dilihat...

kalau menulis plak...huishhh surat chenta pun boleh hehehe...nak jadi cerita,satu hari tu kita saje menyinggah ke kelas Miera...layan sembang dengan kawan2 Miera sementara Miera plak kusyuk bebenor menulis. Lalu kita pun bertanya la kat Miera ni...

cikgu anis : Miera tulis apa tu?
Miera : ....saya tulis jawi cikgu (jwb miera dgn penuh konfiden)
cikgu anis: Boleh cikgu tengok ? (terheran sendiri sbb sebelum ni tak penah tgk miera tulis huruf jawi. kat kepala ni mula terbayang huruf2 jawi yg ditulis miera)


Haaa..ni dia tulisan jawi miera...
hehe..amacam ada rupa huruf jawi ke? nape cikgu anis tengok cam tulisan rumi je miera oii...haduii beriya cikgu nak tengok..macam ni rupanya tulisan jawi miera...:)..pandai betul anak dara cikgu yg sorang ni..apa pun tulisan miera memang cantik dan kemas...siap ada tarikh tu...72hb Mac...uiii kalendar mana miera refer ni hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...